Friday, June 26, 2015

Program Cuti Sekolah - Bijak Sifir



Alhamdulillah.... syukur sekali lagi kerana berkesempatan bawa anak-anak untuk pergi ke Program Cuti Sekolah semasa cuti pertengahan tahun baru-baru ini. Yelah... masa cuti sekolah bukan saje bawak anak-anak melancong, tetapi kena pastikan jugak diorang ni terlibat dengan program-program ilmiah dan bermanfaat sejak dari kecil lagi.


Masjid al-Mukarramah, Damansara

Pada hari Ahad, 14 Jun 2015 bertempat di Masjid al-Mukarramah Damansara telah diadakan program ataupun bengkel Bijak Sifir iaitu menggunakan teknik Roya. Kalau tak silap perkataan Roya ni adalah singkatan nama pengasas teknik ni iaitu "Rosli Yaacob"


Baca : Program Bijak Bicara AMPAC - Part 1

Baca : Program Bijak Bicara AMPAC - Part 2

Baca : Program Journey Forest D'Sawah

Sebenarnya sehari sebelum tu, ada jer program Bijak Sifir ni yang berhampiran dengan rumah iaitu di kawasan Bandar Baru Bangi, tapi sebab clash dengan program lain, kami decide untuk ke Damansara all the way dari Cheras pada hari Ahad untuk program Bijak Sifir ini.

Perasan tak... kadang-kadang ada di antara anak-anak kita tidak menjawab beberapa soalan Matematik sebab kononnya tak sempat??? Ini terjadi samada mereka masih tidak mahir dengan sifir ataupun masih lagi tidak cekap membuat kira-kira.




Teknik ROYA upaya bantu kuasai sifir - www.teknikroya.com


Justeru, teknik Roya ini adalah satu alternatif yang mudah untuk dipraktikkan oleh anak-anak kita hanya dengan menggunakan jari tangan sahaja. Program ni berlangsung hanya selama 3 jam sahaja iaitu dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari.


Adam memberanikan diri tampil ke depan untuk mempraktikkan teknik Roya
Dapat juga cenderamata sebab berani tampil ke depan
Myra lebih selesa memerhati dari jauh dan senyum

Pada setengah jam yang terakhir, ibu bapa dijemput masuk ke dalam dewan untuk melihat sendiri bagaimana anak-anak ini mempraktikkan teknik Roya. Ibu bapa juga nampak berminat untuk mencuba teknik ini supaya sama-sama dapat berkongsi dengan anak masing-masing dan membuat ulangkaji Matematik sama-sama.

Adam dan Myra setelah selesai program

Para peserta bergambar kenangan setelah program selesai

Walau apa pun teknik yang dipelajari, untuk mendapatkan potensi yang sepenuhnya, sesuatu ilmu itu harus dipraktikkan dan diamalkan dengan segera. Jika tidak diamalkan dengan segera dikhuatiri akan menyebabkan kita terlepas nilai-nilai dan kualiti sesuatu ilmu itu.

Semoga bermanfaat dan diberikan kekuatan untuk menghantar anak-anak ke Program Cuti Sekolah yang lain.





Thursday, June 25, 2015

Pengalaman 1 Hari Bersama Kevin Zahri



Alhamdulillah.... pada 13.6.2015 yang lepas, bertempat di Shaklee HQ Bandar Sunway, berpeluang untuk menghadiri program "Jom Fit with Kevin Zahri" yang telah dianjurkan oleh salah satu rakan organisasi dalam Shaklee Malaysia Berhad iaitu MyFawa Millenium.

Me with Kevin Zahri



Program ini bertujuan untuk mendapatkan rahsia untuk berdiet dan fit dengan cara Kevin Zahri. Kevin Zahri adalah salah seorang ikon kecergasan yang terkenal di Malaysia. Bermula sebagai cikgu kecergasan dalam Akademi Fantasia, kini Kevin Zahri adalah pelopor kepada cabaran Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) yang telah membantu ramai orang gemuk dan menghadapi masalah obesiti untuk kurus.

