Showing posts with label Cheras. Show all posts
Showing posts with label Cheras. Show all posts

Saturday, September 30, 2023

Menyepi dan Kembali....

Assalamualaikum wbt... dan selamat pagi!

Hari terakhir bulan September tahun 2023 πŸ—“


Entah berapa kali blog ni bersawang πŸ•ΈπŸ•Έ... kemas sikit sikit... dan kembali bersawang... haha..πŸ˜„πŸ˜

Nothing special... just terfikir untuk kembali menulis... maybe seminggu 2 entry?? yes... cuba untuk disiplinkan diri dalam menulis.... motivation come later...

Mana tau ada antara tulisan-tulisan kat sini yang bermanfaat untuk korang kat sana... of course... setiap orang tak sama karakter masing-masing... maybe tulisan hari ini bermanfaat untuk si A, tidak untuk si B dan mungkin tulisan-tulisan sebelum ni bermanfaat untuk si B tetapi tidak untuk si A...

Boleh rujuk ke entry-entry sebelum ni... memang takde spesifik niche dalam penulisan... just ikut suka hati je lah... haha...

Anyway... ni adalah list Top 10 most viewed (read) entry setakat 30/09/2023... hopefully memberi manfaat kat anda semua... πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡









Happy reading everyone πŸ‘







Monday, April 30, 2018

Pengalaman Pertandingan Kalam Jamaie - KAMIL Peringkat Zon Langat 2018



Tahun ni temankan anak lagi untuk program KAMIL (Kemahiran Amal Islami). Selama 2 tahun sebelum ni si abang masuk pertandingan syarahan dan pidato... sekarang dia kat asrama.. dah Form 1. Tahun ni giliran kakak masuk KAMIL untuk pertandingan Kalam Jamaie ataupun coral speaking

Baca : KAMIL Peringkat Zon Langat 2016

Baca : KAMIL Peringkat Daerah Hulu Langat 2016

Baca : KAMIL Peringkat Zon Langat 2017 (eh... tak buat entry...)

Cantik set up ni...

Sekali lagi SRA Taman Tun Perak Cheras jadi tuan rumah... tak jauh dari rumah.. memang best... hehe... Beberapa minggu sebelum pertandingan... diorang dah berlatih weekdays dan weekend... terima kasih buat guru-guru pembimbing yang bekerja keras sepanjang tempoh latihan

Hari pertandingan dah tiba... 7 April 2018 di SRA Taman Tun Perak Cheras... Tak letak harapan tinggi kat diorang... yelah lagipun baru 1st time masuk acara Kalam Jamaie... tapi nampak ada potensi diorang ni.. Insya Allah

Para peserta bersiap untuk masuk ke dewan pertandingan
Persembahan dari SRI Al Rahman

Selesai semua persembahan.. nampak pasukan dari tuan rumah sangat terampil, paduan suara, gerakan fizikal yang sekata, susun atur peserta yang tersusun dan macam-macam lagi. Memang setuju sangat kalau pasukan tuan rumah ni berjaya... hehe

Pada waktu tengahari keputusan diumumkan... tahniah kepada anak-anak yang berjaya.. yang tidak berjaya jangan sedih, buat lebih baik lagi pada masa. Pasukan yang berjaya akan mewakili Zon Langat ke peringkat Daerah Hulu Langat tahun 2018

Semoga keyakinan dan kesungguhan yang ada dalam diri anak-anak ini berjaya dipupuk dan berterusan... insya Allah...



Tuesday, February 13, 2018

Pengalaman Anak Masuk Asrama Sekolah Menengah - SMISTA Cheras



Begitulah sekarang... nak masuk beberapa sekolah asrama terpilih kena interview dulu... Setahun sebelum ni nampak status kawan-kawan yang ada anak masuk Form 1... bawa anak mereka interview ke sana sini untuk masuk sekolah asrama... So minda dah prepare nak hadapi perkara begini... hehe....

Pengalaman yang nak diceritakan ni ialah temankan anak interview di SMISTA Cheras sampai daftar masuk asrama... Walaupun lebih 2 bulan berlalu... tapi masih segar dalam ingatan... eceh... Lokasi sekolah ni di belakang Masjid Saidina Usman bin Affan, Bandar Tun Razak. SMISTA ni maksudnya Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Al-Quran. SMISTA ni adalah milik MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) mula beroperasi pada tahun 2011 dan sejak 2014 telah diletakkan di bawah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia)



Tahun lepas result UPSR keluar pada minggu ke-3 bulan November, masa ni permohonan kemasukan secara online di maiwp.gov.my dah dibuka untuk seminggu. Apa yang best kat sini ialah prosesnya pantas... hanya mengambil masa beberapa hari selepas permohonan ditutup pada 28/11/2017, senarai layak temuduga dapat tahu pada 1/12/2017, hari temuduga pada 3/12/2017, dapat tahu layak masuk pada 18/12/2017... dan kemudiannya dah boleh ambil surat tawaran masuk sekolah di pejabat...


