Showing posts with label Malaysia - Tg Karang. Show all posts
Showing posts with label Malaysia - Tg Karang. Show all posts

Wednesday, January 10, 2018

Pengalaman Bercuti Di Tg Karang, Selangor - Rumah Tepi Sawah Jadi Pilihan



Dah 1 bulan lebih berlalu... tak sempat nak berkongsi cerita di sini... almaklumlah jakun sikit anak nak masuk Tingkatan 1 dan masuk asrama, haha... macam-macam persiapan kena buat. Cerita kali ni bukan setakat bercuti di Tg Karang jer... tapi melibatkan beberapa pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan... eceh....

Ada beberapa sekolah asrama kena interview dulu sebelum diterima masuk... ramai calon yang memohon tapi hanya beberapa orang saja yang diterima. Antara sekolah yang dipohon Adam selepas UPSR haritu ialah MRSM Ulul Albab Sg Besar

Dari Cheras nak ke Sg Besar ada lah lebih kurang 2 jam perjalanan... hehe... So, nak tak nak kita check in dulu kat mana-mana homestay di Sg Besar... dah godeh godeh apps AirBnb... takde pulak homestay Sg Besar yang berkenan di hati... so kami pilih Homestay kat Tg Karang... takdelah dekat sangat dengan MRSM Sg Besar... 50 minit perjalanan... huhu....

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang

Selamat datang ke D'Bendang Homestay, Sg Sireh, Tg Karang

3 Disember 2017 (Ahad) - Day 1

Pagi ni Adam ada interview kat sekolah SMISTA Cheras... Sekolah Integrasi Sains Tahfiz... cerita pasal ni nanti ada kat entri lain ye.... Selesai interview, balik rumah sekejap bersiap-siap dan sebelum tengahari dah bertolak ke Tg Karang, Selangor

Baca : Pengalaman Anak Masuk Asrama Sekolah Menengah - SMISTA Cheras

Waktu tengahari sampai di Tg Karang... singgah makan tengahari di Nasi Ambeng Warung Ibu Tg Karang... lama tak makan Nasi Ambeng ataupun nasi ambang ni... makanan tradisi orang Jawa... nasi, mee dan lauk pauk semua campur aduk sekali... sedap Alhamdulillah....

Baca : Program Cuti Sekolah Di Tg Karang, Selangor


Selesai makan tengahari, kami terus ke MRSM Sg Besar... nak tengok tempat dulu... so besoknya takdelah kelam kabut nak ke sana... MRSM Sg Besar ni terletak di Kg Hala Cara Baru, Sg Panjang... dekat dengan Kg Merbau Berdarah. Dari MRSM Sg Besar nak ke pekan Sg Besar dalam setengah jam perjalanan....

Bila dah "familiar" kan diri dengan jalan dan suasana ke MRSM Sg Besar, kami bertolak ke homestay di Tg Karang... Nama homestay ni ialah D'Bendang Homestay terletak di Kg Sg Sireh, Tg Karang, Selangor... urusan check in mudah... Alhamdulillah, sebab owner kak Leha tinggal di sebelah homestay ni je...

Sebagai orang bandar... memang homestay macam ni yang kami cari, rumah tradisional kampung, tepi sawah, laman yang luas, suasana tenang, mandi air sejuk, bunyi ayam berkokok, bunyi hujan lebat kena atap zink dan lain-lain lagi...

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang

Ruang tamu yang luas
Bilik paling depan - ngam untuk anak dara kami 3 orang
Bilik 1
Bilik 2
Ruang khas untuk solat
Dapur di bahagian belakang bawah rumah
Meja makan di dapur

Lepas Asar turun ke luar rumah... menikmati panorama saujana mata memandang, riadah sikit-sikit dan main badminton... cuma rasa kurang lengkap sebab masa ni sawah padi dah gondol... timing tak kena... Insya Allah next time datang masa padi tengah menghijau atau masa kuning keemasan... hehe...

Bersiap untuk riadhah

Sawah padi yang gondol

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang

Lepas Maghrib pergi ke pekan Tg Karang... nak cuba makan di "pondok satay" ataupun Satay Hut Tg Karang... Kat sini bukan ada satay jer... ada macam-macam jenis makanan boleh dipilih... variety dan banyak pilihan... Ahad malam Isnin ada pasar malam kat Tg Karang, tapi tak sempat nak menjengah... lain kali lah ye... budak-budak dah penat... Adam pun ada interview besok

Pondok di homestay pada waktu malam

Kat Homestay ni boleh buat BBQ... nak buat family day sesuai sangat... tandas pun bukan setakat dalam rumah... kat luar rumah pun ada tandas... So sangat sesuai untuk yang datang bercuti ramai-ramai... Maybe next time kami set untuk buat BBQ... hehe...

