Monday, July 13, 2015

Jangan Pandang Sebelah Mata Orang Yang Kerja Buat Sales (Sebagai Jurujual)



Satu ketika dahulu memang tak faham kenapa orang kerja buat "sales". Kerja buat sales ni atau perkataan lain ialah "jurujual" macam-macam jenis ada... kerja dengan bank, kerja dengan insurans dan macam-macam lagi. Lepas tu lagi tak faham kenapa dah belajar sampai degree pun tapi masih nak kerja buat sales.


Antaranya ialah rakan sekolah yang graduate universiti tapi buat sales credit card, ada seorang jurujual berbangsa Cina yang buat sales jual mesin fotostat sahaja, ada seorang kenalan yang menjual produk kesihatan yang sama dari tahun 90-an sehingga kini dan tidak kurang pula rakan-rakan seperjuangan yang terlibat dalam industri insurans dan takaful.

Mungkin sebab tak faham ialah awal-awal lagi mentaliti dah set... kalau belajar law kena jadi lawyer, belajar medic kena jadi doktor, belajar engin kena jadi engineer dan sebagainya. Mungkin juga masa tu hanya fikirkan nak kerja yang so call 'selamat' dan bergaji tetap. Dan juga masa tu fikir... takpe setiap tahun gaji akan naik punya...


Kelebihan Kerja Buat Sales (Sebagai Jurujual)

Tanpa disedari banyak rupanya kelebihan dan faedah yang diperolehi kalau kita buat kerja sales ni. Selain daripada menjual produk, orang yang buat sales ni akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Berhadapan dengan macam-macam manusia ni boleh menjadikan kita lebih matang dan lebih berpengalaman daripada orang lain.

1. Berdikari

Mereka yang buat sales ni akan diajar untuk hidup berdikari. Sudah pasti pada peringkat permulaan, mentor mereka akan memberikan tunjuk ajar samada dari segi teori dan praktikal. Selebihnya mereka sendiri yang buat sales ni dengan sendirinya.

Lagi kerap mereka jumpa orang untuk jual produk, semakin kerap level berdikari mereka meningkat dari semasa ke semasa. Berjumpa dengan ramai orang bukanlah perkara biasa pada peringkat permulaan, tetapi lama-kelamaan akan jadi perkara biasa dan bukan lagi memalukan.

2. Belajar Berhadapan Dengan Masalah

Mereka yang buat sales ni akan berhadapan dengan prospek atau bakal pelanggan dengan bersemuka. Setiap permasalahan atau keraguan yang timbul tentang sesuatu perkara akan terus ditangani dengan segera tanpa meninggalkan sebarang perspektif negatif. Percayalah, berhadapan dengan "rejection" daripada customer adalah pengalaman yang sangat berharga!

Pada mulanya, memanglah ada sesetengah perkara kita tak mampu menghadapinya dek kekurangan pengalaman. Namun, jangan bimbang kerana pengalaman akan mendewasakan kita.

3. Kerjaya Yang Cemerlang

Mereka yang buat sales secara konsisten dan berterusan akan berhadapan dengan masa hadapan kerjaya yang cemerlang dan gemilang. Dalam mana-mana organisasi pun memang akan ada kenaikan pangkat sekiranya target telah dicapai.

Kenaikan pangkat adalah perkara yang sangat penting dalam mana-mana kerjaya. Ini akan menunjukkan tanda aras hasil usaha kita selama ini. Secara tidak langsung, semangat dan motivasi dalam diri juga semakin tinggi.

4. Rezeki Yang Melimpah

Memang lah gaji pokok orang yang buat sales ni pada mulanya ciput. Tapi, mereka boleh tersenyum lebar apabila beberapa jenis bonus yang ditawarkan oleh sesuatu organisasi itu telah dicapai. Biarlah mereka sendiri tahu betapa tebalnya poket sendiri masa itu.

5. Mengembara

Bagi mereka yang minat mengembara sudah pastinya ada kerja-kerja outstation di luar kawasan yang bakal dihadapi. Ada antara mereka yang sudah berumur masih mengembara ke sana sini atas urusan kerja... apalagi mereka yang masih muda dan bertenaga, sudah tentu mengembara adalah peluang yang pasti tidak akan dilepaskan.

