Thursday, December 11, 2014

Garam Galian - Pelengkap Kepada Nutrisi Harian Anda



Garam Galian

Garam Galian juga adalah sejenis Mikronutrien yang penting untuk kesihatan anda. Garam Galian juga menyumbang hanya 4-5% daripada berat badan anda.


Apa Perbezaan Antara Vitamin dan Garam Galian?

Vitamin adalah daripada sumber organik seperti sumber daripada haiwan dan tumbuhan manakala Garam Galian adalah daripada sumber bukan organik yang diperolehi daripada tanah dan air yang telah diserap oleh haiwan dan tumbuhan seperti Kalsium, Potasium, Zat Besi, Zink dan lain-lain.


Kalsium

Sumber Kalsium



Fungsi Utama Kalsium ialah :-

- Kesihatan tulang dan gigi
- Pengecutan otot
- Pengecutan dan pengembangan salur darah
- Rembesan hormon dan enzim
- Menghantar maklumat melalui sistem saraf


Potasium

Sumber Potasium



Fungsi Utama Potasium ialah :-

- Penting untuk pengecutan otot
- Impuls saraf
- Hati
- Buah pinggang
- Merendahkan tekanan darah
- Mengurangkan risiko strok
- Mengawal jantung


Zat Besi

Sumber Zat Besi



Fungsi Utama Zat Besi ialah sebagai komponen utama kepada sel-sel darah merah


Zink

Sumber Zink



Fungsi Utama Zink ialah :-

- Mempertingkatkan kesuburan lelaki
- Mempertingkatkan deria bau dan rasa
- Memulihkan luka
- Meningkatkan aktiviti otak


Kepentingan Garam Galian Kepada Anda

Garam Galian adalah pelengkap kepada vitamin, protein, karbohidrat dan nutrisi-nutrisi lain. Tanpa Garam Galian, kesemua nutrisi yang dinyatakan tidak dapat berfungsi dengan baik dalam tubuh badan anda.


Shaklee Vita-Lea mengandungi 30 Nutrisi harian lengkap, 12 Vitamin dan 7 Mineral penting seperti yang disarankan oleh RDA




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================








Wednesday, December 10, 2014

Vitamin Larut Lemak - Vitamin A, D, E dan K



Jika Vitamin B dan C ialah Vitamin Larut Air, Vitamin A, D, E dan K pula ialah Vitamin Larut Lemak. Bukan sepertimana Vitamin Larut Air, Vitamin Larut Lemak tidak akan musnah sekiranya sumber makanan yang mengandungi vitamin tersebut dimasak.


Memandangkan Vitamin A, D, E dan K tidak disingkirkan oleh tubuh badan kita setiap hari, maka pengambilannya haruslah mengikut sukatan yang telah disyorkan dan tidak boleh berlebih-lebihan.




Vitamin A

Sumber utama Vitamin A terdapat dalam 2 bentuk seperti berikut :-

1) Retinol - diperolehi daripada sumber haiwan 

2) Provitamin A Carotenoids - diperolehi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran 


Apa itu Provitamin A Carotenoids?

Carotenoids ataupun Karotein terdapat dalam beberapa bentuk iaitu Astaxanthin (King of Carotonede), Alpha Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Lutein dan Zeaxanthin. Karotein dan Provitamin A akan bertukar menjadi Vitamin A dalam tubuh badan kita.


Apa Fungsi Utama Vitamin A Kepada Kita?

1) Kesihatan mata

2) Antioksida yang kuat

3) Kelembapan kulit

4) Perangsang imunisasi untuk melawan jangkitan




Apakah Kesan Kekurangan Vitamin A Kepada Kita?

1) Lemah Penglihatan

2) Kulit yang kering dan kasar

3) Luka yang lambat sembuh

4) Kurang pertahanan terhadap jangkitan

Vitamin D

Vitamin D juga dikenali sebagai Vitamin cahaya matahari. Sebab itu pada zaman dahulu dan kadang-kadang zaman sekarang masih ada amalan ibu bapa yang menjemur bayi baru lahir di bawah sinaran matahari pada waktu pagi untuk mendapatkan Vitamin D secara semulajadi.


Vitamin D juga boleh didapati daripada sumber haiwan seperti minyak hati ikan kod, herring, makerel, sardin, salmon, marjerin, tuna dan keju cheddar.



