Tuesday, January 9, 2018

DTX Complex - Membantu Hati Untuk Perbaharui, Segar Dan Cergas Semula



Kesihatan Hati - Detox Semula Jadi

Hati yang sihat memainkan peranan yang penting untuk kesejahteraan dan kesihatan anda. Bantu tubuh anda menyingkirkan toksin untuk mengembalikan dan mengekalkan kesihatan hati anda, agar anda berasa lebih sihat

Schizandra chinensis juga dikenali sebagai beri 5 rasa

DTX Complex membekalkan nutrisi untuk menyokong fungsi hati yang sihat menggunakan formulasi herba yang melindungi dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat

Keistimewaan Shaklee

DTX Complex diformulasi khas dengan ekstrak biji milk thistle, cendawan reishi, schizandra chinensis, dandelion, kunyit dan articok yang melindungi  dan merangsang fungsi tubuh untuk mengekalkan hati yang sihat

MAL 07090948TC
# 10330 / 90 kaplet / 30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja, ambil 3 kaplet sehari selepas makan

Kandungan nutrisi dalam DTX Complex


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Ini ialah iklan produk tradisional

KKLIU 0605/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Thursday, December 7, 2017

Peppermint-Ginger Plus - Lega Dan Tenang



Pudina dan Halia digunakan secara tradisional dan turun temurun untuk sensasi menenangkan dan melegakan perut. Ia juga boleh membantu melawaskan penghadaman *

Mentha Piperita - Daun Pudina


Keistimewaan Shaklee

Peppermint-Ginger Plus mengandungi formulasi empat herba termasuk pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk membantu penghadaman dan melegakan kembung perut

MAL 11040031TC
# 10126 / 90 tablet / 30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja, ambil 3 sekali sehari selepas makan

Kandungan nutrisi dalam Peppermint-Ginger Plus


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Ini adalah iklan produk tradisional

KKLIU 0601/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, November 27, 2017

Herb-Lax - Untuk Pelawasan



Kesihatan Penghadaman - Rangkaian kesihatan kami menyokong sistem penghadaman yang sihat, membantu mengembalikan kesimbangan pencernaan semula jadi dan melindungi daripada masalah sembelit

Pemakanan seimbang yang kaya dengan serat, pengambilan air yang banyak dan senaman yang kerap menyumbang kepada pergerakan usus yang sihat. Untuk melegakan masalah sembelit yang kadang kala berlaku, Herb-Lax melegakan masalah sembelit*

Bunga Mallow Biru sebahagian daripada bahan dalam Herb-Lax


Keistimewaan Shaklee

Campuran proprietari Herb-Lax termasuk daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi

- Daun Senna
- Kulit pokok Buckhorn
- Likuoris
- Daun Alfalfa
- Akar Culver
- Jintan Hitam
- Jintan Manis
- Akar Rhubarb
- Bunga Mallow Biru

Merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh

MAL 10080110TC
#11007 / 120 tablet / 30 hidangan

Saranan penggunaan :
Dewasa dan kanak-kanak 12 tahun ke atas : 4 tablet sekali sehari selepas makan
Kanak-kanak bawah 12 tahun : Rujuk doktor anda
Kandungan nutrisi dalam Herb-Lax


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
Ini adalah iklan produk tradisional

KKLIU 0602/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Friday, November 3, 2017

CarotoMax - Membekalkan 6 Karotenoid Penting Daripada Ekstrak Pekat



Perlindungan Antioksidan - Melindungi sel-sel dari dalam

Shaklee memanfaatkan perlindungan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan, sayuran dan tumbuhan lain dengan mengasingkan dan menghasilkan pelbagai bentuk karotenoid semula jadi. Anda sukar memperolehi tahap ketulenan seperti ini hanya daripada makanan.



Purata pengambilan harian karotenoid, lutein, likopena dan beta karotena hanyalah 8mg - CarotoMax menyediakan lebih 13mg karotenoid yang sangat bermanfaat.*


Tahukah Anda?

Jika pemakanan anda tidak mengandungi banyak tomato, lobak merah, dan sayur-sayuran hijau, anda mungkin tidak mendapat nutrien utama yang diketahui dapat membantu melindungi tubuh.



