Perlis ialah sebuah negeri kecil yang terletak jauh di utara Semenanjung Malaysia bersempadan dengan Satun, Thailand di bahagian Barat melalui pintu Wang Kelian dan bersempadan dengan Songkhla, Thailand di bahagian Timur melalui pintu Padang Besar.
Tak pernah terfikir pun nak bercuti kat Perlis melainkan kalau nak pergi ke Langkawi, singgah di Perlis untuk naik feri ke Langkawi melalui jeti Kuala Perlis. Selain tu, Perlis juga dikenali dengan keindahan landskap seperti bendang dan juga deretan gunung batu kapur yang cantik selain daripada buah Harumanis yang tumbuh bermusim.
26/8/2017 - Day 1
Harini hari Sabtu.... hari pertama cuti sekolah seminggu. Cuti sekolah seminggu sambung terus dengan cuti Hari Kebangsaan dan cuti Hari Raya Aidiladha. Plan cuti kali ni ialah untuk jalan-jalan cari makan jer... dan pusing-pusing satu Perlis.
Nak bagi pengalaman yang rare dan jarang-jarang dialami kat anak-anak.... maka perjalanan ke Perlis kami pergi dengan naik ETS. Tiket ETS kami book sebulan sebelum tarikh perjalanan. Kami pilih tiket ETS Platinum naik di KL Sentral dan turun di Alor Setar.
Cuti sekolah bermula... travel yok! |
Kenapa kami turun di Alor Setar? Sebab yang pertama ialah... macam susah pulak nak cari kereta sewa kat Perlis, tapi sebenarnya mesti banyak kan?? Lagi-lagi kat Kuala Perlis tu sebab ramai orang nak pergi Langkawi. Sebab kedua ialah balik naik flight dari Alor Setar ke KL, jadi senang nak pulang kereta dan sebab ketiga... tak jauh pun dari Alor Setar nak ke Perlis... lebih kurang 1 jam jer...
Tiket ETS Platinum yang kami beli ni berbeza dengan tiket ETS Gold sebab kalau Platinum cuma 5 kali stop je kat stesen keretapi utama, jadi dia akan memendekkan lagi masa perjalanan. Kalau tiket Gold dia lebih murah tapi ada 25 kali berhenti sepanjang perjalanan. Satu lagi kalau tiket Platinum ni ada makanan free (complimentary) macam air dan biskut.
Baca : Perbezaan tiket ETS Platinum dan ETS Gold
Baca : Perbezaan tiket ETS Platinum dan ETS Gold
Stesen keretapi ETS yang dekat dengan kami ialah Kajang atau TBS (Tasik Selatan)... perjalanan dari Gemas terus ke utara akan lalu dua-dua stesen ni. Tiket ETS Gold boleh naik dari Kajang atau TBS, tapi kalau tiket ETS Platinum memang kena naik dari KL Sentral.
Kami 6 beranak ni prefer seat yang ada meja dan kalau boleh biarlah menghadap ke hadapan dan bukan ke belakang... pening kepala nanti... hihi.. Masa nak book online tu memang KTM tak tunjuk pun seat jenis macam mana. Tapi kita kena cek... contoh train ETS Gold tak sama jenis dengan ETS Platinum... jadi seat dia pun tak sama kedudukan.
Nak dipendekkan cerita.. Alhamdulillah, dapat jugak kami seat ada meja di coach C yang dekat dengan kantin dan surau, dan tak jauh dari tandas. Kelebihannya ialah masa breakfast cepat lah kami beratur untuk beli makanan... kekurangannya ialah agak bising dalam coach C ni... jadi tak sesuai untuk mereka yang nak tidur.
Seat ada meja dalam ETS |
Dari KL Sentral ke Alor Setar biasanya cuma 4 jam setengah, tapi kami tiba di Alor Setar selepas 5 jam. Sebabnya seminggu sebelum ni ada gerabak bawa simen tergelincir di kawasan Sg Buloh. Jadi di kawasan KL ke Sg Buloh hanya ada 1 rel sahaja boleh digunakan disebabkan kerja-kerja pembaikian masih dijalankan.
SELAMAT DATANG KEDAH!
SELAMAT DATANG KEDAH!