Apakah Fungsi Utama Vitamin D Kepada Kita?

1) membantu kepada penyerapan kalsium

2) menggalakkan tulang dan gigi yang sihat

3) menghalang osteoporasis



Vitamin E

Vitamin E juga dikenali sebagai Tocopherol dalam bahasa Greek bermaksud "to bean children" ataupun vitamin kesuburan.




Apakah Fungsi Utama Vitamin E Kepada Kita?

1) mengekalkan kesihatan organ pembiakan

2) melawan penyakit jantung

3) meningkatkan sistem imunisasi

4) kesihatan kulit - melambatkan penuaan


Vitamin K juga dikenali sebagai "the forgotten vitamin" kerana peranannya yang sering dilepas pandang. Sumber utama Vitamin K ialah sayur-sayuran hijau dan rempah ratus. Vitamin K membantu darah cepat membeku dan kering sekiranya tubuh kita luka dan cedera.




Apakah Fungsi Utama Vitamin K Kepada Kita?

1) bertanggungjawab pada pembekuan darah

2) mengurangkan sakit kronik dan akut termasuk sakit tengkuk dan belakang

3) mengurangkan keradangan


Shaklee Vita-Lea mengandungi Vitamin K



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Tuesday, December 9, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 3



SELAMAT PAGI SHAH ALAM!


Day 3 - 30.11.2014

Hari terakhir program bermula.... Setelah breakfast di hotel, kami pergi ke SACC. Setelah parking di Anggerik Mall kami berjalan kaki ke SACC. Kami tiba agak lewat sehingga terlepas tarian "bara bara bere bere". Maklumlah nak packing lagi dan lepas tu check out hotel lagi...


Program pagi ini dimulakan dengan sedikit briefing daripada Haji Zafrul seorang akauntan berpengalaman berkenaan dengan asas-asas pengurusan sebuah syarikat daripada sekecil-kecil maklumat hinggalah ke sebesar-besar maklumat. Baru juga ku faham kenapa ada businessman akan tukar kereta setahun sekali.

FB Dr Azizan Osman

Haji Zafrul juga menekankan betapa pentingnya membayar cukai untuk membina kredibiliti sebagai seorang yang boleh dipercayai dari segi kewangan. Aku pun decide untuk join kelas Intensive Business Coaching (IBC) di bawah kendalian Haji Zafrul yang akan diadakan pada 13 hingga 14 Disember akan datang.


Sesi berikutnya adalah daripada Encik Zul dari ABC Mediaworks yang telah design brand Dr Azizan Osman dan juga Richworks. Oooo ye... masa hari pertama dulu semua peserta dikehendaki bagi name card masing-masing, kononnya ada hadiah best masa hari terakhir.



Wahh... memang betul best lah surprise daripada diorang ni... Rupa-rupanya daripada beribu-ribu name card yang diberikan, dia pilih satu yang paling cikai dan banyak mistake dari segi marketing, lepas tu dia transform jadi name card yang sangat hebat!


Name card yang terpilih tu, pemiliknya buat service air cond kat JB. Menjerit kekaguman satu dewan melihatkan name card baru yang sudah ditransform. Jadi semua artwork... bukan saja name card, tapi artwork-artwork yang berkiatan juga diorang dapat secara percuma daripada ABC Mediaworks.


Tak cukup dengan tu lagi... ada lagi kejutan kedua. Rupa-rupanya bukan satu name card terpilih, tapi ada name card kedua yang terpilih. Mereka yang terpilih ni adalah suami isteri yang buat bisnes bawa orang pergi umrah/ziarah. Menangis-nangis kegembiraan si isteri apabila melihat name card mereka dah ditransform menjadi lebih professional dan hebat!


Kelas Dr Azizan Osman bersambung semula sehingga waktu makan tengah hari. Waktu makan tengah hari kali ni kami makan KFC jer di PKNS Shah Alam. Kelas sesi petang juga diteruskan sehingga pukul 5.00 petang dan semua orang pulang ke sarang masing-masing.



