Thursday, January 28, 2016

Kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2016 - JDT Hanya Bermimpi?



Pada 21 November 2015 yang lalu... pasukan dari China, Guangzhou Evergrande Tabao baru saja ditabalkan sebagai juara Asia apabila menewaskan pasukan Al-Ahli (UAE) dengan agregat 1-0 pada perlawanan akhir. Ini adalah kejuaraan ke-2 Guangzhou Evergrande Tabao setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2013.

Baca : Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Asia 2015

Pemenang Juara Liga Asia 2015 - Guangzhou Evergrande Tabao

Tak lama lagi bermulalah pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2016 pula dimana hanya JDT yang layak untuk memasuki pusingan ini. Berbeza dengan tahun lepas, kali ni JDT terus ke pusingan ke-2 kelayakan tanpa melalui pusingan pertama. Ini disebabkan Myanmar (Yangon United) dan Malaysia (JDT) mengisi slot kekosongan yang ditinggalkan oleh Indonesia akibat digantung oleh FIFA.

Baca : Kelayakan Liga Juara-Juara Asia 2015


Pusingan Awal Pertama Liga Juara Asia 2016

Jadi hanya pasukan dari ranking yang lebih rendah iaitu Mohun Bagan sebagai juara Liga India dan Tampines Rovers naib juara Liga Singapura saja yang akan melalui pusingan pertama kelayakan Liga Juara Asia 2016 pada 27 Januari 2016 dimana pemenang akan bertemu dengan pasukan tempat ke-3 Liga China iaitu Shandong Luneng. Mohun Bagan dari India telah mengejutkan Tampines Rovers dari Singapura dengan jaringan 3-1.


Pusingan Awal Kedua Liga Juara Asia 2016

JDT yang tampil sebagai juara Liga Malaysia harus menewaskan pasukan Muangthong United, naib juara Liga Thailand yang membuat penampilan ke-5 dalam kempen Liga Juara Asia dan seterusnya menewaskan Shanghai SIPG yang merupakan naib juara Liga China. Ini merupakan penampilan sulong Shanghai SIPG dalam kempen Liga Juara Asia.


Pusingan Awal Kedua ni dijadualkan berlangsung pada 2 Februari 2016. Selain daripada pertembungan JDT dan Muangthong United di Thailand, ada 3 perlawanan lagi yang berlangsung serentak iaitu Kitchee (Hong Kong) akan bertandang ke Vietnam menentang Ha Noi T&T, Yangon United (Myanmar) akan ke Thailand menentang Chonburi FC dan Mohun Bagan (India) akan ke China menentang Shandong Luneng Taishan.

Sekiranya JDT berjaya melepasi kesemua pusingan kelayakan, JDT akan bermain dalam kumpulan G bersama-sama dengan juara berganda Australia, Melbourne Victory, Gamba Osaka sebagai juara Piala Emperor Jepun dan naib juara Liga Jepun serta naib juara Liga Korea, Suwon Samsung Bluewings. Sepakmula peringkat kumpulan ini bermula pada 24 Februari 2016.

Tetapi jika JDT terkandas dalam mana-mana pusingan kelayakan, JDT akan mempertahankan Piala AFC 2015 yang telah dimenangi mereka dan akan bermain dalam kumpulan H bersama-sama dengan naib juara Liga India, Bengaluru FC, juara Liga Laos, Lao Toyota FC dan juara Piala Aung San Myanmar, Ayeyawady United juga akan bermula pada 24 Februari 2016.


Siapa Muangthong United?

Cabaran JDT bermula pada 2 Februari 2016 apabila bertandang ke kandang Muangthong United di kawasan Nonthaburi, Bangkok Thailand. Tidak ramai pemain kebangsaan Thailand dalam pasukan ini, namun tonggak import mereka adalah tunjang utama Muangthong United.

Benteng gol mereka dikawal oleh penjaga gol utama Thailand, Kawin Thamsatchanan. Bahagian serangan pula amat berbisa dengan kehadiran bintang Thailand yang pernah berkelana di Manchester City, Switzerland dan Sepanyol iaitu Teerasil Dangda. Selain itu, penyerang import dari Brazil Cleiton Silva pula sangat klinikal dan prolifik.

Teerasil Dangda bermain untuk pasukan Almeria, Sepanyol secara pinjaman baru-baru ini

Tiada lagi bintang import Korea Selatan dalam skuad Muangthong United kali ini yang pernah bermain dengan gergasi Rusia, Zenit St Petersburg yang telah dilepaskan bersama-sama dengan bekas pemain kebangsaan Macedonia, Mario Gjurovski.

Tinggal kenangan - Kim Dong Jin pernah bersama-sama dengan Martin Skrtel dan Andrei Arshavin

Bekas pertahanan remaja Jepun Naoki Aoyama juga mengemudi benteng pertahanan Muangthong United. Bahagian tengah pasukan ini pula dijana oleh ketua pasukan berpengalaman mereka, Datsakorn Thonglao.

Muangthong United memperkuatkan skuad mereka kali ini dengan kehadiran 2 orang pemain import Brazil yang baru iaitu bekas pertahanan remaja Brazil, Fabricio Silva Dornellas dan juga penyerang Junior Negao.


Siapa Shanghai SIPG?

Perkataan SIPG ni datang dari penaja kelab ini iaitu Shanghai International Port (Group). Dahulunya pasukan ni dikenali dengan nama Shanghai Dongya, Shanghai East Asia dan Shanghai Tellace. Sejak dinaikkan ke Liga Super China pada tahun 2013, kualiti Shanghai SIPG semakin meningkat dan menjadi naib juara Liga Super China pada tahun 2015 di belakang juara Asia, Guangzhou Evergrande Tabao.

Dibimbing oleh jurulatih berpengalaman Sven Goran Eriksson, Shanghai SIPG tidak mempunyai ramai pemai kebangsaan China dalam pasukan mereka. Pemain tempatan yang berpengalaman ialah Sun Xiang yang pernah beraksi dengan PSV Eindhoven dan Yu Hai yang pernah beraksi dengan Vitesse Arnhem.