Keistimewaan Shaklee

CarotoMax membekalkan enam karotenoid penting termasuk astaxantin, alfa dan beta karotena, likopena, lutein dan zeaxantin daripada ekstrak pekat.

Membekalkan lebih 13mg karotenoid dalam setiap hidangan. Ia melebihi 1.5x berbanding anggaran purata pengambilan harian.

MAL 11125035NC
#10113/30 kapsul/30 hidangan

Saranan penggunaan : Untuk dewasa sahaja. Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan

Kandungan nutrisi dalam CarotoMax

* Produk-produk ini tidak bertujuan  untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.

KKLIU 0587/2017

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, October 30, 2017

NutriFeron - Formula Eksklusif Berpaten



Perlindungan - Memastikan sistem pertahanan tubuh anda berfungsi dengan baik, selamat dan semula jadi.

NutriFeron adalah sebatian proprietari eksklusif ekstrak 4 tumbuhan yang diperolehi daripada biji labu, bunga Safflower, biji plantago dan bunga Japanese Honeysuckle.*

Salah satu ramuan utama NutriFeron ialah biji labu


Tahukah Anda?

Ahli sains dan pakar perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai komponen utama yang memastikan fungsi sistem imun yang kuat.

Keistimewaan Shaklee

NutriFeron dicipta oleh ahli sains yang menemui interferon, pakar immunologi terkemuka dunia Dr Yasuhiko Kojima, yang menjalankan penyelidikan selama 40 tahun untuk mencari sebatian semula jadi.




Formula eksklusif berpaten ini dicipta untuk meningkatkan tahap interferon secara semula jadi, memberikan sokongan pertahanan dari peringkat sel.

#10250/30 Pek/30 hidangan

Saranan penggunaan : Ambil 1 Pek sehari dalam air panas atau sejuk

Kandungan nutrisi dalam NutriFeron


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, October 2, 2017

Collagen - Merangsang Kulit Yang Kelihatan Muda Dari Dalam Ke Luar



Kecantikan Sihat - Keremajaan Dari Dalam Ke Luar

Shaklee Collagen Powder menyediakan kepada anda 4000mg Kolagen Proprietari RSS - Red Snapper Scale (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.



Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi 7 ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, ekstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6.

Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi.

Pek individu untuk pengambilan segera, bila-bila masa, di mana sahaja.*


Tahukah anda?

Kolagen bertindak seperti "gam" yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit.

Kolagen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.*

Pengeluaran kolagen secara semulajadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah. Tingkatkan kolagen anda sekarang untuk kulit yang kelihatan lebih sihat!

#11000/15 pek/15 hidangan

Saranan penggunaan : Campurkan 1 pek sekali sehari bersama makanan atau minuman kegemaran anda

Kandungan nutrisi dalam Shaklee Collagen Powder


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Klik sini >>> TANYA.WASAP.MY <<< untuk sebarang pertanyaan

Like dan Follow FB : Kedai Vitamin Cheras Kajang

Semoga bermanfaat kepada semua!

Monday, September 25, 2017

Belasungkawa : Al-Fatihah Untuk Allahyarham Abdul Razak bin Hj Md Dahan



Hari ini hari Isnin... 25 September 2017, bermakna genap seminggu arwah abah pergi menemui Yang Maha Pencipta pada hari Isnin 18 September 2017, lebih kurang jam 4.30 petang. Arwah abah meninggal dalam keadaan tidur di keretanya yang diletakkan di Petronas Taman Len Sen Cheras.

Pagi tu arwah abah keluar solat Subuh seperti biasa dan tak pulang ke rumah. Arwah abah dah lama tak pakai handphone untuk dihubungi... masa keluar pagi tu pun tak bawa IC dan dompet sebab nak pergi surau jer...

Arwah abah dan mak semasa menunaikan umrah pada April 2015

Baca : Pengalaman Umrah dengan mak abah

Masa tu pun agak kelam kabut sebab sorang adik admitted kat Hospital Sungai Buloh dan sorang lagi adik baru je dihantar ke bahagian kecemasan di Hospital Serdang dan terus masuk wad. Waktu tengahari mak cakap abah tak balik rumah lagi... pusing pusing kat masjid dan surau-surau tempat abah biasa pergi, tapi tak nampak pun arwah abah ataupun keretanya.

