Monday, December 14, 2015

5 Pasukan Baru Euro 2016 Yang Bakal Mencuri Tumpuan



Kelmarin selesai undian kumpulan untuk menentukan kumpulan 24 pasukan yang bertanding dalam EURO 2016 yang akan diadakan di Perancis pertengahan tahun depan. 18 pasukan layak secara otomatik selaku juara dan naib juara kumpulan masing-masing manakala Turki pula layak sebagai pasukan tempat ke-3 yang terbaik.


Sebagai tuan rumah, Perancis telahpun layak secara otomatik manakala 4 lagi pasukan layak dalam perlawanan play-off. 4 pasukan tersebut ialah Ukraine, Sweden, Republik Ireland dan Hungary yang berjaya menumpaskan lawan masing-masing iaitu Slovenia, Denmark, Bosnia Herzegovina dan Norway.



Dalam 24 pasukan yang bertanding, hanya 5 pasukan yang membuat penampilan kali pertama dalam kejohanan akhir Euro ini iaitu Iceland, Ireland Utara, Wales, Albania dan Slovakia. Sejauh manakah pasukan-pasukan ini akan mara bergantung kepada taktikal dan kekuatan masing-masing.


Iceland

Iceland adalah antara pasukan yang layak awal ke Euro 2016 dan mendapat tempat ke-2 dalam kumpulan di belakang Republik Czech. Iceland cemerlang di peringkat kumpulan termasuk menewaskan Belanda 2 kali iaitu 2-0 Reykjavik dan 1-0 di Amsterdam. Iceland cuma tewas 2 kali iaitu kepada Republik Czech dan juga Turki.

Kolbein Sigbursson (kanan) ketika dalam pasukan Ajax

Iceland diketuai oleh ketua pasukan mereka Aron Gunnarsson yang bermain untuk Cardiff City. Bahagian serangan Iceland diketuai oleh bintang Swansea City, Gylfi Sigurdsson selain daripada penyerang yang sedang meningkat naik, Kolbein Sigborsson (Nantes). Pemain lain yang perlu diberi perhatian ialah bekas pemain akademi Chelsea dan Fulham, Johann Gudmundsson (Charlton Athletic).

Ireland Utara

Ireland Utara juga membuat kejutan apabila menjuarai kumpulan mengatasi Romania dan Hungary dengan hanya tewas sekali iaitu 0-2 kepada Romania. Ireland Utara ialah pasukan yang mempunyai ranking yang paling rendah di kalangan 24 pasukan.

Penjaring terbanyak Ireland Utara di peringkat kelayakan ialah Kyle Lafferty (Norwich City) yang pernah bermain di Liga Scotland, Liga Switzerland dan Liga Itali. Ireland Utara diketuai oleh pemain tengah Southampton, Steven Davis yang mengemudi bahagian tengah selain bintang West Bromwich Albion, Chris Brunt di bahagian sayap.

Kyle Lafferty (kanan) ketika beraksi dalam Liga Itali bersama Palermo

Bahagian pertahanan Ireland Utara dibarisi pemain berpengalaman seperti bekas pemain Manchester United, Johnny Evans dan juga pertahanan West Bromwich Albion, Gareth McAuley yang akan membantu serangan sekiranya diperlukan.

Wales

Wales juga layak selaku naib juara kumpulan di belakang Belgium. Wales mampu menyaingi kehebatan Belgium apabila seri 0-0 di Brussels dan menang 1-0 di Cardiff. Namun, Wales tak mampu menyaingi Bosnia Herzegovina apabila hanya seri 0-0 di Cardiff dan tewas 0-2 di Zenica, Sarajevo.

Ben Davies (putih) mengekang kemaraan Mohamed Salah (Fiorentina)

Wales diketuai ketua pasukan mereka Ashley Williams (Swansea City) yang mengemudi barisan pertahanan. Selain itu, bintang utama mereka seperti Gareth Bale (Real Madrid) dan Aaron Ramsey (Arsenal) adalah sandaran utama mereka dalam kempen kali ini. Pemain muda seperti Ben Davies (Tottenham Hotspurs) pasti akan cuba menyerlah dalam kejohanan ini.

Albania

Albania muncul naib juara kumpulan di belakang Portugal. Walaupun mengejutkan Portugal dengan kemenangan 1-0 di Aveiro, Portugal namun Albania tewas kepada Portugal 0-1 dengan jaringan pada masa kecederaan di Elbasan.

Perlawanan kontroversi di Belgrade pasti menjadi titik hitam dalam sejarah bolasepak dimana para penyokong Serbia masuk ke padang dan menyerang pemain Albania sehingga menyebabkan FIFA menghadiahkan kemenangan percuma 3-0 kepada Albania. Sekali lagi di Elbasan, pemain Albania telah membenarkan Serbia menjaringkan 2 gol pada masa kecederaan bagi membolehkan Serbia menang 2-0.

