Thursday, October 22, 2015

Demam Kepialu (Thypoid Fever) - Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat



Baru-baru ini kecoh dan gempar apabila merebaknya wabak demam kepialu di sekitar kawasan KL, Cheras dan Hulu Langat. Demam Kepialu ataupun dikenali sebagai Thypoid Fever ialah sejenis demam yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Salmonella Thypi.

Bintik-bintik merah pada badan adalah tanda biasa penghidap demam kepialu

Wabak kepialu kali ini dikatakan berpunca daripada warga asing khususnya dari negara Bangladesh. Sebagai langkah pencegahan, penduduk di kawasan yang diserang wabak kepialu ni dinasihatkan untuk elak makan di luar. Tidak lama kemudian, air batu kiub yang biasanya diletakkan dalam air sejuk yang dibeli di mana-mana gerai atau kedai makan dikatakan menjadi punca kepada wabak kepialu dimana air batu kiub ini juga disediakan oleh warga asing.


Bagaimana Demam Kepialu Boleh Berjangkit?

Demam Kepialu akan berjangkit melalui makanan atau minuman yang tercemar. Individu yang menjadi "ejen pembawa" bakteria ini mungkin telah membawa bakteria ini untuk tempoh jangka masa yang lama sebelum dipindahkan ke makanan ataupun minuman.




Bagaimana Demam Kepialu Boleh Dikesan?

Demam Kepialu boleh dikesan melalui ujian pada sampel najis pesakit. Sekiranya gagal, ujian darah juga boleh dijalankan untuk mengenalpasti samada pesakit tersebut menghidapi demam kepialu.







Tanda-Tanda Demam Kepialu

Pada kebiasaannya, minggu pertama dan minggu kedua adalah peringkat permulaan demam kepialu sebelum menjadi semakin teruk pada minggu ke-3 dan seterusnya. Antara tanda-tanda yang biasa penghidap demam kepialu ialah :-

- kurang selera makan
- sakit kepala
- sakit-sakit biasa di otot dan perut
- demam yang kuat sehingga 40 darjah celcius
- kelesuan
- cirit-birit


Rawatan Demam Kepialu

Demam Kepialu boleh dirawat dengan menerima suntikan antibiotik. Walaupun telah pulih sepenuhnya, 3%-5% daripada bekas pesakit demam kepialu pada kebiasaannya akan jadi "ejen pembawa" bakteria ini.

Selain itu, dari segi pemakanan pula, pesakit demam kepialu sangat-sangat perlu untuk mengambil kalori (tenaga) menggunakan sumber protein dan juga membanyakkan minum air isotonik atau air elektrolit bagi mengelakkan kehilangan air yang banyak dari badan seperti yang disarankan oleh diet health club.

Sumber protein dan air elektrolit yang terbukti berkesan


Pencegahan Demam Kepialu

Mencegah lebih baik dari merawat, Berikut adalah langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan :-

- kerap cuci tangan
- makan makanan yang telah dimasak
- elak makan makanan di jalanan
- elak minum air yang tidak bersih dan tidak dirawat
- elak makan buah dan sayur mentah
- pilih makanan yang panas




Sesungguhnya memang benar mencegah penyakit itu lebih baik daripada merawatnya. Kebersihan diri, makanan dan minuman serta persekitaran amat penting supaya bakteria tidak mudah membiak dan menyebabkan penyakit. Namun, usah kita risau kerana setiap penyakit di dunia ini pasti ada ubatnya melainkan kematian.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...