Showing posts with label Lemak. Show all posts
Showing posts with label Lemak. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

Lemak - Gudang Tenaga Anda



Apa Itu Lemak?

Sepertimana Karbohidrat, Lemak juga ialah sejenis makronutrien yang harus diambil dalam kuantiti yang selamat. Lemak adalah gudang penyimpanan tenaga anda. Terlalu banyak Lemak dalam tubuh pula akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit yang kronik. 60% daripada otak kita juga terdiri daripada lemak.

Apa Fungsi Utama Lemak?

Sepertimana Karbohidrat, Lemak juga ialah sumber tenaga kepada tubuh badan kita. Selain itu, lemak juga berfungsi untuk membina dinding-dinding blok untuk membran sel dan hormon. Lemak juga diperlukan oleh kita untuk membantu menyerap vitamin-vitamin yang larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K.

Source : gallery


Lemak Baik dan Lemak Jahat

Lemak Baik atau dikenali sebagai Lemak Tak Tepu terdapat 2 jenis seperti berikut :-

1) Lemak Tak Tepu Mono-unsaturated
2) Lemak Tak Tepu Poly-unsaturated

Lemak Jahat pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-

1) Lemak Tepu (Saturated)
2) Lemak Trans


Lemak Tak Tepu Mono-Unsaturated

- Minyak berperasa daripada tumbuhan, bewarna gelap keemasan hingga ke warna hijau
- Biasanya berbenuk cecair pada suhu bilik
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dan kolesterol secara keseluruhan
- Contoh : Avocado, minyak zaitun, almond, minyak canola dan minyak bijan
Lemak Tak Tepu Poly-Unsaturated

- Warna minyak adalah cerah dan telus
- Daripada tumbuhan dan ikan seperti omega 3 dan omega 6 yang tubuh kita tidak boleh hasilkan sendiri
- Membantu mengurangkan kolesterol LDL (jahat) dan kolesterol secara keseluruhan
- Contoh : Ikan salmon, minyak bunga matahari, minyak soya, walnut, flaxseed dan biji labu
Lemak Tepu

- Berbentuk pepejal pada suhu bilik
- Biasanya daripada sumber haiwan
- Meningkatkan kolesterol dan kolesterol LDL (jahat)
- Contoh : Mentega, daging, kelapa, daging proses seperti sosej, coklat, keju, krim putar
Asid Lemak Trans

- Lemak yang dihidrogenkan pada makanan proses
- Biasanya terdapat pada makanan yang dibakar keras, makanan proses dan sesetengah marjerin
- Boleh menambahkan kolesterol LDL (jahat) dan mengurangkan kolesterol HDL (baik)
- jejari kentang, cips, donut, biskut, marjerin dan kek

Donat



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, October 28, 2014

Kepentingan Menghadkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Lemak Dan Mengurangkan Lemak Dan Minyak Dalam Penyediaan Makanan



Apakah itu Lemak? 

Lemak ialah salah satu komponen makanan yang diperlukan oleh tubuh untuk fungsi-fungsi seperti berikut :-

1) Membekalkan tenaga dan asid lemak kepada badan supaya kita dapat melakukan kerja harian yang memerlukan pembakaran tenaga yang banyak.

2) Berfungsi sebagai penebat suhu sejuk kepada badan supaya badan dapat mengekalkan suhu yang normal

3) Lemak membantu penyerapan vitamin larut lemak iaitu Vitamin A, D, E dan K supaya tubuh kita kekal sihat


Ada berapa jenis Lemak?

Terdapat 2 jenis lemak iaitu Lemak Tepu dan Lemak Tak Tepu.


Lemak Tepu

Lemak Tepu biasanya dalam bentuk pepejal pada suhu bilik. Makanan yang tinggi kandungan Lemak Tepu akan meningkatkan kandungan kolesterol dalam darah seperti minyak kelapa sawit, minyak kelapa, mentega, lemak haiwan dan coklat.

Lemak Haiwan


Lemak Tak Tepu

Lemak Tak Tepu biasanya lembut dan cair pada suhu yang rendah terbahagi kepada 3 jenis seperti berikut :-


1) Lemak Poli Tak Tepu - "Tak Tepu" bermaksud molekulnya mengandungi kurang daripada jumlah maksimum hidrogen. Lemak Poli Tak Tepu boleh didapati daripada sumber kacang, biji benih, ikan laut dalam, alga, sayuran hijau dan krill (sejenis udang laut dalam).

Lemak jenis ini dikategorikan sebagai lemak yang baik kerana unsur Omega-3 dan Omega-6 dalamnya boleh mengurangkan paras kolesterol buruk (LDL) dan jumlah kolesterol secara keseluruhan.