Cikgu Kecergasan Akademi Fantasia

Sumber : FB Kevin Zahri

Salah seorang kenalan bernama Mohd Ezuwan Shah yang juga junior satu tahun semasa di universiti juga telah mengikuti program Jom Kurus bersama Kevin Zahri dan kini telah menjadi salah seorang trainer Jom Kurus Kevin Zahri di kawasan Shah Alam.

Sumber : FB Mohd Ezuwan Shah


Program bermula lebih kurang pukul 10 pagi... sebelum program start, cepat-cepat pergi snap gambar dengan Kevin Zahri dulu. Maklumlah nanti kalau masa nak balik mesti berebut-rebut dengan orang lain... lepas tu confirm masa tu baju dah basah berpeluh-peluh.

Ceramah program Kevin Zahri ni tidak berbentuk sehala... dia sangat mengalu-alukan pendapat dan pengalaman para peserta yang berjaya menurunkan berat badan masing-masing untuk dibincangkan bersama-sama.

Sumber  : FB Kevin Zahri


Mengikut pendapat Kevin Zahri... apa yang penting untuk menurunkan berat badan ialah "bukannya mengikut tetapi memahami" konsep mana-mana program diet. Ini kerana dengan mengikut membuta tuli tanpa faham konsep menurunkan berat badan adalah sia-sia... dan akhirnya program diet dan produk itu yang dipersalahkan padahal punca kegagalan adalah diri sendiri yang tidak faham.

Ingatkan aktiviti yang berpeluh-peluh dan bersenam akan dibuat lepas lunch sampai 4 petang... rupa-rupanya pagi-pagi pun dah kena warm up.... Tapi ini warm up Kevin Zahri pun rasa macam heavy training dah bagi siapa yang tak biasa... Terpaksalah diriku ini dan sahabatku abam sado, Kamarudin Mahad dijemput ke atas pentas untuk membantu Kevin Zahri membuat demo. 





Selesai aktiviti warming up di pagi hari... kelas Kevin Zahri bersambung dengan beberapa fakta yang mengejutkan. Sebab itulah, mereka yang mengikuti program JK1M berjaya turunkan berat badan kerana mereka memahami konsep yang diajarkan.

Apa yang menarik ialah antara konsep diet Kevin Zahri ialah tidak pernah menyekat pemakanan... sebaliknya perlulah membakar lemak dan bersenam dengan lebih kerap jika telah mengambil kalori harian yang berlebihan.

Pergi kedai makan beli air manis 1 atau 2 gelas dan kongsi ramai-ramai bersama ahli keluarga memang dah biasa buat. Konsep minum air manis 1/2 gelas sahaja juga amat menarik. Ambil karbohidrat seperti nasi, mee atau roti dengan kadar segenggam tangan masing-masing juga menarik.

Segenggam nasi sahaja ye....

Program berehat seketika untuk makan tengahari dan solat di Restoran Arab Marhaba, Bandar Sunway. Berpeluang juga makan semeja dengan Kevin Zahri dan borak-borak more personal dengan Kevin Zahri. Baru ku tahu, Kevin Zahri ni kacuk Melayu-Jerman rupanya... ada seorang abang dan 2 orang adik tiri perempuan. Kevin Zahri juga graduate Mechanical Engineering rupanya dan pernah bekerja dengan Proton. Tapi jiwanya lebih kepada bidang pemakanan dan kecergasan.

Restoran Marhaba Bandar Sunway

Program pada waktu petang bersambung dan lebih praktikal. Senak jugak lah perut... maklumlah baru lepas makan tengah hari terus buat heavy training. Selesai senaman secara praktikal, program diteruskan dengan Q&A.


Berbaloi-baloi program sebegini dan selepas habis program kami semua telah diberikan sijil penyertaan.




Antara peserta yang turut serta

Bagi mereka yang serius untuk menurunkan berat badan atau mendapatkan berat badan yang sihat, kumpulan sokongan sangatlah penting agar kita tidak berasa kesunyian dan keseorangan. Kesungguhan yang mantap dan matlamat yang jelas sangat diperlukan untuk menurunkan berat badan.

