Pusingan kelayakan Eropah kembali lagi dengan baki 1 perlawanan terakhir untuk setiap kumpulan bakal berlangsung. Selain daripada tuan rumah Perancis, sebanyak 4 pasukan telah mengesahkan ke pusingan akhir Euro 2016 di Perancis lebih awal dengan berbaki 2 perlawanan iaitu England, Republik Czech, Iceland dan Austria.
Kini, pasukan-pasukan lain menyusul layak ke Euro 2016 dengan baki 1 perlawanan iaitu Belgium, Wales, Sepanyol, Switzerland, Ireland Utara, Itali dan Portugal. Jadi ada 7 slot otomatik dan 4 slot paly off yang bakal diisi dan menjadi rebutan lebih kurang 20 pasukan lagi.
Kumpulan A
Iceland dan Republik Czech telah pun melayakkan diri ke Perancis untuk kejohanan Euro 2016 tahun hadapan. Tambah manis buat Iceland kerana ini adalah penampilan pertama mereka pada kejohanan yang berprestij itu.
Pasukan Turkey dan Belanda cuba mengintai peluang untuk mendapat tempat ke-3 dalam kumpulan A dan seterusnya mencerahkan peluang mereka untuk ke Euro 2016 tahun hadapan melalui perlawanan play off
Pasukan Turkey hanya perlu seri pada perlawanan terakhir mereka menentang Iceland di tempat sendiri manakala Belanda perlu menang di laman sendiri mengatasi Republik Czech sambil mengharapkan Turkey tewas kepada Iceland.

Penyokong Iceland bakal ke Perancis pada musim panas tahun 2016 |
Pasukan Turkey dan Belanda cuba mengintai peluang untuk mendapat tempat ke-3 dalam kumpulan A dan seterusnya mencerahkan peluang mereka untuk ke Euro 2016 tahun hadapan melalui perlawanan play off
Pasukan Turkey hanya perlu seri pada perlawanan terakhir mereka menentang Iceland di tempat sendiri manakala Belanda perlu menang di laman sendiri mengatasi Republik Czech sambil mengharapkan Turkey tewas kepada Iceland.
Kumpulan B
Belgium dan Wales telahpun layak secara otomatik ke Euro 2016 di Perancis tahun hadapan. Sama seperti Iceland, ini adalah penampilan pertama Wales dalam kejohanan Euro yang berprestij ini.
Penyokong Wales juga akan ke Perancis pada musim panas tahun 2016 |
Satu slot lagi menjadi rebutan antara Bosnia Herzegovina, Israel dan Cyprus. Cyprus boleh buat kejutan sekiranya mereka mampu menewaskan Bosnia Herzegovina di laman sendiri sambil mengharapkan Israel tidak menang di Belgium
Israel juga tiada pilihan lain kecuali menewaskan Belgium di tempat lawan sambil mengharapkan Bosnia tidak menang di Cyprus. Namun, peluang Bosnia untuk ke slot play off lebih cerah dengan hanya perlu menang di Cyprus atau asalkan Israel tidak mengutip sebarang mata di Belgium
Kumpulan C
Sepanyol telah melayakkan diri ke Euro 2016 sebagai juara kumpulan manakala Slovakia dan Ukraine berebut tempat ke-2 untuk layak secara otomatik ke Euro 2016
Penyerang Valencia, Paco Alcacer ialah penjaring terbanyak Sepanyol di peringkat kumpulan setakat ini |
Ukraine berdepan cabaran getir untuk layak ke Euro 2016 secara otomatik apabila menanti kunjungan Sepanyol di laman sendiri. Slovakia pula hanya perlu mengharapkan Ukraine tercicir mata dalam pelawanan menentang Sepanyol. Namun, kemenangan Slovakia di Luxembourg sangat diperlukan bagi memastikan tempat mereka di Euro 2016 terjamin
Kumpulan D
Pertembungan dalam kumpulan ini sangat unik dimana masih tiada pasukan yang terjamin untuk layak ke Euro 2016 secara otomatik. Jerman lebih berpeluang cerah untuk layak secara otomatik dan akan menentang Georgia di perlawanan terakhir.
Poland dan Republik Ireland pula perlu berentap sesama sendiri di Poland dimana hanya pemenang yang akan layak ke Euro 2016 secara otomatik manakala pasukan yang kalah akan ke perlawanan play off
Kumpulan E
England dan Switzerland telahpun layak ke Euro 2016. England muncul juara kumpulan dengan cemerlang dimana dengan berbaki satu perlawanan England masih tidak pernah seri dan tidak kalah.
