Monday, August 25, 2014

Summer in Long Beach/Los Angeles - Part 1



Alhamdulillah... untuk tahun 2014 ni kami telah diberikan peluang untuk pergi ke Amerika Syarikat ataupun United States of America (USA) selama lebih kurang 10 hari iaitu dari 13 Ogos hingga 22 Ogos 2014. Kenapa ke USA? Kerana di sini diadakan persidangan antarabangsa Shaklee dan juga percutian antarabangsa untuk pengedar Shaklee yang telah dipilih.

Seramai lebih kurang 300 orang delegasi dari Malaysia menghadiri persidangan antarabangsa yang diadakan di Long Beach, California. Persidangan dwi tahunan ini dihadiri oleh delegasi tuan rumah USA, Canada, Mexico, China, Taiwan, Jepun dan Indonesia.


13.8.2014 - Travelling Day

Boleh dikatakan hari ini adalah hari perjalanan dimana para peserta akan menghabiskan masa dalam penerbangan. Semasa di KLIA semua peserta delegasi dikehendaki untuk bertemu dengan staff Shaklee, Encik Ethan untuk mengambil duit makan masing-masing sebanyak USD50 (kira-kira RM165.00) seorang untuk sekali makan sepanjang 10 hari berada di sana. Duit makan ini adalah sebagai ganti kepada makanan yang tidak disediakan oleh Shaklee untuk hari-hari tertentu sepanjang berada di USA.



* Kumpulan 3 tiba lewat di Long Beach - jadi dapat extra USD50 seorang sebab missed 1 dinner * 


Lebih kurang 300 orang delegasi Malaysia ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Kumpulan 1 berlepas pada pukul 7.35 pagi menggunakan Singapore Airlines. Penerbangan yang panjang ini akan transit di Singapura, isi minyak kapal terbang di Jepun dan meneruskan penerbangan ke Los Angeles. Kumpulan 2 pula akan menggunakan Cathay Pacific telah berlepas pada pukul 10.40 pagi, transit di Hong Kong dan meneruskan perjalanan ke Los Angeles.

Kami telah ditempatkan dalam Kumpulan 3 yang berlepas pukul 2.10 petang menggunakan penerbangan China Airlines. Penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam setengah akan transit di Taipei, Taiwan. Kami tiba di Taiwan Taoyuan International Airport pada pukul 7.00 petang waktu Taiwan iaitu sama waktu dengan Malaysia dan telah dinasihatkan untuk berehat-rehat sebelum meneruskan perjalanan yang panjang dari Taipei ke Los Angeles.

Walaubagaimanapun tempoh masa selama 5 jam itu telah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh kumpulan kami dengan membeli belah dalam kawasan airport dan juga menjamu selera. Tahniah dan terima kasih juga kepada kerajaan Taiwan kerana telah menyediakan ruang solat untuk orang Islam di airport walaupun Islam bukanlah agama utama di negara Taiwan.




Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di Taiwan

Setelah itu kami meneruskan perjalanan lebih kurang 12 jam dari Taipei ke Los Angeles. Perjalanan bermula jam 11.50 malam melintasi garisan masa antarabangsa dan telah tiba di Los Angeles jam 8.15 malam 13 Ogos 2014 waktu Los Angeles (back to the past).

Setibanya di Tom Bradley International Airport, terdapat 7 buah bas telah siap sedia menanti kami di airport untuk mengharungi perjalanan selama setengah jam lagi menuju ke hotel kami di Long Beach iaitu di Hilton Long Beach Hotel dimana sebahagian kecil lagi telah ditempatkan di Hyatt Regency yang lebih hampir dengan pusat konvensyen Long Beach yang mengadakan persidangan antarabangsa Shaklee.

Di hotel, kami telah disambut dengan meriah oleh Encik Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia bersama-sama dengan staff Shaklee. Setelah membasahkan tekak dan juga mendengar penerangan ringkas berkenaan program keesokan harinya, kami telah diberikan kunci bilik untuk merehatkan diri masing-masing.


SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


14.8.2014 - Day 1


Subuh di sini agak awal iaitu lebih kurang pukul 5.00 pagi disebabkan oleh musim panas yang panjang. Perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan California pula ialah 15 jam. Setelah bersarapan di hotel, kami menaiki bas menuju ke pusat konvensyen Long Beach untuk program Shaklee Live 2014. Suasana dalam dewan di pagi hari ini agak suram bagi delegasi dari Malaysia kerana seorang demi seorang tertidur dalam dewan akibat 'jetlag' ataupun keliru masa.