Selain itu, mengembara juga penting untuk mengembangkan lagi potensi perniagaan masing-masing. Mengembara juga perlu untuk menghadiri acara-acara yang mungkin akan diadakan oleh sesuatu organisasi termasuklah group binding, majlis pengiktirafan dan sebagainya.

Tips Menjadi Jurujual (Sales) Yang Berjaya

Kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang sales, jangan lupa untuk mengamalkan tips-tips berikut untuk menjadi Jurujual yang berjaya :-

1. Sentiasa Bersikap Positif dan Tidak Membosankan

2. Belajar dan Kenali Produk Yang Hendak Dijual

3. Bersungguh-sungguh Tanpa Unsur Paksaan

4. Menjaga Penampilan

5. Memberikan Ruang Dan Masa Kepada Prospek Untuk Buat Pertimbangan

6. Menawarkan Insentif Atau Hadiah Kepada Prospek


Andai kata boleh diputarkan masa, sudah pasti akan buat sales seawal mungkin. Buat sales bukannya kerja yang calang-calang boleh dilakukan. Ianya perlukan kesungguhan dan keberanian. Hasilnya sudah pasti sangat berbaloi bukan saja dari segi wang ringgit malah nilai dan harga diri kita sendiri semakin bertambah.

Baca : Kerja Kosong Sebagai Jurujual Online Shaklee



Apa yang penting, sebelum menjadi Jurujual atau Salesman, pastikan anda telah memilih untuk berada dalam organisasi yang besar dan stabil. Selain itu, pastikan juga anda menjual produk atau perkhidmatan berkualiti yang sememangnya sangat diperlukan oleh masyarakat.






Friday, July 10, 2015

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015



Alhamdulillah.... pejam celik pejam celik, minggu depan kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sedikit demi sedikit Ramadhan yang mulia sedang meninggalkan kita dan kita bakal dipertemukan dengan bulan Syawal iaitu bulan menyambut hari kemenangan. Semoga kita semua akan dipertemukan dengan bulan Ramadhan sekali lagi... Insya Allah.



Dalam persediaan kita membuat persiapan menjelang Hari Lebaran, kita telah diajar untuk tidak melupakan mereka yang tidak bernasib baik. Proses penyujian jiwa ini harus diterjemahkan dalam bentuk praktikal yang telah disyariatkan iaitu dengan cara membayar Zakat Fitrah.

Berikut merupakan senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 untuk semua negeri dalam Malaysia :


Justeru, sebagai ketua keluarga, janganlah kita mengabaikan tanggungjawab dan kewajiban kita ini. Sebaik-baiknya (afdhal) ialah sebelum solat sunat Hari Raya. Sunat hukumnya membayar Zakat Fitrah di sepanjang bulan Ramadhan dan wajib hukumnya apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Semoga bermanfaat!



Tuesday, July 7, 2015

Al-Fatihah : Kemalangan Jalan Raya Melibatkan Rozaimi Abdul Rahman



Belasungkawa....

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Awangku Mohd Farris Mahamud (21 tahun), bekas pemain skuad Piala Presiden Sabah yang telah meninggal dunia baru-baru ini, yang tidak sedarkan diri setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama-sama dengan penyerang muda kebangsaan, Rozaimi Abdul Rahman (23 tahun).

Allahyarham Awangku Mohd Farris Mahamud

Allahyarham telah bertarung nyawa selama lebih kurang 7 jam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir lebih kurang pukul 8.30 malam, 6 Julai 2015. Allahyarham dikatakan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Tuaran Lama, Kota Kinabalu, Sabah pada waktu tengahari, 6 Julai 2015 itu telah menjadi viral kerana ia melibatkan penyerang muda kebangsaan yang juga beraksi bersama Sabah, Rozaimi Abdul Rahman. Allahyarham dan Rozaimi Abdul Rahman juga mempunyai ikatan persaudaraan.

Rozaimi Abdul Rahman

Keadaan Rozaimi Abdul Rahman dilaporkan parah tetapi masih stabil dan telah dipindahkan ke KPJ Sabah dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Dalam kemalangan tengahari semalam, kereta yang dipandu Allahyarham dikatakan gagal untuk dikawal sebelum terbabas ke bahagian kiri jalan raya, melanggar pokok dan tiang, berpusing beberapa kali sebelum merempuh tembok sebuah rumah di tepi jalan raya.




Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan diharapkan agar Rozaimi Abdul Rahman cepat sembuh daripada kecederaan yang dialaminya.

Al-fatihah.....








Thursday, July 2, 2015

Vítejte Arzenálu Petr Cech!



Selamat datang ke Arsenal Petr Cech! Dan tahniah... kerana memilih untuk bersama Arsenal di usia 33 tahun walaupun dia boleh saja terus bersama Chelsea dan menjadi lagenda bolasepak di Chelsea. Dengan yuran perpindahan dikatakan hampir mencecah 10 juta pound, sudah pasti Petr Cech tidak akan memanaskan bangku simpanan Arsenal.

Selamat datang ke Arsenal!

Apa akan terjadi pada nasib penjaga gol Arsenal yang lain yang juga mampu menjadi penjaga gol No.1 Arsenal seperti David Ospina dan Wojciech Szczesny? Sudah pasti salah seorang daripada mereka akan meninggalkan Arsenal. Khabar angin kencang mengatakan bahawa David Ospina bakal meninggalkan Arsenal setelah dikaitkan dengan kelab Fenerbache (Turki) dan Marseille (Perancis).

Apa salah David Ospina? Dia dah banyak membantu Arsenal di penghujung musim lepas selepas prestasi tak menentu dan juga masalah disiplin Wojciech Szczesny. Walau sehebat mana pun David Ospina bermain untuk Arsenal... dia dikatakan masih tidak mampu memakai jersi No.1 Arsenal kerana masalah ketinggian. Sedangkan Petr Cech dan Wojciech Szczesny berkongsi ketinggian yang sama iaitu 1.96m.



Costel Pantilimon (Sunderland/Romania) - 2.03m
Fraser Forster (Southampton/England) - 2.01m
Thibaut Courtouis (Chelsea/Belgium) - 1.99m
Asmir Begovic (Stoke City/Bosnia) - 1.98m
* sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea sebagai penjaga gol ke-2
Maarten Stekelenburg (Southampton/Belanda) - 1.97m
Joe Hart (Manchester City/England) - 1.96m
Petr Cech (Arsenal/Republik Czech) - 1.96m
Wojciech Szczesny (Arsenal/Poland) - 1.96m

Hanya dengan ketinggian 1.83m, David Ospina dikatakan tidak mampu untuk bersaing dalam Liga Inggeris yang "lebih fizikal" berbanding liga-liga yang lain. Juara Eropah seperti Barcelona tidak kisah pun jika penjaga gol mereka tidak berapa tinggi. Lihatlah penjaga gol muda Jerman Marc-Andre ter Stegen (1.87m) dan ketua pasukan Chile, Claudio Bravo (1.87m)... Ya, David Ospina masih lebih pendek daripada mereka berdua!

Marc-Andre ter Stegen (Barcelona/Jerman) - 1.87m
Claudio Bravo (Barcelona/Chile) - 1.87m
Victor Valdes (Manchester United/Sepanyol) - 1.83m
Michel Vorm (Tottenham Hotspur/Belanda) - 1.83m
David Ospina (Arsenal/Colombia) - 1.83m
* sedang dikaitkan dengan perpindahan ke Fenerbahce atau Marseille

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Petr Cech dikaitkan dengan Arsenal. Pada sekitar tahun 2002, perpindahan Petr Cech ke Arsenal tidak dapat dimuktamadkan kerana kesukaran mendapatkan permit kerja (work permit) untuk bermain di England. Akhirnya, Petr Cech pergi ke kelab Rennes (Perancis) dan di situlah bakatnya semakin dilihat.

Apa yang menarik ialah Wojciech Szczesny sangat gembira dengan kehadiran Petr Cech ke Arsenal. Ini mengesahkan khabar angin bahawa Wojciech Szczesny mempunyai masa depan bersama Arsenal dan dia akan belajar dengan lebih banyak lagi daripada Petr Cech! Malah dikatakan bahawa Petr Cech juga sudah bersedia untuk menjadi jurulatih penjaga gol Arsenal apabila dia bersara kelak!