Sun Xiang dan Philip Cocu dalam skuad PSV Eindhoven suatu ketika dahulu

Tonggak import yang berprofil tinggi ialah Asamoah Gyan (Ghana) yang dikatakan mendapat bayaran tinggi di sini melebihi Yaya Toure di Manchester City! Kehadiran Elkeson (Brazil) sebagai pemain import baru Shanghai SIPG dari Juara Asia Guangzhou Evergrande juga menunjukkan kesungguhan Shanghai SIPG dalam kempen kali ini.

Setelah bantu Guangzhou Evergrande jadi juara Asia musim lepas,
kini Elkeson akan membantu pasukan barunya, Shanghai SIPG pula

Selain itu pertahanan Korea Selatan, Kim Ju-young mengawal benteng Shanghai SIPG selain daripada Dario Conca (Argentina) yang kreatif menggerakkan jentera tengah Shanghai SIPG serta pemain sayap muda dari Ivory Coast, Jean Evrard Kouassi yang menyerang dari bahagian tepi.


Sepertimana musim lepas, JDT sangat optimis untuk melepasi pusingan kelayakan dan terus mara ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2016. Bezanya kali ni JDT di bawah kendalian Mario Gomez yang lebih taktikal dan menerapkan permainan yang lebih kompak berbanding Bojan Hodak.

Sekiranya benar JDT mampu melepasi semua pusingan kelayakan, maka satu lagi sejarah akan tercipta dalam bolasepak Malaysia. Selamat maju jaya JDT!!!




Thursday, January 21, 2016

Piala Asia Bawah 23 Tahun 2016 : Kelayakan Bolasepak Sukan Olimpik 2016 Bermula Di Sini



Sejak 12 haribulan sampailah 30 Januari 2016 sedang berlangsungnya kejohanan bolasepak bawah 23 tahun yang diadakan di Qatar. Kejohanan tahun 2016 ini adalah edisi ke-2 kejohanan dimana dalam edisi pertama 3 tahun lepas yang diadakan di Oman, Iraq muncul juara setelah menewaskan Arab Saudi 1-0 pada perlawanan akhir.

Iraq - juara Piala Asia bawah 22 tahun yang pertama pada tahun 2013

Piala Asia Bawah 23 Tahun ini juga bertindak sebagai kelayakan bolasepak sukan Olimpik. Tiga pasukan terbaik dalam kejohanan kali ini akan layak ke sukan Olimpik 2016 yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil sebagai wakil dari Asia. Pada sukan Olimpik 2012, Korea Selatan, Jepun dan UAE adalah wakil dari Asia.

Seperti biasa pasukan Malaysia tiada di sini sebab telah tersingkir pada pusingan kelayakan tempoh hari pada bulan Mac 2015 di Kuala Lumpur 0-1 dengan Jepun dan 1-2 dengan Vietnam. Seandainya, pada masa tu Malaysia mampu menewasan Vietnam, sudah pasti Malaysia ada di Qatar sekarang, sekumpulan dengan Jordan, UAE dan Australia.

Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam di Shah Alam

Tamat sudah perlawanan peringkat kumpulan dan 8 pasukan telah layak ke suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun 2016 ini. Jepun adalah pasukan pertama yang mengesahkan kelayakan ke peringkat suku akhir :-

Jepun

Jepun layak lebih awal setelah menewaskan Korea Utara 1-0 dan membelasah Thailand 4-0. Jentera serangan Jepun yang diketuai Yuya Kubo iaitu penyerang kelab BSC Young Boys (Switzerland) sangat berbahaya. Selain itu, Musashi Suzuki (Albirex Niigata) dan juga Takumi Minamino (FC Red Bull Salzburg) membantu di bahagian serangan.

Takumi Minamino beraksi dalam liga Austria

Jepun dijadualkan bertemu dengan Iran dalam suku akhir Piala Asia Bawah 23 Tahun 2016 ini merangkap kepada kelayakan Sukan Olimpik Rio 2016 pada 22 Januari 2016.


Korea Selatan

Kekuatan Korea Selatan ialah kemampuan pemain tengah dan sayap mereka untuk menjaringkan gol. Itu yang telah dibuktikan oleh Moon Chang Jin (Pohang Steelers) dan Kwon Chang Hoon (Suwon Samsung Bluewings).

Moon Chang Jin memintas pemain Uzbekistan

Selain itu pengalaman pemain yang berkelana di Eropah seperti pemain sayap Ryu Seung Woo (Bayer Leverkusen) dan juga penyerang Hwang Hee Chan (FC Red Bull Salzburg) juga akan membantu kepada kejayaan Korea Selatan.

Korea Selatan akan menentang Jordan di peringkat suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 23 Januari 2016.


Iraq

Kekuatan juara bertahan ini juga bergantung kepada pemain tengah mereka seperti Mahdi Kamil dan Humam Tariq. Hampir kesemua pemain Iraq beraksi dalam liga tempatan mereka dan juga di Arab Saudi.

Mahdi Kamil melepaskan diri dari kawalan pemain Korea Selatan

Walaupun tanpa kelibat pemain yang menimba pengalaman di Eropah, Iraq sering kali membuat kejutan dalam mana-mana kejohanan di peringkat Asia

Iraq menanti cabaran UAE dalam suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 23 Januari 2016.


Qatar

Qatar cemerlang dalam peringkat kumpulan apabila menang semua perlawanan termasuklah menyingkirkan cabaran terkuat mereka Iran dengan jaringan 2-1 tempoh hari. 50% skuad Qatar kali ini mempunyai pemain-pemain yang menimba pengalaman di Eropah seperti Belgium, Sepanyol dan Austria termasuklah kapten pasukan Ahmed Moein Doozandeh.

