Monday, August 25, 2014

Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 1



Alhamdulillah... untuk tahun 2014 ni kami telah diberikan peluang untuk pergi ke Amerika Syarikat ataupun United States of America (USA) selama lebih kurang 10 hari iaitu dari 13 Ogos hingga 22 Ogos 2014. Kenapa ke USA? Kerana di sini diadakan persidangan antarabangsa Shaklee dan juga percutian antarabangsa untuk pengedar Shaklee yang telah dipilih.

Seramai lebih kurang 300 orang delegasi dari Malaysia menghadiri persidangan antarabangsa yang diadakan di Long Beach, California. Persidangan dwi tahunan ini dihadiri oleh delegasi tuan rumah USA, Canada, Mexico, China, Taiwan, Jepun dan Indonesia.


13.8.2014 - Travelling Day

Boleh dikatakan hari ini adalah hari perjalanan dimana para peserta akan menghabiskan masa dalam penerbangan. Semasa di KLIA semua peserta delegasi dikehendaki untuk bertemu dengan staff Shaklee, Encik Ethan untuk mengambil duit makan masing-masing sebanyak USD50 (kira-kira RM165.00) seorang untuk sekali makan sepanjang 10 hari berada di sana. Duit makan ini adalah sebagai ganti kepada makanan yang tidak disediakan oleh Shaklee untuk hari-hari tertentu sepanjang berada di USA.



* Kumpulan 3 tiba lewat di Long Beach - jadi dapat extra USD50 seorang sebab missed 1 dinner * 


Lebih kurang 300 orang delegasi Malaysia ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan 1 berlepas pada pukul 7.35 pagi menggunakan Singapore Airlines. Penerbangan yang panjang ini akan transit di Singapura, isi minyak kapal terbang di Jepun dan meneruskan penerbangan ke Los Angeles. Kumpulan 2 pula akan menggunakan Cathay Pacific telah berlepas pada pukul 10.40 pagi, transit di Hong Kong dan meneruskan perjalanan ke Los Angeles.

Kami telah ditempatkan dalam Kumpulan 3 yang berlepas pukul 2.10 petang menggunakan penerbangan China Airlines. Penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah akan transit di Taipei, Taiwan. Kami tiba di Taiwan Taoyuan International Airport pada pukul 7.00 petang waktu Taiwan iaitu sama waktu dengan Malaysia dan telah dinasihatkan untuk berehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan yang panjang dari Taipei ke Los Angeles.

Walaubagaimanapun tempoh masa selama 5 jam itu telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh kumpulan kami dengan membeli belah dalam kawasan airport dan juga menjamu selera. Tahniah dan terima kasih juga kepada kerajaan Taiwan kerana telah menyediakan ruang solat untuk orang Islam di airport walaupun Islam bukanlah agama utama di negara Taiwan.




Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Taiwan

Setelah itu kami meneruskan perjalanan lebih kurang 12 jam dari Taipei ke Los Angeles. Perjalanan bermula jam 11.50 malam melintasi garisan masa antarabangsa dan telah tiba di Los Angeles jam 8.15 malam 13 Ogos 2014 waktu Los Angeles (back to the past).

Setibanya di Tom Bradley International Airport, terdapat 7 buah bas telah siap sedia menanti kami di airport untuk mengharungi perjalanan selama setengah jam lagi menuju ke hotel kami di Long Beach iaitu di Hilton Long Beach Hotel dimana sebahagian kecil lagi telah ditempatkan di Hyatt Regency yang lebih hampir dengan pusat konvensyen Long Beach yang mengadakan persidangan antarabangsa Shaklee.

Di hotel, kami telah disambut dengan meriah oleh Encik Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia bersama-sama dengan staff Shaklee. Setelah membasahkan tekak dan juga mendengar penerangan ringkas berkenaan program keesokan harinya, kami telah diberikan kunci bilik untuk merehatkan diri masing-masing.


SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


14.8.2014 - Day 1


Subuh di sini agak awal iaitu lebih kurang pukul 5.00 pagi disebabkan oleh musim panas yang panjang. Perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan California pula ialah 15 jam. Setelah bersarapan di hotel, kami menaiki bas menuju ke pusat konvensyen Long Beach untuk program Shaklee Live 2014. Suasana dalam dewan di pagi hari ini agak suram bagi delegasi dari Malaysia kerana seorang demi seorang tertidur dalam dewan akibat 'jetlag' ataupun keliru masa.



* Suasana dalam dewan sebelum masing-masing tertidur * 

Untuk makan tengah hari, delegasi Malaysia yang beragama Islam iaitu kira-kira 4/7 daripada 300 orang telah dibawa ke restoran makanan halal yang berhampiran di 4th Street Long Beach. Kami diberikan pilihan samada untuk makan di restoran chicken wing ataupun makanan India Pakistan yang terletak berhadapan sesama sendiri. Kami memilih untuk makan di Fresh Kabobs yang amat lazat.




Di USA terdapat dua syarikat telekomunikasi yang utama iaitu T-Mobile dan At & T. Setelah selesai makan tengah hari, kami mencuri masa ke outlet T-Mobile yang berhampiran untuk membeli simkad. Kami memilih untuk membeli data T-Mobile sebanyak 500mb untuk tempoh sebulan dengan harga 40USD (tidak termasuk cukai).

Kemudian kami dihantar semula ke dewan dengan bas untuk konvensyen sesi petang dimana delegasi dari Malaysia terlibat secara langsung. Seorang demi seorang bukan sahaja delegasi Malaysia malahan dari negara lain naik ke pentas memperkenalkan diri dan negara masing-masing. Sambil mengibarkan jalur gemilang kami memperkenalkan diri dan memberitahu mereka "we are from Malaysia".



* Skrin besar di dalam pusat konvensyen * 


Pada waktu ini juga di Malaysia telah masuk 15 haribulan Ogos (awal pagi). Terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang tidak putus-putus memberikan ucapan hari lahir. Tidak kira dalam bidang apa jua yang anda ceburi, buatlah dengan bersungguh-sungguh dan dengan seikhlasnya untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Ilahi.

Tanggungjawab sebagai seorang Muslim tidak pernah dilupakan dan diabaikan. Kami mempunyai tempat dan ruang dalam pusat konvensyen untuk menunaikan solat. Terima kasih sekali lagi kepada Shaklee Malaysia yang telah menyediakan ruang untuk delegasi Muslim menunaikan solat.



* Ruang solat yang disediakan di pusat konvensyen Long Beach * 


Walaupun masih lagi ada program dalam dewan, kami membuat keputusan pulang ke hotel untuk berehat dengan berjalan kaki. Walaupun tidak berapa jauh dan hanya beberapa blok saja jarak perjalanannya tetapi akibat beberapa faktor seperti keletihan dan panas mentari yang terik, perjalanan yang dekat telah menjadi sangat memeritkan.

Setelah berehat di hotel kami dikehendaki turun pada pukul 6.00 petang untuk menaiki bas menuju ke tempat makan malam. Seperti biasa 4 bas untuk delegasi Muslim akan pergi ke restoran makanan halal kali ini di Ma's Islamic Chinese Restaurant di Anaheim, California.





Selesai makan malam terdapat satu lagi program di pusat konvensyen Long Beach iaitu Shaklee Future Leaders yang bermula jam 8.30 malam iaitu program suai kenal untuk mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah. Kami membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut kerana keletihan dan jet lag yang masih belum hilang.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA


SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 2

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 3



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...