Baca : Wojciech Szczesny gembira dengan kehadiran Petr Cech


Persoalan juga timbul mengapa jurulatih seperti Jose Mourinho melepaskan Petr Cech ke Arsenal dan bukannya ke kelab-kelab lain di luar England? Sedangkan mengikut statistik terbukti Petr Cech adalah penjaga gol yang hebat. Ternyata Jose Mourinho tidak dapat melawan kehendak bossnya iaitu Roman Abramovich yang melepaskan juga Petr Cech walaupun ke Arsenal.



Petr Cech juga dikatakan dikritik hebat oleh penyokong Chelsea, malah ada yang sanggup membuat ugutan bunuh kerana Petr Cech sanggup bermain untuk musuh tradisi mereka iaitu Arsenal. Sebaliknya, penyokong Arsenal sangat gembira dengan kehadiran Petr Cech ke Arsenal untuk mengukuhkan lagi benteng pertahanan Arsenal.

Selain itu, posisi tengah bertahan (DMC) adalah antara posisi yang akan diberi keutamaan oleh Arsenal berbanding dengan posisi lain. Dengan Mikel Arteta dan Mathieu Flamini yang semakin dimamah usia dan tidak berada di puncak persembahan mereka, harapan Arsenal di posisi ini ditanggung oleh Francis Coquelin berseorangan.

Beberapa orang pemain telah dikaitkan dengan Arsenal seperti Arturo Vidal, Morgan Schneiderlin, Ilkay Gundogan dan William Carvalho untuk mengisi posisi DMC tersebut. Berdasarkan prestasi dan keadaan semasa, dilihat William Carvalho adalah calon paling sesuai untuk mengisi posisi panas ini.

William Carvalho (Sporting Lisbon/Portugal)

Semoga ada berita gembira dan positif dalam kem Arsenal sedikit masa lagi....

Vítejte Arzenálu Petr Cech!

COYG!





Wednesday, July 1, 2015

Pengalaman Di Tanah Suci Kota Haramain - Kembara Madinah Dan Mekah (Part 3)



12.4.2015 - Day 8

SELAMAT PAGI MEKAH!

"Rasanya selama kami berada di Mekah, Subuh hari ini adalah yang paling sejuk dan 'windy'. Suhu jatuh sehingga 24° celcius + angin yang agak kuat. (Pada pukul 10am - suhu 22° celcius + 'sunny')"

Sumber : FB Lin Chalo

Begitulah gambaran suhu di bumi Mekah ketika kami berada di sana... bermula waktu Maghrib, Isyak sehinggalah Subuh memang suhunya dingin ditambah dengan tiupan angin. Apabila tengah hari menjelang, cuaca kembali terik sehinggalah ke waktu petang.

Pada kebiasaannya, cuaca di Madinah lebih nyaman berbanding Mekah. Akan tetapi Allah berkuasa mutlak atas segala-galanya termasuklah cuaca. Siapa sangka kami dapat juga mengalami suhu dingin dan nyaman di Kota Mekah yang pada kebiasaannya berlaku pada hujung dan awal tahun sahaja.

Sudah beberapa hari di Mekah, kami dah semakin mahir tentang selok belok laluan dalam Masjidil Haram. Takdelah macam mula-mula sampai dulu, tak ingat mana satu jalan nak balik ke hotel. Kawalan dalam masjid juga ketat disebabkan terlalu ramai orang yang berpusu-pusu untuk solat di hadapan Kaabah.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Mekah/Madinah



Yang penting kena tahu flow orang keluar masuk masjid... Biasanya 2 jam sebelum masuk waktu solat dah berpusu-pusu orang masuk masjid. Janganlah masa tu nak keluar masjid atau melawan arus ke arah berlawanan... memang tak boleh keluar dan pegawai masjid pun dah tutup laluan untuk kita.

Begitu juga dengan manasik umrah seperti Tawaf dan Sa'ie, masa 1st time buat, kami semua ikut jer mutawwif buat dan kami guna laluan yang sama. Sedangkan ada laluan-laluan pilihan lain di tingkat yang berasingan. Ya... bumi Mekah memang penuh dengan mujahadah... mujurlah dikurniakan dengan nikmat air zam zam yang tidak putus-putus bekalannya dan tinggi alkalinya untuk kesihatan para jemaah.