Ahmed Moein Doozandeh disekat pemain China

Pemain-pemain yang beraksi dalam liga tempatan tidak kurang hebatnya seperti penyerang Ahmed Alaaeldin Abdelmotaal (Al-Rayyan) dan pertahanan Abdelkarim Hassan Fadlalla (Al-Sadd). Sudah pasti sebagai tuan rumah, Qatar ingin menjulang trofi ini di gelanggang sendiri

Qatar menanti cabaran getir Korea Utara di suku akhir yang dijadualkan berlangsung pada 22 Januari 2016.


Iran

Tanpa kelibat bintang sensasi mereka Sardar Azmoun yang tidak dapat pelepasan daripada kelabnya FC Rostov di Rusia, Iran meletakkan sandaran kepada penyerang Amir Motahhari. Pemain sayap yang beraksi di kelab Belanda AZ Alkmaar, Alireza Jahanbakhsh Jorandeh juga tidak mendapat pelepasan untuk beraksi dalam kejohanan kali ini. Nasib serupa juga menimpa bekas pemain remaja Ateltico Madrid, Saeid Ezatolahi Afagh yang tidak dilepaskan oleh FC Rostov.


Namun, tanpa bintang-bintang yang disebutkan Iran masih kompetitif dan sentiasa mencabar kepada kejuaraan dalam mana-mana pertandingan bolasepak.

Iran dijadualkan menentang Jepun di suku akhir pada 22 Januari 2016.


Korea Utara

Saingan sengit dalam kumpulan B menyaksikan akhirnya Korea Utara layak ke suku akhir berdasarkan "tiebreakers". Korea Utara, Arab Saudi dan Thailand terikat dengan 2 mata. Perbezaan jaringan Korea Utara dan Arab Saudi lebih baik dari Thailand. Jumlah jaringan dan bolos yang sama antara Korea Utara dan Arab Saudi menyebabkan satu lagi syarat jadi penentu iaitu siapa paling kurang kad kuning menyaksikan Korea Utara layak ke suku akhir.

Jang Kuk Chol (kanan) mengasak pemain Jepun

Tidak banyak yang diketahui berkenaan dengan kekuatan Korea Utara ini. Pemain-pemain yang dikenalpasti bakal mencuri tumpuan ialah pertahanan kental, Jang Kuk Chol dan juga pemain tengah Yun Il Gwang.

Korea Utara berhadapan dengan cabaran getir di suku akhir apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan tuan rumah Qatar pada 22 Januari 2016


UAE

Tidak seperti pasukan senior mereka, skuad UAE bawah 23 tahun tidak ramai yang menonjol. Antara pemain yang dijangka menyinar ialah pemain tengah Ahmed Barman Ali (Al Ain) dan juga kapten pasukan Abdulla Ali.

Ahmed Barman Ali (tengah) diasak pemain Jordan

UAE akan bertemu juara bertahan Iraq di suku akhir yang dijadualkan pada 23 Januari 2016

Jordan

Seperti UAE, skuad Jordan juga tidak ramai yang menonjol. Diketuai kapten pasukan Raja'i Ayed Fadel Hassan (Al-Wehdat) yang pernah beraksi dengan skuad senior Jordan.

Kapten pasukan Jordan cuba mengekang bintang Australia Mustafa Amini

Skuad Jordan juga tiada penyerang tulen dalam kejohanan kali ini, sebaliknya mereka menurunkan pemain sayap atau tengah yang mempu menjadi penyerang. Penyerang terbanyak Jordan setakat ini ialah pemain keturunan Palestin, Baha' Faisal Abu Seif (Al-Wahdat)


Mana-mana pasukan yang layak ke sukan Olimpik Rio 2016 yang dijadualkan pada bulan Ogos 2016 nanti seharusnya mempamerkan mutu persembahan yang tinggi untuk membuktikan bahawa pasukan dari Asia bukan lagi pasukan belasahan. 

Pencapaian Korea Selatan dan Jepun di sukan Olimpik 2012 United Kingdom sangat membanggakan. Korea Selatan tewas kepada Brazil 0-3 manakala Jepun tewas 1-3 kepada Mexico di peringkat separuh akhir. Dalam penentuan tempat ke-3 dan ke-4 pula, Korea Selatan mengejutkan Jepun apabila Korea Selatan menang 2-0 untuk menggondol pingat gangsa.



Friday, January 15, 2016

Ahlan Wa Sahlan Ya Mohamed Elneny!



Kalau tahun lepas, Arsenal beli Gabriel dari Villareal masa tingkap perpindahan Januari untuk cover bahagian pertahanan yang semakin merapuh. Kali ni, Arsenal beli Mohamed Elneny, pemain Mesir yang sebelum ni beraksi di Switzerland dengan kelab FC Basel dengan yuran perpindahan antara 5 juta pound hingga 7.4 juta pound.


Mohamed Elneny atau nama penuhnya "Mohamed Naser Elsayed Elneny" bermain di posisi tengah bertahan, dijangka mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Mikel Arteta yang semakin merosot persembahannya. Posisi ini nampaknya akan dipegang oleh pemain yang semakin meningkat naik, Francis Coquelin yang kini dihimpit dengan kecederaan serius.

Cari Rumah/Apartment Cantik Untuk Disewa Di Mesir

Ahlan Wasahlan dan selamat datang ke Arsenal!

Selama ini, Arsenal akan menggunakan Santi Cazorla atau Aaron Ramsey di posisi ini, namun kedua-dua pemain ini mempunyai potensi menyerang yang lebih baik daripada potensi bertahan. Dengan susuk badan yang tegap, Mohamed Elneny dijangka mampu menyaingi corak permainan fizikal dalam Liga Perdana Inggeris sesuatu yang sukar dilakukan oleh Coquelin, Ramsey, Carzola mahupun Arteta.

