24.11.2015 (Day 5)
BUONGIORNO FIRENZE! SELAMAT PAGI FLORENCE!
Semakin hari semakin sejuk dan dingin cuaca di sini. Suhu dah mencecah 0 C pada awal pagi dan paling tinggi pun suhu mencecah 12 C.
Seperti biasa kami meletakkan beg di kawasan lobi dan pergi sarapan. Sementara kami sedang bersarapan, beg-beg besar kami akan dipunggah masuk ke dalam trak dan menempuh perjalanan selama 3 jam 40 minit menuju ke Rom dari Florence.
Selesai sarapan kami menaiki bas menuju ke stesen keretapi Florence iaitu Firenze S.M.N. Alhamdulillah... rezeki kami semua sebab sekali lagi kami akan naik bullet train dari Florence ke Rom yang hanya mengambil masa 1 jam dan 30 minit. Tambah selesa lagi, kami semua akan duduk di coach business class.
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali
|
Kenangan di Firenze S.M.N.... siap sedia nak pergi Rom! |
|
Hampir top speed |
Untuk ticket bullet train sahaja, Shaklee telah memperuntukkan hampir RM1,000.00 seorang untuk tiket (Milan - Florence dan Florence - Rom) sahaja. Jadi untuk 250 orang peserta lebih kurang suku juta telah diperuntukkan untuk kami semua. Alhamdulillah.... rasa berbaloi bila berusaha keras buat bisnes Shaklee ni....
|
Refreshment yang diberikan dalam coach business class |
CIAO!
SELAMAT DATANG ROM!
Setelah tiba di Rom iaitu di stesen
Roma Termini... keadaan cuaca agak kurang dingin. Suhu serendah 6 C dan paling tinggi pun hanya 13 C. Keadaan di bandar Rom pun nampak lebih crowded berbanding Milan dan Florence. Hiruk pikuk kawasan bandar dah mula kedengaran di bandar Rom ini.
|
Stesen Roma Termini pada tahun 1890 |
|
Selamat tiba di Rom, ibukota Itali |
Sekali lagi, kami semua bersyukur kerana setibanya kami di Rom kami telah dibawa ke Masjid terbesar di Eropah dan juga Masjid terbesar di dunia di luar Kota Islam iaitu
Masjid Rom. Ini kerana, lawatan ke masjid ini tiada dalam jadual asal tetapi atas permintaan beberapa orang Muslim Business Leader, akhirnya tercapai juga hasrat kami semua.
|
Papan tanda masjid yang semakin usang |
|
Bergambar kenangan di Masjid Rom |
Agama Islam bukanlah agama yang diiktiraf di negara Itali. Mudah-mudahan bumi Itali ini akan dilimpahi hidayah dan rahmat dengan bertambahnya orang yang sujud kepada-Nya di bumi Itali ini.... Selesai solat jamak di Masjid Rom, kami menuju ke sebuah restoran Lubnan iaitu
Mandaloun untuk makan tengahari di sana.
|
Nasi Arab + Kambing |
|
Ayam Goreng Rosemary + Buah Zaitun + Minyak Zaitun + Salad |
BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!
Selesai makan tengahari kami teruskan aktiviti dengan 'city tour' di bandar Rom yang lebih mencabar dan berbukit bukau. Tempat lawatan pertama kami ialah
Spanish Steps iaitu sebuah tangga bersejarah dan mempunyai kaitan dengan diplomat Sepanyol satu ketika dahulu.
|
Piazza di Spagna satu ketika dahulu dimana terbinanya Spanish Steps |
|
Spanish Steps pada abad ke-21 |
Kemudian kami berjalan kaki ke tempat lawatan kedua iaitu sebuah air pancut bersejarah,
Trevi Fountain. Air pancut ni adalah antara yang terkenal di dunia kerana gaya dan seninya yang tersendiri.
|
Trevi Fountain pada abad ke-15 |
|
Trevi Fountain pada abad ke-21 |
Kami diberikan masa yang lebih di kawasan Trevi Fountain ini untuk membeli belah di kawasan berhampiran.
|
Berkumpul semula selepas shopping |
Selesai membeli belah di sekitar kawasan Trevi Fountain, kami meneruskan perjalanan ke sebuah kuil lama zaman Rom purba iaitu
The Pantheon yang merupakan tempat lawatan ketiga. Berdasarkan sejarah, pahlawan empayar Rom zaman dahulu akan ke kuil ini untuk mendapatkan semangat sebelum berperang.
