Thursday, October 8, 2015

"Spring Forward" Dan "Fall Back" - Fenomena 2 Tahun Sekali



Masa nak pergi Melbourne, Australia pertengahan tahun 2014 dulu... ada tanya member yang tinggal kat sana perbezaan masa antara Malaysia dan Melbourne. Yelah... walaupun dah boleh google dan ada teknologi, tapi masih lagi nak confirmation dengan kawan kat sana... alang-alang dah memang dia tinggal kat sana pun.

Baca : Motorhome Trip, Autumn In Melbourne - Part 1

Baca : Motorhome Trip, Autumn In Melbourne - Part 2

Baca : Motorhome Trip, Autumn In Melbourne - Part 3


Dia pun slumber jawab kalau musim panas beza 2 jam... kalau musim sejuk beza 3 jam. Masa tu macam pening-pening lalat lah nak cuba fahamkan. Tapi takpelah masih boleh agak-agak. Masa pergi hari tu ialah musim luruh dan nak masuk musim sejuk, so maksudnya beza 3 jam. Cuma kita yang sekali sekala pergi luar negara ni mungkin tak faham macam mana benda ni berfungsi. Lain lah kalau kita betul-betul tinggal kat luar negara.



Baru-baru ni terbaca plak artikel berkaitan "Daylight Saving Time". Jadi barulah ku faham, macam mana "Daylight Saving Time" ni berfungsi. Dan lebih penting lagi kenapa di sesetengah negara... perbezaan masa mereka jadi lain pada musim sejuk dan musim panas.

"Daylight Saving Time" ni atau DST adalah satu amalan untuk mempercepatkan masa sebanyak 1 jam pada musim panas dan memperbetulkan masa kembali pada musim sejuk. Secara praktikalnya, mereka mempercepatkan masa sebanyak 1 jam pada permulaan musim bunga dan memperbetulkan semula masa pada permulaan musim luruh. Namun begitu, bukan semua negara yang mengamalkan DST ni.

Mempercepatkan masa pada awal musim bunga juga dikenali sebagai "Spring Forward" manakala memperbetulkan semula masa pada awal musim luruh dikenali sebagai "Fall Back". Contohnya di bandar Milan, Itali "Spring Forward" pada tahun 2015 ialah pada 29.3.2015 pukul 2 petang akan menjadi pukul 3 petang manakala "Fall Back" pada tahun 2015 ialah pada 25.10.2015 pukul 3 petang akan jadi pukul 2 petang.

Milan, Itali
Sebab tu perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan Milan ialah 6 jam pada musim panas dan 7 jam pasa musim sejuk.

Ini bermakna "Spring Forward" dan "Fall Back" setiap negara yang mengamalkannya adalah tidak sama. Masing-masing kena rujuk jadual yang telah disediakan oleh 'ahli falak' diorang. Tak sama sini maksudnya tak sama tarikh dan tak sama masa.... dan juga setiap tahun akan berbeza masa dan tarikh untuk "Spring Forward" dan "Fall Back"

London, England
Perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan London ialah 7 jam pada musim panas dan 8 jam pada musim sejuk.


Melbourne, Australia

Lepas tu tanya orang rumah yang ada "short stint" tinggal di Adelaide, Australia pada hujung tahun 1980-an dahulu, mana tahu dia ada experience sendiri DST ni.... Seingat dia... "Spring Forward" dan "Fall Back" ni akan diadakan pada hari Ahad. Arwah Ayah dia akan bawak jalan-jalan kat mana-mana tempat di luar yang ada 'big clock' dan diorang ramai-ramai saksikan fenomena ini.

Jangan tak tau... Malaysia yang takde musim panas dan musim sejuk pun ada amalkan DST suatu masa dahulu iaitu dari tahun 1933 hingga 1981. Tapi, tak tahu plak macam mana DST kat Malaysia ni boleh berfungsi. Maybe, ada orang lama yang boleh bagi pencerahan pasal isu ni.

Maybe suatu hari nanti nak saksikan sendiri depan mata macam mana "Spring Forward" dan "Fall Back" ni berlaku depan mata kat mana-mana negara yang mengamalkan DST. Yelah, bukan selalu pun.... setahun 2 kali jer....





No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...