Sumber : MAIWP

Syarat Permohonan Masuk

1. Keutamaan kepada anak-anak Wilayah Persekutuan dan 10% dibuka kepada anak-anak kelahiran negeri lain

2. Keputusan UPSR/UPSRA/PSRA yang cemerlang. Kelonggaran syarat untuk anak asnaf

3. Ada basic tilawah dan hafazan

4. Aktif dalam ko-kurikulum

Tambahan : Pastikan anak-anak yang berminat belajar di sini bukannya atas kehendak parents... sebab anak-anak yang akan menghafaz al-Quran

Baca : KAMIL Peringkat Zon Langat 2016

Baca : KAMIL Peringkat Daerah Hulu Langat 2016


Antara tips yang kita kena sedia masa ni ialah nak mencari orang yang akan sahkan dokumen dan sijil... Sebaik-baiknya guru besar sekolah atau guru penolong kanan... Bila tak kena masanya, mungkin diorang akan pergi bercuti dengan keluarga masing-masing... Alternatif lain ialah kena sahkan dokumen dengan Ketua Kampung atau Nazir Masjid

Selesai semua urusan pendaftaran online... Alhamdulillah pada 1/12/2017 dapat tahu yang Adam layak dipanggil untuk temuduga. Daripada 1000+ yang memohon hanya 500 orang dipanggil temuduga... dan 90 orang sahaja akan diterima masuk ke SMISTA Cheras

Interview ditetapkan pada hari Ahad 3/12/2017 iaitu sehari sebelum interview di MRSM Ulul Albab, Sg Besar. Selain sekolah SAM10 (disebut SAMTEN iaitu Sekolah Agama Menengah Batu 10 Cheras) memang mohon masuk ke 2 sekolah ni je... tak larat nak pening mohon banyak sekolah... hehe... Lagipun SBP (Sekolah Berasrama Penuh) memang tak layak mohon sebab Adam sekolah rendah jenis persendirian dan bukan bawah Kementerian

Adam diletakkan dalam sesi interview pertama iaitu pukul 8.00 pagi... dan sebahagian pelajar lain pula ialah pada sesi interview kedua iaitu pukul 11.00 pagi. Awal pagi dah bertolak dari rumah... tak jauh pun cuma 20 minit perjalanan je... hehe... Lepas parking di masjid terus hantar Adam untuk beratur tunggu giliran interview. Sambil tu beli sikit sarapan yang dijual oleh penjaja di sekolah untuk alas perut kami semua

Tips Temuduga

1. Sediakan semua sijil original yang berkaitan. Susun elok-elok dalam fail. Bawa al-Quran. Pastikan anak pakai baju dengan kemas

2. Datang awal supaya anak boleh menjalani temuduga dengan tenang

3. Ujian menulis perkataan Bahasa Melayu ke Jawi

4. Ujian hafazan. Anak akan diberikan 1 muka surat ayat al-Quran untuk dihafal dalam tempoh 30 minit. Sebaik-baiknya hafal dalam 7-8 ayat

5. Panel penemuduga akan bertanya soalah berkaitan tajwid... sekiranya pandai mengaji dengan tajwid yang betul, dan bacaan yang merdu adalah satu bonus

6. Sesi interview yang santai, minta izin duduk, tunjuk kesungguhan untuk belajar di SMISTA

7. Doa dan tawakal

Sementara tunggu Adam selesai interview kami semua iktikaf di masjid... dan begitu juga dengan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, selesai sudah Adam punya proses interview dan kami terus pulang ke rumah sebelum bersiap-siap untuk ke Tg Karang pulak

Baca : Pengalaman Bercuti Di Tg Karang, Selangor

Sejurus selepas selesai interview

Antara nama-nama besar yang datang interview masa ni ialah Juara Qari Junior 2017, adik Mohd Haikal Firdaus dan juga Naib Juara Qari Junior 2016, adik Sofea Humairah

Adik Haikal Firdaus
Adik Sofea Humairah

2 minggu berlalu dan keputusan kemasukan ke SMISTA pun telah diumumkan.. Alhamdulillah Adam  termasuk di kalangan 90 orang yang berjaya masuk ke SMISTA. Keesokan harinya kami ke sekolah untuk ambil surat tawaran masuk sekolah di pejabat. Pelajar baru dikehendaki daftar masuk ke sekolah dan asrama pada 31/12/2017.

