Thursday, September 3, 2015

Arsenal Perkuatkan Akar Umbi 2015/2016



Dah berakhir tingkap perpindahan bolasepak pada 31.8.2015 yang lalu dan di England ada extra satu hari yang dipanggil "British Transfer Window". Rata-rata peminat Arsenal agak kecewa dan hampa kerana Arsenal gagal untuk mendapatkan pemain baru yang berprofil tinggi setelah berjaya memancing Petr Cech dari Chelsea.

Baca : Selamat Datang Petr Cech!


Namun di peringkat akar umbi Arsenal agak aktif untuk merekrut bakat-bakat muda seluruh dunia bagi menggantikan beberapa muka lama yang telah dilepaskan oleh kelab ataupun telah berhijrah ke kelab lain.

Baca : Arsenal Perkuatkan Akar Umbi 2014/2015


Pemain-pemain muda baru Arsenal yang berjaya dipancing ialah Jeff Reine-Adelaide, Yassine Fortune, Kostas Pileas, Vlad Dragomir, Jordi Emmauel Osei-Tutu, Donyell Malen, Ismael Bennacer, Joao Virginia dan Harry Clarke.


Jeff Reine-Adelaide


Pemain muda Perancis ini telah dibeli dari kelab RC Lens di Perancis bersama-sama dengan Yassine Fortune dengan harga hampir mencecah 3 juta pound. Jeff Reine-Adelaide baru berusia 17 tahun dan telah menunjukkan aksi hebatnya ketika Emirates Cup 2015 baru-baru ini. Pemain ini mampu beraksi di mana-mana posisi serangan samada sayap, tengah atau sebagai penyerang.

Baca : Emirates Cup 2015


Yassine Fortune


Seorang lagi pemain muda Perancis yang baru berusia 16 tahun ini telah dibeli bersama-sama dengan Jeff Reine-Adelaide dari kelab RC Lens dengan yuran perpindahan mencecah hampir 3 juta pound. Pemain yang mampu beraksi di mana-mana posisi serangan ini pernah menjadi sasaran Manchester United.


Kostas Pileas


Pemain muda Cyprus berumur 16 tahun ini bermain di posisi pertahanan kiri dan mampu bermain di mana-mana sahaja di bahagian pertahanan. Bakatnya dikesan ketika berada di akademi elit Arsenal di Greece.


Vlad Dragomir


Arsenal hanya perlu membayar 71,000 pound sahaja kepada kelab ACS Poli Timisoara untuk mendapatkan khidmat kapten Romania bawah 16 tahun ini. Vlad Dragomir beraksi di bahagian tengah dan mampu juga untuk bermain di bahagian kiri. Pemain ini juga pernah menjadi buruan Inter Milan.


Jordi Emmanuel Osei-Tutu


Pemain England berketurunan Ghana ini berusia 16 tahun dan telah disambar dari kelab Reading dengan yuran perpindahan hampir mencecah 100,000 pound. Jordi Osei-Tutu bermain di posisi pertahanan kanan dan boleh juga bermain di bahagian sayap kanan.


Donyell Malen


Penyerang muda Belanda berusia 16 tahun ini telah disambar Arsenal dari kelab Ajax dari Belanda. Walaupun cuba diintai oleh Barcelona dan Manchester United, namun Arsenal dengan pantas mengikat pemain ini setelah memberikan Yaya Sanogo secara pinjaman kepada Ajax selama setahun.


Ismael Bennacer


Arsenal berjaya memintas Manchester City dan Chelsea untuk mengikat pemain muda Perancis berusia 17 tahun ini dengan yuran perpindahan sebanyak 150,000 pound. Ismael Bennacer beraksi di bahagian tengah dan beraksi di kelab divisyen 2 Perancis, Arles-Avignon sebelum ini.


Joao Virginia


Arsenal juga telah memintas Manchester United untuk mendapatkan khidmat penjaga gol berusia 15 tahun dari Benfica ini. Walaubagaimanapun, Arsenal perlu menunggu sehingga 10 Oktober 2015 iaitu apabila Joao Virginia telah cukup umur 16 tahun sebelum bersama-sama dengan rakan sepasukan lain.


Harry Clarke


Susulan pemain Arsenal, Ainsley Maitland-Niles yang telah dipinjamkan ke Ipswich Town, Arsenal berjaya mengesan bakat baru dan terus mengikat pemain muda Ipswich Town berusia 15 tahun ini dengan yuran perpindahan sebanyak 100,000 pound. Harry Clarke telah menjaringkan gol hasil gerakan ala-ala Barcelona untuk akademi Ipswich Town dimana video tersebut telah menjadi viral (Lihat Video).


