Thursday, November 6, 2014

Kepentingan Menggunakan Maklumat Nutrisi Dan Label Makanan



Setiap produk samada makanan ataupun minuman yang dijual mempunyai labelnya tersendiri yang dikeluarkan atau diisytiharkan oleh pengeluar produk berkenaan. Label Makanan ini mempunyai Maklumat Nutrisi yang menyenaraikan kandungan nutrisi sesuatu produk tersebut. 


Oleh itu, Menggunakan Maklumat Nutrisi Dan Label Makanan adalah Cadangan Keempat Belas Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Menggunakan Panel Maklumat Pemakanan (NIP) Sebagai Panduan Dalam Membuat Pilihan Makanan

1) Dapatkan maklumat berkenaan jumlah tenaga dan nutrisi dalam produk yang hendak dibeli

2) Pertimbangkan bagaimana tenaga dan nutrisi dalam makanan menyumbang kepada jumlah nutrisi harian yang diambil

3) Bandingkan kandungan semua nutrisi untuk sesuatu produk dengan kandungan nutrisi jenama produk yang lain dan bukannya membandingkan setakat kepada satu kandungan nutrisi sahaja.


Menggunakan Maklumat Pemakanan Dengan Bijak

1) Lihat kandungan nutrisi yang dipamerkan dan bandingkan dengan kandungan nutrisi jenama lain dengan sewajarnya

2) Gunakan maklumat nutrisi bersama dengan NIP dalam memilih makanan yang hendak dibeli

3) Gunakan fungsi nutrisi sesuatu produk bersama-sama dengan maklumat nutrisi lain dari pelbagai sumber dalam membuat pemilihan makanan

4) Perlu diingatkan maklumat nutrisi yang dipamerkan tidak menjamin untuk merawat sesuatu penyakit atau melindungi anda dari sebarang penyakit

Mendidik Anak-Anak Tentang Penggunaan NIP

1) Didik anak-anak berkenaan NIP ketika bersama-sama membeli belah

2) Tunjukkan NIP kepada anak-anak berkenaan kesan sesuatu nutrien dan nilai kandungannya kepada pengguna

3) Biasakan anak-anak dengan maklumat nutrisi seawal mungkin bagi membolehkan mereka membuat pilihan tetap berkenaan pemakanan yang sihat sepanjang hidup mereka


Kanak-kanak suka makanan sihat


Contoh Perbandingan Maklumat Nutrisi

Terdapat pelbagai jenis suplemen dan vitamin yang ada di pasaran. Setiap syarikat atau pengeluar produk akan menjual suplemen atau vitamin masing-masing. Masing-masing juga akan mendakwa bahawa hanya produk merekalah yang terbaik dan terlaris di pasaran.




Sebagai contoh, B-Complex memang terbukti bagus dan berkesan kepada anda terutamanya kepada wanita mengandung bagi membekalkan Asid Folik untuk tumbesaran bayi di dalam perut. B-Complex yang terbaik adalah mengandungi semua jenis Vitamin B, Biotin dan Asid Folik. Jadi, peranan kita sebagai pengguna ialah membandingkan kandungan nutrisi B-Complex yang ada di pasaran dan membuat keputusan terbaik untuk anda dan keluarga.



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Wednesday, November 5, 2014

Kepentingan Mengambil Makanan Dan Minuman Yang Selamat Dan Bersih



Makanan dan Minuman adalah keperluan asas semua benda hidup yang ada di atas muka bumi ini. Manusia sebagai salah satu benda hidup amat memerlukan Makanan dan Minuman yang bukan sahaja Selamat tetapi Bersih.


Oleh itu, Mengambil Makanan dan Minuman Yang Selamat dan Bersih adalah Cadangan Ketiga Belas Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


Makanan Dan Minuman Yang Selamat Dan Bersih

1) Pilih makanan mentah yang segar dan bersih

2) Pilih makanan proses yang dilabel dengan tepat dan belum lagi tamat tarikh luputnya

3) Pilih makanan tin yang tidak karat, kemek dan membonjol. Untuk makanan yang dibungkus, pilihlah makanan yang dibungkus dengan betul, tidak koyak dan tidak bocor.