Selain daripada senaman dan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang juga perlu diberi keutamaan. Lemak yang telah dipecahkan dalam badan tidak akan dikeluarkan dengan mudah melainkan hanya dengan detoks. Peluh yang keluar setelah senaman hanyalah air yang disingkirkan dari tubuh dan bukannya lemak.

Sebab itu kami juga mencadangkan produk-produk berikut untuk membantu anda dalam menurunkan berat badan (weight loss) dan juga tampil dengan berat badan yang lebih sihat (inch loss) :-

1. Omega Guard atau Lecithin sebagai Pemecah dan pembakar lemak dalam badan

2. Alfalfa atau Herb Lax sebagai detoks semulajadi befungsi sebagai pencuci usus dan menyingkirkan lemak yang dipecahkan

3. ESP dan Cinch Shake Mix pula ialah sumber protein yang dibekalkan sebagai sumber tenaga dan bagi mengelakkan kehilangan otot semasa program diet.

Weight Loss, Inch Loss dan Weight Gain adalah sebahagian daripada program Weight Management dalam Shaklee.

Selamat mencuba!!!



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Wednesday, June 24, 2015

Universal Studios Singapore - Pengalaman Bercuti Di Singapura



Alhamdulillah.... Hujung bulan Mei haritu berpeluang untuk bawak anak-anak berjalan kat Singapore pulak. Sebenarnya dah lama nak bawak diorang pergi kat Universal Studios. Masa kami first time pergi Universal Studios kat Hollywood tanpa anak-anak bulan Ogos tahun 2014, kita yang bukan budak-budak pun dah rasa seronok... apa lagi kalau budak-budak yang pergi... lagi seronok diorang. Yang paling dekat dari Malaysia ialah kat Singapore.

Baca : Kenangan di Universal Studios Hollywood, Los Angeles

Sebelum pergi tu... kami merancang tarikh yang sesuai. Pada mulanya nak pergi masa weekdays... sebab mungkin tak ramai orang. Tapi, tak juga sebab Singapore pun cuti sekolah jugak dan diorang tengah buat preparation untuk Sukan Sea 2015. Jadi alang-alang pergi jugak masa weekend iaitu hari Ahad 31.5.2015.

Kitorang book tiket untuk main dalam USS secara online. Kitorang bayar jugak extra untuk dapatkan express pass. Silap besar lah kalau masa ramai orang tapi tak ambik express pass. Kesian kat budak-budak sebab tak banyak yang diorang boleh main nanti.

Lepas selesai book tiket online, kitorang cari tempat untuk bermalam pulak secara online. Bila askar-askar dah ramai ni macam tak sesuai dan tak berbaloi pulak nak check in hotel. Sewa apartment nampak lebih sesuai dan lebih berbaloi. Akhirnya, kitorang pilih Tropez Residences yang terletak kat Danga Bay, Johor Bharu.

Mula-mula ingatkan nak bawak kereta sendiri dalam Singapore, pastu nak tidur pun kat Singapore. Tapi buat permulaan ni... lebih baik naik bas jer masuk dalam Singapore... lagipun tempat yang nak dituju pun hanya satu iaitu USS. Sebab tu kitorang decide nak tidur kat JB jer...

Baca : Kembara Cuti Sekolah di Johor Bharu


30 Mei 2015 (Day 1)

Awal pagi bertolak dari KL menuju ke JB. Santai-santai jer harini dan cuba menikmati perjalanan dengan tenang. Off course budak-budak memang excited bab-bab berjalan nih... Waktu tengah hari dah sampai JB... terus kami ke kawasan Danga Bay. Tak boleh nak masuk apartment lagi sebab check in kul 3.00 petang. Kami makan tengah hari kat Restoran Bumbu Asli kat Danga Bay

Lepas makan tengah hari kami ke Tune Hotel Danga Bay untuk beli tiket bas untuk ke USS daripada sebuah agensi (sebelah 7E). Harga tiket bas tu ialah RM30 seorang untuk pergi dan balik. Kalau nak tiket murah iaitu RM25 seorang kena check in kat Tune Hotel Danga Bay.