2) Lemak Mono Tak Tepu - mempunyai takat lebur yang lebih tinggi daripada asid lemak Poli Tak Tepu dan mempunyai takat lebur yang lebih rendah daripada asid Lemak Tepu. Lemak Mono Tak Tepu boleh didapati daripada sumber daging merah, produk susu, kacang dan buah-buahan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi seperti buah zaitun dan avokado.

Lemak jenis ini juga dianggap lemak yang baik kerana mampu meningkatkan paras kolesterol yang baik (HDL) dan mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.
3) Lemak Trans - Lemak Trans dihasilkan daripada bentuk cecair kepada pepejal melalui proses hidrogenasi iaitu dengan memasukkan hidrogen ke dalamnya. Lemak Trans biasanya digunakan dalam industri makanan untuk memperbaiki kualiti makanan, mengekalkan kesegarannya dan menambahkan kelazatan makanan.

Lemak Trans juga adalah lebih teruk dan berbahaya daripada Lemak Tepu kerana bukan saja menambahkan kolesterol dalam darah tetapi juga merendahkan dan mengurangkan kolesterol baik dalam darah. Beberapa penyakit kronik adalah berpunca daripada Lemak Trans seperti penyakit jantung, strok dan kencing manis.

Makanan yang menggunakan Lemak Trans

Oleh itu, Menghadkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Lemak dan Mengurangkan Lemak dan Minyak dalam Penyediaan Makanan adalah Cadangan Kelapan Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) menghadkan pengambilan lemak tak tepu kepada kurang daripada 10% daripada jumlah pengambilan kalori harian

2) menambah pengambilan lemak tak tepu, asid lemak mono tak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA)

3) menghadkan pengambilan makanan dengan kolesterol tinggi

4) menghadkan pengambilan makanan yang mengandungi asid lemak trans (TFAs)

5) mengurangkan penggunaan lemak dalam penyediaan makanan supaya pengambilan lemak setiap hari di antara 20% hingga 30% sebagai sumber tenaga adalah terkawal

6) memilih makanan rendah lemak ketika makan di luar


Adakah terdapat cara lain untuk mengurangkan lemak dan kolesterol?

Di Shaklee, terdapat suplemen yang dikenali sebagai Lecithin yang berfungsi sebagai "pemecah lemak" dan "pembersih salur darah". Ini kerana Lecithin akan merangsang kepada metabolisma lemak dan mengemulsi lemak dalam tubuh dan kolesterol dalam darah.





Selain Lecithin, Omega Guard juga berfungsi untuk mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL) dalam darah dan juga jumlah kolesterol secara keseluruhannya. Diperkayakan dengan khasiat Omega-3 daripada sumber ikan laut dalam membantu mencegah penyakit salur darah dan strok yang disebabkan oleh kolesterol.





Selain itu, Phytocol-ST juga berperanan sebagai "cholesterol blocker" iaitu menghalang kolesterol-kolesterol baru daripada memasuki salur darah. Diperkayakan dengan Fitosterol (gabungan Sterol dan Stanol) iaitu satu komponen yang akan bersaing untuk penyerapan dalam usus menyebabkan hanya sedikit kolesterol yang diserap ke dalam salur darah.






Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





Monday, October 20, 2014

Kepentingan Sentiasa Aktif Setiap Hari



Sentiasa Aktif Setiap Hari bermaksud walau di mana jua kita berada, kita harus membuat pergerakan fizikal dari sekecil-kecil pergerakan sehinggalah ke aktiviti senaman yang intensif. Pergerakan fizikal adalah penting agar tubuh badan kita sentiasa bekerja dan sihat. Pergerakan fizikal juga mampu untuk membakar lemak-lemak yang berlebihan dalam tubuh badan.


Sentiasa Aktif Setiap Hari adalah Cadangan Ketiga Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Justeru, beberapa cadangan utama telahpun dipersetujui untuk menuju gaya hidup sihat seperti terkandung dalam garis panduan Diet Malaysia seperti berikut :-

a) sentiasa aktif dalam pelbagai cara di mana-mana saja

b) buat aktiviti fizikal secara intensif tapi sederhana selama 30 minit setiap hari

c) melibatkan diri dalam aktiviti yang menambahkan fleksibiliti, kekuatan dan daya tahan otot dua atau tiga kali seminggu

d) menghadkan tabiat-tabiat yang tidak aktif



Golongan-golongan berikut pula telah dicadangkan untuk membuat aktiviti-aktiviti seperti berikut secara spesifik :-


a) Kanak-kanak dan remaja

- Kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun - membuat aktiviti berkumpulan sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun - membuat aktiviti berkumpulan sekurang-kurangnya 60 minit sehari
- Kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun - terlibat dalam sebarang aktiviti fizikal daripada 60 minit sehingga beberapa jam sehari
- Kanak-kanak (6 tahun ke atas) dan remaja - membuat aktiviti fizikal intensif secara sederhana atau lasak selama 60 minit atau lebih dalam sehari termasuk aktiviti yang boleh menguatkan otot dan tulang.