Selain daripada pemain-pemain yang baru dibeli ini... beberapa pemain dari akademi Arsenal telahpun menandatangani kontrak jangka panjang dengan Arsenal seperti Marcus Agyei-Tabi, Tolaji Bola, Charlie Gilmour, Joshua Da Silva, Edward Nketiah, Nathan Tella dan Joe Willock.

Sumber  : www.mirror.co.uk

COYG!




Tuesday, September 1, 2015

Risiko Kemandulan Dikurangkan Dengan Peningkatan Tahap Kesihatan Sistem Pembiakan Manusia



Sistem Pembiakan Manusia sama pentingnya dengan Sistem-sistem lain dalam tubuh badan manusia. Jadi, menjaga kesihatan Sistem Pembiakan juga sangat penting untuk menjamin kelestarian zuriat kita dan juga supaya zuriat kita mewarisi genetik yang sihat daripada ibu bapa mereka.


Organ Pembiakan Lelaki adalah seperti berikut :-
1) Testis - menghasilkan sperma dan hormon testosteron. Testis berada di luar tubuh manusia kerana sperma memerlukan 1 - 2 darjah celcius lebih sejuk daripada suhu badan untuk hidup. Testis juga menghasilkan 2 - 4 juta sperma setiap hari

Sperma - bahagian kepala sperma mengandungi bahagian kimia untuk membubarkan sel telur dan juga mengandungi DNA bapa. Bahagian tengah atau Mitochondria menghasilkan tenaga untuk sperma dan bahagian ekor membolehkan sperma untuk berenang. Penghasilan sperma tidak rumit dan menghasilkan 2 - 4 juta sperma setiap hari

2) Prostat - merembeskan cecair susu yang nipis yang memelihara sperma daripada asid dalam sistem pembiakan wanita
3) Epididymis - sperma matang akan berada di sini
4) Vesikel Semen - menghasilkan cecair yang kaya dengan gula yang memberikan tenaga kepada sperma
5) Uretra - merupakan laluan keluar sperma daripada sistem pembiakan lelaki

Organ Pembiakan Wanita adalah seperti berikut :-
1) Ovari - menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan mengeluarkan Ovum (telur) sebulan sekali

Penghasilan Ovum sangat rumit, hanya satu telur diperlukan setiap bulan, perlukan penyelarasan berhati-hati daripada tubuh dan hormon serta memerlukan masa yang tepat untuk disenyawakan

2) Tiub Falopio - laluan yang membawa telur dari Ovari ke Uterus
3) Rahim (Uterus) - Rongga berotot sebesar penumbuk dan menyediakan tempat untuk penggantungan dan perkembangan manusia
4) Serviks - bahagian sempit Uterus yang menghubungkannya dengan bahagian atas Vagina
5) Faraj (Vagina) - bahagian terusan yang dikenali sebagai laluan kelahiran yang menghubungkan Serviks dengan bahagian luar tubuh

Peringkat Ovulasi juga sangat penting untuk kita semua tahu supaya terutama sekali kepada pasangan yang betul-betul inginkan cahaya mata. Terdapat 3 peringkat utama iaitu fasa folikel, fasa ovulasi dan fasa luteal.
Fasa Folikel - pada permulaan haid sehingga bermulanya ovulasi
Fasa Ovulasi - berlaku dalam masa yang sangat singkat iaitu dari 24 hingga 36 jam sahaja. Ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk telur disenyawakan dengan sperma dan dikenali sebagai waktu subur
Fasa Luteal - bermula dengan pembentukan corpus luteum dan berakhir apabila seseorang wanita itu mengandung ataupun semasa penyusutan tisu lutein ovari

Hormon semasa Kitaran Haid - terdapat 4 jenis hormon utama  iaitu Follicle-Stimulating Hormone (FSH), Luteinizing Hormone (LH), Estrogen dan Progesteron.

Jenis-Jenis Penyakit Sistem Pembiakan Manusia
1) Andropause - hormon Testosteron akan berkurangan apabila usia meningkat
Kelenjar Prostat Yang Telah Diserang Sel Kanser