Kami dimaklumkan bahawa bas akan bertolak ke Singapura awal pagi besoknya iaitu kul 7.30 pagi dan bas akan kembali ke JB pukul 7.30 malam hari yang sama. Kami juga dibekalkan dengan "white form" yang perlu diisi sebelum memasuki Singapura pada hari besoknya.

Pukul 3.00 petang masa untuk check in. Owner apartment ni ialah pasangan Jepun Mr and Mdm Hitomi. Selama ni whatsapp jer dengan dia, masa dah sampai Tropez Residences baru call tuan rumah. Masa jumpa memang terkejut. Kitorang expect akan jumpa tuan rumah warga emas tapi rupa-rupanya kami berurusan dengan anak diorang Ms Hitomi yang lebih kurang sebaya umurnya dengan kami.

Biasa dengar Agoda kan??? Kalau nak cari hotel kami biasa gunakan Agoda, tapi kalau nak cari apartment untuk disewa kami guna Airbnb, pernah dengar tak???

Selat Tebrau dan Bumi Temasik nun jauh di sana

Ini pemandangan ruang tamu... tapi kat luar tu warna hijau ialah kawasan Istana Bukit Serene

Kami mengambil peluang untuk berehat-rehat sambil menikmati pemandangan Selat Tebrau dan Bumi Temasik yang sangat jelas dari balkoni apartment kami. Dari arah yang sama juga kami dapat melihat dengan jelas Istana Bukit Serene, Johor Bharu dan juga pintu masuk utama istana yang cantik.

Pada waktu malam kami mengambil keputusan untuk makan di ZZ Sup Tulang yang terletak di Jalan Petrie, Johor Bharu. Menu utamanya apa lagi.... Sup Tulang lah. Selain tu ramai jugak yang order Mee Rebus Johor di ZZ Sup Tulang ni.

Biar gambar berbicara.....


SELAMAT MALAM JOHOR BHARU!



31 Mei 2015 (Day 2)

SELAMAT PAGI JOHOR BHARU....

Sebelum Subuh kami anak beranak dah bangun... bersiap-siap nak pergi ke Tune Hotel, Danga Bay, JB untuk naik bas ke Universal Studios. Agensi tempat kami beli tiket buat briefing kepada kami semua sebelum bas bergerak. Briefing ni penting untuk tahu perkara-perkara penting khususnya yang melibatkan urusan imigresen.

Beratur di pagi hari sebelum naik bas

Bas bergerak seperti yang dijadualkan. Tak lama lepas tu, kami semua dikehendaki turun dari bas untuk ke checkpoint pertama iaitu Imigresen Malaysia. Urusan kat checkpoint pertama ni agak lancar dan kami semua pergi semula untuk mencari bas.

Here we go!

Tips yang penting kat sini kena ingat dan tahu bas akan tunggu di terminal mana dan apa no plat bas. Ini semua ada diterangkan dalam briefing. Driver memang akan make sure semua orang cukup baru jalan... tapi kalau dah lambat sangat dan tak munasabah pulak lambatnya... kena tinggal lah.

Bila dah melintasi selat tebrau, kami sekali lagi kena turun bas untuk ke check point ke-2 iaitu Imigresen Singapura di Woodlands. Urusan kali ini agak lama dengan pegawai imigresen yang sangat teliti membuat kerja-kerja mereka. Lepas 1 jam, barulah urusan kami selesai dan pergi mencari bas di terminal.

Woodlands, Singapura - pemandangan dari dalam bas

Perjalanan diteruskan menuju ke Universal Studios Singapore yang terletak di selatan Pulau Temasik iaitu di Pulau Sentosa. Apabila dah sampai di USS, sekali lagi driver mengingatkan di mana perlu mencari bas dan bilakah masa untuk naik bas masa balik nanti.