Tempat makan selama 3 hari berturut-turut


Banyak sangat ilmu yang dapat dikutip sepanjang 3 hari program berjalan. Sebanyak mana ilmu yang dipelajari pun kalau tak dipraktikkan secepat mungkin, tak berguna juga. Proses belajar tidak berhenti setakat di situ sahaja. Ia berlanjutan selagi mana kita amalkan ilmu yang dipelajari.


Dapat otak pemikiranku berligat untuk memikirkan program-program yang selanjutnya untuk disertai seperti Master Your Business (MYB), Train the Trainers (TTT), Rahsia Minda JUtawan (RMJ) dan banyak lagi. Sehingga hari ketiga ini baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman.


SELAMAT TINGGAL SHAH ALAM! 


Pengalaman Program Dr Azizan Osman Part 1

Pengalaman Program Dr Azizan Osman Part 2




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Monday, December 8, 2014

Vitamin Larut Air - Vitamin B dan Vitamin C



Vitamin ialah sejenis Mikronutrien selain daripada garam galian (Minerals). Terdapat 2 sifat utama Vitamin iaitu samada laut air atau larut lemak. Vitamin B dan C adalah larut air dimana buah pinggang akan membuang lebihan pengambilannya. Justeru bekalan kandungan Vitamin B dan C haruslah berterusan.



Vitamin B

Jenis-jenis Vitamin B ialah B1 (Thiamin), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Pantothenic Acid), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Asid Folik) dan B12 (Cobalamine). Sebab itu, B-Complex yang baik ialah B-Complex yang mengandungi kesemua kandungan Vitamin B yang dinyatakan.




Pada kebiasaannya kekurangan Vitamin B boleh dilihat pada lidah seseorang seperti berikut :-

- beralur dan merekah
- sakit lidah (mata ikan)
- lidah besar dan bengkak
- tunas lidah berubah saiz, warna dan bentuk permukaannya
- lidah geografi
- salutan lidah tebal

Permukaan lidah berbentuk geografi


Kekurangan Vitamin B

Vitamin B1 (Thiamin) - menyebabkan sakit beriberi, gejala susut berat badan dan gangguan emosi

Vitamin B2 (Riboflavin) - bibir merekah, sensitif pada cahaya matahari, keradangan pada lidah

Vitamin B3 (Niacin) - menyebabkan Pellagra aggression, dermatitis, insomnia, lemah-lemah, kekeliruan mental dan cirit birit

Vitamin B5 (Panthothenic Acid) - menyebabkan jerawat

Vitamin B6 (Pyridoxine) - menyebabkan anemia, kemurungan, dermatitis dan tekanan darah tinggi

Vitamin B7 (Biotin) - pertumbuhan terjejas dan gangguan saraf pada anak

Vitamin B9 (Asid Folik) - kecacatan otak dan saraf tunjang kepada bayi yang baru lahir

Vitamin B12 (Cyanocobalamin) - macrocytic anemia, elevated homocysteine, peripheral neuropathy, hilang ingatan dan kekurangan kognitif yang lain
Fungsi Utama Vitamin B

1) meningkatkan pengeluaran tenaga

2) membantu kepada pengurusan tekanan dan kemurungan

3) membantu menghalang anemia (kurang sel darah merah)

4) meningkatkan fungsi saraf, menghalang kecacatan tiub neural dan komplikasi diabetes

5) kesihatan kulit, rambut, kuku dan nada otot

6) pengurusan paras homocysteine yang normal dan menyokong sistem kardiovaskular

Vitamin C

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik



Fungsi Utama Vitamin C

1) Meningkatkan imunisasi gejala selsema, mengurangkan tempoh demam

2) mempercepatkan penyembuhan luka

3) membina kolagen

4) Antioksida yang tinggi, anti penuaan



Kekurangan Vitamin C

Penyakit Skurvi - meningkatkan anemia, kelesuan, kepenatan, bengkak pada sesetengah bahagian di badan dan kadang-kadang ulser pada gusi dan menyebabkan kehilangan gigi.




Dapatkan Vitamin C dengan harga promosi hanya pada Disember 2014!


Vitamin B dan C daripada sumber asal seperti daripada makanan seharian mudah hilang khasiatnya ketika penyediaan makanan. Contohnya, kandungan Vitamin C pada buah amat tinggi semasa dipetik dan semakin hilang khasiat vitamin C apabila ranumnya semakin hilang.