* Suasana dalam dewan sebelum masing-masing tertidur * 

Untuk makan tengah hari, delegasi Malaysia yang beragama Islam iaitu kira-kira 4/7 daripada 300 orang telah dibawa ke restoran makanan halal yang berhampiran di 4th Street Long Beach. Kami diberikan pilihan samada untuk makan di restoran chicken wing ataupun makanan India Pakistan yang terletak berhadapan sesama sendiri. Kami memilih untuk makan di Fresh Kabobs yang amat lazat.




Di USA terdapat dua syarikat telekomunikasi yang utama iaitu T-Mobile dan At & T. Setelah selesai makan tengah hari, kami mencuri masa ke outlet T-Mobile yang berhampiran untuk membeli simkad. Kami memilih untuk membeli data T-Mobile sebanyak 500mb untuk tempoh sebulan dengan harga 40USD (tidak termasuk cukai).

Kemudian kami dihantar semula ke dewan dengan bas untuk konvensyen sesi petang dimana delegasi dari Malaysia terlibat secara langsung. Seorang demi seorang bukan sahaja delegasi Malaysia malahan dari negara lain naik ke pentas memperkenalkan diri dan negara masing-masing. Sambil mengibarkan jalur gemilang kami memperkenalkan diri dan memberitahu mereka "we are from Malaysia".



* Skrin besar di dalam pusat konvensyen * 


Pada waktu ini juga di Malaysia telah masuk 15 haribulan Ogos (awal pagi). Terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat handai yang tidak putus-putus memberikan ucapan hari lahir. Tidak kira dalam bidang apa jua yang anda ceburi, buatlah dengan bersungguh-sungguh dan dengan seikhlasnya untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Ilahi.

Tanggungjawab sebagai seorang Muslim tidak pernah dilupakan dan diabaikan. Kami mempunyai tempat dan ruang dalam pusat konvensyen untuk menunaikan solat. Terima kasih sekali lagi kepada Shaklee Malaysia yang telah menyediakan ruang untuk delegasi Muslim menunaikan solat.



* Ruang solat yang disediakan di pusat konvensyen Long Beach * 


Walaupun masih lagi ada program dalam dewan, kami membuat keputusan pulang ke hotel untuk berehat dengan berjalan kaki. Walaupun tidak berapa jauh dan hanya beberapa blok saja jarak perjalanannya tetapi akibat beberapa faktor seperti keletihan dan panas mentari yang terik, perjalanan yang dekat telah menjadi sangat memeritkan.

Setelah berehat di hotel kami dikehendaki turun pada pukul 6.00 petang untuk menaiki bas menuju ke tempat makan malam. Seperti biasa 4 bas untuk delegasi Muslim akan pergi ke restoran makanan halal kali ini di Ma's Islamic Chinese Restaurant di Anaheim, California.





Selesai makan malam terdapat satu lagi program di pusat konvensyen Long Beach iaitu Shaklee Future Leaders yang bermula jam 8.30 malam iaitu program suai kenal untuk mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah. Kami membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut kerana keletihan dan jet lag yang masih belum hilang.

Rumah/Apartment Percutian Untuk Disewa Di USA


SELAMAT MALAM LONG BEACH, CALIFORNIA!


* Trip ini 100% percuma dan ditanggung oleh pihak syarikat. PM kami di 
Facebook Kedai Vitamin Cheras Kajang untuk join trip seperti ini secara percuma * 


Teruskan juga membaca :

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 2

Summer In Long Beach/Los Angeles - Part 3



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

Sunday, August 24, 2014

11 Tips Untuk Anak-Anak Yang Cerewet Makan



Sebenarnya bukan anak-anak saja yang Cerewet Makan bahkan ada ketikanya orang dewasa juga Cerewet Makan. Jika orang dewasa yang Cerewet Makan, lantaklah... siapa suruh mengada-ngada, kan? Tapi, menjadi suatu kerunsingan dan kerisauan yang amat sangat jika si cilik kita yang Cerewet Makan. Apa yang penting janganlah kita panik... Di sini adalah Tips Penting Untuk Anak Yang Cerewet Makan.