Tiba di stesen KTM Alor Setar, kami terus ambil kereta sewa... kami sewa Alza tapi dapat Avanza, staff kereta sewa tu janji akan tukarkan dengan Alza waktu petang nanti... sebab Alza masih di Ipoh, penyewa belum pulangkan lagi.... tapi petang kami dah ada kat Perlis, staff tu kata ok jer... boleh hantar
Suratan atau kebetulan, tapi sehari sebelum bertolak dah wassap bos kereta sewa ni, untuk ingatkan nak ambil kereta sewa kat KTM Alor Setar... terkejut dibuatnya sebab dia kata handphone dia rosak... banyak maklumat hilang dan dia suruh kami forwardkan semula details... fuhh... nasib baik remind sehari sebelum bertolak
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Kedah
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Kedah
Tempat pertama dituju di Alor Setar ialah cari makan tengahari... kami makan di Laksa Ikan Sekoq Mergong iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan. Kat sini bezanya ialah sorang dapat seekor ikan... dan kuah laksa boleh refill... not bad dan tak mahal sangat.
Selesai makan tengahari kami terus ke homestay kami di Perlis yang terletak di Mata Ayer
SELAMAT DATANG PERLIS!
Sumber : Google |
Selesai makan tengahari kami terus ke homestay kami di Perlis yang terletak di Mata Ayer
SELAMAT DATANG PERLIS!
Homestay kami di Perlis ni namanya Wooden Chalet D'Solo, Mata Ayer. Mata Ayer terletak di kawasan paling selatan daerah Padang Besar, beberapa meter ke Selatan dah masuk daerah Arau dan beberapa meter ke Barat dah masuk daerah Kangar.... lokasi sangat strategik dan tengah-tengah negeri Perlis.
Sumber : Airbnb |
Sumber : Airbnb |
Kami pilih homestay ni sebab rare dan lain daripada yang lain. Rumah kayu dengan 2 bilik. Kami ambil 1 bilik untuk 6 orang... tak sempit pun. Ada 4 ekor kuda di homestay ni... pemandangan sawah padi atau bendang terbentang dan ada juga "live stone" atau tunggul batu yang besar sebagai pemandangan. Kami book homestay ni guna aplikasi AirBnB.
3 ekor kuda betina |
Selesai bersihkan diri dan berehat, kami keluar ambil angin di luar homestay, bergambar kenangan, tengok kuda dan berbual-bual dengan tuan rumah yang tinggal tak jauh dari homestay ini. Sambil berehat... wassap kereta sewa tanya mana Alza... staff tu cakap tak jadi hantar harini... mungkin esok hari.
Selepas maghrib kami menuju ke Kuala Perlis untuk makan malam iaitu di Hasbi Capati Kuala Perlis. Tak sampai setengah jam perjalanan kami tiba di sini. Selain daripada capati, ada juga menu nasi kandar disediakan. Kekuatan Capati di sini ialah kuahnya yang sedap... ada 3 jenis kuah iaitu kari ayam, kari daging dan sardin.
3 jenis kuah yang power! |
Selesai makan malam kami terus pulang ke homestay untuk tidur awal supaya tidak letih pada esok pagi. Sebelum tidur tengok TV kejap bolasepak Sukan SEA... Tanhiah Malaysia tewaskan Indonesia 1-0!
SELAMAT MALAM PERLIS!
27/8/2017 - Day 2
SELAMAT PAGI PERLIS!
Siap-siap awal pagi nak ke tempat sarapan yang menjadi sebut-sebutan di Perlis, Al-Sagoff Corner nama tempat tu yang terletak di Jejawi, Kangar cuma 6 minit perjalanan sahaja. Bila tiba di situ baru faham kenapa ramai bersarapan di situ sebab banyak pilihan makanan yang ada dan semua sedap-sedap
Hari pertama ni makan nasi kandar Al-Sagoff, kuah campur... dan telur masin, selain tu ada juga nasi lemak, makanan pantai timur, kuey teow, laksa, mee rebus, kuih muih dan banyak lagi.
