Wednesday, October 21, 2015

Perlawanan Akhir Liga Juara Asia 2015 : Pertembungan Hebat Wakil Asia Barat Dan Wakil Asia Timur



Baru sebentar tadi tamat perlawanan separuh akhir Liga Juara Asia 2015 antara Guangzhou Evergrande Tabao (China) dan Gamba Osaka (Jepun) dengan keputusan memihak wakil dari China dengan agregat 2-1. Jadi, Guangzhou Evergrande Tabao layak ke perlawanan akhir Liga Juara Asia 2015 bertemu dengan wakil dari UAE, Al-Ahli.

Sehari sebelum itu, Al-Ahli (UAE) telah mengejutkan naib juara tahun lepas iaitu Al-Hilal (Arab Saudi) apabila layak ke perlawanan akhir Liga Juara Asia 2015 dengan agregat 4-3. Di saat-saat Al-Hilal hampir ke perlawanan akhir dengan kelebihan gol di tempat lawan, pemain import dari Korea Selatan, Kwon Kyung Won telah menjaringkan gol kemenangan Al-Ahli pada masa kecederaan.

Kwon Kyung Won menyertai Al-Ahli pada Februari 2015 menggantikan Luis Jimenez (Palestine/Chile)
Walaupun tampil dalam Liga Juara Asia 2015 sebagai juara liga UAE musim 2013-2014, namun musim 2014-2015 sama sekali tidak memihak mereka apabila hanya menduduki tangga ke-7 dalam liga UAE musim 2014-2015. Ini juga adalah pencapaian bersejarah pasukan Al-Ahli dalam Liga Juara Asia, dimana selama ini wakil UAE yang cemerlang ialah pasukan Al-Ain

Jentera serangan Al-Ahli diterajui oleh penyerang kebangsaan UAE iaitu Ahmed Khalil sambil tonggak import dari Brazil iaitu Lima dan Everton Ribeiro cemerlang membantu jentera serangan Al-Ahli. Bekas pemain sayap Liverpool, Oussama Assaidi (Maghribi) sering menjadi super sub apabila khidmatnya diperlukan.

Ahmed Khalil (merah) ialah penyerang prolifik Al-Ahli dan juga UAE

Sebagai pemenang Liga Juara Asia 2013 di bawah bimbingan Marcelo Lippi ketika itu, Guangzhou Evergrande Tabao sudah pasti menjadi pasukan pilihan. Bekas pengendali Brazil, Luis Felipe Scolari telah menggantikan Fabio Cannavaro sebagai ketua jurulatih Guangzhou Evergrande Tabao sejak bulan Jun 2015 yang lalu. Dalam Liga Super China, Guangzhou Evergrande Tabao sangat cemerlang dan telah menjadi juara liga secara berturut-turut dari tahun 2011 hingga sekarang.

Guangzhou Evergrande Tabao berbelanja besar musim ini
untuk mendapatkan khidmat Paulinho daripada Tottenham Hotspurs

Selain daripada kapten pasukan Zheng Zhi yang berpengalaman luas, jentera tengah Guangzhou Evergrande Tabao juga digerakkan oleh penjaring terbanyak kejohanan Ricardo Goulart (Brazil) dan juga bekas pemain Tottenham Hotspurs dari Brazil iaitu Paulinho. Seorang lagi pemain Brazil di bahagian serangan ialah Elkeson dan juga tonggak pertahanan Korea Selatan Kim Young Gwon kental bertahan.

Beraksi di bahagian tengah tidak menghalang Ricardo Goulart
menjadi penjaring terbanyak kejohanan setakat ini

Perlawanan akhir pertama akan diadakan di Dubai, UAE pada 7.11.2015 manakala perlawanan akhir kedua akan diadakan di Guangzhou, China pada 21.11.2015. Pemenang bakal meraih hadiah bernilai 1.5 juta dollar manakala naib juara akan menerima 750,000 dollar. Perlawanan akhir ini juga bakal menyaksikan samada Piala Juara Liga Asia akan ke Asia Barat bersama Al-Ahli ataupun akan ke Asia Timur bersama Guangzhou Evergrande Tabao.