2) Pembesaran Prostat - apabila kelenjar Prostat membesar, ia akan menekan pundi kencing dan menyebabkan masalah pembuangan air kecil seperti kencing dengan kerap, kencing tidak puas dan air kencing tidak tos
3) Mati Pucuk - tidak mampu untuk ereksi dan tidak mampu untuk mengekalkan ereksi ketika hubungan seks. Ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pengambilan alkohol, dadah dan merokok, tekanan dan kemurungan
4) Barah Prostat
5) Vaginitis - perubahan pada warna, bau dan jumlah pada pelepasan (discharge) yang keluar dari faraj, kegatalan dan ketidakselesaan pada faraj, sakit ketika hubungan seks, sakit ketika kencing dan pendarahan atau tompok-tompok kecil pada faraj.
6) Fibroid Rahim (Uterine Fibroid) - boleh tumbuh di mana-mana sahaja di bahagian rahim
Gejala-gejala masalah fibroid rahim ialah tekanan di bahagian rektum dan pundi kencing, sakit di bahagian belakang bawah badan, kekejangan rahim, pendarahan samada kerap atau tidak, banyak atau sedikit dan beserta kekejangan ataupun tidak
Kerisauan utama masalah fibroid rahim di kalangan wanita adalah penyakit anemia disebabkan oleh pendarahan yang banyak dan juga rasa ketidakselesaan disebabkan oleh sesetengah saiz fibroid yang sangat besar
7) Sista Ovari (Ovarian Cysts) - tekanan dengan ovulasi dan sakit teruk di bahagian rongga pelvik sekiranya ketumbuhannya besar
Kerisauan utama Sista Ovari ialah kesakitan dan masalah ketidaksuburan


8) PCOS (Polycystic) - disebabkan oleh kekurangan hormon estrogen dan hormon LH yang tidak cukup tinggi sehingga menyebabkan ovari bengkak dan telur tidak keluar
9) Endometriosis - tompokan darah (tisu endometrial) di luar rahim dimana sepatutnya berada di dalam rahim
10) Barah Payudara
11) Barah Serviks
Sangat penting untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan sebarang masalah kesihatan yang melibatkan Sistem Pembiakan yang biasanya akan menyebabkan kemandulan atau masalah kesuburan. Dengan mengetahui punca sebenar akan memudahkan kita untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat. 

Kredit : Loyerpencen.com


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Friday, August 28, 2015

Boleh Ke Pemain Asing Wakil Malaysia Dalam Bolasepak?



Bolasepak ialah sukan No. 1 di Malaysia tetapi sehingga sekarang majoriti daripada kita sangat kecewa dengan mutu dan kualiti bolasepak negara. Dah jutaan ringgit dilaburkan untuk pembangunan bolasepak negara dari akar umbi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Sehinggalah ada ura-ura nak guna pemain asing untuk wakil Malaysia (naturalisasi) seperti yang dipraktikkan oleh beberapa negara Asia Tenggara yang lain.

Persoalan yang timbul... boleh ke pemain asing ni bermain untuk Malaysia? Adakah mereka cukup patriotik untuk mewakili Malaysia? Adakah dengan sistem naturalisasi ni akan menyebabkan bakat-bakat tempatan diketepikan? Adakah ranking bolasepak negara akan meningkat dengan adanya pemain-pemain asing ini?

Baca : Pemain Asia Lain Yang Sarung Jersi Eropah Bawah 21 Tahun


Dalam keadaan begini keputusan haruslah dibuat berdasarkan keutamaan. Sejak dahulu lagi banyak peluang dah diberikan kepada pemain tempatan untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam liga tempatan dan juga pasukan masing-masing supaya mereka diserapkan dalam pasukan kebangsaan.

Bolehkah Pemain Asing Mewakili Malaysia?


Artikel 7 FIFA Peraturan-Peraturan berkenaan dengan Permohonan Statut

Secara asasnya boleh... syarat-syaratnya adalah seperti berikut :-

Kategori 1 : Pemain asing tu lahir di Malaysia; atau
Kategori 2 : Ibu kandung atau Bapa kandung Pemain asing tu lahir di Malaysia; atau
Kategori 3 : Nenek atau Atok Pemain asing tu lahir di Malaysia; atau
Kategori 4 : Pemain asing tu dah tinggal di Malaysia selama 5 tahun berterusan setelah berumur 18 tahun


Kategori 1 : Pemain Asing Yang Lahir Di Malaysia

Junior Eldstal (Putera Nadher Amarhan)

Asal : Kota Kinabalu, Sabah
Posisi : Tengah/Pertahanan
Pasukan : JDT
Umur : 24 tahun
Warganegara : Sweden
Mula wakili Malaysia : sejak tahun 2013


Dion Johan Cools

Asal : Kuching, Sarawak
Posisi : Pertahanan Kanan
Pasukan : Club Brugge, Belgium
Umur : 19 tahun
Warganegara : Belgium

Dion Cools cuba mengekang kemaraan Memphis Depay


Tadashi Takeda

Asal : Pulau Pinang
Posisi : Pertahanan
Pasukan : Fagiano Okayama
Umur : 29 tahun
Warganegara : Jepun


Sean Gan Gianelli

Asal : Kuala Lumpur
Posisi : Penyerang
Pasukan : JDT IV
Umur : 18 tahun
Warganegara : Itali