Nasi Kandar Al-Sagoff |
Selesai sarapan kami menuju ke Wang Kelian di sempadan Thailand. Dalam perjalanan kami singgah sekejap di Empangan Timah Tasoh di Beseri yang cuma setengah jam perjalanan dari Jejawi. Di sini kami ambil gambar kenangan di tasik buatan manusia berlatarbelakangkan pemandangan indah banjaran gunung sempadan Malaysia-Thailand yang juga Taman Negeri Perlis (Perlis State Park).
Masa ni panaih lit lit... matahari terik depan muka kami |
Tak habis lagi dengan kereta sewa... staff kereta sewa nak tukar dengan Alza sekarang... tapi kami dah ada di Beseri on the way ke Wang Kelian. Diorang tak sanggup nak hantar. Maklumkan kat diorang tengahari ada kat Kuala Perlis... staff tu setuju nak tukar kereta di Kuala Perlis lebih kurang pukul 1 petang.
Kami teruskan perjalanan dan selepas setengah jam kami tiba di Wang Kelian. Plan asal nak ke pasar hujung minggu di Thailand yang merupakan zon bebas dan tak perlukan passport unuk ke sana. Rupa-rupanya dah tak boleh ke sana tanpa passport sejak setahun yang lalu. Apakan daya passport anak-anak tak renew lagi... tak dapat lah singgah ke sana.
Wang Kelian - pintu sempadan menuju ke Satun, Thailand |
Perjalanan diteruskan ke Kuala Perlis dan hampir satu jam kami tiba di Northalgia (Nostalgia) Daging Bakar Honey Kuala Perlis. Lokasi dia betul-betul depan tangki air besar. Apa yang best kat sini ialah daging bakarnya lembut, air asam cecah sedap dan sambal belacannya lemak-lemak. Semua jenis air percuma dan boleh refill, nasi diberi sikit untuk elak pembaziran tapi refill nasi adalah pecuma, set makanan untuk budak umur bawah 7 tahun semua percuma... best kan??
Daging dan lemak yang dibakar... lembutnya... |
Oh ye... masa ni Azza Elite ada sekali makan tengahari kat sini. Cuti-cuti jugak dia ni... tapi takde bukti gambar lah ye....
Tak habis-habis lagi dengan kereta sewa... tiba-tiba staff tu tak jadi hantar Alza harini... dia kata besok pulak... eh ni dah lain macam ni... hmm... sabar pun ada had kan? Bila ditanya lagi... lagi dan lagi... termasuk tanya bos diorang... akhirnya dia cakap ada orang pakai Alza pergi kenduri kat Perlis dan akan hantar kereta pukul 5 petang harini... ding dong ding dong....
Selesai makan tengahari kami pergi ke jetty Kuala Perlis tak jauh dari situ. Tengok gelagat orang yang keluar masuk feri nak ke Langkawi... ramai jugak, maklumlah cuti sekolah. Singgah solat di Masjid Al-Hussain Kuala Perlis ataupun masjid terapung Kuala Perlis. Cantik masjid ni.... bergambar kenangan kat sini sebelum pulang semula ke homestay untuk berehat
Masjid Al-Hussain (Masjid Terapung Kuala Perlis) |
Aktiviti petang macam biasa bersiar-siar di halaman homestay... jalan kaki kat bendang, tengok kambing makan rumput dan padi, tengok gelagat kuda di kandang dan menikmati panorama alam sekeliling
Anak bandar tengok kambing ragut rumput |
Bersiar-siar di sekitar bendang |
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Perlis
Tiba masa yang dijanjikan... Alza tak juga kunjung tiba... huhu.... Kononnya penyewa Alza tutup handphone dan tak dapat dihubungi. So... alang-alang esok ajelah diorang nak tukar Avanza dengan Alza.... ding dong ding dong... Dah 2 hari kat Perlis... tak dapat kereta Alza seperti yang dijanjikan... memang tak boleh jadi... Akhirnya bos diorang setuju untuk bagi pakai kereta Grand Livina sebagai ganti Alza dan jumpa di Kangar malam ni untuk tukar kereta.
Tiba masa yang dijanjikan... Alza tak juga kunjung tiba... huhu.... Kononnya penyewa Alza tutup handphone dan tak dapat dihubungi. So... alang-alang esok ajelah diorang nak tukar Avanza dengan Alza.... ding dong ding dong... Dah 2 hari kat Perlis... tak dapat kereta Alza seperti yang dijanjikan... memang tak boleh jadi... Akhirnya bos diorang setuju untuk bagi pakai kereta Grand Livina sebagai ganti Alza dan jumpa di Kangar malam ni untuk tukar kereta.