Tuesday, October 13, 2015

Kadar Baru Harga Tol Bermula 15 Oktober 2015



Perhatian kepada seluruh rakyat Malaysia.... bermula 15 Oktober 2015, akan ada penyelarasan harga tol atau perkataan lain peningkatan harga tol di beberapa lebuhraya di Lembah Kelang. Macam-macam reaksi rakyat Malaysia apabila dengar pengumuman ini.



Berikut adalah harga-harga baru tol bermula 15 Oktober 2015 :-



Kalau nak diikutkan dari segi peratusan, lebuhraya SILK yang paling banyak ada kenaikan harga iaitu sebanyak 80%, AKLEH 67%, highway BESRAYA pulak 54%, SMART 50%, NPE (Pantai Dalam dan PJS 5) naik 44%, LKSA Sri Muda naik 42%, Guthrie 36%, MEX Salak naik 33%, LKSA Alam Impian naik 33%, DUKE 25%, LATAR Ijok 25%, MEX Putrajaya 20%, Highway Karak Tol Gombak 20% dan lebuhraya Karak Tol Bentong naik 17%.



Hmmm... tol, petrol meningkat..... juga bermakna akan banyak lagi barang keperluan kita akan naik harga pada masa-masa akan datang. Jadi, mulai sekarang kita semua kena bersiap sedia untuk menghadapi ekonomi pada masa akan datang.

Taraf ekonomi kita juga perlulah dipertingkatkan lagi. Bagi mereka yang makan gaji rasanya dah boleh mencari peluang berniaga sambilan ataupun peluang menambahkan pendapatan. Kalau tak mahu takpe.... kena lah tukar gaya hidup, pelbagai jenis catuan terhadap keperluan diri dan keluarga juga perlu dirancang dari sekarang.

Selain tu.... sangat sangat disarankan untuk menguatkan rohani dengan memperbanyakkan amalan rohani supaya diri kita sekeluarga kuat secara rohani untuk menghadapi pelbagai kemungkinan pada masa masa akan datang.



Sunday, October 11, 2015

Kelayakan Euro 2016 Di Perancis



Pusingan kelayakan Eropah kembali lagi dengan baki 1 perlawanan terakhir untuk setiap kumpulan bakal berlangsung. Selain daripada tuan rumah Perancis, sebanyak 4 pasukan telah mengesahkan ke pusingan akhir Euro 2016 di Perancis lebih awal dengan berbaki 2 perlawanan iaitu England, Republik Czech, Iceland dan Austria. 

Kini, pasukan-pasukan lain menyusul layak ke Euro 2016 dengan baki 1 perlawanan iaitu Belgium, Wales, Sepanyol, Switzerland, Ireland Utara, Itali dan Portugal. Jadi ada 7 slot otomatik dan 4 slot paly off yang bakal diisi dan menjadi rebutan lebih kurang 20 pasukan lagi.


Kumpulan A

Iceland dan Republik Czech telah pun melayakkan diri ke Perancis untuk kejohanan Euro 2016 tahun hadapan. Tambah manis buat Iceland kerana ini adalah penampilan pertama mereka pada kejohanan yang berprestij itu.

Penyokong Iceland bakal ke Perancis pada musim panas tahun 2016

Pasukan Turkey dan Belanda cuba mengintai peluang untuk mendapat tempat ke-3 dalam kumpulan A dan seterusnya mencerahkan peluang mereka untuk ke Euro 2016 tahun hadapan melalui perlawanan play off

Pasukan Turkey hanya perlu seri pada perlawanan terakhir mereka menentang Iceland di tempat sendiri manakala Belanda perlu menang di laman sendiri mengatasi Republik Czech sambil mengharapkan Turkey tewas kepada Iceland.

Kumpulan B

Belgium dan Wales telahpun layak secara otomatik ke Euro 2016 di Perancis tahun hadapan. Sama seperti Iceland, ini adalah penampilan pertama Wales dalam kejohanan Euro yang berprestij ini.