4) Pilih makanan yang diproses untuk keselamatan seperti pasteur, UHT dan steril

5) Beli makanan dingin dan sejuk beku di saat-saat akhir dan pulang ke rumah secepat mungkin untuk mengelakkan makanan tersebut rosak. Gunakan peti atau beg simpanan sejuk semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.


Penyimpanan Makanan Yang Betul

1) Simpan makanan di tempat yang betul dan suhu yang betul. Pastikan kawasan simpanan makanan bersih dan teratur.

2) Pastikan makanan yang mudah rosak seperti susu, yogurt dan telur diletakkan dalam peti sejuk di bawah suhu 5 darjah celcius, manakala makanan seperti daging, ayam dan makanan laut diletakkan di bahagian sejuk beku (-18 darjah celcius) secepat mungkin apabila pulang ke rumah.

3) Asingkan makanan mentah terutamanya daging, ayam dan makanan laut daripada makanan yang dimasak di dalam peti sejuk. Pastikan peti sejuk tidak terlebih muatan.

4) Jangan letakkan makanan panas dalam peti sejuk kerana ini akan meningkatkan suhu peti sejuk.

5) Simpan makanan yang dimasak (2 jam selepas dimasak) atau lebihan makanan ke dalam peti sejuk dalam suhu 5 darjah celcius tidak lebih dari 2 hari. Sekiranya ingin menyimpan lebih lama, letakkan makanan yang dimasak di bahagian sejuk beku (-18 darjah celcius).

6) Makanan yang disimpan hendaklah dibungkus dengan baik dan diletakkan dalam bekas bagi mengelakkan bercampur dengan makanan mentah lain dalam peti sejuk.

7) Simpan makanan berjauhan dengan bahan kimia, racun serangga dan bahan pencuci.

Penyediaan Makanan Yang Bersih

1) Amalkan kebersihan diri dan tabiat yang baik untuk mengelakkan keracunan makanan dan pencemaran silang seperti mencuci tangan, alat memasak dan tempat memasak dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan.

2) Elak pegang makanan dengan tangan kosong jika anda mempunyai luka atau luka terbakar melainkan jika dibalut dengan betul.

3) Cuci makanan yang dimakan mentah dengan sempurna menggunakan air yang bersih.

4) Gunakan alat memasak yang berasingan untuk makanan mentah dan makanan yang dimasak.

5) Jangan cairkan makanan beku dalam suhu bilik. Lakukannya di dalam peti sejuk atau di bawah air bersih yang mengalir

Makanan Yang Dimasak Dengan Sempurna

1) Makanan mestilah dimasak dengan sempurna khususnya daging, ayam, telur dan makanan laut. Makanan berkuah seperti sup dan stew hendaklah dimasak hingga mendidih dengan sempurna. Pastikan juga jus daging dan ayam adalah jernih dan bukannya bewarna merah jambu.

2) Panaskan semula makanan dengan sempurna

3) Masak air bersih untuk diminum


Masak Dengan Sempurna


Simpan Makanan Yang Dimasak  Dengan Betul Dan Tepat

1) Hidang makanan yang dimasak secepat mungkin dalam bekas tembikar yang bersih dan dalam keadaan baik. Jika ingin simpan makanan, pastikan ditutup dengan sempurna dan jangan tinggalkan makanan terdedah di suhu bilik lebih daripada 4 jam.

2) Makanan panas dihidang dalam keadaan panas dan makanan sejuk dihidang sejuk

3) Jika ingin simpan makanan dalam keadaan panas, kekalkan kepanasan (atas 60 darjah celcius) dan jika ingin simpan makanan dalam keadaan sejuk, kekalkan kesejukan dalam peti sejuk (bawah 5 darjah celcius).

Premis Makanan Yang Selamat Dan Bersih

1) Pilih premis makanan yang bersih dan jauh daripada jalanan, tempat pembuangan sampah, longkang tersumbat, tangki septik dan juga pelupusan sisa.