Person in charge untuk tukar kereta malam ni ialah staff lain dan communication agak lancar dengan dia... Alhamdulillah... Makan malam kali ni nak try makanan western kat Kangar. Nama cafe ni Think Q Cafe yang terletak di Taman Aman, Kangar, Perlis.
Antara menu di Think Q Cafe |
Akhirnya kisah kereta sewa selesai juga apabila Grand Livina tiba di lokasi yang dijanjikan untuk ditukarkan dengan kereta Avanza.... haha.... Proses pertukaran berlaku dengan lancar di hadapan Annurra Clinic Medical & Surgery, Kangar
Dengan Grand Livina kami memacu pulang ke homestay untuk berehat serta tidur awal dan meneruskan program hari besok seawal mungkin
SELAMAT MALAM PERLIS!
28/8/2017 - Day 3
SELAMAT PAGI PERLIS!
Pagi ni agak sejuk sebab hujan dari awal pagi... tanpa berlengah kami terus ke lokasi sarapan iaitu Al-Sagoff Corner... kes repeat lah ni. Pagi ni cuba makan mee rebus pulak... Alhamdulillah sedap dan kenyang
Mee Rebus - lain sikit kuahnya |
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Perlis
Perjalanan diteruskan ke Padang Besar, satu lagi pintu ke negara jiran Thailand. Hari semakin sejuk sebab hujan sepanjang hari... pemandangan kiri dan kanan jalan nampak cantik dan berkabus. Lebih kurang setengah jam perjalanan, kami tiba di Padang Besar. Kat sini beli beberapa barang seperti pakaian dan makanan.
Perjalanan diteruskan ke Padang Besar, satu lagi pintu ke negara jiran Thailand. Hari semakin sejuk sebab hujan sepanjang hari... pemandangan kiri dan kanan jalan nampak cantik dan berkabus. Lebih kurang setengah jam perjalanan, kami tiba di Padang Besar. Kat sini beli beberapa barang seperti pakaian dan makanan.
Lepas tu kami ke gerai no 9 untuk cuba makanan diorang... maklumlah sini ramai orang Siam berniaga... kata orang tomyam diorang memang sedap! Tapi menu pilihan kami ialah pulut ayam, pulut durian dan pulut mangga. Alhamdulillah... sedap dan kenyang kami 6 beranak makan... hihi...
Pulut Ayam, Pulut Mangga dan Pulut Durian |
Perjalanan diteruskan ke selatan nak tengok ladang tebu di Chuping kira-kira 20 minit perjalanan dari Padang Besar... betul lah kata orang, dah takde ladang tebu... yang ada cuma pokok sawit dan beberapa kebun sayur yang lain.... Sempat jugak tengok kilang gula tak jauh dari situ... macam mana diorang buat gula tanpa tebu??? eh? hehe....
Dari Chuping kami terus ke arah Barat untuk tengok ladang Harumanis di Sg Batu Pahat kira-kira setengah jam perjalanan dari Chuping. Musim Harumanis ialah bulan 3 dan bulan 4... kalau bukan musim Harumanis memang tak meriah lah kat sini... hehe...
Perjalanan diteruskan ke selatan iaitu ke Kangar untuk makan tengahari di tempat yang menjadi sebut-sebutan iaitu Restoran Anjung Keli. Apa yang special kat sini ialah kelazatan ikan keli yang dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan dan pelbagai saiz. Sayur dan ulam-ulaman pun banyak pilihan, sambal pun ada banyak jenis. Masa kat sini hujan turun dengan selebat-lebatnya.
Sumber : google |
Selesai makan tengahari kami ke Masjid Alwi Kangar yang tak jauh dari situ untuk solat. Masjid Alwi Kangar ni hampir mencecah usia 90 tahun dengan rekabentuk senibina Mughal dari India. Masjid Alwi tersenarai sebagai tapak warisan negara pada tahun 1988.