Kesimpulannya pengambilan Vitamin B dan C harus diambil dengan kerap untuk menggantikan kehilangannya setiap hari kerana ia tidak disimpan dalam tubuh badan.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Friday, December 5, 2014

Promosi Disember 2014 (Part 2) - Shaklee Vitamin E Complex



Selain daripada Promosi Shaklee Sustained Release Vitamin C, Shaklee juga telah mengumumkan Promosi Berganda untuk Vitamin E Complex untuk bulan Disember 2014. Promosi ini khas dan eksklusif kepada ahli Shaklee yang berdaftar saja seperti berikut :-

* Beli 6 percuma 1 *
* Beli 2 dengan diskaun 5% *


Apa yang menyebabkan Shaklee Vitamin E Complex ini BERBEZA dengan Vitamin E lain yang ada di pasaran?

1) Vitamin E paling lengkap di pasaran - diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama dan delta)

2) diperkasa dengan ekstrak biji anggur - mengatasi masalah kanser, awet muda, memelihara kecantikan badan, menurunkan kolesterol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah urat timbul serta menghalang pembengkakan dan keradangan.


3) mengandungi 10mg selenium semulajadi - membantu menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot, penyahtoksik logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan amti-oksidan dan melindungi retina.



Apakah manfaat utama Shaklee Vitamin E Complex?

Tidak syak lagi Shaklee Vitamin E Complex mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat seperti berikut :-

1) Melindungi Jantung

2) Mempertingkatkan Sistem Pembiakan Lelaki

3) Anti Penuaan

4) Anti Oksidan Yang Kuat

5) Kelestarian Tenaga

6) Memperbaiki Arthritis

7) Menghalang Keguguran Bayi

8) Menghilangkan Parut




Siapa yang sangat memerlukan untuk mengambil Shaklee Vitamin E Complex ini? Berikut adalah senarai orang-orang yang dicadangkan agar PERLU dan MUSTAHAK untuk mengambil Shaklee Vitamin E Complex :-


1. Penghidap Masalah Kulit dan Rambut seperti :-

   - Akne/Jerawat
   - Pigmentasi/Bintik Penuaan
   - Cacar Air
   - Psoriasis
   - Terbakar
   - Eczema
   - Kulit yang Cantik
   - Lupus SLE
   - Kelemumur; dan
   - Rambut Gugur

2. Penghidap Masalah Kesihatan Lelaki dan Wanita seperti :-

    - Anti Penuaan
    - Impotence/Mati Pucuk
    - Masalah Prostat
    - Kemandulan Lelaki
    - Sindrom Pra-Haid/PMS
    - Menopaus
    - Mengandung; dan
    - Vena Varikos

3. Penghidap Masalah Respiratori seperti :-

    - Alergi Hidung
    - Asthma
    - Bronkitis
    - Batuk atau Tuberculosis
    - Sinusitis; dan
    - Sakit Tekak atau Tonsilitis


   - Vertigo
   - Fits/Gila Babi
   - Alzheimer/Lemah Daya Ingatan
   - Penyakit Parkinson; dan
   - Sklerosis Berganda

5. Penghidap Masalah Metabolisma dan Salur Urinari seperti :-

    - Gout
    - Hiperthyroidisma; dan
    - Sistisis/Infeksi Saluran Urinari

6. Penghidap Masalah Mata seperti :-

    - Katarak
    - Glaukoma; dan
    - Lazy Eyes

7. Penghidap Masalah Kanser/Tumor seperti :-

    - Fibrosystik/Fibroid
    - Kanser/tumor; dan
  - untuk mempercepatkan proses pemulihan dan melambatkan pertumbuhan tumor serta memulihkan luka sebelum atau selepas pembedahan dan juga semasa rawatan dijalankan.


    - Masalah Pundi Hempedu; dan
    - Hepatitis

9. Penghidap Masalah Peredaran Darah seperti :-

    - Penyakit Jantung/Hypertensi/Strok; dan
    - Kolesterol Tinggi

10. Penghidap Masalah Otot, Tulang dan Sendi seperti Masalah Kuku


Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mengapa tidak anda mencuba pengambilan Vitamin E terbaik iaitu Shaklee Vitamin E Complex. Dengan tambahan selenium dan vitamin E boleh meningkatkan kualiti air mani dan manfaat perlindungan khususnya pada motilitas sperma.