Bekalan air zam zam dalam masjid
Air zam zam yang disediakan di tempat Sa'ie (Tingkat 2)

Untuk umrah-umrah berikutnya kami buat sendiri dan telah membuat Tawaf di tingkat tengah dan juga tingkat atas "ring" yang sementara itu. Memang agak jauh berbanding laluan bawah tapi kurang crowded. Masa tengah buat Tawaf kita kena tolak orang dari belakang, wheelchair sondol belakang kaki kita... memang sakit... Tapi bersabarlah wahai hati!

Tingkat paling atas tak ramai orang

Begitu juga masa buat Sa'ie... laluan yang popular ialah laluan di tingkat 1 dimana Bukit Safa dan Bukit Marwah dimana laluan pusingan masing-masing ada sedikit menaik ke atas. Tapi... rupa-rupanya... ada tingkat bawah, tingkat 2 dan tingkat 3 yang kurang orang. Tingkat 3 pulak ada disediakan "scooter" atau kenderaan bagi mereka yang berhajat dengan sedikit bayaran.

Laluan Sa'ie (Tingkat 3)

Scooter untuk disewa di Tingkat 3

Hari-hari terakhir ni kebanyakan jemaah membuat aktiviti sendiri termasuklah menambahkan ibadah masing-masing. Inilah masanya juga untuk memanfaatkan kelebihan solat di Masjidil Haram yang 100,000 lebih baik dan afdhal berbanding solat di masjid lain.

SELAMAT MALAM MEKAH!


13.4.2015 - Day 9

SELAMAT PAGI MEKAH!

Di Mekah kadar tukaran wang asing agak tinggi sedikit berbanding Malaysia. Tapi di Madinah sama nilai duitnya dengan Malaysia, pelik kan??? Biasa kadar tukaran wang asing ikut negara, tapi Mekah dan Madinah pun dah tak sama. Mujur kami tidak membeli belah di sini, cuma membeli makanan dan minuman untuk tujuan merasa jer....

Berehat sebentar sambil menikmati pemandangan Masjidil Haram

Semasa kami di Madinah kami try air buah yang "plain". Kat sini kami try rasa buah campur plak. Kalau tak silap harganya ialah 5 Riyal.

Air buah campur
6 hari kat Mekah, terlalu kerap makan Makanan Indonesia, jadi nak rasa makanan Arab pulak. Banyak pilihan kedai yang jual makanan Arab. Di luar hotel pun ada... Baunya tak payah cakap lah... perghh.... menusuk hidung! Salah satu kedai namanya Al Tazaj terletak dalam bangunan hotel.

Jangan harap lah orang sini suka beratur
Try makan nasi Arab

Dari Madinah lagi kami akan membeli air kotak sekadar untuk membasahkan tekak. Harganya cuma 1 Riyal... Sangat berbaloi....

Air kotak macam ni memang sangat membantu
untuk basahkan tekak sejak dari Madinah lagi

Kami juga tidak mengikuti program Ziarah Pilihan di Mekah kecuali Ziarah Gua Hira'. Sebenarnya teringin nak ziarah Ladang Unta... sebab nak tengok unta secara live dan bergambar dengan unta. Buat sementara ni tidak dibenarkan ziarah Ladang Unta atas faktor-faktor kesihatan.

Apakan daya... ramai rakyat Malaysia yang dijangkiti dengan virus Mers-Cov (Sindrom Pernafasan Timur Tengah) sehingga menyebabkan kematian. Virus ini didakwa berpunca dari Ladang Unta. Tapi, syukur jugak.... sebab dapat tengok unta dari dalam bas...

Tengok unta dari jauh

Pada waktu malam kami mengikuti Ziarah Pilihan iaitu pergi Jabal Nur, Gua Hira'. Kalau nak ikut Ziarah Pilihan ni memang ada bayaran extra. Lepas Isyak kami berkumpul di lobi hotel dan bergerak ke terminal bas. Dari situ, bas pergi ambil jemaah lain di hotel lain pulak.

Dari kaki bukit kami dipecahkan ke kumpulan yang lebih kecil lagi untuk naik trak 'pick-up' menuju ke atas ke check point seterusnya.