Elseid Hysaj (kanan) berentap dengan Paul Pogba (Juventus)

Tiada pemain Albania yang benar-benar menyerlah. Mereka menyerlah sebagai satu unit dan satu pasukan. Peningkatan Albania yang mendadak juga berkait rapat dengan kehadiran beramai-ramai pemain remaja Switzerland etnik Albania yang boleh mewakili pasukan kebangsaan Albania.

Albania diketuai oleh kapten mereka Lorik Cana (Nantes) yang mengemudi jentera tengah. Benteng gol pula dijaga oleh Etrit Berisha (Lazio). Pemain muda Albania yang dijangka menyerlah ialah pertahanan kanan mereka Elseid Hysaj (Napoli).

Slovakia

Slovakia layak ke Euro 2016 sebagai naib juara kumpulan di belakang Sepanyol. Di peringkat kumpulan Slovakia pernah mengejutkan Sepanyol dengan jaringan 2-1 di Zilina. Slovakia hanya tewas 2 kali iaitu kepada Sepanyol 0-2 di Oviedo dan juga dikejutkan Belarus 0-1 di stadium sendiri.

Robert Mak (kanan) ketika bersama FC Nurnberg

2 orang pemain paling berpengaruh Slovakia ialah Martin Skrtel (Liverpool) dan Marek Hamsik (Napoli) akan mengetuai cabaran Slovakia kali ini. Dipenuhi dengan pemain senior, Robert Mak (PAOK) yang pernah bersama Manchester City adalah masa hadapan pasukan Slovakia. Pemain-pemain sayap seperti Vladimir Weiss (Lekhwiya) dan Miroslav Stoch (Bursapor) dijangka akan menyengat untuk membantu serangan.


Pasukan seperti Ukraine juga boleh dikategorikan sebagai pasukan baru juga kerana pada tahun 2012 mereka layak ke Euro atas tiket sebagai tuan rumah. Manakala pasukan Hungary pula layak kali pertama ke Euro pada zaman bolasepak moden. Penampilan Hungary dalam Euro sebelum ini ialah pada tahun 1964 dan 1972 sahaja.

Euro 2016 kali ini juga menyaksikan tiadanya gergasi Eropah seperti Belanda dan Serbia yang tersingkir di peringkat kumpulan. Bekas juara seperti Greece juga tidak membuat penampilan dalam Euro 2016 setelah mendapat tempat tercorot di peringkat kumpulan.


Friday, December 11, 2015

FIFA Club World Cup 2015 - Pertembungan Kuasa Bolasepak Antara Benua



Dari 10 hingga 20 Disember 2015 akan diadakan kejohanan FIFA Club World Cup tahun 2015 di Jepun. Ini adalah edisi kejohanan yang ke-12 dan bolehlah dikatakan bahawa FIFA Club World Cup ni ialah kejohanan untuk menentukan juara antara benua.

Edisi pertama FIFA Club World Cup telah diadakan pada tahun 2000 dengan Brazil menjadi tuan rumah. Edisi ke-2 hanya diadakan pada tahun 2005 setelah beberapa masalah diselesaikan oleh FIFA dan edisi berikutnya diteruskan sehinggalah ke hari ini.

Pasukan paling berjaya dalam kejohanan ini ialah pasukan dari Eropah dengan 7 kali kejuaraan manakala pasukan dari Amerika Selatan dengan 6 kejuaraan. Juara pada edisi yang lepas ialah Real Madrid (Eropah) yang telah menewaskan San Lorenzo (Amerika Selatan) di perlawanan akhir dengan jaringan 2-0.

Real Madrid - juara FIFA Club World Cup 2014

Pencapaian terbaik pasukan dari Afrika ialah menjadi naib juara kejohanan seperti yang dilakukan oleh kelab dari Congo, TP Mazembe apabila tewas di perlawanan akhir 0-3 kepada Inter Milan pada tahun 2010. 3 tahun kemudian pula, pasukan dari Morocco iaitu Raja Casablanca tewas 0-2 kepada Bayern Munich di perlawanan akhir.

TP Mazembe juga dikenali sebagai Juventus Afrika

Pencapaian terbaik pasukan dari Asia pula hanyalah di tempat ke-3 seperti yang dilakukan oleh Urawa Red Diamonds (2007), Gamba Osaka (2008), Pohang Steelers (2009) dan Al-Sadd (2011). Pencapaian terbaik pasukan Amerika Utara dan Tengah pula ialah di tempat ke-3 seperti dilakukan oleh Necaxa (2000), Saprissa (2005) dan Monterrey (2012). Manakala pencapaian terbaik pasukan dari Oceania telah dilakukan pada edisi lepas oleh pasukan Auckland City dari New Zealand yang mendapat tempat ke-3.

Auckland City (biru) membuat kejutan setelah menewaskan Cruz Azul (Mexico) menerusi sepakan penalti
dan seterusnya mendapat tempat ke-3 pada kejohanan edisi tahun 2014

Pasukan-pasukan yang menyertai FIFA Club World Cup Tahun 2015 ini ialah Barcelona (Eropah), River Plate (Amerika Selatan), TP Mazembe (Afrika), Guangzhou Evergrande (Asia), Club America (Amerika Utara dan Tengah), Auckland City (Oceania) dan Sanfrecce Hiroshima (tuan rumah).