Kategori 2 : Ibu/Bapa Kandung Pemain Asing Lahir Di Malaysia

Syed Adney Syed Hussein

Asal : Liverpool, England
Asal Bapa : Malaysia
Posisi : Penjaga Gol
Pasukan : ATM
Umur : 28 tahun
Warganegara : England
Warganegara Malaysia : sejak tahun 1995


Brendan Gan

Asal : Australia
Asal Bapa : Port Dickson, Negeri Sembilan
Posisi : Tengah
Pasukan : Kelantan
Umur : 27 tahun
Warganegara : Australia
Warganegara Malaysia : sejak tahun 2014


Matthew Thomas Davies

Asal : Australia
Asal Ibu : Sabah
Posisi : Pertahanan Kanan
Pasukan : Pahang
Umur : 20 tahun
Warganegara : Australia
Warganegara Malaysia : sejak tahun 2015


Amir Shahreen Abd Mubin

Asal : Kazakhstan
Asal Ibu Bapa : Malaysia
Posisi : Tengah
Pasukan Terakhir : Melaka United
Umur : 32 tahun
Warganegara : Kazakhstan
Telah menjadi Warganegara Malaysia


Kevin Gunter (Siak Khin)

Asal : Switzerland
Asal Ibu : Belaga, Sarawak
Posisi : Tengah
Pasukan : FC Weidikon ZH, Switzerland
Umur : 23 tahun
Warganegara : Switzerland


Darren Lok

Asal : England
Asal Bapa : Melaka
Posisi : Penyerang
Pasukan : Eastbourne Borough, England
Umur : 24 tahun
Warganegara : England

Darren Lok (kiri), Curran Ferns (tengah) dan Scott Ollerenshaw (kanan)

Daniel Ting

Asal : England
Asal Bapa : Sarawak
Posisi : Pertahanan Kiri
Pasukan : Droyslden, England
Umur : 22 tahun
Warganegara : England


Curran Ferns

Asal : Australia
Asal Ibu : Johor Bharu
Posisi : Pertahanan/Tengah
Pasukan : Brisbane City, Australia
Umur : 22 tahun
Warganegara : Australia


Wan Kuzain Wan Kamal

Asal : Amerika Syarikat
Asal Bapa : Malaysia
Posisi : Tengah
Pasukan : SLSG, Amerika Syarikat
Umur : 17 tahun
Warganegara : Amerika Syarikat


Tam Sheang Tsung

Asal : Jepun
Asal Ibu Bapa : Malaysia
Posisi : Tengah
Pasukan : Kataller Toyoma, Jepun
Umur : 20 tahun
Warganegara : Jepun


Ben King

Asal : England
Asal Ibu : Melaka
Posisi : Pertahanan Kiri
Pasukan Terakhir : Tonbridge, England
Umur : 22 tahun
Warganegara : England


Kategori 3 : Nenek/Datuk Pemain Asing Lahir Di Malaysia

Sam Sommerville

Asal : England
Asal Nenek : Kulim, Kedah
Posisi : Penjaga Gol
Pasukan : Slough Town, England
Umur : 20 tahun
Warganegara : England

Kevin Gunter (kiri) dan Sam Sommerville (kanan) telah menjalani latihan bersama pasukan JDT baru-baru ini


Kategori 4 : Pemain Asing Yang Boleh Mewakili Malaysia

                
Vincent Bikana

Asal : Cameroon
Posisi : Pertahanan
Pasukan : Terengganu
Umur : 23 tahun
Layak main Malaysia : 2017
Sejarah bermain Liga M : 
- 2013-2015 - Terengganu


Dickson Nwakaeme

Asal : Nigeria
Posisi : Penyerang
Pasukan : Pahang
Umur  : 29 tahun
Layak main Malaysia : 2018
Sejarah bermain Liga M : 
- 2013-2014 - Kelantan
- 2014-2015 - Pahang


Paolo Rangel

Asal  :Brazil
Posisi : Penyerang
Pasukan : Terengganu
Umur : 30 tahun
Layak main Malaysia : April 2018
Sejarah bermain Liga M :
- 2013 - Perak
- 2013-2014 - Selangor
- 2014-2015 - Terengganu


Matias Conti

Asal : Argentina
Posisi : Penyerang
Pasukan : Pahang
Umur : 25 tahun
Layak main Malaysia : April 2018
Sejarah bermain Liga M :
- 2013-2015 - Pahang



Keputusan yang perlu dibuat haruslah menguntungkan mutu dan kualiti bolasepak negara. Sekiranya kualiti dan mutu bolasepak negara meningkat dan ranking FIFA meningkat dengan menaturalisasi pemain asing ini, apa salahnya. Usah ditunggu bakat tempatan yang masih tak timbul-timbul ataupun prestasi mereka yang tidak menentu walaupun berbakat.