Lepas Asar mak call bagitau ada orang datang rumah cakap arwah abah tak sedar diri dalam kereta. Mula-mula mak tak percaya, tapi bila ditunjukkan gambar kereta arwah abah... ye betul lah tu. Bila sampai rumah mak, tak sempat pun jumpa utusan berita tu kerana beliau ada urusan lain. 

Dari rumah mak terus ke Petronas Len Sen Cheras... jalan agak sesak sebab seberang Petronas ada pasar lambak Len Sen. Agak terkejut sebab nampak trak polis, dan lilitan kuning di sekeliling kawasan kereta arwah abah. Terus ke kereta arwah abah nampak arwah abah dah dibaringkan dengan mukanya ditutup... secara spontan terus kejut abah sebab disangkakan abah masih tidur.

Petronas Taman Len Sen, Cheras

Pihak polis maklumkan arwah abah dah takde kira-kira sejam yang lalu... dan hadir cuma untuk cam jenazah sahaja... Alfatihah.... untuk Allahyarham Abdul Razak bin Hj Md Dahan. Rupa-rupanya adik sorang lagi dah dimaklumkan tentang pemergian arwah abah melalui panggilan telefon... adik pun ingatkan panggilan tu main-main. Pihak polis dapat nombor telefon adik daripada no ic adik yang ada dalam kereta arwah abah.

Seorang anggota polis berbangsa Sikh dan berpangkat Sarjan bagitau bahawa jenazah arwah abah akan dibawa ke HUKM Cheras dan minta supaya dokumen pengenalan diri dan rekod kesihatan abah dibawa ke HUKM Cheras. Jenazah arwah abah dibawa ke HUKM Cheras dengan trak polis. Dalam perjalanan balik ke rumah, adik yang dapat panggilan polis pun tiba... dan juga poksu (adik abah) yang baru pulang dari kerja.

Lepas dapatkan dokumen arwah abah di rumah, terus ke HUKM Cheras. Imam yang akan uruskan jenazah arwah abah, akan hadir selepas Isyak. Poksu dan adik dah pergi balai untuk buat report dan juga permit kubur.

Kaunter Bilik Jenazah HUKM Cheras
Sumber : Forensic Pathology

Imam dan pembantunya pun sampai... begitu juga ada beberapa orang rakan yang hadir ziarah di bilik mayat HUKM Cheras. Imam ajak mandikan jenazah arwah abah sama-sama... satu pengalaman yang cukup menginsafkan. Imam juga request untuk dibawakan jubah dan kain serban yang baru untuk dipakaikan dan dikafankan bersama dengan arwah abah sebab arwah abah meninggal dalam keadaan pakaian begitu... Mujur adik ipar ada di rumah, dan datang ke bilik mayat membawa jubah dan serban arwah abah.

Selepas dapat permit kubur, barulah jenazah arwah abah dilepaskan dari HUKM Cheras dan dibawa ke rumah. Adik-adik yang masuk wad pun dah dapat pelepasan untuk pulang oleh pihak hospital. Adik yang kerja di Penggerang, Kota Tinggi awal pagi besoknya akan sampai. Jiran-jiran dan saudara mara juga dah sampai di rumah untuk sama-sama sedekahkan Yaasin untuk arwah abah.

Pagi besoknya pukul 10 pagi, jenazah arwah abah dibawa ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn Cheras untuk solat jenazah dengan bantuan Biro Khairat Kematian Bandar Tun Hussein Onn. Ramai kenalan dan jemaah yang hadir di sini memberikan penghormatan terakhir.

Solat Jenazah di Masjid Bandar Tun Hussein Onn Cheras

Selesai solat jenazah, arwah abah dibawa ke tanah perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn atau dikenali sebagai Suakekal Bandar Tun Hussein Onn untuk disemadikan. Alhamdulillah... syukur pada Allah swt kerana dipermudahkan semua urusan.

Pusara arwah abah

Setiap hari... setiap masa dan setiap keadaan, ada sahaja orang di sekeliling kita yang pergi buat selama-lamanya meninggalkan dunia yang sementara ini. Semoga kita semua mengakhiri hayat kita dengan Husnul Khatimah ataupun "pengakhiran yang baik"

Sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Abdul Razak bin Hj Md Dahan





Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...