2) Pilih premis makanan yang dalam keadaan bersih dan kemas, dengan saluran air paip yang lancar, sistem perparitan yang teratur dan tong sampah yang bertutup. Premis juga seharusnya bebas dengan tanda-tanda ataupun kehadiran binatang peliharaan, tikus, perosak dan serangga.

3) Pilih premis yang menggunakan barang tembikar, alat makanan dan alat memasak yang bersih dan dalam keadaan baik.

4) Pilih premis yang menghidangkan makanan dan minuman yang ditutup dengan baik.

5) Pilih premis yang mempunyai pekerja yang mengamalkan kebersihan diri dan tabiat yang baik semasa bekerja.




Amalkan tabiat mengambil makanan dan minuman yang selamat dan bersih akan menghindarkan kita daripada serangan pelbagai jenis penyakit seperti taun (cholera), disenteri, keracunan makanan, penyakit tipus (typhoid),  Hepatitis A dan banyak lagi. Apa-apa pun mencegah lebih baik daripada merawat. Amalkan juga pengambilan suplemen ataupun vitamin yang berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda sekeluarga.


Menjaga kebersihan makanan dan minuman adalah tanggungjawab bersama. Anggaplah ini suatu ilmu yang perlu disampaikan kepada semua orang dan diturunkan dari generasi ke generasi berikutnya. Pendidikan kesihatan juga perlu dipertingkatkan lagi khususnya pendidikan berbentuk praktikal dan amali.




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Sunday, November 2, 2014

Promosi November 2014 - Shaklee Omega Guard



November 2014 telah tiba dan kini giliran Shaklee Omega Guard yang telah diumumkan sebagai produk promosi untuk bulan November 2014.




Shaklee Omega Guard sangat BERBEZA dengan produk minyak ikan yang lain seperti berikut :-

1) diekstrak dari ikan laut dalam (air sejuk) dari perairan negara Jepun;
2) bukannya dari hati minyak ikan;
3) 3 kali lebih tumpat dari hati minyak ikan;
4) mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega-3;
5) Tidak menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan (kaedah ini menghapuskan kebanyakan nutrien dan tidak dapat menapis logam berbahaya);
6) menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini (proses penyulingan proprietari 3 molekul);


Justeru, Shaklee Omega Guard adalah pilihan terbaik sekiranya anda mencari sumber minyak ikan Omega-3 (asid lemak yang penting) yang membantu untuk melancarkan peredaran darah, mengawal tekanan darah, memberikan 'makanan' kepada otak, menentang kanser, mencegah arthritis, mengawal sistem imun, membantu tumbesaran dan banyak lagi.

Shaklee Omega Guard juga terbukti mampu untuk membantu anda membakar lemak dalam badan dan juga membantu anak anda yang cerewet makan.


Siapa yang sangat memerlukan untuk mengambil Shaklee Omega Guard ini? Berikut adalah senarai orang-orang yang dicadangkan agar PERLU dan MUSTAHAK untuk mengambil Shaklee Omega Guard :-


1. Penghidap Masalah Kesihatan Lelaki dan Wanita seperti :-

    - Penghidap masalah Mati Pucuk/Impotence;
    - Penghidap masalah Prostat;
    - Wanita yang masih Mandul;
    - Orang yang tidak mempunyai Nafsu Berahi;
    - Wanita dalam pantang/menyusukan anak;
    - Wanita yang mempunyai masalah Sindrom Pra Haid;
    - Wanita yang mengalami Menopaus;
    - Wanita mengandung;
    - Penghidap masalah Vena Varikos.


2. Penghidap Masalah Sistem Saraf dan Kesihatan Mental seperti :-

    - Depresi/Kegelisahan;
    - Penyakit Alzheimer/Lemah Daya Ingatan;
    - Kebas-kebas dan Kejang Kaki;
    - Insomnia/Masalah Tidur;
    - Migrain/Pening Kepala;
    - Letih dan Lesu; dan
    - Penyakit Parkinson


3. Penghidap Masalah Kulit dan Rambut seperti :-

    - Penghidap masalah Pigmentasi (Bintik Penuaan);
    - Penghidap masalah Psoriasis (Kegatalan Kulit);
    - Penghidap Eczema; dan
    - Penghidap Lupus SLE.