Bukan mudah untuk kesemua pemain asing ini untuk mewakili Malaysia jika layak kerana mereka perlu mengikut proses-proses yang ditetapkan tertakluk kepada undang-undang negara seperti kerakyatan dan warganegara. Sebagai contoh Brendan Gan, Matthew Davies dan Junior Eldstal mereka telah membatalkan (give up) kerakyatan asal mereka iaitu Australia dan Sweden masing-masing.


Rakyat Malaysia Yang Bermain Bolasepak Untuk Negara Lain

Tak ramai rasanya rakyat Malaysia yang bermain untuk pasukan kebangsaan lain seperti berikut :-

Shaun Maloney

Asal : Miri, Sarawak
Posisi : Tengah/Sayap
Pasukan : Hull City, England
Umur : 32 tahun
Warganegara : Scotland

Shaun Maloney ketika beraksi bersama pasukan Celtic, Scotland

Ruzaini Zainal

Asal : Johor
Posisi : Pertahanan
Pasukan : Hougang United, Singapura
Umur : 27 tahun
Warganegara : Singapura


Antara syarat lain yang ditetapkan oleh FIFA untuk pemain asing di kategori 4 untuk mewakili pasukan lain selain daripada pasukan kelahiran mereka sendiri ialah mereka tidak pernah mewakili pasukan lain dalam perlawanan kompetitif. Perlawanan persahabatan dan juga perlawanan yang melibatkan bawah umur 21 tahun dan ke bawah tidak dikategorikan sebagai perlawanan kompetitif.

Tapi... kalau ranking FIFA tak naik-naik.... jangan haraplah pemain-pemain yang berbakat besar seperti Dion Johan Cools (Club Brugge) nak wakil Malaysia. Sebabnya ialah kelab-kelab besar memang tak ambil atau susah nak ambil pemain-pemain dari negara yang ranking FIFA nya teruk. Mereka akan menghadapi masalah untuk mendapatkan "work permit" dan "clearance" untuk bermain dengan kelab besar.

Jadi... prioriti yang sebenar ialah... naikkan ranking FIFA....

Ayuh Malaysiaku!




Thursday, August 27, 2015

Resveratrol - Unsur Nutrisi Penting Dan Berkhasiat Dalam Tumbuhan Yang Ramai Orang Tak Tahu



Kita dah biasa dengar perkataan Vitamin dan Garam Galian ataupun Garam Mineral. Kita semua tahu bahawa Vitamin dan Garam Mineral sangat penting untuk kesihatan. Tetapi kita jarang-jarang didedahkan dengan satu lagi elemen nutrisi yang dipanggil Phytonutrients. Phytonutrients ni adalah bersifat antioksida dan berperanan sebagai "pencegah" penyakit.

Buah Anggur Muscadine mempunyai kulit yang lebih tebal berbanding buah anggur lain

Biasa dengar Resveratrol??? Resveratrol ni adalah sejenis sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai Polyphenols yang bersifat antioksida dan merupakan sebahagian daripada Phytonutrients. Unsur antioksida ini adalah penting sebagai ejen penentang radikal bebas. Sumber utama Resveratrol ialah daripada kulit anggur dan buah beri.


6 Khasiat Resveratrol

Terkenal sebagai Antioksida yang kuat, Resveratrol juga dilabel sebagai "Longevity Factor" dan merupakan tonik awet muda terbaik yang pernah ditemui. Pengamal nutrisi Resveratrol ni tidak akan nampak tua sebelum usianya :-

1. Ketajaman Mental

Menurut para penyelidik di Illinois, pengambilan Resveratrol akan menyumbang kepada ketajaman minda akibat daripada aliran darah yang lancar menuju ke otak.

2. Meningkatkan Hormon Testosteron

Menurut kajian di Korea, pengambilan Resveratrol selama 28 hari akan meningkatkan hormon testosteron seorang lelaki sebanyak 50%.

3. Perlindungan Penglihatan

Menurut penyelidik di Missouri, Reseveratrol mampu untuk mengawal pertumbuhan tak normal pada saluran darah yang merosakkan penglihatan

4. Perlindungan Kanser

Kajian di Perancis telah membuktikan bahawa Resveratrol mampu untuk melambatkan pertumbuhan sel kanser dan telah diiktiraf sebagai ejen anti-kanser.

5. Keselamatan Kardiovaskular

Menurut para penyelidik di Connecticut, Resveratrol adalah pra syarat kepada jantung dan merupakan pelindung terbaik kepada segala masalah melibatkan jantung. Dengan minum suplemen yang mengandungi Resveratrol sebanyak 0.15 liter sehari, kajian membuktikan bahawa ia mampu untuk mengurangkan kadar kematian berkaitan serangan jantung sebanyak 30%.