Juara Liga Jepun - Sanfrecce Hiroshima


Perlawanan Play-Off (10 Disember 2015)

Pasukan tuan rumah Sanfrecce Hiroshima telah mengenepikan cabaran kelab dari New Zealand, Auckland City 2-0.

Suku Akhir (13 Disember 2015)

Sanfrecce Hiroshima akan bertemu juara Afrika TP Mazembe manakala dalam satu lagi perlawanan suku akhir, juara Asia Guangzhou Evergrande dari China akan menentang juara Amerika Utara dan Tengah iaitu Club America dari Mexico.

Wakil Mexico kali ini ialah Club America

Pemenang suku akhir akan mara ke separuh akhir, manakala yang tewas akan bertemu sesama sendiri untuk penentuan tempat ke-5 dan tempat ke-6.

Separuh Akhir (16 dan 17 Disember 2015)

Juara Amerika Selatan iaitu River Plate dari Argentina akan menanti pemenang samada Sanfrecce Hiroshima atau TP Mazembe pada 16 Disember 2015

Manakala Barcelona sebagai juara Eropah dari Sepanyol menanti pemenang antara Guangzhou Evergrande atau Club America pada 17 Disember 2015

Pemenang Separuh Akhir akan mara ke perlawanan Akhir manakala pasukan yang tewas akan bertemu sesama sendiri untuk penentuan tempat ke-3 dan tempat ke-4.

Akhir (20 Disember 2015)

Secara tradisinya perlawanan akhir akan mempertemukan juara Eropah dan juara Amerika Selatan. Hanya pada tahun 2010 dan 2013 sahaja, wakil Afrika berjaya mara ke perlawanan akhir menentang wakil Eropah.

Mimpi ngeri pemain pertahanan

Ternyata pasukan pilihan untuk edisi kali ini ialah Barcelona dari Sepanyol. Wakil dari Amerika Selatan kali ini agak kurang pengalaman kerana ini adalah kali pertama River Plate tampil dalam kejohanan FIFA Club World Cup.

Adakah ini zaman kebangkitan semula River Plate?

Pasukan yang berkemungkinan besar akan membuat kejutan ialah juara Asia dari China, Guangzhou Evergrande yang dibimbing oleh bekas pengendali Brazil, Luiz Felipe Scolari. Bekas bintang Tottenham Hotspurs iaitu Paulinho akan mengetuai jentera tengah sambil dibantu oleh bintang Brazil lain seperti Robinho.

Mampukah Robinho bersinar bersama Juara Asia? Dari kiri... Paulinho, Ricardo Goulart dan Robinho

Siapakah juara antara benua yang baru??? Juara Eropah atau Juara Amerika Selatan???



Tuesday, December 8, 2015

Kaitan Sebenar Antara Vitamin Dan Mineral (Garam Galian)... Kepentingan Dan Manfaat Kepada Kita Sekeluarga


Pernah dengar perkataan Multivitamin? Apa makna Multivitamin? Jangan tersilap ye.... Multivitamin bukan hanya vitamin semata-mata ye.... Multivitamin ialah gabungan antara Vitamin dan Garam Galian (Mineral) yang penting.

Boleh rujuk link di bawah ye... untuk kenal dengan lebih dekat lagi perbezaan antara Vitamin dan Garam Mineral

So, macam mana kita nak pilih multivitamin yang terbaik untuk diri kita dan keluarga? Ada tak kriteria khusus yang perlu kita tahu? Adakah setiap Vitamin dan Garam Mineral ini perlu ikut sukatan yang tertentu?

Perbezaan Vita-Lea berbanding Multivitamin lain di Pasaran

  • Dicipta oleh Dr Forrest C Shaklee pada tahun 1915 dengan nama "Vitalize-Mineral" kemudian disingkatkan menjadi "Vitamin"
  • Vita-Lea adalah Multivitamin pertama di dunia
  • Setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap (ekstrak sayur dan buah), 12 vitamin dan 7 mineral yang penting seperti disarankan oleh RDA
  • 90 tahun dahulu Vita-Lea dalam bentuk cecair tetapi kini dalam bentuk tablet
  • Tablet Vita-Lea disalut dengan spirulina (sejenis nutrisi) menggunakan kaedah teknologi eksplosif kompleks dikenali sebagai "Explo-tab"
  • Tablet Vita-Lea yang terpantas di dunia dari segi penyerapan dalam tubuh
  • Mineral dalam Vita-Lea mudah berintegrasi dengan protein untuk diserap dalam usus kecil dengan pantas
  • Ujian klinikal membuktikan bahawa pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%

1915 : Multivitamin pertama di dunia


Manfaat Vita-Lea Kepada Kita Sekeluarga

  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai Vitamin dan Mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen penting pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan thyroid
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati
Vita-Lea juga membantu menormalkan bacaan HB dalam darah ketiga mengandung... Alhamdulillah....