4. Penghidap Masalah Respiratori seperti :-

    - Athma;
    - Batuk; dan
    - Sinusitis


5. Penghidap Masalah Kesihatan Kanak-Kanak seperti :-

    - IQ Kanak-kanak dan Program Kesihatan;
    - ADHD; dan
    - Masalah Pertumbuhan


6. Penghidap Masalah Metabolisma dan Salur Urinari seperti :-

    - Hiperthyroidisma; dan
    - Hipothyroidisma.


7. Penghidap Masalah Otot, Tulang dan Sendi seperti :-

    - Penghidap Arthritis; dan
    - Sakit-sakit Badan/Sakit Sendi.


8. Penghidap Masalah Sistem Peredaran Darah seperti :-

    - Penyakit Jantung/Hypertensi/Strok; dan
    - Kolesterol Tinggi


9. Penghidap Masalah Sistem Penghadaman, Hati dan Hempedu seperti :-

    - Gastrik/Peptik/ Ulser Perut; dan
    - Fatty Liver


10. Penghidap Masalah Mata seperti Katarak


Jika anda tergolong dalam golongan di atas, mengapa tidak anda mencuba pengambilan sumber Minyak Ikan terbaik iaitu Shaklee Omega Guard. Satu sajian Shaklee Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak Omega-3 EPA dan DHA. Dapatkan segera Shaklee Omega Guard anda yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.




Sila klik ORDER di sini untuk belian produk yang lain atau hubungi kami seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================






Saturday, November 1, 2014

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya



Apakah Susu Ibu?

Susu Ibu adalah sumber utama Nutrisi kepada bayi yang baru lahir yang masih belum mampu untuk megunyah dan menghadam makanan pejal. Kolostrum yang terdapat pada permulaan susu ibu mempunyai antibodi yang kuat untuk melindungi bayi yang baru lahir daripada serangan pelbagai jenis penyakit.

Kolostrum bewarna lebih kuning berbanding dengan susu ibu


Justeru, Mengamalkan Penyusuan Susu Ibu Sepenuhnya Sejak Lahir Hingga 6 Bulan Dan Meneruskannya Sehingga Berumur 2 Tahun adalah Cadangan Kedua Belas Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) persediaan untuk menyusukan semasa mengandung

2) memulakan penyusuan susu ibu 1 jam selepas kelahiran bayi

3) menyusukan dengan kerap dan pada permintaan

4) berikan hanya susu ibu kepada bayi beumur bawah 6 bulan tanpa cecair tambahan dan makanan

5) berterusan memberikan susu ibu kepada bayi walaupun tanpa ibu mereka di sisi

6) memperkenalkan makanan tambahan kepada bayi bermula umur 6 bulan dan ke atas

7) ibu yang menyusukan perlu mendapatkan rehat yang banyak, makanan dan minuman yang cukup untuk mengekalkan kesihatan mereka

8) suami dan keluarga haruslah memberikan sokongan yang penuh kepada ibu yang menyusukan bayi


Penyusuan Susu Ibu dan Bayi Dari Ibu Yang Positif HIV

Sebagai pematuhan kepada polisi Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi yang lahir dari ibu yang positif HIV tidak boleh sama sekali diberikan susu ibu walaupun melalui ibu susuan yang lain (KKM 2003). Ibu yang positif HIV seharusnya menerima kaunseling berkenaan pemakanan bayi dan panduan berkenaan penggunaan susu formula yang selamat dan sesuai untuk bayi.


Penyusuan Susu Ibu dan Ibu Bekerja

Untuk penyusuan yang berjaya setelah kembali bekerja, sokongan dan dasar promosi kesihatan di tempat kerja adalah diperlukan yang menyediakan pendidikan dan memudahkan samada penyusuan atau pengepaman yang kerap dan juga penyimpanan susu ibu.