Antara retis-retis Malaysia yang pernah stay di sini.. wahhh....


SELAMAT MALAM TG KARANG!!!


4 Disember 2017 (Isnin) - Day 2

SELAMAT PAGI TG KARANG!!!

Hari yang dinantikan telah tiba... lepas Subuh terus mandi dan bersarapan di homestay... makan roti sandwich telur... simple dan sedap, minum teh O panas... Lepas breakfast terus masukkan barang dalam kereta dan siap-siap nak check out

Gerak 1 jam setengah lebih awal... supaya tak kelam kabut... betul lah malang tidak berbau... seronok memandu sambil ditemani pemandangan sawah padi di kiri jalan... tiba-tiba dengar bunyi "pop" macam ada sesuatu yang meletup... jeling kat cermin pandang belakang dan cermin sisi tapi takde apa-apa yang mencurigakan... semakin lama macam tak best pulak bawak kereta

Tergerak hati berhentikan kereta di tepi jalan... rupa-rupanya tayar kereta belakang sebelah kanan pecah... terus pegang handphone untuk buat call.. tapi... Allah... takde line pulak... nekad sambung bawak kereta kat mana-mana simpang utama supaya senang dapat bantuan dan ada line telefon

Slow slow bawak dan sampai di simpang Parit 4 Sg Hj Dorani, Sg Besar.... dup dap dup dap... Adam ada interview kejap lagi, kereta pulak tersadai kat sini... nak sampai ke MRSM Sg Besar ada dalam 20 minit perjalanan lagi... fuhh...

Ada beberapa orang kampung datang melihat dan mencadangkan workshop dan kedai tayar berhampiran... semuanya lebih kurang setengah jam perjalanan... perghh... lagipun masih awal pagi, workshop belum bukak... betul betul dugaan ni...

Cuba hubungi beberapa orang kawan yang hantar anak mereka interview di MRSM Sg Besar... tapi agak mustahil untuk mereka datang ke sini sebab jarak perjalanan yang jauh... Tergerak hati call kak Leha owner homestay... Alhamdulillah dia hantar kawannya Abang Man dari Sg Besar untuk datang membantu... Abang Man datang dengan kawannya dan bagi pinjam kereta mereka supaya kami dapat ke MRSM Sg Besar untuk selesaikan urusan interview Adam

Abg Man yang temani kami sementara tunggu kereta untuk dipinjamkan

Alhamdulillah... sempat sampai ke MRSM Sg Besar sebelum waktu interview. Lepas drop by isteri dan anak-anak, terus kembali ke kereta yang parking di sekolah Parit 4 dengan seorang lagi kawan Dr Shamsinor. Dari situ kami cari kedai tayar di Sg Besar... kedai dah bukak tapi bukan semua nak ke lokasi sebab jarak perjalanan yang jauh... akhirnya di kedai ke-3 baru mereka setuju nak bawak tayar spare dan ikut kami bersama

Terima kasih Dr Shamsinor yang sudi temankan

Selesai pasang tayar spare dan pergi ke workshop untuk pasang tayar baru... Alhamdulillah caj yang dikenakan tak semahal di KL... fuhh... Hubungi semula Abg Man untuk pulangkan kereta... syukur sebab dikelilingi dan dapat kenal orang yang baik... Pada waktu tengahari semua urusan selesai dan kembali ke MRSM Sg Besar... ralat tak dapat temankan Adam sepanjang dia interview tapi bersyukur kerana semuanya selamat dan dipermudahkan segala urusan

Ni je gambar kenangan yang dapat diambil di MRSM Sg Besar

Bergerak pulang ke Cheras ikut jalan Sg Panjang yang menghubungkan ke Rawang... perut dah berkeroncong, terpaksa berhenti makan di kedai makan eksotik Restoran Selera Rimba di Teluk Banting, Sg Panjang. Menu pilihan bukan makanan eksotik tapi makanan lain... maaf ye tuan kedai... takde selera lak nak makan makanan eksotik masa ni.... haha... Sepanjang perjalanan di Sg Panjang... sebelah kiri ialah sungai yang memisahkan sempadan Perak-Selangor

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Sg Besar

SELAMAT TINGGAL SG BESAR!!!