1. Jangan Hidang Makanan Lain Jika Anak Kita Cerewet Makan

Jangan biasakan diri kita menggantikan makanan yang tidak disukai oleh anak kita dengan makanan lain. Contoh : Kita gantikan brokoli dengan sosej. Amalan sedemikian akan menyebabkan sikap Cerewet Makan anak kita akan bertambah kerana mereka tahu ibu bapa mereka akan mengikuti kehendak mereka.

2. Memberi Galakkan Kepada Anak-Anak Untuk Memilih Makanan Berkhasiat

Biasakan diri kita untuk membawa anak kita membeli-belah di pasar raya dan memberikan mereka peluang untuk memilih sendiri makanan berkhasiat dengan panduan kita. Contohnya kita beri mereka peluang untuk pilih buah-buahan kegemaran mereka.



* Source : ehow.com


3. Jangan Berikan Pencuci Mulut Sebagai Ganjaran

Tindakan memberikan ganjaran pencuci mulut selepas anak kita makan makanan berkhasiat akan membentuk sikap Cerewet Makan anak kita. Anak kita akan keliru dan menganggap pencuci mulut lebih tinggi nilainya berbanding makanan berkhasiat tersebut.


* Source : sodahead.com


4. Jadikan Waktu Makan Sebagai Waktu Yang Menyeronokkan

Terapkan suasana gembira dan menyeronokkan ketika waktu makan supaya anak kita mempunyai "mood" untuk berselera dan tidak Cerewet Makan. Contohnya sebagai ibu bapa kita jangan marah-marah anak kita sebelum atau semasa waktu makan. Ini akan menjadikan waktu makan adalah saat-saat yang dinantikan oleh mereka.



* Source :  chefmom.sheknows.com *


5. Kurangkan Gangguan Semasa Waktu Makan

Tetapkan peraturan di rumah untuk menghormati waktu makan. Contohnya : Menutup TV atau apa-apa gajet ketika waktu makan. Paling kurang pun jangan buka rancangan TV yang menarik perhatian anak kita seperti rancangan kartun ketika makan.


* Source : gadgetmum.co.uk


6. Bersabarlah Jika Hidangan Baru Diberikan

Jika kita hendak memperkenalkan makanan baru kepada anak kita, maka bersabarlah. Berilah peluang kepada anak kita untuk membiasakan diri mereka dengan makanan baru. Bagi kita itu adalah hal kecil tetapi tidak bagi mereka.

7. Kreatif

Hiasilah hidangan makanan anak kita menyerupai watak kartun kegemaran anak kita. Paling kurang pun bagilah hidangan makanan anak kita supaya menjadi "happening" dan tidak membosankan.



* Source : simplebites.net


8. Kekal Dengan Rutin Harian Waktu Makan

Disiplinkanlah anak kita dengan waktu makan. Jangan biasakan mereka minum air yang banyak sebelum waktu makan kerana ini boleh membantutkan selera mereka. Apalagi makanan "junk food" ataupun "snack" yang tidak elok untuk anak kita, jangan diberikan sebelum waktu makan.



* Source : fitbie.com


9. Berikan Contoh Tauladan Yang Baik Kepada Anak-Anak

Sememangnya anak kita akan mengikut kita sebagai ibu bapa mereka sebagai contoh tauladan mereka. Jadi makanlah makanan yang berkhasiat untuk diikuti oleh anak kita. Kalau nak sangat makan "fast food" pun, sorok-soroklah sikit.



* Source : theatlantic.com


10. Hormati Selera Anak Anda

Jangan paksa anak kita makan jika dia masih kenyang. Paling tidak pun suapkan makanan kepada mereka dalam bahagian yang kecil asalkan mereka makan.


* Source : sg.theasianparents.com



Apabila anak kita Cerewet Makan, mereka akan kekurangan nutrien-nutrien penting dalam tubuh badan mereka. Paling tidak pun kandungan nutrien dalam tubuh badan mereka menjadi tidak seimbang.

Mujurlah Shaklee Meal Shakes membantu untuk membekalkan nutrien seimbang kepada tubuh badan anak kita seperti Vitamin A, C, E, Zinc, Selenium dan lain-lain. Dengan rasa yang enak dan lazat, percayalah sukar bagi anak kita untuk Cerewet Makan apabila berjumpa dengan Shaklee Meal Shakes.