6. Peningkatan Daya Tahan

Mengikut satu kajian di Kanada pada tahun 2012, Resveratrol boleh meningkatkan daya tahan badan sebanyak 21%. Resveratrol membantu sebagai otot rangka ketika latihan daya tahan.



Sumber-Sumber Utama Resveratrol

Orang Barat terutamanya mengamalkan minuman "red wine" yang dikatakan kaya dengan Resveratrol yang terbukti baik untuk kesihatan. Namun begitu, sebagai seorang Islam kita tidak boleh minum "red wine" yang mengandungi bahan memabukkan seperti alkohol. Jadi, kalau inginkan khasiat Resveratrol, kita boleh dapatkan melalui pemakanan dan sumber yang halal.

Makanan-makanan lain yang mempunyai kandungan Resveratrol yang tinggi ialah anggur, buah beri, teh Itadori, coklat hitam dan kacang tanah.

Anggur Muscadine mempunyai kandungan Antioksida yang tinggi

Jus Anggur Muscadine
- mengandungi Asid Elagik yang tinggi yang mampu menghentikan kanser, anti bakteria dan anti virus.

Lobak Ungu 
- sumber terbaik Vitamin A dan mengandungi karotenoids, phenolics, polyacytelenes, isocoumarins dan sesquiterpenes
- mengandungi Asid klorogenik yang mampu mengurangkan diabetes
- mengandungi anthocyanins yang bersifat anti radang, anti oksida, anti mikrobial, anti-carcinogen dan mampu mengurangkan risiko penyakit koronari jantung

Buah Elderberry
- mampu mengatasi masalah selsema
- mengandungi flavanoids iaitu antioksida yang kuat, menguatkan sistem imun melawan virus dan bakteria
- Kaya dengan anthocyanin yang memberi kesan anti radang
- Mengandungi vitamin A, B dan C juga nutrisi seperti asid amino, carotenoids, tannin dan rutin
- Menguatkan sistem imun, merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi  kolesterol LDL (kolesterol baik)
- Mampu beri perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular iaitu serangan jantung dan strok, mengurangkan stres, memperbaiki penglihatan dan penghadaman

Keratan rentas batang Japanese Knotweed atau Fallopia Japonica
atau Polygonum Cuspidatum atau Itadori 
- membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meningkatkan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan

Baca : Vivix adalah hasil gabungan Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Elderberry dan Polyganum Cuspidatum


Selain daripada Resveratrol, terdapat lebih kurang 25,000 jenis Phytonutrients lain dimana 6 phytonutrients utama adalah penting kepada kesihatan kita iaitu Carotenoids, Ellagic Acid, Flavonoids, Glucosinolates, Phytoestrogens dan termasuklah Resveratrol sendiri.

Sumber : www.webmd.com


Jom... sama-sama kita tambahkan ilmu nutrisi dan kesihatan....

Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Sunday, August 23, 2015

Liga FAM Malaysia 2015 - Akhirnya Perlis Dan Melaka United Kembali Ke Liga Perdana



Tanggal 23 Ogos 2015 telah selesai keseluruhan permainan dalam Liga FAM 2015 di mana Perlis selaku juara Kumpulan A dan Melaka United selaku juara Kumpulan B telah layak untuk bermain dalam Liga Perdana musim 2016. Kini hanyalah menantikan penentuan siapakah juara keseluruhan Liga FAM 2015 samada Perlis ataupun Melaka United yang dijadualkan berlangsung pada 30 Ogos 2015.

Nota : Tarikh perlawanan akhir Liga FAM telah diawalkan ke 29 Ogos 2015

Kuantan FA - Juara Liga FAM 2014


Pada musim lepas Kuantan FA telah muncul sebagai juara Liga FAM 2014 memintas Kuala Lumpur di tempat ke-2. Pasukan yang bertanding musim lepas juga tidak sebanyak musim ini dan tidak memerlukan sehingga 2 kumpulan. 

Selain daripada Perlis dan PBAPP FC (Pulau Pinang) yang telah diturunkan daripada Liga Perdana 2014, pasukan-pasukan daripada Liga FAM ialah Melaka United (Melaka), MISC-MIFA (Kedah), Sungai Ara FC (Pulau Pinang), Shahzan Muda FC (Pahang), Kedah United (Kedah), Harimau Muda C, Hanelang FC ataupun Persatuan Bolasepak Hulu Terengganu (Terengganu) dan MOF FC (Kuala Lumpur).