Anemia Ibu Hamil ni Dah Warded Pun Degil - Nasib Kakak Garang from iReach HD on Vimeo.




Multivitamin Enak Untuk Si Cilik Anda!

Vita-Lea diperkayakan dengan Formula Zat Besi manakala Vita-Lea kanak-kanak pula sangat enak dengan Perisa Anggur

Formula yang diperbaharui dan dipertingkatkan

Pilihan terbaik di tangan anda


Kelebihan Vita-Lea Kepada Kita Sekeluarga




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my



Monday, December 7, 2015

Tips-Tips Mengekalkan Kulit Cantik Dan Sihat



Kulit adalah sebahagian daripada anggota tubuh badan kita yang paling besar. Kulit cantik dan sihat perlu dikekalkan untuk memberikan keyakinan pada diri kita dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan. Tanpa kulit cantik dan sihat, keyakinan diri akan jatuh akibat bimbang dengan pandangan daripada orang sekeliling terhadap diri kita.

Rahsia Kulit Kembali Sihat, Tidak Berjerawat dan Tidak Berparut. Saksikan Pengalaman Gadis ini Yang Mengalami Masalah Jerawat Selama 7 Tahun!



Ada beberapa Tips Untuk Mengekalkan Kulit Cantik Dan Sihat :-


1. Kekal Terhidrat

60% daripada tubuh badan kita terbina daripada air. Dengan meminum air yang lebih kerap akan menstabilkan komposisi air dalam tubuh kita. Air diperlukan untuk melancarkan peredaran darah dalam badan, justeru akan memastikan nutrien-nutrien secukupnya mengalir ke organ tubuh badan kita khususnya Kulit.


* Source : treadmillsreview.net


2. Bersenam Dengan Lebih Kerap

Rajin-rajinlah bersenam untuk memastikan oksigen yang cukup mengalir dalam Kulit kita. Jika tiada masa untuk bersenam sekalipun seperti sesetengah orang, sibukkanlah diri kita dengan kerja-kerja fizikal seperti mengemas rumah dan mencuci pinggan mangkuk.


* Source : doodlelounge.com


3. Berhenti Merokok

Merokok adalah membahayakan kesihatan kita dalam banyak peringkat. Merokok boleh mengurangkan kelancaran peredaran darah dan oksigen dalam tubuh kita. Merokok akan menghapuskan Vitamin C dalam tubuh secara drastik. Sebab itulah kulit perokok nampak kusam dan kering.


* Source : justkickitnow.com


4. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Pastikan makanan harian yang diambil kita mempunyai nutrien yang seimbang khususnya untuk mengekalkan Kulit Cantik Dan Sihat. Vitamin-vitamin seperti B, C, E, A dan K akan menyebabkan kulit kita segar dan "glow".


* Source : inquisitr.com


5. Dapatkan Tidur Yang Cukup

Sistem Peredaran Darah kita akan lancar apabila kita tidak penat dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Sebab itu amat penting untuk mendapatkan tidur yang cukup. Kulit orang yang tidak cukup tidur akan nampak kusam dan tidak bermaya kerana peredaran darah yang tidak lancar. Jika ini berterusan tanpa kawalan, hilanglah keanjalan dan seri kulit kita!


* Source : top10great.com


6. Elakkan Sebarang Tekanan

Tekanan perlu dielakkan semaksima mungkin. Tekanan adalah tidak bagus untuk Kulit kita di setiap peringkat. Apabila tekanan melanda diri kita, kulit akan menghasilkan minyak yang berlebihan, jerawat mula timbul, simptom kemerahan, kulit semakin sensitif dan kedutan serta selulit mula kelihatan.


* Source : salon.com



75% daripada tubuh badan kita adalah terbina daripada Kolagen. Kulit, tulang, sendi, otot, rambut, kuku, tulang rawan dan salur darah semuanya terbina daripada Kolagen. Kolagen adalah sejenis protein semulajadi yang mampu untuk membina semula tisu-tisu dan organ tubuh yang telah rosak akibat banyak faktor. Kolagen akan berkurangan dalam tubuh badan sebanyak 1% setahun bermula umur 18 tahun.

Shaklee Collagen Powder dirumus khas untuk membantu masalah ini dengan membekalkan Kolagen daripada sisik ikan merah (ikan laut dalam) yang mudah menyerap dalam tubuh (sekitar 1,000 dalton). 


* Shaklee Collagen Powder yang mudah menyerap dalam Kulit * 

<< Ibu Muda Anak 4 Ini Mempunyai Kulit Yang Sangat Cantik Sehinggakan Tak Perlu Bermekap Tebal Untuk Keluar Rumah >>

<< Adik Ini Mempunyai Wajah Yang Sangat Flawless & Glowing. Kami Sendiri Pun Kagum Dengan Kecantikan Kulit Wajahnya. Cantik Sangat! >>

<< Parut di Wajah Hilang Selepas 25 Hari Mengamalkan Suplemen Kecantikan Ini >>

<< Set Suplemen Yang Membantu Ramai Gadis, Wanita & Lelaki Yang Mengalami Masalah Kulit Wajah. Terbukti Sangat Berkesan, Selamat dan Halal >>


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my



Friday, December 4, 2015

Pengalaman Bercuti Di Itali - Winter In Rome, Part 2



26.11.2015 (Day 7)

BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!