Golongan professional kesihatan dan juga pengasuh bayi seharusnya menyokong ibu-ibu menyusu dengan menggalakkan mereka untuk terus menyusukan bayi mereka dan menawarkan sokongan berterusan ketika ibu kembali ke tempat kerja.

Sebagai balasan kepada bukti yang telah banyak diterbitkan berkenaan hasil yang lebih baik dalam menyusukan bayi dan ibu mereka, sokongan yang kuat terhadap penyusuan susu ibu adalah dibenarkan

Ibu menyusu sepatutnya diberikan galakan untuk berfikir dengan positif dan tidak menganggap bahawa penyusuan susu ibu adalah tidak mungkin dalam keadaan mereka yang bekerja.


Perkara-Perkara Asas Penyusuan Susu Ibu

(Sila Klik Link Di Bawah)

1) Tips Penyusuan Kali Pertama

2) Tips Penyusuan

3) Tips Mengepam Susu Ibu

4) Tips Penyimpanan Susu Ibu

5) Tips Meningkatkan Susu Ibu

6) Fakta Susu Ibu Yang Perlu Anda Tahu

7) Fakta Comel Susu Ibu

8) Doa dan Motivasi


Apa Kaitan Suplemen Dengan Ibu Yang Menyusu?

Tujuan pengambilan suplemen oleh ibu yang menyusu ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu. Oleh itu, bayi yang menyusu ibu akan mendapat makanan paling berkhasiat seawal usia mereka.

Di Shaklee, terdapat set-set penyusuan seperti berikut :-



Ia menjadi set PALING LARIS. Siapa yang disarankan mendapatkan set ini?
1. Ibu kepada bayi kembar
2. Ibu yang ingin melakukan induce lactation atau yang mahu menyambung semula penyusuan yang terhenti @ relaktasi.
3. Ibu yang nak kumpul stok.
4. Ibu yang mempunyai masalah berat badan anak tidak meningkat tetapi berat badan ibu makin bertambah.
5. Ibu yang mempunyai masalah hasil perahan lambat atau kurang 1oz digalakkan ikhtiar set ini.



 Siapa yang perlukannya?
1. Ibu yang tiada masalah penyusuan. Bermakna setiap kali pam/perah hasilnya melebihi 3oz
2. Ibu yang mahu memperkayakan nutrisi susu ibu.
3. Ibu yang sihat dan mahu kekalkan kesihatan.



Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang sering keletihan
2. Ibu yang alah kepada susu lembu.
3. Ibu yang ada masalah kekurangan kalsium.
4. Ibu yang stress dengan kerja seharian.




Siapa yang sesuai ambil?
1. Ibu yang mengandung dan mampu meneruskan penyusuan susu ibu.
2. Ibu yang keletihan.
3. Ibu yang anaknya mempunyai alah pada herba.

4. Ibu yang sering mengalami masalah sakit belakang dan cramp.


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Friday, October 31, 2014

Kepentingan Minum Air Yang Banyak Setiap Hari



Apa Itu Air?

Selain daripada makanan, udara dan tempat tinggal, Air juga adalah keperluan asas manusia yang sangat berharga. Dunia kita juga diliputi dengan Air lebih kurang 71% dan selebihnya adalah daratan. Kebersihan Air minuman juga adalah penting sebagai asas kepada kesihatan manusia.

Minum Air?

Kepentingan Minum Air Kepada Kesihatan

1) Minum Air akan membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam tubuh badan

2) Air membantu untuk mengekalkan kulit yang cantik

3) Air membantu buah pinggang anda supaya tidak terkena penyakit batu karang

4) Air dapat membantu mengawal Kalori seterusnya mengawal berat badan

5) Air membantu mengawal fungsi usus yang normal supaya anda tidak sembelit

6) Air akan memberikan tenaga kepada otot supaya anda tidak letih

Minum Air Yang Banyak Setiap Hari adalah Cadangan Kesebelas Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) Minum 6 hingga 8 gelas air kosong setiap hari