Adam ambil surat tawaran masuk sekolah

Tak sampai 2 minggu masa yang ada... masa ni lah macam-macam persiapan dibuat khususnya mencari dan membeli keperluan dan kelengkapan masuk asrama. Dari segi mental.. Insya Allah... Adam dah ready sebab dari kecil lagi anak-anak dah dibiasakan dengan hidup berdikari dan belajar buat kerja-kerja dalam rumah sedikit demi sedikit... Kami pun pernah hantar anak-anak ke program yang bermalam walaupun diorang masih kecil

Baca : Program Summer Camp Super Muslim III

Baca : Program Kem Funzania

Baca : Program Cuti Sekolah Di Sawah Padi Dan Ladang Kelapa Sawit


31/12/2017 pun tiba... awal bagi dah bertolak ke SMISTA Cheras. Lepas parking di masjid kami ke pondok waqaf berhampiran untuk "berkelah" dan bersarapan di situ



Selepas sarapan, kami ke kantin sekolah untuk sesi pendaftaran... Selesai pendaftaran kami ke dataran sekolah untuk sesi bertemu dengan pengetua dan barisan pentadbir sekolah

Semangat menunggu giliran untuk pendaftaran... masa ni belum ramai orang
Terserempak dengan Dato Mufti Wilayah dalam lif asrama...
anak beliau juga di SMISTA Cheras... Masya Allah

Lebih kurang jam 11.00 pagi barulah kami ke asrama untuk check in. Asrama SMISTA berkongsi dengan pelajar SMA (Sekolah Menengah Agama) MAIWP iaitu di bangunan MAIWP, Bandar Sri Permaisuri Cheras. Di asrama lelaki Baitul Mujahidin, pelajar SMISTA di Tingkat 7, 8 dan 9 manakala Tingkat 6 sampai bawah ialah untuk pelajar SMA. Adam dapat bilik di Tantawi 7 Tingkat 9 atas sekali... hehe

Setiap hari pelajar SMISTA akan ke sekolah menaiki bas yang disediakan pada awal pagi dan akan pulang semula ke asrama selepas habis kelas lebih kurang jam 4.00 petang

Di depan pintu masuk asrama
View dari bilik Adam di Tingkat 9... boleh nampak ERL dan LRT

Locker yang dah dikemaskan
Cadar, sarung bantal kaler merah... selimut kaler purple... rare!

Syukurlah nak... kat asrama pun ada mesin basuh

Lepas kemas locker, susun barang, pasang cadar dan sarung bantal... kami semua makan tengahari di luar... budak baru asrama request makan KFC... ok layan jer lah... hehe

Menikmati KFC... yummeh..

Lepas makan balik rumah sekejap... dan lepas Asar kembali ke asrama untuk hantar Adam. Difahamkan program orientasi di SMISTA Cheras adalah selama 2 minggu... lepas habis orientasi baru boleh balik rumah. Di SMISTA Cheras... pelajar Form 1 dan Form 2 boleh balik ke rumah dengan kerap. Tapi bermula Form 3 mereka dah jarang balik dan kena fokus pada pelajaran dengan pelbagai aktiviti yang disediakan

Begitulah serba sedikit pengalaman anak masuk asrama Form 1... jakun sikit... bagi can lah ye.... haha... Insya Allah... masa anak-anak yang lain masuk Form 1 dah kurang jakunnya...

Oh ye... bagi yang berminat untuk daftarkan anak ke SMISTA Cheras... diharap pengalaman dan tips ini sedikit sebanyak membantu dan jangan lupa untuk like dan follow FB Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz Al-Quran MAIWP



Tuesday, April 12, 2016

Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon Langat 2016 - Tahniah SRI Al-Rahman!



Baru-baru ni anak sulong kami, Adam bagitau yang dia masuk pertandingan nasyid wakil sekolah. Oklah.... yang penting buat yang terbaik. Beberapa hari lepas tu Adam cakap dia kena masuk syarahan pulak bukan nasyid. Oklah.... takde masalah pun sebab mesti ustaz dan ustazah lebih nampak potensi sebenar Adam samada nak wakil sekolah dalam nasyid atau syarahan.