OK... Playing time.... Sebelum masuk dalam USS, kami bergambar dulu di Globe besar kat luar pintu masuk. Lepas tu masuk dalam dan mula memanfaatkan setiap express pass yang ada.

Di luar pintu masuk

New York

Kebanyakan tempat bermain memang ada rules and regulations khususnya berkenaan ketinggian budak. So, kalau anak-anak kecik lagi tak yah ler nak main kat tempat macam ni, buat rugi jer.... Hasya yang berumur 3 tahun ni lah kerap jadi mangsa tak boleh main sebab tak cukup tinggi.

I was in New York!


Sci-Fi City

Bila tak cukup tinggi, memang kami gilir-gilir kena jaga Hasya kat luar. Tak banyak permainan yang kami sekeluarga boleh main sama-sama. Suatu hari nanti bila semua dah besar panjang baru lah kami semua boleh main sama-sama.

Pintu keluar Transformer

Kalau nak solat, surau ada disediakan di bahagian "Sci-Fi City", tak jauh dari tempat Transformer.

Surau USS

Ancient Egypt

Ancient Egypt

Makan tengah hari awal sikit... sebab pagi tadi makan ala kadar... pastu nampak pula kedai makan halal kat USS. Nama kedai makan tu ialah Oasis Spice Cafe terletak kat bahagian Ancient Egypt. Satu lagi sebab makan awal sebab nak elak clash dengan orang lain yang ramai masa betul-betul lunch time nanti.

Oasis Spice Cafe - pintu masuk

Oasis Spice Cafe - makan awal, orang belum ramai

The Lost World

Waterworld terletak dalam The Lost World
Yang ni memang best sampai lupa ambil gambar... huhu....

Far Far Away

Pintu masuk Far Far Away
Shrek 4D

Madagascar

Madagascar ride....

Kami nak balik dah.....
Hollywood

Hollywood Lane

Berbaloi-baloi guna express pass... dapat main 12 daripada 17 game... not bad kan??? Itupun banyak yang kami kena gilir-gilir main sebab kena ada orang tua jaga budak yang tak cukup tinggi kat luar. Kalau tak gilir-gilir main, mungkin dapat main semua game kot....

Sempat naik bas pada waktu yang dah ditentukan. Perjalanan pulang macam biasa, rutin biasa kalau naik bas untuk turun di kedua-dua check point. Uishh.... memang leceh... angkut anak-anak lagi... tapi takpe... puas dan berbaloi-baloi!

SELAMAT TINGGAL USS!


Percaya tak.... makan malam kami hari tu sekali lagi di ZZ Sup Tulang! Sebenarnya bukan dalam perancangan pun.... pada awalnya nak pergi ke Restoran Singgah Selalu yang terletak di seberang jalan tempat kami tinggal. Tapi entah macam mana... boleh tersalah masuk jalan, terus kami pergi ke ZZ Sup Tulang.

Biar gambar berbicara....


SELAMAT MALAM JOHOR BHARU!



1 Jun 2015 (Day 3)

SELAMAT PAGI JOHOR BHARU!

Kami bersiap-siap nak check out... misi seterusnya ialah untuk mencari Roti Kacang Pool.... Kat KL ada jugak Roti Kacang Pool.... di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras... tapi kali ni memang nak rasa yang kat JB punya.... mesti rasanya tak sama...

Kacang Pool Haji di Kg Dato' Onn, Larkin

Kacang Pool Haji di Kg Dato' Onn Larkin, JB

Alhamdulillah..... selesai makan Roti Kacang Pool, kami memulakan perjalanan pulang... tiba-tiba gerak hati mengatakan yang "....apa kata kita singgah stadium sekejap... lagipun stadium kat depan mata tuh....". Jadi, tanpa dirancang kami pun ke Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus yang terletak di Larkin, Johor Bharu

Adam di stadium larkin

Tanpa disangka-sangka dapat jugak bergambo dengan player JDT iaitu Hariss Harun. Masa ni sebenarnya tengah off season, player semua samada bercuti atau commit dengan persediaan pasukan kebangsaan masing-masing untuk kelayakan Piala Dunia 2018. Sebab tu tak sangka jumpa dengan Hariss Harun kat stadium.