Sahabat baik Mohamed Elneny telah terlebih dahulu ke England bersama Chelsea iaitu Mohamed Salah. Kini Mohamed Salah dipinjamkan ke kelab Itali, AS Roma dari Chelsea. Mohamed Elneny masih berusia 23 tahun setahun lebih muda dari Coquelin dan masih banyak yang boleh diharapkan oleh Arsenal daripada Elneny.

Mohamed Elneny (kanan) bersama sahabat baiknya Mohamed Salah ketika ziarah Masjid Al-Aqsa

Antara sebab Arsenal membeli Mohamed Elneny ialah kerana dia mempunyai mentaliti seorang juara kerana telah banyak kali mengecapi kejuaraan bersama FC Basel di Switzerland. Mohamed Elneny juga mempunyai pengalaman luas beraksi di kancah Eropah samada dalam Champions League ataupun UEFA Cup.

Selain itu, Mohamed Elneny juga dilabelkan sebagai "tireless midfielder" serta mampu mebuat hantaran dan passing yang baik. Mengikut rekod Mohamed Elneny juga jarang cedera dan mempunyai tahap kesihatan yang baik.

Mohamed Elneny bukanlah pemain Mesir pertama yang bermain untuk Arsenal. Pada tahun 1920-an, seorang pemain Mesir bernama Sedak Fahmy (dikenali dengan panggilan Abdul) bermain dengan pasukan simpanan Arsenal di posisi sayap kiri. Kemudian pada tahun 2002, Arsenal membeli Rami Shaaban penjaga gol Sweden yang mempunyai bapa warganegara Mesir. Kemudian pada tahun 2004, pemain pertahanan kanan Ahmed Fathy pernah bermain untuk Arsenal dalam beberapa siri perlawanan persahabatan tetapi gagal untuk mendapatkan kontrak bersama Arsenal.

Mohamed Elneny ketika FC Basel menentang Real Madrid

Semoga reputasi dan statistik cemerlang Mohamed Elneny selama ini akan diterjemahkan di atas padang dan membantu Arsenal untuk muncul sebagai juara pada musim ini.

Cari Rumah/Apartment Cantik Untuk Disewa Di Mesir


Ahlan Wasahlan Ya Mohamed Elneny!

COYG!




Tuesday, January 12, 2016

Kenali Sumber Protein Bukan Haiwan Terbaik Untuk Kesihatan Kita Sekeluarga



Antara sumber makanan yang berkhasiat, tetapi pada masa yang sama kita perlu mengambil langkah berhati-hati sebelum mengambilnya ialah Soya dan Jagung. Kedua-dua Soya dan Jagung ini mempunyai baka yang telah diubah genetiknya atau dikenali sebagai GMO yang melambak dan berleluasa di pasaran.

Jagung GMO

Soya GMO

Terdapat banyak keburukan apabila kita mengambil sumber Soya dan Jagung GMO. Penyakit Kanser adalah antara kesan buruk jika kita menggunakan sumber Soya dan Jagung GMO. Sebab itu adalah sangat... sangat penting untuk kita memastikan bahawa sumber makanan yang kita ambil adalah bukan GMO!

Sebab itulah Shaklee menggunakan kacang soya bukan GMO sebagai bahan utama dalam Protein Soya untuk kesihatan kita sekeluarga.




Protein Soya keluaran Shaklee sangat berbeza dengan Protein Soya lain yang berada di pasaran seperti berikut :-

  • Shaklee adalah syarikat pertama menghasilkan makanan tambahan protein berasaskan soya dan juga formula pengasingan protein (isolated) yang pertama
  • Menggunakan kacang soya non-GMO sahaja
  • Diproses pada kadar suhu yang rendah
  • Satu tin ESP dihasilkan daripada 30kg kacang soya
  • Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
  • Kandungan Indeks Glisemik (G.I.) yang rendah iaitu 39 - sesuai untuk penghidap kencing manis
  • membekalkan tenaga segera yang tahan lebih lama
  • Semasa diproses, kacang soya dicuci dengan air dan bukannya alkohol untuk mengekalkan Isoflavones genistein dan daidzein yang penting untuk kesihatan


Makanan yang mempunyai G.I. yang TINGGI akan membekalkan tenaga dengan sangat banyak pada mulanya, tetapi akhirnya tenaga akan merosot dengan mendadak
Makanan yang mempunyai G.I. yang RENDAH akan membekalkan tenaga yang berterusan dan berpanjangan


Kenapa Protein Soya?

Protein Soya dikenali sebagai "Protein yang lengkap" kerana membekalkan semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Protein Soya juga adalah sumber protein bukan haiwan yang terbaik. Protein Soya juga hampir tiada kandungan lemak dan kolesterol di dalamnya. Protein Soya juga mempunyai kandungan protein yang sangat banyak untuk setiap hidangan.





Manfaat Utama Shaklee ESP Kepada Kita Sekeluarga

  1. Awet Muda - Asid Amino membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar dan lain-lain. Pengambilan Asid Amino yang kerap adalah kunci kepada awet muda
  2. Baik Untuk Hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan Isoflavones. Isofalvones membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung
  3. Baik Untuk Prostat - Genistein membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Genistein memusnahkan radikal bebas dalam sel. Genistein bagus untuk pemulihan ovari, uterus, menopaus dan pembesaran prostat.
  4. Kulit Remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, ejen anti penuaan, mengurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
  5. Pembekal Tenaga - memperbaiki sistem imun dan membekalkan tenaga. Baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  6. Membaiki Pigmentasi - membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. Membaiki masalah rambut beruban dan rambut gugur
  7. Membaiki Memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan


Apa Yang Kita Boleh Buat Dengan ESP?

Kalau dah ada ESP macam-macam kita boleh buat dengan ESP. Nak tau lebih lanjut, klik jer link-link kat bawah ni....

a) Resepi ESP Shaklee yang patut anda cuba

b) Mengapa saya jatuh cinta dengan ESP?

c) ESP Shaklee memang istimewa

d) ESP : Membantu mencantikkan kulit dan memekatkan susu ibu

e) Tips mengepam dan menyimpan stok susu di bulan puasa

f) Apakah Set Penyusuan yang sesuai untuk saya?