Salah satu check point di Jabal Nur... sini pun dah sejuk
Jumpa jemaah lain dari Tawau, Sabah
Sebelum kami naik ke Gua Hira', para mutawwif memberikan sedikit briefing terutama sekali dari segi faktor keselamatan dan faktor kesihatan. Pendakian ke Gua Hira' juga tidak sesukar dulu kerana orang tempatan ataupun orang gunung yang telah buat trek dan tangga menuju ke puncak menggunakan batu dan simen.

Laluan trek yang dibuat daripada simen

Malang tidak berbau... isteri tidak berapa sihat untuk mendaki terus ke puncak. Sedangkan ada separuh perjalanan lagi. Kami ambil masa sekejap... melihat pemandangan, mengambil gambar, melihat kebesaran Allah swt sebelum turun ke bawah semula.

Kota Mekah dari Gua Hira', Jabal Nur

SELAMAT MALAM MEKAH!


14.4.2015 - Day 10

SELAMAT PAGI MEKAH!

Subuh terakhir di bumi Mekah. Walaupun dah hari ke-10 tapi kami masih rasa sangat singkat masa kami di sini. Kami akan kembali ke tanah air dan menjalani rutin hidup seperti biasa. Kembali kepada keluarga dan anak-anak. Semoga umrah kami semua... umrah yang maqbul dan diterima oleh Allah swt. Mudah-mudahan juga, Allah swt akan jemput kami lagi ke Tanah Suci.

Ya Allah... terimalah umrah kami...
Semoga kami dijemput sekali lagi menjadi Tetamu Allah

Barang-barang yang telah siap packing telah kami letak di luar bilik untuk diangkut oleh bell boy sebelum solat Subuh lagi. Kami memilih untuk membuat Tawaf Wada' (Tawaf Selamat Tinggal) selepas bersarapan. Ada juga yang membuat Tawaf Wada' sejurus selepas Solat Subuh.

Bas akan bertolak ke airport Jeddah sebelum waktu tengahari. Perjalanan dari Mekah ke airport terminal Haji Jeddah mengambil masa hampir 2 jam.

SELAMAT TINGGAL MEKAH!




Setibanya kami di airport, kami diberikan dengan makanan tengahari yang merupakan sajian Makanan Indonesia. Kami juga pergi ke deretan kedai untuk membeli makanan ringan seperti roti untuk dimakan dalam pesawat. Bagasi kami masih tidak boleh masuk lagi... jadi kami tunaikan solat jamak dahulu.

Makan tengahari - Makanan Indonesia
Roti macam ni beli kat airport

Flight balik ke Kuala Lumpur ialah pukul 6.15 petang waktu Jeddah. Kami dijangka tiba di tanah air pada pukul 8.30 pagi keesokan harinya waktu Malaysia iaitu lebih kurang 9 jam perjalanan. Pada masa ini juga mutawwif mengembalikan semula passport/visa kepada semua jemaah. Apabila dah bagi green light untuk luggage drop barulah kami susun beg untuk dimasukkan.

Seperti biasa urusan yang sangat lambat dan menuntut kesabaran yang tinggi daripada para jemaah. Boarding pass sedang dicetak satu persatu. Apabila sistem offline memang line stuck terus dan tak bergerak. Bersabarlah wahai hati......

Terminal Haji Jeddah Airport
Timbunan Air Zam Zam untuk para jemaah

SELAMAT TINGGAL JEDDAH!


15.4.2015 - Travelling Day

SELAMAT PAGI KUALA LUMPUR!

Seperti yang dijadualkan, pesawat kami tiba di KLIA 2 jam 8.30 pagi setelah lebih kurang 9 jam perjalanan dari Jeddah. Kami mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah untuk selesaikan urusan imigresen, bagasi dan air zam zam. Brother taxi exora pun dah mesej kami dan bagitau untuk jumpa di kawasan tertentu. Lebih kurang waktu tengah hari barulah kami pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dan kembali bersama anak-anak.


"Rindukan ketenangan di Madinah, Rindukan Mujahadah di Mekah" itulah yang boleh diungkapkan dan disimpulkan di sini setelah tamatnya Kembara Haramain di 2 Kota Suci Madinah dan Mekah.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Mekah/Madinah



Baca : Kembara Madinah Dan Mekah (Part 1)

Baca : Kembara Madinah Dan Mekah (Part 2)






Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...