Sunday, August 24, 2014

11 Tips Untuk Anak-Anak Yang Cerewet Makan



Sebenarnya bukan anak-anak saja yang Cerewet Makan bahkan ada ketikanya orang dewasa juga Cerewet Makan. Jika orang dewasa yang Cerewet Makan, lantaklah... siapa suruh mengada-ngada, kan? Tapi, menjadi suatu kerunsingan dan kerisauan yang amat sangat jika si cilik kita yang Cerewet Makan. Apa yang penting janganlah kita panik... Di sini adalah Tips Penting Untuk Anak Yang Cerewet Makan.


1. Jangan Hidang Makanan Lain Jika Anak Kita Cerewet Makan

Jangan biasakan diri kita menggantikan makanan yang tidak disukai oleh anak kita dengan makanan lain. Contoh : Kita gantikan brokoli dengan sosej. Amalan sedemikian akan menyebabkan sikap Cerewet Makan anak kita akan bertambah kerana mereka tahu ibu bapa mereka akan mengikuti kehendak mereka.

2. Memberi Galakkan Kepada Anak-Anak Untuk Memilih Makanan Berkhasiat

Biasakan diri kita untuk membawa anak kita membeli-belah di pasar raya dan memberikan mereka peluang untuk memilih sendiri makanan berkhasiat dengan panduan kita. Contohnya kita beri mereka peluang untuk pilih buah-buahan kegemaran mereka.



* Source : ehow.com


3. Jangan Berikan Pencuci Mulut Sebagai Ganjaran

Tindakan memberikan ganjaran pencuci mulut selepas anak kita makan makanan berkhasiat akan membentuk sikap Cerewet Makan anak kita. Anak kita akan keliru dan menganggap pencuci mulut lebih tinggi nilainya berbanding makanan berkhasiat tersebut.


* Source : sodahead.com


4. Jadikan Waktu Makan Sebagai Waktu Yang Menyeronokkan

Terapkan suasana gembira dan menyeronokkan ketika waktu makan supaya anak kita mempunyai "mood" untuk berselera dan tidak Cerewet Makan. Contohnya sebagai ibu bapa kita jangan marah-marah anak kita sebelum atau semasa waktu makan. Ini akan menjadikan waktu makan adalah saat-saat yang dinantikan oleh mereka.



* Source :  chefmom.sheknows.com *


5. Kurangkan Gangguan Semasa Waktu Makan

Tetapkan peraturan di rumah untuk menghormati waktu makan. Contohnya : Menutup TV atau apa-apa gajet ketika waktu makan. Paling kurang pun jangan buka rancangan TV yang menarik perhatian anak kita seperti rancangan kartun ketika makan.


* Source : gadgetmum.co.uk


6. Bersabarlah Jika Hidangan Baru Diberikan

Jika kita hendak memperkenalkan makanan baru kepada anak kita, maka bersabarlah. Berilah peluang kepada anak kita untuk membiasakan diri mereka dengan makanan baru. Bagi kita itu adalah hal kecil tetapi tidak bagi mereka.

7. Kreatif

Hiasilah hidangan makanan anak kita menyerupai watak kartun kegemaran anak kita. Paling kurang pun bagilah hidangan makanan anak kita supaya menjadi "happening" dan tidak membosankan.



* Source : simplebites.net


8. Kekal Dengan Rutin Harian Waktu Makan

Disiplinkanlah anak kita dengan waktu makan. Jangan biasakan mereka minum air yang banyak sebelum waktu makan kerana ini boleh membantutkan selera mereka. Apalagi makanan "junk food" ataupun "snack" yang tidak elok untuk anak kita, jangan diberikan sebelum waktu makan.



* Source : fitbie.com


9. Berikan Contoh Tauladan Yang Baik Kepada Anak-Anak

Sememangnya anak kita akan mengikut kita sebagai ibu bapa mereka sebagai contoh tauladan mereka. Jadi makanlah makanan yang berkhasiat untuk diikuti oleh anak kita. Kalau nak sangat makan "fast food" pun, sorok-soroklah sikit.



* Source : theatlantic.com


10. Hormati Selera Anak Anda

Jangan paksa anak kita makan jika dia masih kenyang. Paling tidak pun suapkan makanan kepada mereka dalam bahagian yang kecil asalkan mereka makan.


* Source : sg.theasianparents.com



Apabila anak kita Cerewet Makan, mereka akan kekurangan nutrien-nutrien penting dalam tubuh badan mereka. Paling tidak pun kandungan nutrien dalam tubuh badan mereka menjadi tidak seimbang.

Mujurlah Shaklee Meal Shakes membantu untuk membekalkan nutrien seimbang kepada tubuh badan anak kita seperti Vitamin A, C, E, Zinc, Selenium dan lain-lain. Dengan rasa yang enak dan lazat, percayalah sukar bagi anak kita untuk Cerewet Makan apabila berjumpa dengan Shaklee Meal Shakes.



* Kegembiraan tidak dapat dibendung apabila berjumpa dengan Meal Shakes * 


* Shaklee Meal Shakes *



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...