2) Mengekalkan pengambilan cecair daripada sumber makanan lain

3) Tidak minum minuman beralkohol


Cadangan Tambahan

Kanak-Kanak - mereka yang berumur 2 hingga 6 tahun memerlukan 4 hingga 6 gelas air kosong setiap hari kerana pengambilan air yang lebih boleh menggantikan pengambilan makanan berkhasiat dan susu

Ibu Menyusu - perlu mengambil 2 gelas air lebih daripada pengambilan biasa setiap hari

Orang Tua - sentiasa ingatkan dan galakkan orang tua untuk minum air kosong secukupnya setiap hari. Mereka juga perlu dinasihatkan untuk terus mengambil sumber cecair lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran, jus dan sup. Pengasuh dan penjaga kepada orang tua juga harus memastikan mereka boleh dapatkan air kosong atau sumber minuman lain pada bila-bila masa.


Apakah Makanan Lain Yang Mempunyai Sumber Cecair Yang Banyak?

Timun - 96.7%
Salad (Iceberg Lettuce) - 95.6%
Daun Saderi - 95.4%
Lobak (Radish) - 95.3%
Tomato - 94.5%
Paprika (Lada Benggala) Hijau - 93.9%
Kobis Bunga - 92.1%
Tembikai - 91.5%
Bayam - 91.4%
Belimbing - 91.4%
Strawberi - 91.0%
Brokoli - 90.7%
Limau Bali - 90.5%
Anak Lobak (Baby Carrots) - 90.4%
Tembikai Susu - 90.2%

Source : health.com

Radish
Baby Carrots

Penambahan makanan-makanan di atas dalam diet makanan kita seharian akan membantu menambahkan sumber cecair dalam tubuh badan kita selain daripada pengambilan minuman. Seterusnya ini dapat membantu agar tubuh badan kita sentiasa terhidrat.

60% daripada tubuh badan kita juga terbina daripada air. Air yang cukup dalam tubuh badan kita akan melancarkan peredaran darah seterusnya dapat membawa nutrien-nutrien penting yang mencukupi ke seluruh tubuh badan kita.


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Thursday, October 30, 2014

Risiko Mengambil Makanan Yang Mengandungi Kandungan Gula Yang Tinggi



Apa Itu Gula?

Gula adalah sejenis karbohidrat ringkas yang terdiri daripada elemen-elemen karbon, hidrogen dan oksigen. Walaupun gula adalah sumber tenaga tetapi hanya sedikit saja yang berjaya ditukar oleh pankreas menjadi tenaga dan yang selebihnya akan menjadi lemak atau kekal sebagai gula dalam darah :-

- Gula Pasir - 5 gram sehari (1/2 senduk)
- Gula Batu - 60 gram sehari (6 senduk)
- Gula Merah - 90 gram sehari (9 senduk)
Ini tidak termasuk lagi gula yang diperolehi secara semulajadi melalui pemakanan seperti buah-buahan dan bijiran seperti beras dan gandum.

Source : energi 5 elemen

Terdapat 2 jenis gula iaitu Monosaccharides dan Disaccharides. Monosaccharides (juga dikenali sebagai gula ringkas) terdiri daripada glukosa, fruktosa dan galaktosa manakala Disaccharides (adalah kombinasi daripada gula-gula ringkas) terdiri daripada sukrosa, maltosa dan laktosa.


Kenapa Gula Tidak Bagus Untuk Kesihatan?

1) Gula boleh menyebabkan barah

2) Gula boleh menggalakkan kegemukan kerana kesannya terhadap otak dan hormon

3) Gula boleh menyebabkan ketagihan kerana merembeskan hormon Dopamine yang banyak di otak

4) Gula adalah penyumbang utama obesiti kepada kanak-kanak dan orang dewasa

5) Gula Meningkatkan Kolesterol dan menyebabkan penyakit jantung

6) Gula tidak mempunyai nutrien dan tidak bagus untuk gigi anda

7) Gula tinggi dengan Fruktosa dan akan menyaratkan (overload) hati anda

8) Hati yang berlebihan dengan Fruktosa boleh menyebabkan penyakit hati berlemak

9) Gula boleh menghalang insulin, menyebabkan sindrom metabolik dan kencing manis

10) Rintangan Insulin boleh menyebabkan kencing manis tahap II

Oleh itu, Mengambil Makanan Dan Minuman Yang Kurang Gula adalah Cadangan Kesepuluh Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) Makan Makanan yang rendah kandungan gula

2) Minum Minuman yang rendah kandungan gula


Apakah Cadangan Suplemen Yang Bagus Untuk Menurunkan Kandungan Gula Dalam Darah?