Pasukan-pasukan baru dalam Liga FAM ialah Megah Murni FC (Selangor), JDT III (Johor), Penjara FC (Negeri Sembilan), Air Asia (Selangor), UKM FC (Kuala Lumpur), Real Mulia FC (Kuala Lumpur), Felcra FC (Kuala Lumpur), Ipoh FA (Perak) dan Young Fighters FC ataupun Felda United II (Kuala Lumpur).

Dalam kumpulan A, Perlis ditentang sengit oleh Real Mulia FC, sebuah kelab yang dimiliki oleh Tengku Fahd Muadzam Shah, anak kepada Sultan Pahang. Walaubagaimanapun, Perlis tampil bergaya dengan menghabiskan keseluruhan perlawanan tanpa kalah.

Pertembungan antara Perlis dan Real Mulia FC


Dalam kumpulan B pula, Melaka United menghadapi tentangan sengit daripada MISC-MIFA iaitu sebuah kelab yang mewakili kaum India di Malaysia. Melaka United menjuarai kumpulan B dengan 2 kali kalah iaitu kepada MISC-MIFA dan Young Fighters. Pasukan Young Fighters ataupun Felda United II juga tidak kurang hebatnya dalam Kumpulan B ini.

Pertembungan antara Melaka United dan MISC-MIFA

Dalam perlawanan terakhir Melaka United tewas di tempat sendiri kepada Young Fighters 0-2 manakala MISC-MIFA menewaskan Air Asia 1-2 di tempat lawan. Ini bermakna Melaka United berkongsi mata dengan MISC-MIFA sebanyak 36 mata tetapi layak ke Liga Perdana 2016 berdasarkan perbezaan jaringan iaitu Melaka United sebanyak +17 manakala MISC-MIFA sebanyak +16.

Perlis mengambil masa hanya setahun untuk kembali semula ke Liga Perdana, manakala Melaka United mengambil masa 5 tahun untuk kembali ke Liga Perdana dimana kali terakhir Melaka United bermain dalam Liga Perdana ialah pada tahun 2010.

Sudah lama pemyokong Melaka menantikan kebangkitan bolasepak Melaka

Dengan adanya pasukan seperti Perlis dan Melaka United dalam saingan Liga Perdana musim depan dijangka akan memeriahkan lagi bolasepak negara kita. Terdapat juga ura-ura untuk penswastaan Liga Malaysia 2016 yang lebih menyeluruh sehingga ke peringkat ke-6 termasuk liga peringkat negeri dan daerah, berbanding 3 peringkat sahaja sekarang ini.

Liga FAM musim 2016 pula akan menerima kehadiran semula Kuala Lumpur dan Putrajaya SPA yang telah disingkirkan dari Liga Perdana 2015. Pasukan-pasukan dalam Liga FAM tidak semuanya akan kekal untuk musim akan datang. Pada kebiasaannya pasukan-pasukan kecil akan menarik diri atas alasan masalah kewangan.

Baca : Liga Perdana Malaysia 2015


Teruskan menyokong bolasepak tempatan!





Friday, August 21, 2015

Liga Super Malaysia 2015 - JDT Dan Pahang Kekal Sebagai Gergasi Bolasepak Malaysia



Liga Super Malaysia 2015 hampir melabuhkan tirainya dan tanggal 22.8.2015 bakal menyaksikan samada JDT berjaya mempertahankan gelaran sebagai juara ataupun Pahang berjaya memintas JDT di saat akhir untuk muncul juara. Pahang perlu menewaskan Terengganu dengan bergaya sambil mengharapkan JDT tumpas kepada Felda United.




Pada musim lepas JDT telah muncul sebagai juara Liga Super 2014 dengan memintas Selangor di tempat kedua. Disebabkan itu JDT layak ke pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015 manakala Pahang sebagai juara Piala FA layak ke Piala AFC 2015.

JDT - Juara Liga Super 2014





Memandangkan Lions XII telah menjuarai Piala FA 2015 tetapi tidak boleh mewakili Malaysia ke Piala AFC 2016, slot ini telah diberikan kepada naib juara Liga Super 2015. Ini bermakna pada tahun hadapan, JDT dan Pahang masih lagi mewakili Malaysia di peringkat Asia.

Lions XII - Juara Piala FA 2015

Tanpa menunggu perlawanan terakhir, ATM dan Sime Darby telahpun mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super dan mereka akan bermain dalam Liga Perdana pada musim hadapan. Manakala pasukan Lions XII, Perak, Kelantan dan Sarawak hanya melengkapkan jadual perlawanan terakhir mereka.