* Kegembiraan tidak dapat dibendung apabila berjumpa dengan Meal Shakes * 


* Shaklee Meal Shakes *



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


Tuesday, August 12, 2014

Shaklee Worldwide : Pengedar Shaklee Peringkat Antarabangsa Melalui Gold Ambassador Pak


Umum mengetahui bahawa Shaklee yang diasaskan oleh Dr Forrest C. Shaklee berasal dari Amerika Syarikat ataupun dikenali sebagai USA/US. Walaubagaimanapun, Shaklee telah berkembang luas dan telah memasuki pasaran negara-negara serantau iaitu Shaklee CanadaShaklee ChinaShaklee Indonesia, Shaklee Japan, Shaklee Malaysia, Shaklee Mexico dan Shaklee Taiwan.

Shaklee juga telah membenarkan mana-mana pengedar walaupun baru saja mendaftar untuk memasuki pasaran di mana-mana negara yang dinyatakan di atas dengan syarat mempunyai LESEN selama 2 tahun (yang boleh diperbaharui) bersama Shaklee Malaysia. LESEN yang dimaksudkan itu ialah Gold Ambassador Pak.



Sebenarnya biarlah saja orang Mexico menaja orang Mexico yang lain dan sebagainya. Tetapi kadang-kadang ada juga rakyat Malaysia yang menetap di Mexico yang lebih selesa untuk mendaftar keahlian Shaklee dengan rakyat Malaysia. Justeru, telah dibenarkan untuk kita memasuki mana-mana pasaran di negara-negara yang telah dinyatakan tadi tertakluk kepada LESEN yang dinyatakan.

Satu lagi yang dapat diperhatikan ialah dengan pemberian LESEN ini akan menyebabkan mana-mana pengedar lebih bersungguh-sungguh untuk mencari prospek di negara-negara yang dinyatakan dan bukan sekadar "melepaskan batuk di tangga". Ini amat dipentingkan oleh Shaklee iaitu nama baik syarikat, kualiti produk dan kualiti kepemimpinan.

Dengan nilai UV (Unit Value) Gold Ambassador Pak dari 384 hingga 403 (nilai yang amat besar), produk-produk yang diterima juga amat berbaloi samada untuk dipakai atau dijual. Anda juga akan mendapat penjimatan maksimum sehingga RM888 dengan pembelian Gold Ambassador Pak ini.

Katakan anda membeli mana-mana Gold Ambassador Pak pada 1.9.2014, LESEN anda sebagai pengedar peringkat antarabangsa adalah selama 2 tahun akan berakhir pada 31.8.2016. Untuk "renew" atau memperbaharui LESEN tersebut Shaklee menetapkan syarat bahawa anda memperbaharuinya DALAM TEMPOH 6 bulan sebelum tamat iaitu bermula 1.3.2016 hingga 31.8.2016.

Contohnya jika anda membeli mana-mana Gold Ambassador Pak pada 19.2.2016, LESEN anda sebagai pengedar antarabangsa tidak akan diperbaharui. Sebaliknya jika anda membeli mana-mana Gold Ambassador Pak pada 14.3.2016, maka LESEN anda akan dilanjutkan secara otomatik untuk tempoh 2 tahun lagi bermula 1.9.2016 hingga 31.8.2018 dan begitulah seterusnya.

PENGEDAR ANTARABANGSA? Wow.... macam best sangat. Macam lah semua rakyat Malaysia dah jadi ahli Shaklee sampai nak pergi negara lain. Yelah, mana tau rezeki kita di luar. Satu lagi, dalam perniagaan selera kena besar, jangan ala kadar je... dapat ke tak dapat... tu lain cerita. Ooo ye... kalau nak tahu kenapa anda perlu jadi ahli Shaklee, sila baca entri di bawah :-




Perjalanan Hidupku...: 10 Sebab Anda Perlu Menjadi Ahli Shaklee: Menjadi Ahli Shaklee? Perlukah saya menjadi ahli Shaklee sekarang? Atau bila-bila pun boleh? Apa faedah yang saya dapat kalau saya menjad...