Basically, hari ni ialah hari terakhir aktiviti kat Itali sebab esok ialah flight balik Malaysia. Suhu hari ini pulak paling rendah 6 C dan paling tinggi 9 C.

Aktiviti hari ni telah dibahagikan dimana yang bukan Islam akan pergi ke Vatican City dan yang beragama Islam akan pergi ke Villa D' Este yang terletak di Tivoli, Rom. Tapi ada jugak beberapa orang yang bukan Islam nak ikut kami ke Tivoli Villa.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali

Villa D'Este pada tahun 1830
Villa D'Este pada tahun 2015

Tivoli Villa ni ialah sebuah villa dan taman yang besar dan berada di atas bukit. Masa ni memang sejuk... dah le atas bukit, lepas tu hujan renyai pun mula turun. Tempat sini memang sangat cantik dan berbaloi untuk ambil gambar.

Baru sampai di Tivoli
Villa D'Este juga telah tersenarai sebagai sebahagian daripada tapak warisan dunia di bawah UNESCO. Keistimewaan Villa D'Este ialah senibinanya yang unik. Sumber air di sini juga telah diperolehi secara semulajadi dari atas bukit yang mengalirkan anak-anak sungai kecil ke dalam taman. Di dalam taman ini juga terdapat bermacam-macam jenis air pancut.

Antara anak sungai yang mengalir di sini
Antara air pancut yang cantik dan unik

Sebahagian masa lawatan di sini juga ditemani dengan hujan renyai yang sejuk dan dingin sehingga terasa ke dalam sumsum tulang. Masa ni kenalah gunakan payung sponsor ataupun pakai poncho iaitu baju hujan



Sementara menunggu bas untuk kembali ke bandar Rom, kami semua diberikan kebebasan untuk membeli belah di sekitar kawasan Tivoli.


BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!

Tak sampai 1 jam perjalanan dengan bas, kami dah sampai di bandar Rom dan kami pergi ke restoran pizza yang "mesra tomato" namanya Il Pomodorino untuk makan tengahari. Sedar tak sedar, ini adalah makan tengahari terakhir kami di Itali.

Mesra tomato
Spaghetti seafood.....
Kentang dan kalamari

Setelah makan tengahari, kami ambil kesempatan yang ada untuk membeli belah di saat-saat akhir di sekitar bandar Rom. Tempat tumpuan tak lain tak bukan ialah Hard Rock Cafe dan kedai-kedai souvenir....

Bergambar kenangan di luar HRC Rome

Kami pulang awal ke hotel untuk persiapan Gala Dinner dan sebelum maghrib kami dah tiba di hotel. Oh ye.... sini kan musim sejuk, hari siangnya pendek... jadi lebih kurang pukul 4.45 petang tu matahari dah terbenam ataupun dah masuk maghrib.

Lepas bersiap untuk ke Gala Dinner kami naik bas di lobi hotel lebih kurang pukul 7.00 malam. Tempat dinner kali ni dibuat di sebuah tempat persidangan ataupun konferens yang dikenali sebagai Salone delle Fontane, Rom.

Pemandangan di luar Salone delle Fontane
Dapat hadiah saguhati... syukur....
Bergambar kenangan bersama Mr Hermant Singh (Acting President Shaklee Malaysia)

Selesai Gala Dinner kami semua pulang ke hotel dan bersiap-siap packing untuk pulang ke Malaysia. Memang rasa gembira bila dapat join trip macam ni.... tapi lagi gembira bila nak balik rumah sendiri... I'm coming home.... coming home....


BUONA NOTTE ROMA! SELAMAT MALAM ROM!


27.11.2015 (Day 8)

BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!

Hari terkahir di bumi Itali.... hari terakhir di bandar Rom yang penuh bersejarah. Kejap lagi nak pergi Rome Airport untuk balik Malaysia. Flight kami yang naik Singapore Airlines pukul 11.15 pagi local time. Suhu masa ni paling sejuk 5 C dan yang paling tinggi ialah 13 C.

Lepas solat suboh kat hotel, kami terus bawak turun luggage kat lobi hotel dan terus bersarapan. Biasa pukul 7.00 pagi baru boleh sarapan, tapi harini special sikit... pukul 5.00 pagi dah boleh sarapan sebab dah nak pergi airport. Mereka yang naik Cathay Pacific dan Emirates Airlines dah breakfast dan bertolak ke airport lebih awal dari kami.

