Friday, March 27, 2020

Coronavirus Covid-19 - Penularan Penyakit Pernafasan dan Wabak Bahaya Seluruh Dunia 2020



Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua... Salam Jumaat.. penghulu segala hari... dah 2 tahun menyepi dari dunia penulisan dan blog... kini kembali sebab dah lama terkurung dalam rumah... hahaha... Semoga rakan-rakan yang membaca dapat manfaat daripada entri blog ni...




Covid-19 atau dikenali sebagai Coronavirus disease 2019 semakin menular di seluruh dunia. Wabak yang berpunca dari Wuhan China ini kini dah jadi pandemik dan ramai telah jadi mangsa dan maut akibat daripadanya. Juga sejenis penyakit pernafasan atau respiratori... kebanyakan yang maut ialah warga emas dan mereka yang lemah sistem imun... Pun begitu jangan diambil mudah dan enteng... maut tidak kenal sesiapa


Setakat hari ini 27 Mac 2020, Amerika Syarikat atau USA mencatatkan peningkatan sangat mendadak iaitu 17k lebih kes baru dan semalam juga 13k kes baru... sangat sedih...



Di Malaysia juga mencatatkan peningkatan kes baru yang banyak setakat ini iaitu 235 orang dimana kebanyakan mangsa dari Simpang Renggam Johor... dikatakan akibat daripada menghadiri majlis kenduri



Semua pihak memainkan peranan penting dalam mencegah penularan wabak berbahaya ini... ya semuanya bermula daripada kita sendiri... bukannya menunding jari kepada mana-mana pihak... kawal pergerakan kita... keluar rumah apabila perlu, kerap cuci tangan, mandi dan bersihkan diri... kurangkan "physical contact" dengan orang tidak dikenali, pakai mask atau topeng muka dan pakai hand sanitizer


#Hari ke-11 Restriction Movement Order (RMO)



No comments:

Post a Comment

Pandangan Anda Amat Dihargai :)

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...