Sebenarnya tidak perlu pun sampai 10 sebab untuk anda daftar sebagai ahli Shaklee, 1 sebab pun sudah memadai. Oleh itu, andalah yang akan membuat keputusan sekarang samada mahu bersama-sama kami ataupun tidak. Dalam Shaklee telah terbukti bukan siapa jadi ahli dulu dia berjaya, sebaliknya siapa yang lebih berusaha, minat dan komited untuk menuju gaya hidup yang SIHAT, kebebasan keWANGan dan keanjalan MASA, merekalah yang berjaya.




Jumpa anda di pentas kejayaan!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Monday, August 11, 2014

Get Clean Water - Penapis Air Pilihan Anda!


Shaklee Get Clean Water adalah revolusioner baru-penapisan sistem water-filtration pitcher disahkan oleh persatuan kualiti air (WQA) untuk mengurangkan sehingga 99% plumbum, serta berpuluh-puluh bahan pencemar lain yang boleh hadir dalam air anda dan mungkin berbahaya kepada kesihatan anda.



Multipatented Get Clean Water menggunakan blok pepejal karbon untuk menapis dan membersihkan air anda. Setiap penapis air bersih mengendalikan 80 gelen air, 2 kali ganda lebih banyak daripada jenama terkenal yang lain, dan setiap penapis dibuat daripada tempurung kelapa yang mampan karbon yang menggunakan proses zero emission.

Tambahan pula, ia adalah water filtration pitcher pertama dengan sistem penapis karbon-blok yang boleh diisi semula, jadi akan mengurangkan sisa-sisa ke tapak pelupusan. Oleh itu kita akan mendapatkan air yang bersih dan sihat serta planet bumi kita juga akan bersih dan selamat!


APA ADA DALAM AIR ANDA? Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman keluarga. Logam berat, pencemaran industri, racun perosak - bahan cemar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan cabaran kesihatan jangka panjang.




Sudah terbukti Shaklee Get Clean Water memang BERBEZA dengan penapis-penapis air lain yang berada di pasaran :-

# Selamat - mampu "Menyingkirkan Kandungan Plumbum" dan banyak bendasing lain dalam air. Ia diiktiraf oleh WQA yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

# Handal - menghasilkan lebih banyak air bersih pada setiap masa iaitu 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana 2 kali ganda lebih banyak daripada jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

# Mesra Alam - dengan satu-satunya sistem pertama menggunakan penuras jag air dengan blok-blok isian semula dapat memelihara alam sekitar dengan mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap turas dibuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

# Pilihan Bijak - Dengan hanya beberapa sen seliter, Shaklee Get Clean Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak. Oleh itu, rakyat Malaysia dapat menjimatkan kos dengan tidak membeli air dalam botol. Juga, Shaklee Get Clean Water mempunyai meter pengukur yang bijak untuk anda tahu bilakah masanya untuk menukar penuras baru.


Dapatkan segera Shaklee Get Clean Water yang membekalkan air bersih kepada anda!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================




JDT intai bakat dari Belgium


Piala Malaysia 2014 akan bermula pada 13.8.2014. Siapakah juara baru edisi kali ini pasti menjadi persaingan sengit. Sudah pasti JDT akan berusaha untuk menggondol kejuaraan berganda dengan menjadikan Piala Malaysia sebagai trofi berikutnya.

Namun begitu, pasukan-pasukan lain seperti Pahang dan Selangor terutamanya pasti tidak akan berdiam diri dan akan memastikan hasrat JDT ini gagal. Pemodenan dan pencapaian pasukan JDT ini memang dicemburui oleh lawan dan kawan. Oleh itu, ini bukan misi mudah buat JDT.

Dua orang bakat dari Belgium pula kini dalam pemerhatian Bojan Hodak samada layak untuk diserap dalam skuad JDT ataupun JDT II. Bakat yang dimaksudkan ialah Nordin bin Mohd Nagib, 18 tahun yang kali terakhir bermain di kelab Royale Union Saint-Gilloise (Divisyen 3), Belgium manakala abangnya Hisham bin Mohd Nagib kali terakhir bermain dengan kelab Negenmanneke FC (Divisyen 4) di Belgium.



Fasih berbahasa Inggeris, Perancis dan Belanda, bakat muda ini dilihat masih cuba untuk menyesuaikan diri dengan Malaysia kerana tidak fasih berbahasa Melayu. Kedua-dua pemain ini dilihat berlatih bersama dengan skuad Piala Malaysia JDT dan JDT II untuk meyakinkan Bojan Hodak dan pihak pengurusan JDT sebelum ditawarkan dengan kontrak.