Rome Airport ni kat kawasan Fiumicino dan tak jauh pun dari hotel... lebih kurang 20 minit dah sampai kalau naik bas. Rome Airport juga dikenali dengan nama Leonardo Da Vinci Airport. Sampai jer di Rome Airport, kami terus check in dan setelkan urusan kastam Itali untuk dapatkan tax refund atas barang-barang yang dah dibeli.

Check in time....
Suasana di Rome Airport

Tax kat Itali ni ialah 20% untuk barang-barang mewah dan juga barang-barang kesukaan pelancong. Tapi untuk dapat refund tu bergantung pada jenis barang yang dibeli... lebih kurang 10-12% jer yang boleh dapat refund... jadilah..... Syaratnya kena beli barang minimum 155 euro dalam satu resit... baru boleh dapat borang untuk tax refund.

SELAMAT TINGGAL ITALI! CIAO!


Kami dijangka tiba di Singapura pada pukul 6.15 waktu Singapura iaitu kira-kira 12 jam penerbangan dari Rom. Seperti biasa kami yang Muslim akan diberikan Muslim Meal dalam kapal terbang sebanyak 2 kali iaitu 2 jam selepas berlepas dari Rom, dan satu menu lagi 2 jam sebelum mendarat di Singapura.

Menu pertama - Lauk kambing.... sedap tapi masin...

Menu kedua - Roti kebab dan kari ayam

Baca : Makanan Halal Dalam Kapal Terbang


28.11.2015 (Day 9)

SELAMAT PAGI SINGAPURA!

Alhamdulillah.... selamat sampai di Asia Tenggara setelah 11 jam 30 minit penerbangan dari Rom, iaitu setengah jam lebih awal. Kami mendarat di Changi Airport pada pukul 5.45 pagi. Kami terus pergi menunaikan solat Subuh di surau yang disediakan di Terminal 2 Changi Airport.

Penerbangan kami balik ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 8.30 pagi. Masa ni dah tak sabar-sabar nak balik rumah.... walaupun tak jauh mana pun nak sampai. Kali ni kami naik penerbangan Silk Air iaitu salah satu anak syarikat Singapore Airlines.

Dalam kabin Silk Air... kecil tapi not bad.....

SELAMAT PAGI MALAYSIA!

Alhamdulillah... dah sampai KLIA lebih kurang pukul 9.30 pagi. Rasa macam sekelip mata jer dalam Silk Air tadi.... Dah setel urusan imigresen dan luggage... ada satu jer tempat tujuan kami sebelum sampai rumah.... iaitu cari makanan Malaysia. Jadi, kami pun breakfast kat KLIA dengan penuh rasa kesyukuran.....

Selesai makan makanan Malaysia

Selesai makan, kami bergerak ke ERL untuk pulang ke lapangan masing-masing dan menjalani rutin harian serta tanggungjawab masing-masing.

Sedih ke gembira ni?


Memang banyak perbezaan antara Itali dan negara kita. Itali adalah salah sebuah negara Eropah Bersatu (EU) yang tidak semaju negara-negara EU yang lain. Ekonomi Itali juga tidak sekuat mana pun.... terima kasih kepada bahan peninggalan sejarah di bumi Itali yang menyebabkan Itali menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia dan seterusnya menjana ekonomi Itali.

Orang Itali sangat bangga dengan budaya mereka. Hidangan makanan mereka memang sangat rumit bermula dengan pembuka selera, hidangan pertama, hidangan kedua dan akhir sekali pencuci mulut. Kalau kita datang dengan rombongan yang besar pun diorang takkan masak dahulu sehinggalah rombongan sampai ke restoran.

Bayam dan kentang juga sangat banyak di Itali sehinggakan hampir semua menu mereka mempunyai bayam dan kentang. Keju pun adalah antara menu wajib dalam makanan Itali. Tapi kalau hari-hari makan makanan Itali, tekak orang Malaysia macam kita ni agak susah untuk terima.

Pizza adalah simbol utama makanan Itali. Tapi, pada hakikatnya pizza Itali sangat simple dan nipis. Kat Itali memang takde Pizza Hut dan Domino. Orang Itali juga suka minum kopi. Sehari diorang boleh tahan minum kopi sampai 4-5 kali. Kopi espresso yang pahit itu pun orang Itali mampu minum banyak kali. Jangan haraplah.... brand kopi lain macam Starbucks nak masuk dalam Itali.

Kereta-kereta kat Itali pun semua comel-comel belaka... seperti kereta Smart Picanto. Lebih kecil kereta... lebih mudah untuk diorang parking. Bandar-bandar di Itali khususnya bandar-bandar lama memang sempit laluannya.

Parking Italian style... ada berani???

Oh ye.... memang betul kat Itali ni banyak penyeluk saku, bukan itu saje... luggage kita pun boleh hilang kalau kita leka dan tak berhati-hati. Diorang bergerak secara terancang... orang pertama curi... pas kat orang ke-2... pas kat orang ke-3 dan seterusnya. Sebab tu, kalau barang dah hilang, jangan haraplah kita akan jumpa semula.