Sila klik ORDER di sini untuk belian produk yang lain.


Sila hubungi kami seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan dan juga mendapatkan Shaklee Vitamin E Complex dengan HARGA PROMOSI :-


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Thursday, December 4, 2014

Kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman - Part 2



SELAMAT PAGI SHAH ALAM!


Day 2 - 29.11.2014

Pengalaman Program Dr Azizan Osman diteruskan lagi pada hari kedua. Setelah breakfast di hotel, kami bergegas ke SACC. Seperti dijangka memang tiada parking yang kosong, tapi kali ini kami parking di Anggerik Mall, takdelah jauh sangat dengan SACC.... 5 minit berjalan dah pun sampai.


Macam biasa... tarian "bara-bara bere-bere" dulu, membaca ikrar dan kelas dimulakan dengan celotehan Dr Azizan Osman berkenaan beberapa perkara berbangkit dan juga mengulangi rules and regulations sepanjang program berjalan.


Antara isu yang cuba dijelaskan ialah tarian "bara-bara bere-bere", kenapa perlu berdiri atas kerusi, kenapa perlu tepuk tangan kuat-kuat beserta suara dan banyak lagi. Korang nak tahu apa penjelasan Dr Azizan Osman? Korang join jer program diorang nanti taulah jawapannya.


Peserta MMM ni takdelah seramai program IMKK di Stadium Melawati sebanyak 6,000 orang dan IMKK di Mines seramai 8,000 orang. Seperti biasa, nak masuk dewan memanglah berebut-rebut sebab masing-masing nak duduk depan. Tapi kalau IMKK memang havoc sangat sehinggakan ada peserta yang mendapatkan bantuan kesihatan sebab ramai sangat orang.

Sumber : FB Dr Azizan Osman


Sumber : FB Dr Azizan Osman


Hari ke-2 juga adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para peserta sebab masa ni lah ada diberikan 200+ tips marketing yang tip top. Bukannya kesemua 200+ tips marketing tu kena buat, Insya Allah... buat satu cara pun dah boleh berjaya. Yang penting ikut contoh orang yang dah berjaya buat.... sebijik sebijik...

Bergambar kenangan bersama isteri


Kami semua dilepaskan agak lewat sikit untuk makan tengah hari kerana terlalu banyak input yang perlu diberikan di pagi hari. Seperti biasa, kami mencari tempat makan di dalam PKNS Shah Alam. Kami juga akan solat di PKNS Shah Alam kerana tidak cukup ruang untuk solat di SACC.


Peserta Super Premium lunch di tempat yang disediakan di SACC

Kembara menuntut ilmu diteruskan lagi di sebelah petang. Kalau diikutkan... memang dah tepu kepala otak ni, tapi bila difikirkan betapa berharganya ilmu yang dituntut sekarang, digagahkan juga diri ini. Dr Azizan Osman juga sangat gigih dalam mencurahkan ilmu kepada kami semua walaupun keadaan kesihatan dan suara beliau tidak berapa baik pada ketika ini.


Antara sikap beliau ialah akan mengarahkan semua peserta berdiri, jika ada yang tertidur... semuanya untuk memastikan semua orang memberikan tumpuan dalam kelas. Sering memastikan adanya interaksi dalam kelas walaupun jumlah peserta yang agak ramai. Beliau juga sangat tegas kepada peserta yang tidak mengikut tunjuk ajar beliau dengan serta merta.


Kelas petang berakhir lebih kurang jam 5.30 petang. Setelah selesai solat Asar kami makan malam lebih awal kerana kelas malam akan bermula jam 8.00 malam. Kami memilih untuk makan malam di Ayam Penyet Sumatera, PKNS Shah Alam.


Ihsan : Handphone Ainul Malik


Selesai solat maghrib di PKNS Shah Alam, kami bergegas ke SACC. Walaupun hujan lebat, kami redah jua.


Kelas malam agak menyeronokkan kerana inilah sesi "hot seats". Hot seats ni adalah sharing moment peserta-peserta lama program Dr Azizan Osman yang telah kaya dan berjaya. Sesi ini juga dikendalikan oleh Dato' Roslan Ab Hamid dan juga Saudara Afdlin Shauki. Seramai 15 orang telah berkongsi kejayaan mereka kepada semua peserta MMM malam itu.