Setakat tarikh entri ni dibuat... masih belum dapat keputusan lagi untuk kemasukan ke MRSM. Memang lambat sikit, mungkin hujung Januari 2018 baru keluar keputusan. Apa-apa pun kami semua bersetuju untuk Adam sekolah menengah di SMISTA Cheras... dah masuk asrama 31 Disember 2017... keputusan dibuat takde kaitan dengan tayar pecah ye... hehe...


Tuesday, December 27, 2016

Program Cuti Sekolah 2016 - Pengalaman Menarik Di Sawah Padi Dan Ladang Kelapa Sawit



Alhamdulillah... dapat jugak hantar anak-anak ke Program Cuti Sekolah untuk tahun 2016. Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun tak hantar diorang kat mana-mana program. Zaman sekarang ni dah macam penting sangat Program Cuti Sekolah untuk anak-anak selain bercuti ke mana-mana destinasi semasa cuti sekolah.

Kem cuti sekolah pilihan kali ini terletak di kawasan Tg Karang, Selangor yang dikelilingi dengan sawah padi dan ladang kelapa sawit. Kenapa kami pilih kem macam ni??? Sebabnya mudah... iaitu aktiviti yang disediakan memang rare dan tak tipikal macam program-program yang lain. Jadi... anak-anak pun suka untuk mencuba sesuatu yang baru khususnya anak-anak bandar.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang




Day 1 - 11 Disember 2016

Proses pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi. Lepas subuh dah gerak dari Cheras ke Tg Karang. Awal pagi Ahad memang tak banyak kereta. Jadi perjalanan yang biasanya ambil masa 2 jam pun boleh jadi 1 jam setengah jer.

Nama program ni ialah Forest Journey D'Sawah yang diadakan di sebuah kem yang bernama Kem Laman Cikgu 21. Kedudukan kem ni agak ke dalam dari jalan besar... tapi tak susah nak cari pun. Antara landmark dia ialah Agro Tourism Homestay Sg Sireh dan juga Sekolah Kebangsaan Sri Gambut, Tg Karang.

Perjalanan menuju masuk ke kawasan kem dihiasi dengan pemandangan sawah terbentang luas

Kawasan kem yang dikelilingi ladang kelapa sawit

Lepas selesai mendaftar... kami dijamukan dengan sarapan untuk alas perut. Sambil tu borak-borak jugak dengan beberapa orang komiti dan pengendali program yang merupakan rakan seperjuangan semasa zaman di universiti lagi.

Bersama sahabat-sahabat di hadapan kem

Lepas tu bawak budak-budak pusing kawasan kem, tengok asrama tempat diorang akan tidur. Abam fasi yang rajin pun ada jadi tour guide sekali. Untung datang awal... boleh pilih katil yang paling best!


Bergambar di depan asrama perempuan

Bergambar di depan asrama lelaki

Aktiviti pertama harini melibatkan ibu bapa sekali iaitu ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh bekas penyanyi nasyid yang kini aktif bersama dengan Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) iaitu saudara Mohd Huzaimi bin Mohd Zaini yang pernah bersama kumpulan nasyid NowSeeHeart. Selesai ceramah keibubapaan kesemua ibubapa beransur pulang meninggalkan anak-anak mereka di Kem Laman Cikgu 21.

En Mohd Huzaimi Mohd Zaini (baju putih)

Aktiviti hari pertama lebih kepada suai kenal, pembahagian kumpulan, penamaan kumpulan, mencipta logo dan banyak lagi. Kebanyakan peserta adalah dari sekolah menengah dan ada beberapa orang dari sekolah rendah.

Kemudian para peserta didedahkan dengan aktiviti fizikal iaitu merempuh halangan ataupun obstacle. Halangan yang disediakan tidak terlalu sukar dan sesuai untuk budak sekolah. Lari berhalangan sebegini mengajar anak-anak erti kerjasama dan semangat setiakawan.




Selesai aktiviti waktu petang para peserta mandi dan bersihkan diri dan bersiap sedia untuk solat maghrib. Di antara waktu Maghrib dan waktu Isyak pula ada ceramah atau pengisian rohani oleh saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini iaitu Pengarah kepada IQ Class Management yang mengendalikan program ini.

Aktiviti night walk dibatalkan sebab hujan dan digantikan dengan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai untuk para peserta.