Nak melancong kat tempat bersejarah di Itali ni kena kuat fizikal... sebab banyak jalan kaki. Permukaan jalan pun tak rata sebab diorang kekalkan batu batu jalan zaman dahulu. Tempat seperti bandar Rom lebih mencabar sebab bentuk permukaan yang tidak rata dan beralun.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali



Setiap bangsa dan negara akan cuba mengekalkan identiti mereka masing-masing. Kerana hanya itu saja caranya yang akan membuatkan mereka bangga dan mampu bercerita dengan orang lain. Insya Allah... tahun hadapan ada rezeki akan ke Orlando, USA pula....

Tahun 2016 adalah ulangtahun ke-60 Shaklee sebagai sebuah syarikat

SEE YOU IN ORLANDO, USA 2016!

BACA : ORLANDO TRIP 2-12 OGOS 2016



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :







Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Thursday, December 3, 2015

Pengalaman Bercuti Di Itali - Winter In Rome, Part 1



24.11.2015 (Day 5)

BUONGIORNO FIRENZE! SELAMAT PAGI FLORENCE!

Semakin hari semakin sejuk dan dingin cuaca di sini. Suhu dah mencecah 0 C pada awal pagi dan paling tinggi pun suhu mencecah 12 C.

Seperti biasa kami meletakkan beg di kawasan lobi dan pergi sarapan. Sementara kami sedang bersarapan, beg-beg besar kami akan dipunggah masuk ke dalam trak dan menempuh perjalanan selama 3 jam 40 minit menuju ke Rom dari Florence.

Selesai sarapan kami menaiki bas menuju ke stesen keretapi Florence iaitu Firenze S.M.N. Alhamdulillah... rezeki kami semua sebab sekali lagi kami akan naik bullet train dari Florence ke Rom yang hanya mengambil masa 1 jam dan 30 minit. Tambah selesa lagi, kami semua akan duduk di coach business class.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali

Kenangan di Firenze S.M.N.... siap sedia nak pergi Rom!
Hampir top speed
Untuk ticket bullet train sahaja, Shaklee telah memperuntukkan hampir RM1,000.00 seorang untuk tiket (Milan - Florence dan Florence - Rom) sahaja. Jadi untuk 250 orang peserta lebih kurang suku juta telah diperuntukkan untuk kami semua. Alhamdulillah.... rasa berbaloi bila berusaha keras buat bisnes Shaklee ni....

Refreshment yang diberikan dalam coach business class
CIAO!


SELAMAT DATANG ROM!

Setelah tiba di Rom iaitu di stesen Roma Termini... keadaan cuaca agak kurang dingin. Suhu serendah 6 C dan paling tinggi pun hanya 13 C. Keadaan di bandar Rom pun nampak lebih crowded berbanding Milan dan Florence. Hiruk pikuk kawasan bandar dah mula kedengaran di bandar Rom ini.

Stesen Roma Termini pada tahun 1890

Selamat tiba di Rom, ibukota Itali

Sekali lagi, kami semua bersyukur kerana setibanya kami di Rom kami telah dibawa ke Masjid terbesar di Eropah dan juga Masjid terbesar di dunia di luar Kota Islam iaitu Masjid Rom. Ini kerana, lawatan ke masjid ini tiada dalam jadual asal tetapi atas permintaan beberapa orang Muslim Business Leader, akhirnya tercapai juga hasrat kami semua.

Papan tanda masjid yang semakin usang
Bergambar kenangan di Masjid Rom
Agama Islam bukanlah agama yang diiktiraf di negara Itali. Mudah-mudahan bumi Itali ini akan dilimpahi hidayah dan rahmat dengan bertambahnya orang yang sujud kepada-Nya di bumi Itali ini.... Selesai solat jamak di Masjid Rom, kami menuju ke sebuah restoran Lubnan iaitu Mandaloun untuk makan tengahari di sana.

Nasi Arab + Kambing
Ayam Goreng Rosemary + Buah Zaitun + Minyak Zaitun + Salad


BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!

Selesai makan tengahari kami teruskan aktiviti dengan 'city tour' di bandar Rom yang lebih mencabar dan berbukit bukau. Tempat lawatan pertama kami ialah Spanish Steps iaitu sebuah tangga bersejarah dan mempunyai kaitan dengan diplomat Sepanyol satu ketika dahulu.

Piazza di Spagna satu ketika dahulu dimana terbinanya Spanish Steps
Spanish Steps pada abad ke-21

Kemudian kami berjalan kaki ke tempat lawatan kedua iaitu sebuah air pancut bersejarah, Trevi Fountain. Air pancut ni adalah antara yang terkenal di dunia kerana gaya dan seninya yang tersendiri.

Trevi Fountain pada abad ke-15
Trevi Fountain pada abad ke-21
Kami diberikan masa yang lebih di kawasan Trevi Fountain ini untuk membeli belah di kawasan berhampiran.