Masjid Alwi Kangar |
Dari Masjid Alwi pergi ke Jejawi sekejap untuk ke pejabat peguam kawan yang terletak di depan Al-Sagoff Corner sebab ada urusan tapi bukan urusan berkaitan undang-undang lah... hehe.... Pejabat ni namanya Hapiz, Muhammad & Shakir... orang Perlis mai sini naa... kalau perlukan khidmat guaman
Dari Jejawi perjalanan diteruskan ke UiTM Arau, Perlis iaitu cuma 10 minit perjalanan sahaja. Datang ke sini sebab ni adalah tempat arwah bapa kepada isteri pernah belajar pada tahun 1970-an dahulu. Pergi ke beberapa tempat dan bergambar kenangan. Antara tempat yang unik kat sini ialah ada satu tempat berpagar yang ada banyak rusa dan anak sungai
Rusa dan anak sungai di belakang... |
Dari UiTM Arau ke homestay cuma lebih kurang 10 minit perjalanan dan kami pulang untuk berehat. Seperti biasa pada waktu petang kami ambil angin dan bersiar-siar di halaman homestay. Memang rezeki kami hari ini sebab dapat buat aktiviti 'mahal' iaitu menunggang kuda atau "horse riding". Cuaca hari ini baik dan hujan dah berhenti... sesuai untuk aktiviti ni... tuan rumah juga ada masa untuk "menjinakkan kuda" yang sedia jinak sebelum ditunggang
Adam naik kuda |
Myra pulak naik kuda |
Hannah dan kuda... kuda tak jalan sangat sebab tau Hannah takut... |
Hasya nampak sedih tak dapat naik kuda |
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Perlis
Gembira anak-anak dapat naik kuda... kecuali yang kecik tak cukup umur lagi... hehe... Sedikit sebanyak dapat jugak tahu ilmu pasal kuda ni dengan tuan rumah
Gembira anak-anak dapat naik kuda... kecuali yang kecik tak cukup umur lagi... hehe... Sedikit sebanyak dapat jugak tahu ilmu pasal kuda ni dengan tuan rumah
Pada waktu malam kami mencuba lagi makanan western di sini iaitu AnaBurger Western Food di Kg Jarak, Kangar terletak lebih kurang 20 minit dari homestay kami. Boleh dikatakan diorang ni pakar burger dan banyak jenis pilihan burger yang ada. Selain burger ada juga makanan lain seperti spaghetti dan lain-lain dihidangkan.
Tak ingat nama burger ni... double apa entah... |
Syukur... Alhamdulillah... hari ni tak pening kepala fikir masalah kereta sewa... haha.... Lewat tengah malam keluar sekejap pergi jumpa kawan sekolah menengah masa Form 4 dan Form 5 dulu... Last sekali jumpa kalau tak silap tahun 2008 masa dia turun KL... Banyak betul borak sampai kedai tutup... haha... Paling best apabila dia kongsi pengalaman nak ke selatan Thai... tak sabar rasanya nak ke sana....
SELAMAT MALAM PERLIS!
29/8/2017 - Day 4
SELAMAT PAGI PERLIS!
Hari terakhir di bumi Perlis... sedih pulak rasanya nak tinggalkan Perlis ni. Insya Allah.. akan datang lagi ke Perlis dan terus lajak trip ke Satun atau Songkhla. Buat kali ke-3 berturut-turut, kami sarapan di tempat yang sama iaitu Al-Sagoff Corner... berbaloi repeat di sini...
SELAMAT TINGGAL PERLIS!
SELAMAT DATANG KEDAH!
Sumber : google |
SELAMAT TINGGAL PERLIS!
SELAMAT DATANG KEDAH!
Perjalanan diteruskan ke Alor Setar menuju ke Muzium Padi... 1 jam perjalanan dari Perlis. Kat KL banyak muzium... tapi takde muzium padi. Kat sini nak ajak anak-anak untuk hargai nilai sebutir beras. Bukan anak-anak je yang belajar... mak bapak pun banyak belajar kat sini... sekali tengok macam sama je beras kan? Tapi sebenarnya ada gred tertentu dengan nama tertentu
Di luar Muzium Padi |
Tingkat atas Muzium Padi |
Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Kedah
Selesai aktiviti di Muzium Padi, kami ke tempat makan tengahari di AF Mee Kuah Tulang... terletak 10 minit dari Muzium Padi. Nama Mee Kuah Tulang tapi dikatakan yang special kat sini ialah "daging bakar harimau menangis"... tapi jangan risau... bukan daging harimau sebenar pun... layan je lah... huhu...