Day 2 - 12 Disember 2016

Peserta program akan bangun seawal 6.00 pagi untuk solat Subuh dan bersiap-siap untuk sarapan. Aktiviti pertama hari ini ialah aktiviti sembelihan. Jangan takut.... bukan anak-anak kita yang sembelihkan ayam... tapi salah seorang pengendali program yang berpengalaman akan lakukan. Anak-anak kita akan didedahkan dengan cara penyembelihan yang betul dan kepentingan mendapatkan makanan yang halal. Adam pun berpeluang untuk pegang ayam semasa sembelihan.

Adam berpeluang untuk pegang ayam

Selepas tu para peserta akan ke sawah padi yang berhampiran untuk aktiviti seterusnya. Para peserta akan ramai-ramai naik tram yang disediakan. Tram ni unik sebab kepala tram ni ialah traktor yang biasa digunakan di kawasan sawah padi.

Happy naik tram nak ke sawah padi

Bila sampai kat sawah padi tu para peserta akan terjun ramai-ramai. Tujuannya??? Ok tujuannya ialah untuk menangkap seberapa banyak ikan keli yang ada dalam sawah. Adam pun berjaya untuk tangkap beberapa ekor ikan keli. Tangkap ikan kat sawah ni orang panggil "gagau ikan"!

Adam berjaya tangkap ikan

Selesai tangkap ikan keli... kesemua peserta akan mandi palong. Mandi palong ni ialah trademark kat Tg Karang. Palong ni ialah tali air yang dibina untuk salurkan air bersih ke kawasan sawah padi dan berfungsi untuk basahkan sawah untuk menanam padi.

Mandi Palong pulak...

Aktiviti waktu petang pula ialah aktiviti ikhtiar hidup. Para peserta akan cuba menyelesaikan teka teki untuk mendapatkan bahan-bahan untuk dimasak semasa BBQ lewat petang nanti. Para peserta juga diajarkan cara yang betul untuk hidupkan unggun api.


Misi selesaikan cabaran

Entah bila lah unggun api budak ni nak hidup...

Pada waktu malam pula, para peserta didedahkan dengan asas seni bela diri iaitu silat. Para peserta diingatkan bahawa jenayah ada di mana-mana jadi sedikit sebanyak asas seni bela diri kenalah tau jugak. Selepas penerangan... penceramah dan juga komiti program membuat sedikit demo diikuti oleh para peserta.

Seni asas bela diri



Day 3 - 12 Disember 2016

Hari terakhir program sebelum para peserta pulang bersama keluarga masing-masing. Seperti biasa, para peserta akan bangun awal pagi, solat subuh, bersiap-siap dan bersarapan.

Aktiviti seterusnya lebih mencabar dimana para peserta akan belajar memanah dan juga berkayak. Aktiviti ni lebih fizikal dan memerlukan kekuatan tubuh badan. Para peserta yang berbadan kecil akan mengalami sedikit kesukaran tapi mujur ada para komiti dan juga urusetia program yang terlatih turut membantu.

Myra cuba untuk memanah


Giliran Adam pulak untuk memanah


Serius Myra ketika berkayak

Jom berkayak!

Memanah sangat penting... bukan saje digalakkan dalam agama Islam tetapi juga membantu akal fikiran kita untuk kekal fokus dalam apa jua perkara yang kita buat. Berkayak juga membantu kita untuk kuatkan tubuh badan kita dan juga membiasakan kita dengan air. Tempat berkayak adalah di kawasan Sg Tengi.

Aktiviti selepas tengahari pula ialah slot perpisahan dimana para fasi merumuskan segala aktiviti dalam program kepada peserta. Kesemua aktiviti yang dibuat bukan sahaja mencabar kekuatan fizikal dan mental tetapi juga mempunyai maksud tersirat supaya peserta boleh menjadi insan holistik dan bukan cuma belajar dalam kelas sahaja di sekolah. Selepas Asar... para peserta dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Tg Karang


Bagi kami... takde masalah pun nak hantar anak-anak untuk ke program-program sebegini yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Lepas habis program memang comot lah diorang ni, ada sedikit luka-luka dan calar-balar. Tapi inilah kehidupan... real life... Biar diorang hadapi sendiri. Kalau dok kat rumah jer... tak mencabar... hehe....

Jadi kalau nak tau apa program seterusnya jemputlah like FB IQ Class Management dan juga FB Kem Laman Cikgu 21. Lepas abis program kami terus ke Sekinchan dan check in kat situ untuk next project. Projek apa ye? Ok nantikan entri berikutnya.....




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...