Kesimpulannya ialah ESP Shaklee ni sangat best, sangat berkesan, sangat membantu kesihatan keluarga, sangat berguna dan banyak lagi. Kalau tak percaya... anda cubalah sendiri, barulah anda tahu bagaimana kehidupan anda sekeluarga akan berubah hanya dengan ESP... Insya Allah!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================

# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my





Tuesday, January 5, 2016

Gastrik oh Gastrik!



Semua orang pernah Sakit Perut. Masa Sakit Perut kita dah boleh bezakan Sakit Perut tu disebabkan salah makan ke, tak makan langsung ke atau masuk angin. Bisa dan pedih masa Sakit Perut pun berbeza-beza mengikut jenis Sakit Perut. Salah satu jenis Sakit Perut ialah Gastrik.


Gastrik atau juga dipanggil Gastritis dalam bahasa perubatan ialah sejenis keradangan yang berlaku pada lapisan perut. Gastrik boleh berlaku secara tiba-tiba dan dalam jangka masa pendek (acute) ataupun berlaku secara berperingkat dan dalam jangka masa panjang (chronic).

Lapisan perut mempunyai sel yang berfungsi untuk mengeluarkan asid dan enzim yang berperanan untuk mencernakan makanan. Selain itu, mukus tertentu juga dirembeskan untuk melindungi lapisan perut. Apabila keradangan berlaku, maka lapisan perut akan terhakis menyebabkan luka-luka kecil. Sebab itulah perut orang Gastrik akan rasa pedih-pedih.

Asid Perut ini sangat kuat sehingga mampu untuk menghakis kulit manusia!

Gastrik dan Pedih Ulu Hati juga tidak boleh dipisahkan. Pedih Ulu Hati juga adalah disebabkan oleh Asid Perut. Ini disebabkan oleh otot yang mengawal daripada Asid Perut masuk ke esofagus gagal berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan refluks dan rasa terbakar dan pedih.



Sengsara Gastrik Kronik 10 Tahun Terubat Secara Tak Sengaja? Biar Betul... from iReach HD on Vimeo.


Sudah pasti mereka yang kena Gastrik Kronik adalah orang yang paling menderita. Punyalah sengsaranya Sakit Gastrik yang kronik ni sampai kadang-kadang badan boleh mengerekot dan membongkok jadi macam "udang" atau "ulat gonggok" dan ada juga mereka yang tak mampu dan tak berdaya nak bangun disebabkan Sakit Gastrik yang kronik.

Sebab itu kami sangat... sangat mencadangkan agar anda yang mengalami kesengsaraan menghadapi derita Gastrik ini mencuba Set Gastrik yang mengandungi ESP, Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus.

Penawar Gastrik Alaf Baru!

ESP - merupakan protein tumbuhan yang lengkap, rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino yang penting. Asid amino ini membantu membina semula lapisan perut yang telah dihakis oleh asid perut. Kandungan alkali yang tinggi dalam ESP juga membantu meneutralkan semula perut daripada keadaan asid.

Ostematrix - mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D. Sangat membantu dalam meneutralkan asid yang masuk dalam perut melalui esofagus yang telah menyebabkan Pedih Ulu Hati.

Peppermint Ginger Plus - terbukti secara klinikal membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan membuang angin dalam badan.


Selain daripada Set Gastrik ini, anda boleh juga mengambil B-Complex sebagai tambahan. Mengapa??? Tahukah anda, Sakit Gastrik juga boleh terjadi akibat daripada sebarang jenis tekanan (tekanan kerja dan tekanan hidup), pengambilan alkohol serta ubat-ubatan atau preskripsi. Faktor-faktor ini menyebabkan nutrisi Vitamin B dalam tubuh kita telah berkurangan.

B-Complex terbaik di pasaran!

Baca : Tips Memilih Vitamin B-Complex Terbaik Yang Mematuhi RDA


Oohh ye.... anda juga akan mendapat penjimatan jika membeli B-Complex pada bulan Julai 2015 sempena promosi beli 3 percuma 1! Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut....


Telah ramai yang mencuba dan berpuashati dengan Set Gastrik ini :-




Selamat mencuba!!!


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================


# Artikel ini telah diubah dan diterbitkan semula dengan kebenaran daripada www.sweetbonda.my




Wednesday, December 30, 2015

Kejohanan Bolasepak Piala Asia Selatan 2015 - Afghanistan mula mencabar kehebatan India



Sekarang ni tengah berlangsung kejohanan bolasepak Asia Selatan 2015 yang diadakan di India dari 23 Disember 2015 hinggalah 3 Januari 2016. Kejohanan bolasepak Asia Selatan 2015 juga dikenali dengan nama SAFF Suzuki Cup 2015. Kejohanan ini diadakan 2 tahun sekali dimana pada edisi lepas tahun 2013 Afghanistan muncul juara setelah menewaskan India dengan 2-0.

Afghanistan - Juara Bolasepak Asia Selatan 2013

Secara keseluruhannya India adalah jagoan Asia Selatan dan merupakan pasukan paling berjaya di rantau Asia Selatan dengan 6 kejuaraan yang telah dimenangi oleh India. Pasukan-pasukan lain hanya sekali jer menjadi juara seperti Sri Lanka, Bangladesh, Maldives dan Afghanistan.

Ramai yang menyangkakan Pakistan menarik diri dari kejohanan SAFF Suzuki Cup 2015 ni disebabkan ketegangan politik antara India dan Pakistan yang masih bertelagah berkenaan garisan sempadan kedua-dua negara itu. Namun pada hakikatnya terdapat masalah dalaman dan kemelut dalam Persatuan Bolasepak Pakistan itu sendiri menyebabkan bukan sahaja mereka tarik diri dalam SAFF saja tapi Pakistan juga tarik diri dalam kejohanan AFC.