Berkumpul semula selepas shopping
Selesai membeli belah di sekitar kawasan Trevi Fountain, kami meneruskan perjalanan ke sebuah kuil lama zaman Rom purba iaitu The Pantheon yang merupakan tempat lawatan ketiga. Berdasarkan sejarah, pahlawan empayar Rom zaman dahulu akan ke kuil ini untuk mendapatkan semangat sebelum berperang.

Pantheon pada tahun 1836
Pantheon pada tahun 2015
City Tour diakhiri dengan lawatan keempat di lapangan politik kota Rom yang dikenali sebagai Piazza Navona. Piazza Navona ni ialah contoh seni bina Roman klasik iaitu satu monumen yang melambangkan air pancut yang menghubungkan empat (4) sungai utama dunia dari empat (4) benua iaitu Sungai Nil di Afrika, Sungai Danube di Eropah, Sungai Ganges di Asia dan Sungai "River Plate" di Amerika.

Piazza Navona pada tahun 1730
Piazza Navona pada tahun 2015

Perjalanan diteruskan ke tempat makan malam iaitu kedai pizza klasik bernama Ristorante Paparex. Dalam perjalanan ke situ, kami sempat melalui dan melihat negara terkecil di dunia iaitu Vatican City. Semasa menikmati hidangan makan malam, telinga kami pun disajikan dengan nyanyian ala-ala opera zaman Rom purba. Penyanyi pun pakai pakaian zaman dahulu.... sangat classic!

Pizza ni makan sorang satu
Sabar menunggu hidangan seterusnya

Selesai makan malam, kami check in hotel untuk berehat. Di Rom, kami menginap di Hotel Mariott Park. Alhamdulillah.... luggage kami dari Florence yang dibawa trak pun telah selamat sampai ke bilik masing-masing


BUONA NOTTE ROMA! SELAMAT MALAM ROM!


25.11.2015 (Day 6)

BUONGIORNO ROMA! SELAMAT PAGI ROM!

Cuaca di Rom semakin sejuk. Suhu adalah sekitar 3 C hingga 12 C. Walaupun dijangka hujan renyai, namun Alhamdulillah.... cuaca hari ni baik untuk diteruskan perjalanan. Di Hotel Marriott Park ini, tempat breakfastnya agak tinggi iaitu di Tingkat 6 hotel.

Tempat breakfast halal yang telah diasingkan

Menikmati pemandangan matahari terbit semasa sarapan

Hari ni memang tak sabar nak pergi ke destinasi seterusnya iaitu Colosseum. Colosseum memang landmark terbaik Itali khususnya kota Rom. Sejak kecik lagi tengok TV cerita gladiator dan colosseum.

Colosseum pada tahun 1757
Colosseum ialah sebuah gelanggang besar dan tempat hiburan orang Rom zaman kuno. Mereka saling berbunuhan untuk menunjukkan kekuatan dan kekuasaan. Bukan sahaja berlawan sesama manusia, tapi ada juga berlawan dengan binatang yang buas dan ganas.

Semakin menghampiri Colosseum
Bahagian luar Colosseum
Setibanya di Colosseum kami bergambar di luar bangunan dan kawasan sekitarnya. Kemudian kami semua juga berpeluang masuk dan bergambar dalam Colosseum itu sendiri.

bahagian dalam Colosseum
Matahari terik tapi masih sejuk
Group photo setelah selesai lawatan

BUONA SERA ROMA! SELAMAT PETANG ROM!

Selesai lawatan ke Colosseum kami semua menuju ke tempat shopping di Rome iaitu Castello Romano Outlet ataupun dikenali sebagai McArthur Designer outlets. Berbeza dengan outlet di Florence, kat Rom ni takde brand Prada dan Gucci. Tapi brand yang lain memang pelbagai serta banyak pilihan.

Bergambar kenangan di Castello Romano Outlet
Castello Romano Outlet pada waktu malam

Lunch kali ni memang sendiri sendiri dan tak disediakan. Sebab tu dah awal-awal dapat pocket money masa kat KLIA. Kitorang pun solat jamak kat kawasan outlet, cari kawasan yang bersih dan tak menghalang laluan orang ramai.

Cari punya cari dapat juga makanan di sebuah kedai yang sediakan makanan seafood. Jadi, kami order nasi goreng seafood.

Kedai makan w.o.k.
Nasi goreng seafood Italian style

Apabila hari menjelang gelap, barulah kami naik semula ke bas dan menuju ke tempat makan malam. Kami makan malam di sebuah Villa yang telah dijadikan restoran yang dinamakan Villa Rinaldo.

Pintu masuk restoran di Villa Rinaldo
Tiram Mr Bean
Rissotto.... Risso bermaksud rice....
Grilled Lobster

Selesai makan malam, kami kembali ke hotel untuk merehatkan diri dan bersiap sedia untuk aktiviti hari esok pula.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Itali


BUONA NOTTE ROMA! SELAMAT MALAM ROM!



* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :



Winter In Milan, Italy

Winter In Florence, Italy


Winter In Rome, Italy - Part 2



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...