Selesai aktiviti di Muzium Padi, kami ke tempat makan tengahari di AF Mee Kuah Tulang... terletak 10 minit dari Muzium Padi. Nama Mee Kuah Tulang tapi dikatakan yang special kat sini ialah "daging bakar harimau menangis"... tapi jangan risau... bukan daging harimau sebenar pun... layan je lah... huhu...
Nasi Daging Bakar Harimau Menangis |
Selepas makan tengahari, kami terus masuk town untuk ke Pekan Rabu... lebih kurang 20 minit dari AF Mee Kuah Tulang. Pekan Rabu dah berwajah baru sekarang Pekan Rabu (Ukir Mall) namanya... tak macam Pekan Rabu yang lama. Kat sini cari ikan perkasam dan beberapa jenis makanan. Masa ni memang panas lit... lit.... Singgah solat di surau sini sebelum meneruskan perjalanan ke airport
Setelah 20 minit perjalanan, kami tiba di airport Alor Setar ataupun Sultan Abdul Halim Airport. Janji nak pulang kereta sewa pukul 4 petang, tapi kami sampai awal pulak... wassap staff kereta sewa, kebetulan diorang pun dah ada airport jumpa customer lain katanya. Pemulangan kereta sewa berjalan lancar dan deposit RM100 telah pun dipulangkan... Alhamdulillah
SELAMAT TINGGAL KEDAH!
Kapal terbang dari KL lambat sampai ke Alor Setar... jadi kami pun lambatlah berlepas... huhu. Sepatutnya pukul 5 petang berlepas... ada delay atau kelewatan 1 jam di situ. Setelah mendarat di KLIA 2 dan ambil luggage masing-masing pun dah pukul 7.00 petang. Lepas maghrib baru ping uber untuk balik ke rumah
Sampai rumah terus keluar tapau makan malam dan tengok final bolasepak Sukan SEA kat rumah. Tahniah Malaysia... dapat pingat Perak! Final score Malaysia 0 Thailand 1
SELAMAT MALAM KUALA LUMPUR!
Banyak lagi tempat lain di Perlis tak sempat diteroka dan juga kedai makan yang tak sempat kami terjah. Insya Allah... semoga kami sekeluarga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan kelapangan masa untuk meneroka muka bumi Allah ini.... Next trip mana ye?? hehe...
Baca : Road Trip 2016 - Sekinchan, Gambang, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang
Sumber : google |
Setelah 20 minit perjalanan, kami tiba di airport Alor Setar ataupun Sultan Abdul Halim Airport. Janji nak pulang kereta sewa pukul 4 petang, tapi kami sampai awal pulak... wassap staff kereta sewa, kebetulan diorang pun dah ada airport jumpa customer lain katanya. Pemulangan kereta sewa berjalan lancar dan deposit RM100 telah pun dipulangkan... Alhamdulillah
SELAMAT TINGGAL KEDAH!
Kapal terbang dari KL lambat sampai ke Alor Setar... jadi kami pun lambatlah berlepas... huhu. Sepatutnya pukul 5 petang berlepas... ada delay atau kelewatan 1 jam di situ. Setelah mendarat di KLIA 2 dan ambil luggage masing-masing pun dah pukul 7.00 petang. Lepas maghrib baru ping uber untuk balik ke rumah
Tabah menunggu beg |
Sampai rumah terus keluar tapau makan malam dan tengok final bolasepak Sukan SEA kat rumah. Tahniah Malaysia... dapat pingat Perak! Final score Malaysia 0 Thailand 1
SELAMAT MALAM KUALA LUMPUR!
Banyak lagi tempat lain di Perlis tak sempat diteroka dan juga kedai makan yang tak sempat kami terjah. Insya Allah... semoga kami sekeluarga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan kelapangan masa untuk meneroka muka bumi Allah ini.... Next trip mana ye?? hehe...
Baca : Road Trip 2016 - Sekinchan, Gambang, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)