b) Wanita mengandung

- Wanita mengandung yang selama ini tidak aktif - melibatkan diri dalam aktiviti intensif yang sederhana sehingga 30 minit sehari semasa mengandung dan juga selepas bersalin
- Wanita mengandung yang selama ini memang aktif - kekal aktif dalam aktiviti fizikal yang sesuai sepanjang mengandung dan juga selepas bersalin. Latihan otot khususnya untuk menguatkan belakang, perut dan bahagian pelvik juga adalah penting dan disyorkan untuk menampung beban bayi.
- Wanita mengandung seharusnya mengelak daripada aktiviti yang berisiko untuk terjatuh seperti aktiviti menunggang dan sukan yang melibatkan sentuhan fizikal seperti bola keranjang.
- Wanita mengandung tidak boleh membuat aktiviti yang panjang sehingga badan terlalu panas. Sebagai contoh, lakukan aktiviti yang pendek dengan selang waktu selama 15 minit untuk mengelakkan badan terlalu panas
- Wanita yang mengalami komplikasi mengandung seperti uri bawah rahim, tekanan darah tinggi akibat kehamilan, sakit jantung dan wanita yang mempunyai sejarah keguguran dan pendarahan adalah dinasihatkan untuk tidak bersenam, sebaliknya akan mendapat manfaat daripada berehat.


c) Obesiti

- Untuk menurunkan berat badan - disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal intensif yang sederhana melebihi 30 minit sehari
- Untuk menghalang perubahan daripada kegemukan ke obesiti - diperlukan untuk membuat aktiviti fizikal intensif yang sederhana selama 45 hingga 60 minit sehari
- Untuk mengawal berat badan, menghalang penambahan berat dan menghalang bekas individu yang obes daripada meningkat berat badan - disarankan untuk membuat aktiviti intensif yang sederhana atau membuat aktiviti yang kurang lasak selama 60 hingga 90 minit sehari

   
Walau apa pun aktiviti fizikal yang dilakukan, kekuatan otot amat penting untuk membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya membakar lemak. Bagi mereka yang tidak kuat ototnya ataupun mempunyai jisim otot yang kecil akan mengalami kesukaran untuk membakar lemak dalam tubuh badan. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil Leucine (sejenis protein) ketika proses menurunkan berat badan.


Dirumus khas dan terbukti secara klinikal, Shaklee Cinch Mix yang diperkasa dengan Leucine mampu mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak (lean muscle mass) dan akan membantu anda untuk membakar lemak secara optimum untuk menurunkan berat badan anda dengan cepat dan berkesan.


KLIK SINI untuk Perisa Vanilla 

KLIK SINI untuk Perisa Coklat 

KLIK SINI untuk Perisa Cafe Latte 


Belilah sekarang dan hubungi kami seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Saturday, July 19, 2014

Lecithin - Kenali Pemecah dan Penyerap Lemak Anda Dengan Lebih Dekat Lagi


Disclaimer: The information on this site is for educational purposes only. It is not intended to be a substitute for professional medical advice. None of the opinions are meant to diagnose or treat any disease or illness. You should always consult your healthcare provider.

Shaklee Lecithin diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO dimana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Apakah manfaat yang anda akan perolehi sekiranya mengambil Shaklee Lecithin ini?


# Menyerap Vitamin Yang Larut Lemak - Membantu Tubuh Dalam Menyerap VItamin A, D, E dan K yang larut lemak.

# Melindungi Hati - Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

# Pemecahan Lemak dan Kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh.

# Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang.

# Mencatikkan Otot dan Kulit - Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

# Memperbaiki Alergi - Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.

# Menghalang Kejadian Batu Karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol. Lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

# Mempertingkatkan Daya Ingatan dan Meringankan Stres - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stres. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

# Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

# Memperbaiki Prostat Lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

# Meringankan Sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembapkan usus dan meleraikan toksin  dalam usus.


*Bersegeralah untuk menyingkir lemak dalam badan anda, jangan tunggu lagi!*


Justeru, dapatkan segera Shaklee Lecithin dan nikmati saat-saat lemak anda dipecah dan diserap!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...