Terima kasih Hariss Harun!

Baca : Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia

Semasa tengah hari barulah kami pulang ke KL.... Walaupun tak tidur kat Singapore... tapi bila dapat tinggal di apartment mewah dengan harga berbaloi macam Tropez Residences ni, terasa sangat beruntung dan tidak menyesal.

Selamat tinggal Tropez Residences!

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di JB Dan Singapura

Mungkin di kesempatan lain akan kembali ke Singapura, tidur di Singapura dan pergi menjelajah seluruh Pulau Temasik itu dan mencuba pelbagai makanan menarik di Singapura pulak!


SELAMAT TINGGAL SINGAPURA!

SELAMAT TINGGAL JOHOR BHARU!



Jemput baca pengalaman-pengalaman lain :-

Pengalaman bercuti di Seoul Korea

Pengalaman bercuti di Melbourne Australia

Pengalaman bercuti di Ho Chi Minh Vietnam

Pengalaman bercuti di Los Angeles California

Pengalaman bercuti di San Francisco California

Pengalaman bercuti di Milan, Florence, Rom Itali

Pengalaman bercuti di Orlando Florida

Tuesday, June 23, 2015

Copa America 2015 - Peluang Bintang Muda Amerika Selatan Untuk Melonjakkan Nama Mereka



Copa America ataupun Piala Amerika adalah kejohanan bolasepak Amerika Selatan. Pada edisi kali ini, Copa America 2015 diadakan di negara Chile. Negara paling berjaya dan banyak menggondol trofi Copa America ni ialah Uruguay sebanyak 15 kejuaraan.

Tradisi kebiasaan Copa America ialah menjemput pasukan jemputan dan pasukan jemputan kali ini ialah Mexico dan Jamaica. Uruguay pula tampil untuk mempertahankan trofi yang dimenangi mereka sebelum ini iaitu pada tahun 2011 dengan menewaskan Paraguay 3-0.

Uruguay - Juara Copa America 2011
Baca : Semuanya Copa America Bahagian 1

Baca : Semuanya Copa America Bahagian 2


Saingan peringkat kumpulan telahpun selesai dengan 8 pasukan berjaya menempatkan diri di peringkat suku akhir. Beberapa orang pemain muda telah dikenalpasti bakal menyinar dalam kejohanan ini selain daripada bintang-bintang utama yang lain.



Chile 

Pasukan tuan rumah ini cemerlang di peringkat kumpulan dimana mereka membelasah Bolivia 5-0 di perlawanan terakhir kumpulan. Diketuai penyerang sensasi mereka Alexis Sanchez, semestinya Chile mengidamkan trofi ini buat pertama kali apalagi beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Walaupun dilanda dengan kemelut bintang mereka, Arturo Vidal yang terbabit dengan kemalangan jalan raya akibat pengaruh alkohol, prestasi Chile tampak konsisten dan tidak terganggu dengan kemelut yang melanda. Penyerang muda Chile, Eduardo Vargas tidak ketinggalan untuk membantu Chile menjulang trofi pertama mereka.

Eduardo Vargas (Napoli)

Bolivia 

Pernah menjadi juara sekali sahaja iaitu pada tahun 1963 sebagai tuan rumah. Tampil sebagai pasukan bukan berstatus pilihan tetapi Bolivia mampu layak ke pusingan kalah mati dengan menyingkirkan Ecuador dan Mexico.

Bolivia tiada juga bintang ternama melainkan penyerang berpengalaman mereka iaitu Marcelo Moreno yang berkasi di China bersama kelab Changchun Yatai. Inilah peluang pemain muda seperti Romel Quinonez (penjaga gol) dan pemain yang baru saja disambar oleh kelab Greece, Panetolikos  iaitu Danny Bejarano untuk mencipta nama di kejohanan ini.