Sumber : FB Dr Azizan Osman

Sumber : FB Douglas Su

Secara ringkasnya mereka adalah seperti berikut :-

1. Fiona Tahir -  seorang perunding kewangan yang mempunyai jualan kumpulan sebanyak 170 juta setahun.

2. Junaidy Abu Bakar - suami kepada Puan Anis, pengasas Anis Moist Choc yang bakal mencapai target jualan tahun 2014 sebanyak RM8 juta.

3. Eida Hasan - salah seorang jutawan online untuk pelbagai produk

4. Puan Aida - pengasas AIDAQ Services & Traders dengan sales hampir RM3 juta setahun.

5. Dr Aslan Bacho - telah mempunyai 6 buah klinik di bawah kendalian beliau.

6. Ummu Habibah - pengasas Muslimah4u.com yang kini menjana pendapatan sebanyak lebih kurang RM300,000.00 sebulan.

7. Raja Safuan - insan istimewa yang merupakan pengasas perniagaan internet ExtremeTech. Perniagaan beliau meningkat sebanyak 500% setelah menyertai program Dr Azizan Osman.

8. Ernayanee - pengasas oshien2u.com yang menjana pendapatan RM300,000.00 sebulan

9. Puan Azliza - Pembekal utama manik di GM Klang di bawah syarikat Othman Ali Sdn Bhd dengan hasil jualan sebanyak RM200,000.00 sebulan.

10. Mohd Khuzaimie - anak muda bekas buruh kasar yang kini CEO di Parota Rich

11. Tengku Shaheela - pengasas Zacheela

12. Baharom Ahmad dan Douglas Soo - rakan kongsi yang mempunyai 20 homestay di Melaka dan juga pengasas kepada Celop Celop

13. Keyn Aziz - perunding hartanah


Selepas mendengar sharing moments semasa hot seats ni, baru kufaham kenapa Anak Muda Zaman Sekarang Sanggup Meleburkan RMxx,xxx Untuk Dr Azizan Osman. Anak Muda seperti ini mempunyai pemikiran dan tindakan yang luar biasa sehingga RMxx,xxx mereka dileburkan begitu sahaja untuk mendapatkan hasil yang berganda-ganda di masa akan datang.


Kami semua hanya pulang pada jam 12.30 tengah malam. Sebelum ke hotel, aku sempat minum-minum dengan isteri di kedai mamak. Kepala pun masih ligat berpusing tentang potensi-potensi perniagaan yang bakal diceburi selain daripada bisnes yang sedia ada.


Jumpa lagi dalam sambungan pengalaman ini di Part 3 nanti...


SELAMAT MALAM SHAH ALAM! 



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Wednesday, December 3, 2014

Promosi Disember 2014 (Part 1) - Sustained Release Vitamin C



Hujung dan awal setiap tahun sememangnya Shaklee membuat promosi yang hebat khusus buat ahli-ahli Shaklee saja. Salah satu promosi hebat untuk bulan Disember 2014 ialah Sustained Release Vitamin C sesuai dengan mereka yang gemarkan kecantikan. Promosi berganda untuk bulan Disember 2014 adalah seperti berikut :-

* Beli 6 percuma 1 *
* Beli 2 dengan diskaun 5% *


Apa yang menyebabkan Shaklee Sustained Release Vitamin C ini BERBEZA dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran?

1) teknologi sains pembebasan berterusan secara semulajadi (Vitamin C dilepaskan dalam tubuh secara berperingkat)

2) setiap tablet Shaklee Sustained Release Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan buah oren beserta kulitnya

3) setiap jam Shaklee Sustained Release Vitamin C akan dibebaskan bersamaan 1.5 hidangan buah oren dan kulitnya

4) 2 tablet Shaklee Sustained Release Vitamin C dengan jurang masa 5 jam mampu mengekalkan plasma darah kita selama 24 jam - mencegah pelbagai masalah berkaitan peredaran darah.

5) Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavanoid (Vitamin C Complex) dimana 25% daripadanya diekstrak daripada kulit buah - meningkatkan keberkesanan Vitamin C, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.




Apakah manfaat utama Shaklee Sustained Release Vitamin C?