Selamat Maju Jaya!
Good Luck!
Meilleurs Vœux!
Beste Wensen!





Arsenal 3 Manchester City 0


Beberapa minit lalu wisel akhir telah ditiupkan oleh pengadil menandakan berakhirnya Community Shield yang telah dimenangi oleh Arsenal. Community Shield diadakan sebagai perlawanan pembuka tirai di antara juara liga musim lalu iaitu Manchester City dan juga Arsenal sebagai juara piala FA.

Kemenangan 3-0 hasil jaringan Cazorla, Ramsey dan jaringan cantik daripada Giroud telah memberikan Arsenal trofi pertama musin ini walaupun ini bukanlah trofi yang menjadi rebutan. Kedua-dua pasukan tidak menurunkan pasukan terkuat mereka dan bermain agak berhati-hati.

Tidak banyak yang perlu diperkatakan dari segi mutu permainan Arsenal melainkan kemasukan Nacho Monreal pada sepatuh masa kedua menggantikan Laurent Koscielny sebagai pertahanan tengah. Jika pada musim-musim sebelum ini pakcik Wenger gemar menggunakan Monreal sebagai sayap kiri. Akan tetapi, pada musim ini dilihat Monreal mungkin dibiasakan dengan posisi barunya.

Dengan pengesahan bahawa Thomas Vermaelen telah berhijrah ke Barcelona, peranan baru yang diberikan kepada Monreal diharap dapat membantu skuad dalam kes-kes kecemasan memandangkan pencarian pertahanan tengah yang baru samada Matija Nastasic, Daniel Agger dan Matt Hummels masih menemui jalan buntu.

Pun begitu, ketika Arsenal diserang balas dilihat posisi tengah bertahan yang dikemudi oleh Mikel Arteta agak lambat untuk turun ke belakang untuk membantu bahagian pertahanan sehingga menyebabkan pakcik Wenger memasukkan Mathieu Flamini yang menggantikan Jack Wilshere untuk membantu Arteta ketika bertahan.

Adakah pemburuan Arsenal untuk posisi tengah bertahan untuk permain seperti Sami Khedira dan William Carvalho telah pun berakhir? Pemain seperti Calum Chambers juga dikatakan mampu mengisi kekosongan di situ di waktu-waktu kecemasan.


* Winner 2013 * 


* Winner 2014 * 

Semoga persembahan Arsenal musim ini tidak akan jatuh merudum sepertimana persembahan juara 'talam' komuniti tahun lepas.

Akhir sekali tahniah Arsenal atas kemenangan ini. COYG!







Sunday, August 10, 2014

Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate - Teman Anda Membuat Kerja-Kerja Rumah


Shaklee Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate mempunyai kepekatan yang tinggi iaitu 16 auns boleh membuat sehingga 48 gelen pembersih berkuasa setelah dicampur dengan air. Ia mampu menghilangkan kotoran, gris di mana-mana permukaan. Ia juga boleh dicairkan mengikut arahan yang disediakan.



Basic H2 Organic juga merupakan formula bebas coretan, tidak meninggalkan sisa dan juga tidak perlu dibilas tempat cucian. Ia adalah semulajadi, kepekatan berganda, tiada toksik dan adalah bahan surfaktan yang mampu biodegradasi.


TAHUKAH ANDA kebanyakan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.

Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik Basic H2 tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.




Ternyata Shaklee Basic H2 Organic Super Cleaning amat BERBEZA dengan pencuci-pencuci lain yang berada di pasaran :-

# Selamat - Tiada toksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi, lembut pada tangan, pH yang seimbang dan tanpa klorin.

# Berkesan - Menanggalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda iaitu 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air, 2 kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H dimana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama.

# Mesra Alam - Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa, Biorosot, tanpa fosfat, bungkusan yang boleh kitar semula, tanpa bahan pewarna dan selamat untuk sistem septik dan pembentungan.


Dapatkan segera Shaklee Basic H2 Organic Super Cleaning yang menambahkan seri rumah anda!



Sila klik ORDER di sini untuk pembelian produk lain atau hubungi kami seperti di bawah :-



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...