Di Shaklee terdapat beberapa produk yang terbukti berkesan untuk menurunkan kandungan gula dalam darah, antaranya ialah :-


Vivix berfungsi untuk menjaga dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi, perlindungan antioksidan, menurunkan tahap gula dalam darah, peningkatan tenaga pada tahap sellular, kesihatan dan kesejahteraan


Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi


Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetes



B1, B2, B3 dan B6, Biotin dan Asid Pantotenik menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga seterusnya mengelakkan risiko diabetis.




Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




Wednesday, October 29, 2014

Kepentingan Menghadkan Pengambilan Makanan Yang Tinggi Kandungan Garam



Apa itu Garam?

Garam ialah gabungan elemen sodium dan klorida (sodium chloride). Apabila kita makan Garam, kedua-dua elemen ini masing-masing akan berpecah dan terasing menyebabkan sodium telah tersedia untuk digunakan oleh tubuh badan kita. Pada kebiasaannya sodium adalah 39.3% daripada jumlah keseluruhan kandungan Garam.

Sodium Chloride


Apakah Fungsi Sodium Dalam Tubuh Kita?

Sodium bertindak sebagai penghantar impuls saraf dan boleh ditemui di setiap sel dalam tubuh kita. Keseimbangan Sodium dalam tubuh badan adalah penting untuk tekanan sel dan ia berkait rapat dengan tekanan darah tinggi, strok dan penyakit buah pinggang jika diambil secara berlebihan.

Contoh-contoh makanan yang mempunyai kandungan sodium yang tinggi ialah sos, kicap, mayonis, dressing, jeruk, hot dog, sosej, keju proses dan makanan segera yang masin.


Keju Proses

Justeru, Memilih dan Menyediakan Makanan Yang Kurang Kandungan Garam adalah Cadangan Kesembilan Pakar-pakar Nutrisi dalam 14 Cadangan Utama Garis Panduan Diet Malaysia Tahun 2010 yang telah dibentangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1) menghadkan pengambilan garam sebanyak satu sudu kecil sehari

2) mengurangkan pengambilan makanan yang masin dan mengandungi perasa


Pengambilan Garam oleh Bayi dan Kanak-Kanak

1) Bayi - untuk umur 6 bulan pertama, bayi seharusnya disusukan oleh ibunya secara eksklusif tanpa campuran oleh mana-mana makanan tambahan. Selepas berumur 6 bulan, ibu boleh memberikan bayi makanan buatan sendiri tanpa garam tambahan. Sekiranya ibu ingin memberikan bayi makanan proses, pastikan membaca label kandungan berkenaan kandungan sodium sebelum membeli.




2) Kanak-Kanak - menghadkan pengambilan makanan ringan dan makanan segera yang mempunyai kandungan garam yang tinggi. Buah-buahan segar dan makanan ringan yang rendah kandungan garam adalah pilihan terbaik di peringkat ini. Pengambilan makanan proses seperti nuget, bebola atau burger ayam mahupun daging yang mempunyai kandungan sodium yang tinggi harus dielakkan. Oleh itu, makanan yang rendah kandungan garam dan juga makanan proses buatan sendiri yang kurang kandungan garam boleh diberikan.


Apakah Suplemen Yang Dicadangkan Sekiranya Saya Mengalami Tekanan Darah Tinggi Akibat Pengambilan Garam Berlebihan?


Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang terbukti mampu mengawal dan menurunkan tekanan darah tinggi antaranya adalah seperti berikut :-




Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction




Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point



Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah



DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau sakit kepala



Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatkan kolestrol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platlet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...