Sistem Pembiakan Manusia sama pentingnya dengan Sistem-sistem lain dalam tubuh badan manusia. Jadi, menjaga kesihatan Sistem Pembiakan juga sangat penting untuk menjamin kelestarian zuriat kita dan juga supaya zuriat kita mewarisi genetik yang sihat daripada ibu bapa mereka.
Organ Pembiakan Lelaki adalah seperti berikut :-
1) Testis - menghasilkan sperma dan hormon testosteron. Testis berada di luar tubuh manusia kerana sperma memerlukan 1 - 2 darjah celcius lebih sejuk daripada suhu badan untuk hidup. Testis juga menghasilkan 2 - 4 juta sperma setiap hari
Sperma - bahagian kepala sperma mengandungi bahagian kimia untuk membubarkan sel telur dan juga mengandungi DNA bapa. Bahagian tengah atau Mitochondria menghasilkan tenaga untuk sperma dan bahagian ekor membolehkan sperma untuk berenang. Penghasilan sperma tidak rumit dan menghasilkan 2 - 4 juta sperma setiap hari
2) Prostat - merembeskan cecair susu yang nipis yang memelihara sperma daripada asid dalam sistem pembiakan wanita
Sperma - bahagian kepala sperma mengandungi bahagian kimia untuk membubarkan sel telur dan juga mengandungi DNA bapa. Bahagian tengah atau Mitochondria menghasilkan tenaga untuk sperma dan bahagian ekor membolehkan sperma untuk berenang. Penghasilan sperma tidak rumit dan menghasilkan 2 - 4 juta sperma setiap hari
2) Prostat - merembeskan cecair susu yang nipis yang memelihara sperma daripada asid dalam sistem pembiakan wanita
3) Epididymis - sperma matang akan berada di sini
4) Vesikel Semen - menghasilkan cecair yang kaya dengan gula yang memberikan tenaga kepada sperma
5) Uretra - merupakan laluan keluar sperma daripada sistem pembiakan lelaki
Organ Pembiakan Wanita adalah seperti berikut :-
1) Ovari - menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan mengeluarkan Ovum (telur) sebulan sekali
Penghasilan Ovum sangat rumit, hanya satu telur diperlukan setiap bulan, perlukan penyelarasan berhati-hati daripada tubuh dan hormon serta memerlukan masa yang tepat untuk disenyawakan
2) Tiub Falopio - laluan yang membawa telur dari Ovari ke Uterus
Penghasilan Ovum sangat rumit, hanya satu telur diperlukan setiap bulan, perlukan penyelarasan berhati-hati daripada tubuh dan hormon serta memerlukan masa yang tepat untuk disenyawakan
2) Tiub Falopio - laluan yang membawa telur dari Ovari ke Uterus
3) Rahim (Uterus) - Rongga berotot sebesar penumbuk dan menyediakan tempat untuk penggantungan dan perkembangan manusia
4) Serviks - bahagian sempit Uterus yang menghubungkannya dengan bahagian atas Vagina
5) Faraj (Vagina) - bahagian terusan yang dikenali sebagai laluan kelahiran yang menghubungkan Serviks dengan bahagian luar tubuh
Peringkat Ovulasi juga sangat penting untuk kita semua tahu supaya terutama sekali kepada pasangan yang betul-betul inginkan cahaya mata. Terdapat 3 peringkat utama iaitu fasa folikel, fasa ovulasi dan fasa luteal.
Fasa Folikel - pada permulaan haid sehingga bermulanya ovulasi
Fasa Ovulasi - berlaku dalam masa yang sangat singkat iaitu dari 24 hingga 36 jam sahaja. Ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk telur disenyawakan dengan sperma dan dikenali sebagai waktu subur
Fasa Luteal - bermula dengan pembentukan corpus luteum dan berakhir apabila seseorang wanita itu mengandung ataupun semasa penyusutan tisu lutein ovari
Hormon semasa Kitaran Haid - terdapat 4 jenis hormon utama iaitu Follicle-Stimulating Hormone (FSH), Luteinizing Hormone (LH), Estrogen dan Progesteron.
Jenis-Jenis Penyakit Sistem Pembiakan Manusia
1) Andropause - hormon Testosteron akan berkurangan apabila usia meningkat
3) Mati Pucuk - tidak mampu untuk ereksi dan tidak mampu untuk mengekalkan ereksi ketika hubungan seks. Ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pengambilan alkohol, dadah dan merokok, tekanan dan kemurungan
4) Barah Prostat
5) Vaginitis - perubahan pada warna, bau dan jumlah pada pelepasan (discharge) yang keluar dari faraj, kegatalan dan ketidakselesaan pada faraj, sakit ketika hubungan seks, sakit ketika kencing dan pendarahan atau tompok-tompok kecil pada faraj.
6) Fibroid Rahim (Uterine Fibroid) - boleh tumbuh di mana-mana sahaja di bahagian rahim
Gejala-gejala masalah fibroid rahim ialah tekanan di bahagian rektum dan pundi kencing, sakit di bahagian belakang bawah badan, kekejangan rahim, pendarahan samada kerap atau tidak, banyak atau sedikit dan beserta kekejangan ataupun tidak
Kerisauan utama masalah fibroid rahim di kalangan wanita adalah penyakit anemia disebabkan oleh pendarahan yang banyak dan juga rasa ketidakselesaan disebabkan oleh sesetengah saiz fibroid yang sangat besar
7) Sista Ovari (Ovarian Cysts) - tekanan dengan ovulasi dan sakit teruk di bahagian rongga pelvik sekiranya ketumbuhannya besar
Kerisauan utama Sista Ovari ialah kesakitan dan masalah ketidaksuburan
9) Endometriosis - tompokan darah (tisu endometrial) di luar rahim dimana sepatutnya berada di dalam rahim
10) Barah Payudara
11) Barah Serviks
Sangat penting untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan sebarang masalah kesihatan yang melibatkan Sistem Pembiakan yang biasanya akan menyebabkan kemandulan atau masalah kesuburan. Dengan mengetahui punca sebenar akan memudahkan kita untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat.
Kredit : Loyerpencen.com
Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================
No comments:
Post a Comment
Pandangan Anda Amat Dihargai :)