|
Pantheon pada tahun 1836 |
|
Pantheon pada tahun 2015 |
City Tour diakhiri dengan lawatan keempat di lapangan politik kota Rom yang dikenali sebagai
Piazza Navona. Piazza Navona ni ialah contoh seni bina Roman klasik iaitu satu monumen yang melambangkan air pancut yang menghubungkan empat (4) sungai utama dunia dari empat (4) benua iaitu Sungai Nil di Afrika, Sungai Danube di Eropah, Sungai Ganges di Asia dan Sungai "River Plate" di Amerika.
|
Piazza Navona pada tahun 1730 |
|
Piazza Navona pada tahun 2015 |
Perjalanan diteruskan ke tempat makan malam iaitu kedai pizza klasik bernama
Ristorante Paparex. Dalam perjalanan ke situ, kami sempat melalui dan melihat negara terkecil di dunia iaitu Vatican City. Semasa menikmati hidangan makan malam, telinga kami pun disajikan dengan nyanyian ala-ala opera zaman Rom purba. Penyanyi pun pakai pakaian zaman dahulu.... sangat classic!
|
Pizza ni makan sorang satu |
|
Sabar menunggu hidangan seterusnya |
Selesai makan malam, kami check in hotel untuk berehat. Di Rom, kami menginap di
Hotel Mariott Park. Alhamdulillah.... luggage kami dari Florence yang dibawa trak pun telah selamat sampai ke bilik masing-masing
25.11.2015 (Day 6)
BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!
Cuaca di Rom semakin sejuk. Suhu adalah sekitar 3 C hingga 12 C. Walaupun dijangka hujan renyai, namun Alhamdulillah.... cuaca hari ni baik untuk diteruskan perjalanan. Di Hotel Marriott Park ini, tempat breakfastnya agak tinggi iaitu di Tingkat 6 hotel.
|
Tempat breakfast halal yang telah diasingkan |
|
Menikmati pemandangan matahari terbit semasa sarapan |
Hari ni memang tak sabar nak pergi ke destinasi seterusnya iaitu Colosseum. Colosseum memang landmark terbaik Itali khususnya kota Rom. Sejak kecik lagi tengok TV cerita gladiator dan colosseum.
|
Colosseum pada tahun 1757 |
Colosseum ialah sebuah gelanggang besar dan tempat hiburan orang Rom zaman kuno. Mereka saling berbunuhan untuk menunjukkan kekuatan dan kekuasaan. Bukan sahaja berlawan sesama manusia, tapi ada juga berlawan dengan binatang yang buas dan ganas.
|
Semakin menghampiri Colosseum |
|
Bahagian luar Colosseum |
Setibanya di Colosseum kami bergambar di luar bangunan dan kawasan sekitarnya. Kemudian kami semua juga berpeluang masuk dan bergambar dalam Colosseum itu sendiri.
|
bahagian dalam Colosseum |
|
Matahari terik tapi masih sejuk |
|
Group photo setelah selesai lawatan |
BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!
Selesai lawatan ke Colosseum kami semua menuju ke tempat shopping di Rome iaitu Castello Romano Outlet ataupun dikenali sebagai
McArthur Designer outlets. Berbeza dengan outlet di Florence, kat Rom ni takde brand Prada dan Gucci. Tapi brand yang lain memang pelbagai serta banyak pilihan.
|
Bergambar kenangan di Castello Romano Outlet |
|
Castello Romano Outlet pada waktu malam |
Lunch kali ni memang sendiri sendiri dan tak disediakan. Sebab tu dah awal-awal dapat pocket money masa kat KLIA. Kitorang pun solat jamak kat kawasan outlet, cari kawasan yang bersih dan tak menghalang laluan orang ramai.
Cari punya cari dapat juga makanan di sebuah kedai yang sediakan makanan seafood. Jadi, kami order nasi goreng seafood.
|
Kedai makan w.o.k. |
|
Nasi goreng seafood Italian style |
Apabila hari menjelang gelap, barulah kami naik semula ke bas dan menuju ke tempat makan malam. Kami makan malam di sebuah Villa yang telah dijadikan restoran yang dinamakan
Villa Rinaldo.
|
Pintu masuk restoran di Villa Rinaldo |
|
Tiram Mr Bean |
|
Rissotto.... Risso bermaksud rice.... |
|
Grilled Lobster |
Selesai makan malam, kami kembali ke hotel untuk merehatkan diri dan bersiap sedia untuk aktiviti hari esok pula.
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali
BUONA NOTTE ROMA! SELAMAT MALAM ROM!
* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma *
Teruskan juga membaca :
Winter In Milan, Italy
Winter In Florence, Italy
Winter In Rome, Italy - Part 2
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)