Tubuh badan kita memerlukan tenaga untuk terus berfungsi dan bekerja. Salah satu sumber tenaga yang diperolehi ialah melalui pemakanan. Makanan perlu diproses dan dicernakan sebelum jadi tenaga. Sistem yang diperlukan untuk proses ini dipanggil Sistem Penghadaman Manusia.
Selain daripada menukarkan makanan kepada nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan, Sistem Penghadaman Manusia juga berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dari tubuh badan. Beberapa organ tubuh badan terlibat dalam Sistem Penghadaman ini :-
Pesakit Hati Yang Kronik Mempunyai Peurt Yang Buncit |
Selain daripada menukarkan makanan kepada nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan, Sistem Penghadaman Manusia juga berfungsi untuk menyingkirkan sisa buangan dari tubuh badan. Beberapa organ tubuh badan terlibat dalam Sistem Penghadaman ini :-
1) Gigi - ejen pengunyah dan pengoyak makanan sehingga menjadi cebisan-cebisan yang kecil
2) Esofagus - membawa makanan, cecair dan air liur daripada mulut ke perut dan berfungsi sebagai gelongsor air dalam badan kita
3) Perut - sejenis beg yang elastik untuk menyimpan makanan dan membantu untuk memecahkan makanan kepada cebisan-cebisan yang lebih kecil
4) Hati - menghasilkan hempedu untuk membantu tubuh menyerap lemak
5) Pundi Hempedu - Menyimpan Hempedu dan merembeskannya ketika diperlukan
6) Pankreas - Menghasilkan enzim yang membantu menghadamkan protein, lemak dan kanji
7) Usus Kecil - Kebanyakan nutrisi utama diserap di sini. Usus kecil menghadam kesemua nutrien
8) Usus Besar - Membuang sisa buangan
9) Dubur - Rektum adalah tempat dimana najis disimpan sehinggalah dikeluarkan daripada Sistem Penghadaman melalui dubur
Penyakit-Penyakit Sistem Penghadaman
Cuba bayangkan apa akan jadi jika Sistem Penghadaman yang penting ini terganggu dengan masalah kesihatan? Sudah pasti, Sistem Penghadaman menjadi tidak lancar sehingga menyebabkan tubuh badan kita tidak dapat menyerap nutrisi penting dan juga toksik tersimpan dalam badan kerana tidak disingkirkan :-
2) Ulser Perut - juga dikenali sebagai Ulser Peptik boleh menyebabkan pendarahan, penembusan dan juga kecederaan-kecederaan lain. Ini bermaksud pada dinding-dinding perut kita terdapat luka-luka kecil.
3) Buasir - juga dikenali sebagai Hemorrhoid boleh terjadi samada di dalam ataupun di luar dubur
4) Barah Kolorektal dan Polip (Kanser kecil) - juga dikenali sebagai Barah Usus atau Barah Dubur. Sekiranya terdapat pertumbuhan yang tidak normal dan masih belum dikategorikan sebagai Barah, ketumbuhan tersebut dipanggil Polip
5) Virus Hepatitis (Hepatitis B) - Virus Hepatitis ini menyerang Hati manusia. Antara tanda-tandanya ialah muntah-muntah, kulit bewarna kuning, rasa keletihan, air kencing bewarna pekat dan sakit di bahagian abdomen
6) Hati Berlemak - juga dikenali sebagai Fatty Liver Disease (FLD). Golongan berisiko mengalaminya ialah pengambil alkohol berlebihan dan juga mereka yang obesiti. Lemak berkumpul di sel hati dalam proses yang dikenali sebagai steatosis
7) Sirosis Hati - sirosis adalah peringkat terakhir dan lebih teruk kesannya daripada Hati Berlemak apabila fungsi Hati telah berhenti. Apabila keradangan berlaku pada Hati, akan meninggalkan kesan luka dan parut yang kekal di sel Hati.
8) Barah Hati - punca utama Barah Hati apabila jangkitan virus Hepatitis B dan Hepatitis C telah menular dan merosakkan Hati sepenuhnya
Sumbangan : Loyerpencen.com
Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)