Tuesday, August 26, 2014

Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 2



15.8.2014 - Day 2

Hari Kedua di sini agak santai kerana tidak melibatkan apa-apa aktiviti yang formal dalam pusat konvensyen. Rutin yang biasa di pagi hari ialah sarapan di hotel. Tempat sarapan kami juga diasingkan dengan tetamu hotel yang lain untuk jaminan makanan yang halal dan baik dihidangkan khas untuk delegasi Malaysia. Perkara yang unik di Long Beach ialah kelambakan buah pisang yang merupakan ikon makanan di sini.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA


Delegasi Malaysia berpecah di sini dimana kebanyakannya pergi ke Disneyland yang terletak di Anaheim, California dan sebilangan kecil sahaja pergi membeli belah di factory outlet, Los Angeles. Mengikut sejarah sebahagian besar kawasan di selatan California adalah merupakan antara kawasan ladang oren yang terbesar termasuklah Disneyland. Justeru tidak hairanlah sekiranya ada tempat yang dinamakan sebagai Orange County di California.

Satu lagi keunikan Disneyland di sini adalah kerana keasliannya berbanding dengan Disneyland lain yang berada di seluruh dunia. Berusia lebih kurang 60 tahun Disneyland adalah taman tema hiburan berkonsepkan kekeluargaan. Dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Main Street USA, Adventureland, New Orleans Square, Frontierland, Critter County, Fantasyland, Mickey's Toontown dan Tomorrowland.

Selain daripada Disneyland Parade dan pertunjukkan bunga api di Sleeping Beauty Castle, kembara Indiana Jones dan Space Tours adalah tempat yang harus anda cuba sepanjang berada di Disneyland.


* Disneyland Parade * 


* Disneyland Fireworks * 


* Indiana Jones Adventure * 


* Star Tours * 
Dalam kegembiraan berhibur di taman tema, tanggungjawab sebagai seorang Muslim tidak pernah diabaikan. Walaupun Disneyland tidak menyediakan tempat untuk solat, namun kami semua mencari tempat yang sesuai untuk solat. Pengunjung yang lain juga menghormati tindakan kami seolah-olah mereka memahami apa yang sedang kami lakukan.



* Tiada alasan untuk meninggalkan solat * 


* Grupfie adalah satu kemestian di Disneyland * 


Kami juga memilih untuk pulang pada jam 10.00 malam untuk menyaksikan persembahan bunga api. Bagi mereka yang terlibat dengan program "Master Coordinator Black Tie Event" pada waktu malam, mereka telah pulang pada jam 3.30 petang manakala bagi mereka yang tidak ingin melihat persembahan bunga api, mereka telah pulang pada jam 7.00 petang.

Setibanya di hotel pada waktu malam, kami mengambil peluang untuk beristirehat sebelum menghadapi aktiviti pada keesokan harinya.


SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!



16.8.2014 - Day 3

Rutin harian yang biasa di pagi hari ialah sarapan di hotel. Tiada aktiviti khusus yang dijadualkan pada pagi ini dan masing-masing meneruskan dengan agenda masing-masing seperti membeli belah di kawasan berhampiran dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kami semua dikehendaki berkumpul pada jam 10.00 pagi di lobi hotel untuk menuju ke tempat makan tengah hari yang agak jauh di Tustin, California.

Lebih kurang jam 12.00 tengah hari kami tiba di Belacan Grill, sebuah restoran milik rakyat Malaysia yang menetap di sini. Sedikit sebanyak makanan di sini dapat mengubati kerinduan kepada kami yang sudah mula merindui makanan di Malaysia.



* Bersiap sedia untuk menjamu selera di Belacan Grill * 

* Bergambar kenangan di Belacan Grill * 

Setelah makan tengah hari, kami semua dihantar semula ke pusat konvensyen Long Beach untuk program seterusnya yang lebih kepada sharing moment antara setiap wakil Shaklee di seluruh dunia. Selepas mengambil makan malam yang awal di hotel, kami kembali ke pusat konvensyen untuk malam pengiktirafan yang bermula pada pukul 7.00 petang.

Sekali lagi delegasi yang besar dari Malaysia telah mengibarkan jalur gemilang di negara Uncle Sam ketika malam pengiktirafan diadakan.










Pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan oleh Shaklee kepada business leaders seluruh dunia amatlah dihargai. Semangat yang berkobar-kobar ini tidak sabar untuk dikongsikan bersama-sama dengan rakan-rakan lain di Malaysia.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA



SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 1

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 3





Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...