Thursday, December 17, 2015

Etika Makan Dan Pemakanan Sunnah Cara Rasulullah s.a.w.



Makanan dan Pemakanan adalah perkara-perkara yang memberi sebab dan asbab untuk kita bertenaga supaya kita mampu beribadah kepada Allah swt. Ibadah yang dimaksudkan bukan Ibadah Khusus saja tetapi juga Ibadah Umum.

Tetapi adakah makanan dan pemakanan kita mengikut cara yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w? Atau adakah cara pemakanan yang kita amalkan selama ini adalah cara yang betul dan menyihatkan serta tidak memudaratkan tubuh badan kita?



Pada bulan Disember 2013 dalam satu forum perdana hal ehwal Islam di TV1 ada disentuh berkenaan isu pemakanan ini oleh beberapa orang ahli panel forum. Salah seorang ahli panel ialah Dr Zaharuddin Abd Rahman. Antara pengisian Dr Zaharuddin Abd Rahman dalam forum tersebut ialah seperti berikut :-

Baru sudah berforum perdana ehwal Islam di TV 1 sebentar tadi. Antara pengisian saya. ANTARA ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengan wang dan harta halal.
15. Makan dengan tangan kanan kecuali yang tidak mampu.

Makanan sunnah adalah yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.

Menjual produk makanan dengan jampi adalah harus dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, cth air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

Boleh makan 'budu' jika ia menyihatkan..jangan makan berudu. 

Berdasarkan pengisian daripada Dr Zaharuddin Abd Rahman di atas, adalah jelas bahawa etika pemakanan dalam Islam adalah sangat luas dan tidak boleh disempitkan hanya dengan apa yang ada pada zaman Nabi semata-mata.

Begitu juga Dr Zaharuddin Abd Rahman menekankan etika jual beli makanan dalam Islam. Etika yang dimaksudkan juga menitikberatkan tentang keberkesanan sesuatu makanan kepada kesihatan dan kecergasan seperti yang didakwa serta tidak mengambil untung yang melampau dalam sesuatu jual beli.

Semoga sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan. Wallahu 'alam....


No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...