Selain daripada pasukan-pasukan yang disebutkan di atas, Nepal dan Bhutan juga adalah ahli dalam bolasepak Asia Selatan ini. Tamat peringkat kumpulan dan 4 pasukan telah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2015.


India

Tidak menghadapi masalah untuk layak ke separuh akhir mengatasi Sri Lanka dan Nepal. India dijadualkan menentang Maldives di peringkat separuh akhir.

Penjaga-penjaga gol India nampak handal samada Gurpeet Singh Sandhu yang cemerlang bersama kelab Stabaek yang mendapat tangga ke-3 dalam liga utama Norway ataupun Subrata Paul yang pernah bermain dengan kelab FC Vestsjaelland dalam liga utama Denmark pada tahun 2014.

Gurpeet Singh Sandhu beraksi bersama pasukan Stabaek

Bekas pemain Sporting Lisbon B, Sunnil Chhetri menerajui pasukan India sebagai kapten dengan dibantu oleh beberapa orang pemain berpengalaman yang lain. Pemain muda India yang perlu diberi perhatian ialah pemain berusia 18 tahun, Lallianzuala Chhangte


Maldives

Layak ke separuh akhir di belakang juara bertahan Afghanistan. Maldives akan menentang India dalam perlawanan separuh akhir.

Penyerang sensasi Ali Ashfaq merupakan ketua pasukan dan bermain dalam liga Malaysia bersama PDRM. Seorang lagi pemain Maldives yang bermain di luar ialah Mohamed Arif yang bermain dalam liga Myanmar bersama Kanbawza.

Naaiz Hassan menjaringkan gol ketika menewaskan Bangladesh

Setakat ini tidak ramai pemain muda Maldives yang betul-betul berwibawa dan menonjol dalam kejohanan kali ini melainkan pemain muda mereka, Naaiz Hassan yang menjaringkan gol pada saat-saat akhir ketika menewaskan Bangladesh 3-1.


Afghanistan

Layak ke separuh akhir dengan cemerlang mengatasi Maldives, Bangladesh dan Bhutan. Afghanistan akan menanti cabaran Sri Lanka di separuh akhir.

Kebanyakan pemain Afghanistan lahir di Jerman dan juga negara Eropah lain. Pemain yang lahir di Afghanistan pula kebanyakan daripada mereka berpengkalan di liga-liga Eropah seperti di Jerman, Belanda dan negara-negara Scandinavia.

Omid Popalzay (kiri) meraikan gole bersama ketua pasukan Faysal Shayesteh (kanan)

Ketua pasukan Faysal Shayesteh pula bermain dalam liga Thailand bersama Songkhla United FC dan merupakan bekas pemain remaja FC Twente dan SC Henreeven dalam liga utama Belanda. Penyerang Afghanistan, Khaibar Amani muncul penjaring terbanyak setakat ini walaupun banyak bermula dari bangku simpanan. Sementara itu, pemain muda yang perlu diberi perhatian ialah Omid Popalzay yang berpengkalan di liga Belanda.


Sri Lanka

Layak ke separuh akhir di belakang India. Sri Lanka akan berhadapan dengan juara bertahan Afghanistan di peringkat separuh akhir.

Mohamed Rifnas (No 14) menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk menewaskan Nepal

Tidak banyak yang diketahui mengenai pasukan Sri Lanka ini. Satu-satunya pemain Sri Lanka yang telah menjaringkan gol dalam kejohanan ini ialah pemain muda mereka yang berusia 20 tahun Mohamed Rifnas


Di kawasan Asia Selatan, sukan bolasepak tidaklah semeriah sukan kriket. Teringat masa zaman belajar dulu, student foreigner dari Asia Selatan sanggup kongsi-kongsi duit sesama mereka dan bayar kat owner cafe untuk beli channel sukan Astro yang mahal tu sebab nak tengok world cup kriket.

Sebab tu tak hairanlah kalau stadium bolasepak pun tak penuh walaupun SAFF Suzuki Cup ni adalah antara sukan bolasepak yang terbesar di rantau Asia Selatan. Mampukah Afghanistan mengekalkan kejuaraan atau India akan terus digelar jagoan Asia Selatan?



Friday, December 25, 2015

Bekas Pemain Import Yang Menyinar Setelah Keluar Dari Liga Malaysia



Tak lama lagi Liga Malaysia musim 2016 akan bermula. Sekarang ni tengah sibuk pasukan-pasukan mencari pemain baru ataupun pemain-pemain sedang mencari pasukan baru untuk musim 2016. Selain tu, ada beberapa pasukan yang masih lagi belum mengisi kuota pemain import mereka untuk musim 2016.

Apa yang best dalam Liga Malaysia ni ialah kualiti pemain import yang dipilih semakin lama semakin baik. Kalau ada pemain import yang tak bagus pun, halfway dapat dikesan... pastu ganti dengan pemain import baru yang lebih bagus dan ok.

Tapi ada jugak pemain import yang tak ok... lepas tu prestasi diorang semakin baik kat tempat lain. Maksudnya bila diorang keluar dari Liga Malaysia, diorang boleh perform. Diorang perform bukan sebarang perform.... tapi diorang perform kat beberapa kelab dalam Liga Eropah atau Liga Amerika Selatan.

Kat sini ada beberapa orang bekas pemain import dari Liga Malaysia yang semakin menyinar di Liga bolasepak negara lain :-


Nama : Mickael Antoine-Curier
Umur : 32 tahun
Asal : Perancis
Warganegara : Guadeloupe
Posisi : Penyerang
Kelab Liga M : Felda United
Kelab Terakhir : Dunfermline Athletic (Scotland)

Bekas pemain import Felda United ini memulakan kariernya di Liga Perancis bersama Paris St Germain dan Nice. Penyerang ini berpengalaman luas dalam Liga Inggeris, Liga Norway dan Liga Scotland. Mickael Antoine-Curier hanya dapat membantu Felda United menghuni tangga ke-10 liga pada musim 2012.