Kelibat pemain pengalaman seperti Wayne Rooney masih ditagih England |
Satu tempat lagi menjadi rebutan antara Slovenia dan Estonia. Slovenia hanya perlu seri di San Marino untuk ke pusingan play off, sebaliknya Estonia berhadapan cabaran getir menanti kunjungan Switzerland di tempat sendiri.
Jika Slovenia kalah sekalipun, Slovenia masih boleh ke slot play off dengan syarat Estonia membelasah Sitzerland dengan jaringan yang sangat besar dimana ia adalah misi yang hampir mustahil
Kumpulan F
Ireland Utara telah layak ke Euro 2016 dan ini adalah penampilan pertama mereka.
Penyokong Ireland Utara pun akan ke Perancis musim panas tahun 2016 |
Kedua-dua pasukan Romania dan Hungary perlu menang dan tak tercicir sebarang mata untuk layak ke Euro 2016. Romania akan bertandang ke Kepulauan Faroe manakala Hungary akan bertandang ke Greece.
Hasrat Hungary akan tertutup sama sekali sekiranya Romania mengutip mata penuh menentang Kepulauan Faroe. Dengan ini, Hungary akan melalui perlawanan play off sebelum melayakkan diri
Kumpulan G
Austria telah layak ke Euro 2016 sebagai juara kumpulan. Setakat 9 perlawanan, Austria masih belum tewas.
Penjaring terbanyak Austria di peringkat kumpulan ialah penyerang tinggi lampai, Marc Janko |
Rusia hanya perlu seri dalam perlawanan terakhir menentang Montenegro manakala Sweden harus menang ke atas Moldova di laman sendiri sambil mengharapkan Russia tumpas kepada Montenegro. Peluang Rusia untuk layak ke Euro 2016 secara otomatik lebih cerah berbanding Sweden yang mungkin akan melalui perlawanan play off
Kumpulan H
Itali telah layak ke Euro 2016 dan masih belum tewas dalam 9 perlawanan dalam kumpulan.
Itali perlu memperbaiki kelemahan mereka iaitu tiada pemain yang konsisten menjaringkan gol |
Satu lagi tempat menjadi rebutan antara Norway dan Croatia. Norway mempunyai laluan yang lebih getir kerana harus menumpaskan Itali di tempat lawan untuk layak secara otomatik. Croatia pula perlu menang di Malta sambil mengharapkan Norway tercicir mata di Itali.
Kumpulan I
Portugal telah layak ke Euro 2016 sebagai juara kumpulan. Selain daripada dikejutkan Albania 0-1 di hadapan penyokong sendiri, Portugal cemerlang dalam perlawanan yang lain.
Albania perlu menang di Armenia untuk layak ke Euro 2016 secara otomatik manakala Denmark yang telah tamat pusingan kumpulan terpaksa mengharapkan Albania tercicir mata di Armenia supaya Denmark layak ke Euro 2016 secara otomatik.
Hanya pasukan di tempat ke-3 yang terbaik sahaja akan layak ke Euro 2016 secara otomatik dan 8 pasukan yang lain akan berentap dalam perlawanan play off secara timbal balik.
Greece dan Serbia adalah antara 2 pasukan besar yang paling mengecewakan dan sama sekali tidak akan beraksi pada Euro 2016 tahun hadapan. Satu lagi pasukan besar yang berhadapan risiko untuk tidak layak ialah Belanda.
Portugal telah layak ke Euro 2016 sebagai juara kumpulan. Selain daripada dikejutkan Albania 0-1 di hadapan penyokong sendiri, Portugal cemerlang dalam perlawanan yang lain.
Siapa lagi hero Portugal kalau bukan Cristiano Ronaldo |
Hanya pasukan di tempat ke-3 yang terbaik sahaja akan layak ke Euro 2016 secara otomatik dan 8 pasukan yang lain akan berentap dalam perlawanan play off secara timbal balik.
Greece dan Serbia adalah antara 2 pasukan besar yang paling mengecewakan dan sama sekali tidak akan beraksi pada Euro 2016 tahun hadapan. Satu lagi pasukan besar yang berhadapan risiko untuk tidak layak ialah Belanda.
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)