Danny Bejarano (Panetolikos)

Argentina 

Pasukan paling berjaya dalam Copa America di belakang Uruguay. Argentina tampil dengan konsisten di peringkat kumpulan diketuai oleh bintang sensasi mereka Lionel Messi. Kali terakhir Argentina menjulang Copa America ialah pada tahun 1993.

Hanya Marcos Rojo (Manchester United), Roberto Pereyra (Juventus) dan Erik Lamela (Tottenham Hotspurs) yang berusia 25 tahun dan ke bawah berada dalam skuad Argentina kali ini.

Marcos Rojo (Manchester United)

Paraguay 

Kali terakhir menjulang Copa America pada tahun 1979. Paraguay juga cemerlang di peringkat kumpulan tanpa tewas di belakang Argentina.

Walaupun Paraguay mengharapkan trio serangan veteran mereka iaitu Roque Santa Cruz, Luca Barrios dan Nelson Valdez dalam kejohanan ini, namun kelibat bintang muda Paraguay iaitu Derlis Gonzalez yang beraksi di bahagian sayap tidak boleh diperkecilkan.

Derlis Gonzalez (FC Basel)

Uruguay 

Barisan serangan Uruguay tempang tanpa kelibat penyerang sensasi mereka Luis Suarez yang masih lagi digantung FIFA akibat insiden menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada kempen Piala Dunia yang lalu.

Bintang muda Atletico Madrid iaitu Jose Gimenez juga semakin menyinar. Bukan sahaja kental bertahan mengekang asakan musuh, tetapi keupayaan menjaringkan gol juga tidak dipertikaikan lagi. Sudah pasti Uruguay tidak akan melepaskan trofi Copa America kepada pasukan lain.

Jose Gimenez (Atletico Madrid)

Brazil 

Barisan serangan Brazil juga bakal tempang apabila kapten mereka, Neymar dikenakan penggantungan 4 perlawanan setelah menerima kad merah pada pertemuan dengan Colombia kerana dengan sengaja menendang bola ke arah pemain Colombia, menanduk pemain Colombia yang lain dan juga bertengkar dengan pengadil perlawanan.

Pemain sayap yang beraksi bersama Shakhtar Donetsk iaitu Fred juga semakin mendapat tempat dalam skuad Dunga di Copa America.

Fred (Shakhtar Donetsk)


Peru 

Kali terakhir Peru menjulang trofi Copa America ialah pada tahun 1975. Sepertimana Paraguay, Peru juga tampil dengan trio serangan veteran iaitu Claudio Pizarro, Paolo Guerrero dan Jefferson Farfan.

Sudah pasti edisi kali ini pemain muda seperti Christian Cueva, Carlos Ascues dan Andre Carillo cuba untuk menonjolkan diri dan menyinar di atas pentas Copa America.

Christian Cueva (Alianza Lima)


Colombia 

Penyerang Carlos Bacca juga menerima kad merah akibat insiden pergaduhan dengan Neymar tempoh hari. Bintang Real Madrid, James Rodriguez agak tenggelam dalam kejohanan ini, juga kapten pasukan Falcao yang masih buntu mencari jaringan.

Namun pemain yang mencuri tumpuan ialah pemain pertahanan yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Brazil iaitu Jeison Murillo. Baru sahaja disambar Inter Milan dari kelab Sepanyol, Granada, pemain ini menunjukkan persembahan kental di bahagian pertahanan.

Jeison Murillo (Inter Milan)

Baca : Pemain Muda Piala Emas CONCACAF 2015

Sudah menjadi tradisi, pentas kejohanan seperti Copa America ini adalah medan untuk menyinar dan para pemain menunjukkan skil dan bakat masing-masing. Sudah pasti juga mana-mana pasukan di seluruh dunia akan mendapatkan pemain Amerika Latin untuk dimasukkan dalam pasukan masing-masing sebagai rencah utama bolasepak mereka.





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...