Mickael Antoine-Curier dan Mohd Nizad Ayub ketika perlawanan menentang Kuala Lumpur

Setelah meninggalkan Felda United, pemain ini telah bermain di FC Atyrau (Kazakhstan), Hamilton Academical (Scotland), Burton Albion (England) dan Dunfermline Athletic (Scotland). 

Setelah cemerlang membantu Hamilton Academical layak ke Liga Perdana Sotland (Divisyen 1) dari Liga Kejuaraan Scotland (Divisyen 2), Mickael Antoine Curier berhijrah ke Burton Albion yang ketika itu di bawah kendalian Jimmy Floyd Hasselbaink walaupun pada masa yang sama mendapat tawaran daripada kelab Cagliari dari Itali.

Mickael Antoine-Curier ketika berkasi untuk Hamilton Academical

Mickael Antoine Curier kembali semula ke Scotland dan bermain untuk pasukan Dunfermline Athletic dalam Divisyen 3 Liga Scotland setelah membantu Burton Albion naik ke Liga Satu England (Divisyen 3) dari Liga Dua England (Divisyen 4).

Nama : Denny Antwi
Umur : 22 tahun
Asal : Ghana
Posisi : Penyerang
Kelab Liga M : Kelantan dan Perlis
Kelab Terakhir : FK Jerv (Norway)

Nama penuh pemain ini ialah Dennis Agyare Antwi telah mewakili Kelantan dan pernah beraksi dalam kempen Piala AFC bersama Kelantan. Namun apabila pihak pengurusan Kelantan memutuskan untuk mengambil Dickson Nwakaeme yang lebih berpengalaman pada tahun 2013, Denny Antwi dan rakannya Emmanuel Okine telah dilepaskan kepada Perlis di Liga Perdana sebagai pemain pinjaman.

Denny Antwi bersama pasukan Kelantan

Denny Antwi (kiri) dipinjamkan ke Perlis

Setelah kontraknya bersama Kelantan ditamatkan, Denny Antwi telah pulang ke negara asalnya Ghana untuk bermain dengan pasukan International Allies FC. Pada tahun 2014, Denny Antwi telah menyertai pasukan divisyen 4 di Sweden iaitu FC Rosengard 1917 dimana Emmanuel Okine telah setahun bermain di situ.

Denny Antwi (tengah) beraksi untuk FK Jerv

Kecemerlangan Denny Antwi terserlah dan dia telah dipancing oleh kelab divisyen 3 di Norway iaitu FK Jerv. Dennis Antwi hampir membantu FK Jerv untuk layak ke divisyen 2 Liga Norway sebelum tewas di perlawanan akhir play-off.

Nama : Emmanuel Okine
Umur : 24 tahun
Asal : Ghana
Posisi : Pertahanan
Kelab Liga M : Kelantan, Kuala Lumpur dan Perlis
Kelab Terakhir : FC Rosengard 1917 (Sweden)

Emmanuel Ayaah Okine dibawa masuk ke Kelantan bersama-sama dengan Denny Antwi. Sebelum dipinjamkan ke Perlis pada tahun 2013, Emmanuel Okine telah dipinjamkan ke Kuala Lumpur di Liga Perdana setelah Kelantan mengambil Obinna Nwaneri sebagai pemain import pada tahun 2012.


Emmanuel Okine beraksi untuk Perlis pada tahun 2013

Apabila kontrak bersama Kelantan tamat, Emmanuel Okine disambar kelab Divisyen 4 Sweden, FC Rosengard 1917 dan bermain dengan kelab itu sehingga sekarang.

Emmanuel Okine (putih) beraksi untuk pasukan FC Rosengard 1917 di Sweden

Nama : Daniel Guiza
Umur : 35 tahun
Asal : Sepanyol
Posisi : Penyerang
Kelab Liga M : JDT
Kelab Terakhir : Cadiz (Sepanyol)

Kemasukan Daniel Guiza dan Pablo Aimar ke dalam JDT pada tahun 2012 telah mencetuskan fenomena baru dalam sukan bolasepak Malaysia. Namun begitu, JDT hanya menggunakan khidmat Guiza selama 6 bulan sahaja secara pinjaman dari kelab Sepanyol Getafe.

Daniel Guiza bersama JDT

Setelah meninggalkan JDT dan dilepaskan oleh Getafe, Daniel Guiza telah disambar oleh juara liga Paraguay iaitu Cerro Porteno selama 2 musim.

Daniel Guiza bersama Cerro Porteno

Pada tahun 2015, Daniel Guiza telah kembali ke Sepanyol dan bermain untuk kelab divisyen 3 Liga Sepanyol iaitu Cadiz.

Daniel Guiza bersama Cadiz

Nama : Arthuro Berndhart
Umur : 33 tahun
Asal : Brazil
Warganegara : Itali
Posisi : Penyerang
Kelab Liga M : Johor FC
Kelab Terakhir : Recreativo Huelva (Sepanyol)

Setelah meninggalkan Johor FC, Arthuro telah kembali ke negara asalnya untuk bermain dalam divisyen 4 Liga Brazil bersama kelab Pelotas. Pada musim 2013-2014, Arthuro telah ke Portugal untuk bermain dengan kelab Uniao Madeira dalam divisyen 2 Liga Portugal. Bekas pemian remaja Hamburg ini muncul penjaring terbanyak kelab itu.

Arthuro ketika bersama Johor FC 
Arthuro menjadi penjaring terbanyak untuk kelab Uniao Madeira

Prestasi cemerlang Arthuro menyebabkan beliau disambar oleh kelab divisyen 1 Liga Portugal iaitu Estoril. Malah, Arthuro juga pernah bermain dalam kejohanan Eropah Piala UEFA untuk kelab Estoril. Arthuro bergelut dengan prestasi sendiri di sini dan hanya mampu membantu Estoril menduduki tempat ke-12 dalam Liga utama Portugal.