Tidak syak lagi Shaklee Sustained Release Vitamin C mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat seperti berikut :-

1) Membentuk Kolagen

2) Memperbaiki Gejala Pendarahan

3) Peningkatan Sistem Imun

4) Memerangi Kanser

5) Mencantikkan Kulit

6) Memperbaiki Insomnia

7) Mengekalkan Kolesterol Sihat





Siapa yang sangat memerlukan untuk mengambil Shaklee Sustained Release Vitamin C ini? Berikut adalah senarai orang-orang yang dicadangkan agar PERLU dan MUSTAHAK untuk mengambil Shaklee Sustained Release Vitamin C :-


1. Penghidap Masalah Kesihatan Lelaki dan Wanita seperti :-

    - Anti Penuaan
    - Impotence/Mati Pucuk
    - Masalah Prostat
    - Kemandulan Lelaki
    - Frigidty/Ketiadaan Nafsu Berahi
    - Berpantang dan Menyusukan Anak
    - Masalah Keputihan dan Leukorrhea
    - Sindrom Pra-Haid/PMS
    - Menopaus
    - Mengandung
    - Penyakit Kelamin; dan
    - Vena Varikos

2. Penghidap Masalah Kulit dan Rambut seperti :-

   - Akne/Jerawat
   - Pigmentasi/Bintik Penuaan
   - Bau Badan
   - Cacar Air
   - Psoriasis
   - Terbakar
   - Ulat Air/Infeksi Kulat pada Kulit
   - Eczema
   - Kulit yang Cantik
   - Lupus SLE; dan
   - Rambut Gugur


3. Penghidap Masalah Respiratori seperti :-

    - Alergi Hidung
    - Asthma
    - Selsema dan Flu
    - Nafas Berbau
    - Bronkitis
    - Batuk atau Tuberculosis
    - Ulser Mulut
    - Sinusitis
    - Hidung Berdarah
    - Sakit Tekak atau Tonsilitis; dan
    - Perokok

4. Penghidap Masalah Metabolisma dan Salur Urinari seperti :-

    - Hipoglisemia/Tahap Gula Rendah
    - Diabetes
    - Gout
    - Hiperthyroidisma
    - Hipothyroidisma
    - Batu Karang
    - Masalah Ginjal dan Pundi Kencing
    - Sistisis/Infeksi Saluran Urinari; dan
    - Edema/Retensi Air

5. Penghidap Masalah Sistem Saraf dan Kesihatan Mental seperti :-

   - Depresi/Kegelisahan
   - Vertigo
   - Fits/Gila Babi
   - Insomnia/Masalah Tidur
   - Migrain/Pening Kepala
   - Letih dan Lesu
   - Penyakit Parkinson; dan
   - Sklerosis Berganda

6. Penghidap Masalah Kanser/Tumor seperti :-

    - Fibrosystik/Fibroid
    - Cysts
    - Kanser/tumor; dan
  - untuk mempercepatkan proses pemulihan dan melambatkan pertumbuhan tumor serta memulihkan luka sebelum atau selepas pembedahan dan juga semasa rawatan dijalankan.

7. Penghidap Masalah Otot, Tulang dan Sendi seperti :-

    - Arthritis
    - Masalah Kuku
    - Osteoporosis/Rapuh Tulang; dan
    - Patah Tulang


    - Masalah Pundi Hempedu
    - Hemerrhoids atau Piles; dan
    - Ketagih Alkohol

9. Penghidap Masalah Peredaran Darah seperti :-

    - Anemia (Kurang Darah)
    - Penyakit Jantung/Hypertensi/Strok; dan
    - Kolesterol Tinggi

10. Penghidap Masalah Mata seperti :-

    - Katarak
    - Glaukoma; dan
    - Lazy Eyes

11. Penghidap Masalah Kesihatan Kanak-Kanak seperti :-

    - IQ Kanak-Kanak dan Program Kesihatan; dan
    - Selesema


Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mengapa tidak anda mencuba pengambilan Vitamin C terbaik iaitu Shaklee Sustained Release Vitamin C. Dengan teknologi pelepasan secara berperingkat, anda mampu untuk mengekalkan tahap Vitamin C dalam tubuh anda secara optimum.




Sila klik ORDER di sini untuk belian produk yang lain.


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...