Akhirnya Sime Darby berjaya mendapatkan kemenangan pertama mereka setelah menewaskan ATM 1-0

Perebutan tempat ke-3 dan ke-4 masih lagi terbuka dengan Selangor dilihat mempunyai kelebihan. Tempat ke-3 dan tempat ke-4 Liga Super bakal mewakili negara dalam kejohanan Liga Super ASEAN 2016 yang pertama kali diadakan dan dijangka bermula pada Ogos 2016. Selain Selangor, pasukan Terengganu, Felda United dan PDRM juga cuba mengintai peluang untuk slot terakhir Liga Super ASEAN 2016.


Pertembungan antara Pahang dan JDT sentiasa dinanti-nantikan

Nampaknya JDT dan Pahang berjaya mengekalkan momentum mereka sebagai 2 pasukan gergasi bolasepak Malaysia. Kedua-dua pasukan ini telah meninggalkan pasukan-pasukan lain jauh ke belakang. Pencapaian mereka di peringkat Asia amat membanggakan setelah layak ke peringkat suku akhir Piala AFC 2015.



Walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa Lions XII tidak lagi akan menyertai Liga Malaysia musim hadapan, ATM yang bakal berhadapan penggantungan sekiranya isu berkenaan B Sathianathan tidak diselesaikan, Terengganu yang mungkin akan menarik diri akibat insiden perlawanan Piala FA menentang Lions XII, namun Liga Super Malaysia masih meriah dan rancak seperti biasa.



Thursday, August 20, 2015

Liga Perdana Malaysia 2015 - Saingan 3 Penjuru Antara Kedah, T-Team dan Pulau Pinang



21 Ogos 2015 bakal menyaksikan siapakah juara baru Liga Perdana Malaysia musim 2015. Pada musim lepas hanya saingan 2 penjuru di antara PDRM dan Felda United dimana menyaksikan PDRM muncul Juara Liga Perdana Malaysia 2014. Pada tahun ini, persaingan agak sengit dengan saingan 3 penjuru antara Kedah, T-Team dan Pulau Pinang.



Kedah mempunyai kelebihan untuk menjadi juara dan seterusnya layak ke Liga Super 2016 dengan hanya perlu seri pada perlawanan terakhir menentang DRB-Hicom di tempat lawan. T-Team dan Pulau Pinang harus menang dengan bergaya terhadap lawan masing-masing iaitu Kuantan FA dan UiTM FC di tempat lawan sambil mengharapkan DRB-Hicom menundukkan Kedah.

Antara aksi pertemuan Pulau Pinang menentang Kedah

Pulau Pinang juga wajib menang dan perlu mengharapkan T-Team tercicir mata pada perlawanan terakhir bagi memastikan Pulau Pinang layak ke Liga Super musim 2016. Prestasi cemerlang T-Team diawal musim gagal dikekalkan setelah kehilangan kapten pasukan, mendiang David Oniya yang mati mengejut ketika perlawanan persahabatan menentang Kelantan.

Pertembungan antara T-Team dan Kedah tidak kurang hebatnya





Untuk slot ke Piala Malaysia pula, selain Kedah, T-Team dan Pulau Pinang, satu lagi pasukan yang mengesahkan slot automatik ke Piala Malaysia ialah PKNS FC. Manakala 2 lagi pasukan iaitu JDT II dan juga samada NS Matrix atau Sabah akan berentap dalam pusingan kelayakan ke Piala Malaysia menentang 2 pasukan terbawah dari pasukan Liga Super iaitu Sime Darby dan ATM.

Pasukan Putrajaya SPA pula sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Perdana dimana mereka akan bertanding dalam Liga FAM untuk musim 2016. Satu lagi slot untuk diturunkan ke Liga FAM ialah samada DRB Hicom, Kuala Lumpur dan Kuantan FA yang hanya akan ditentukan pada perlawanan terakhir nanti.

Pertemuan Kuala Lumpur dan Kuantan FA dicemari dengan insiden pembalingan suar ke dalam padang

Kelebihan jaringan setakat ini banyak memihak kepada DRB Hicom untuk tidak disingkirkan ke Liga FAM sekiranya ketiga-tiga pasukan terikat dengan mata yang sama nanti. Namun, kemenangan ke atas Kedah harus dicari supaya DRB Hicom tidak tersingkir dari Liga Perdana. Kuala Lumpur juga mempunyai misi yang sukar apabila berkunjung ke gelanggang NS Matrix manakala Kuantan FA pula menanti kunjungan calon juara iaitu T-Team.

PDRM - Juara Liga Perdana 2014

Selain PKNS dan JDT II, pasukan UiTM bermain tanpa tekanan di perlawanan terakhir dan hanya melengkapkan jadual perlawanan apabila menanti satu lagi pasukan calon juara iaitu Pulau Pinang. Nampaknya, Kedah hampir pasti menjadi juara baru Liga Perdana Malaysia 2014, namun saingan daripada T-Team dan Pulau Pinang tidak boleh dipandang ringan.





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...