Macam biasa lah... kalau dah diberi kepercayaan, Adam memang akan berlatih bersungguh-sungguh kat rumah. Kita sebagai mak bapak ni tolong tolong tengok kan jer... Tunjuk dia contoh-contoh syarahan dalam youtube. Kat sekolah pun agaknya macam tu lah Adam sungguh-sungguh berlatih. Adam bagitau pertandingan syarahan dia akan dibuat di Sekolah Rendah Agama Taman Tun Perak, Cheras.

Baca : Program Cuti Sekolah Bijak Bicara - Bahagian 1

Baca : Program Cuti Sekolah Bijak Bicara - Bahagian 2


Lepas tu Adam cakap yang ini kali pertama sekolah dia masuk pertandingan ni.... sebelum ni memang tak pernah masuk... maksudnya ustaz dan ustazah belum berpengalaman lagi lah untuk menghadapi pertandingan ni. Ok takpe.... satu pengalaman yang menarik....

Secara peribadi memang situasi ni agak biasa bagi diri sendiri... masa kecik kecik dulu wakil sekolah dalam nasyid, syarahan atau hafazan. Setakat ni memang tak pernah menang lah. Even... dulu dalam satu pertandingan syarahan kat Muar, salah seorang hakim tu ialah jiran... pun tak menang jugak... hehe

Gambar Retro tahun 1994 - wakil sekolah pertandingan Hafazan,
tak ingat dapat no berapa tapi bukan juara lah

Hari yang dinantikan pun tiba iaitu Hari Sabtu 9 April 2016 pukul 9.00 pagi bertempat di Sekolah Rendah Agama Taman Tun Perak, Cheras. Kami sekeluarga datang beri sokongan sebab sekolah tu pun tak jauh dari rumah. Bila sampai kat tempat pertandingan tu barulah tau nama pertandingan ni ialah Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Zon Langat 2016.

Adam dah pergi lebih awal dengan ustaz dia, bertolak dari sekolah ke tempat pertandingan. Berdasarkan pelan yang diletakkan pada banner, kami pun terus ke tempat pertandingan syarahan BM iaitu di tingkat 3 Blok A.

Banner menunjukkan pelan tempat pertandingan

Pertandingan KAMIL untuk sekolah rendah agama ni dibahagikan kepada Tahap 1 dan Tahap 2. Acara yang dipertandingkan untuk Tahap 1 tak banyak manakala acara untuk Tahap 2 ada hampir 20 acara seperti Kalam Jama'ie, Azan, Solat Jenazah, Bercerita, Marhaban, Khat dan banyak lagi. Rombongan Adam dan kawan-kawannya takdelah ramai macam sekolah yang lain. Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian pun lebih dari 10 buah sekolah dalam Zon Langat.

Tingkat 3 Blok A
Suasana di tempat pertandingan
Adam memulakan kata-kata

Pada waktu tengahari semua orang berkumpul di dewan utama untuk diumumkan pemenang-pemenang pertandingan. Adam dan kawan-kawannya tidak diletakkan harapan yang besar sebab ni first time Sekolah Rendah Islam Al-Rahman, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras iaitu sekolah Adam masuk bertanding.

Kesemua peserta yang masuk bertanding terpaksa duduk di bawah khemah sebab dewan dah penuh

Nampaknya sekolah-sekolah seperti Dusun Nanding, Dusun Tua, Pekan Langat, Batu 9 Cheras dan Batu 10 Cheras mendominasi pertandingan ni dengan membolot hampir semua Top 3 untuk kategori-kategori yang dipertandingkan

Dan syukur Alhamdulillah juga sebab Muhammad Adam Hakimi berjaya menjadi johan pertandingan syarahan BM kategori lelaki. Bukan itu saje... adik Shuzila Siregar dari Sekolah Rendah Islam Al-Rahman juga berjaya mendapat tempat ke-2 untuk syarahan BM kategori perempuan. Tempat pertama dan ke-2 setiap kategori akan mewakili Zon Langat di peringkat daerah Hulu Langat pada 23 April 2016

Baru 1st time masuk bertanding dah berjaya hantar 2 pelajar untuk wakil Zon Langat... Tahniah!

Adam (kanan) bergambar kenangan dengan pemenang tempat ke-2 lelaki

Kejayaan dua orang pelajar ni telah memecah dominasi sekolah-sekolah lain yang lebih berpengalaman. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang memberikan tunjuk ajar dan memberi sokongan kepada anak-anak ini untuk terus berjaya.

Baca : KAMIL Peringkat Daerah Hulu Langat 2016






Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...