Arthuro (kiri) cuba menyekat kemaraan Georginio Wijnaldum dari PSV

Kini, Arthuro bermain dalam divisyen 3 Liga Sepanyol bersama kelab Recreativo Huelva.


Nama : Petr Chrappan
Umur : 31 tahun
Asal : Slovakia
Posisi : Pertahanan
Kelab Liga M : Selangor
Kelab Terakhir : 1. FC Saarbucken (Jerman)

Setelah meninggalkan Selangor, Petr Chrappan telah pulang ke negara asalnya dan bermain dengan pasukan FC Vion Zlate Moravce, dimana Irfan Fazail dan Fadhli Shas juga pernah bermain.

Petr Chrappan (tengah) ketika menentang JDT

Kemudian, Petr Chrappan telah berhijrah ke Jerman untuk bermain dengan pasukan divisyen 4, FC Saarbucken.
Petr Chrappan (biru) bersama pasukan FC Saarbucken

Nama : Jose Gomez (Regino)
Umur : 26 tahun
Asal : Sepanyol
Posisi : Pertahanan
Kelab Liga M : Kedah
Kelab Terakhir : Olympiakos Nicosia (Cyprus)

Pemain dari selatan Sepanyol ini pernah bersama dengan pasukan seperti Sevilla dan Betis di Sepanyol.

Aksi Regino ketika perlawanan antara Kedah dan JDT

Setelah kontraknya dengan Kedah tamat, pemain ini berkelana ke Cyprus dan bermain untuk pasukan divisyen 2 Liga Cyprus iaitu Olympiakos Nicosia

Regino menandatangani kontrak bersama Olympiakos Nicosia

Nama : Lawrence Olum
Umur : 31 tahun
Asal : Kenya
Posisi : Tengah Bertahan
Kelab Liga M : Kedah
Kelab Terakhir : Sporting Kansas City (Amerika Syarikat)

Walaupun dilahirkan di Kenya, Lawrence Olum banyak menghabiskan masa dan karier di Amerika Syarikat. Jodoh dengan pasukan Kedah juga tak lama dan beliau telah digantikan dengan bintang Kosovo, Liridon Krisniqi.

Lawrence Olum berentap dengan bintang LA Galaxy dan Amerika Syarikat, Landon Donovan

Setelah tamat kontrak dengan pasukan Kedah, pasukan lamanya Sporting Kansas City telah mengambilnya semula untuk bermain

Nama : Eamon Zayed
Umur : 32 tahun
Asal : Republik Ireland
Warganegara : Libya
Posisi : Penyerang
Kelab Liga M : Sabah
Kelab Terakhir : Indy Eleven (Amerika Syarikat)

Eamon Zayed ialah penjaring terbanyak Sabah musim lepas dengan 10 gol. Namun prestasi Sabah yang pada mulanya agak bagus telah merudum di hujung musim.



Bekas produk akademi Leicester City ini membawa diri ke Amerika Syarikat dan bermain dalam liga NASL (divisyen 2 Amerika Utara) dengan pasukan Indy Eleven.

Nama : Muriel Orlando
Umur : 26 tahun
Asal : Argentina
Posisi : Penyerang
Kelab Liga M : Johor FA
Kelab Terakhir : Copiapo (Chile)

Orlando bersama dengan Johor FA selama 2 musim. Musim 2012 Orlando hanya meledak 7 gol dan diikuti 17 gol (penjaring terbanyak) pada musim 2013.

Orlando dikawal ketat pemain UiTM FC

Setelah meninggalkan Johor FA, Orlando membantu pasukan Leon de Huanaco menduduki tempat ke-7 dalam liga utama bolasepak Peru. Kemudian Orlando berhijrah ke Uruguay untuk bermain dengan pasukan Rampla Juniors dalam Liga utama Uruguay. Orlando tidak bernasib baik dimana pasukannya tersingkir ke divisyen 2.

Orlando (kiri) bersama pasukan barunya, Deportes Copiapo
Kini, Orlando beraksi di Primera B Liga Chile bersama pasukan Deportes Copiapo

Nama : Leonel Nunez
Umur : 31 tahun
Asal : Argentina
Posisi : Penyerang
Kelab Liga M : JDT
Kelab Terakhir : Mushuc Runa (Ecuador)

Walaupun hanya 6 bulan di Malaysia, Leonel Nunez sangat diingati kerana susuk tubuhnya yang agak gempal tidak seperti pemain bolasepak yang lain. Leonel Nunez juga gagal untuk menyaingi kehebatan Daniel Guiza yang digantinya. Leonel Nunez hanya mampu membantu JDT menduduki tempat ke-3 liga pada musim 2013.

Nunez ketika bersama JDT

Selepas meninggalkan JDT, Leonel Nunez berkelana di Greece bersama pasukan OFI Crete FC di Liga Super Greece. Jodohnya di situ tak lama sebab OFI Crete FC menghadapi masalah kewangan sehingga tersingkir ke liga bawahan.

Nunez bersama pasukan barunya Muschuc Runa

Kini, Nunez kembali ke Amerika Selatan dan bermain untuk pasukan Mushuc Runa dalam Seria A Liga Ecuador.


Kebanyakan nama-nama yang disebutkan di atas telah pun berada di puncak karier masing-masing dan akan menggantungkan but mereka pada bila-bila masa. Namun, beberapa orang pemain masih lagi boleh bermain lama seperti Denny Antwi, Emmanuel Okine dan Regino. Persoalannya adakah mereka akan kembali ke Liga M sekali lagi sekiranya ada pasukan dari Malaysia yang membuat tawaran?

Kebanyakan pemain import berprofil tinggi hanya akan mejadikan Liga M sebagai destinasi terakhir mereka sebelum bersara. Namun, pemain-pemain yang disebutkan di atas masih lagi cemerlang dalam karier masing-masing dan prestasi mereka semakin baik setelah keluar dari Liga Malaysia.




Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...