Penyokong Wales juga akan ke Perancis pada musim panas tahun 2016

Satu slot lagi menjadi rebutan antara Bosnia Herzegovina, Israel dan Cyprus. Cyprus boleh buat kejutan sekiranya mereka mampu menewaskan Bosnia Herzegovina di laman sendiri sambil mengharapkan Israel tidak menang di Belgium

Israel juga tiada pilihan lain kecuali menewaskan Belgium di tempat lawan sambil mengharapkan Bosnia tidak menang di Cyprus. Namun, peluang Bosnia untuk ke slot play off lebih cerah dengan hanya perlu menang di Cyprus atau asalkan Israel tidak mengutip sebarang mata di Belgium

Kumpulan C

Sepanyol telah melayakkan diri ke Euro 2016 sebagai juara kumpulan manakala Slovakia dan Ukraine berebut tempat ke-2 untuk layak secara otomatik ke Euro 2016

Penyerang Valencia, Paco Alcacer ialah penjaring terbanyak Sepanyol di peringkat kumpulan setakat ini

Ukraine berdepan cabaran getir untuk layak ke Euro 2016 secara otomatik apabila menanti kunjungan Sepanyol di laman sendiri. Slovakia pula hanya perlu mengharapkan Ukraine tercicir mata dalam pelawanan menentang Sepanyol. Namun, kemenangan Slovakia di Luxembourg sangat diperlukan bagi memastikan tempat mereka di Euro 2016 terjamin

Kumpulan D

Pertembungan dalam kumpulan ini sangat unik dimana masih tiada pasukan yang terjamin untuk layak ke Euro 2016 secara otomatik. Jerman lebih berpeluang cerah untuk layak secara otomatik dan akan menentang Georgia di perlawanan terakhir.

Lewandowski (kiri) dan Muller (kanan) adalah penjaring terbanyak peringkat kumpulan setakat ini,
namun Poland dan Jerman masih belum terjamin layak ke Euro 2016 secara otomatik dengan berbaki 1 perlawanan

Poland dan Republik Ireland pula perlu berentap sesama sendiri di Poland dimana hanya pemenang yang akan layak ke Euro 2016 secara otomatik manakala pasukan yang kalah akan ke perlawanan play off

Kumpulan E

England dan Switzerland telahpun layak ke Euro 2016. England muncul juara kumpulan dengan cemerlang dimana dengan berbaki satu perlawanan England masih tidak pernah seri dan tidak kalah.

Kelibat pemain pengalaman seperti Wayne Rooney masih ditagih England

Satu tempat lagi menjadi rebutan antara Slovenia dan Estonia. Slovenia hanya perlu seri di San Marino untuk ke pusingan play off, sebaliknya Estonia berhadapan cabaran getir menanti kunjungan Switzerland di tempat sendiri.

Jika Slovenia kalah sekalipun, Slovenia masih boleh ke slot play off dengan syarat Estonia membelasah Sitzerland dengan jaringan yang sangat besar dimana ia adalah misi yang hampir mustahil

Kumpulan F

Ireland Utara telah layak ke Euro 2016 dan ini adalah penampilan pertama mereka.

Penyokong Ireland Utara pun akan ke Perancis musim panas tahun 2016

Kedua-dua pasukan Romania dan Hungary perlu menang dan tak tercicir sebarang mata untuk layak ke Euro 2016. Romania akan bertandang ke Kepulauan Faroe manakala Hungary akan bertandang ke Greece.

Hasrat Hungary akan tertutup sama sekali sekiranya Romania mengutip mata penuh menentang Kepulauan Faroe. Dengan ini, Hungary akan melalui perlawanan play off sebelum melayakkan diri

Kumpulan G

Austria telah layak ke Euro 2016 sebagai juara kumpulan. Setakat 9 perlawanan, Austria masih belum tewas.

Penjaring terbanyak Austria di peringkat kumpulan ialah penyerang tinggi lampai, Marc Janko

Rusia hanya perlu seri dalam perlawanan terakhir menentang Montenegro manakala Sweden harus menang ke atas Moldova di laman sendiri sambil mengharapkan Russia tumpas kepada Montenegro. Peluang Rusia untuk layak ke Euro 2016 secara otomatik lebih cerah berbanding Sweden yang mungkin akan melalui perlawanan play off

Kumpulan H

Itali telah layak ke Euro 2016 dan masih belum tewas dalam 9 perlawanan dalam kumpulan.

Itali perlu memperbaiki kelemahan mereka iaitu tiada pemain yang konsisten menjaringkan gol

Satu lagi tempat menjadi rebutan antara Norway dan Croatia. Norway mempunyai laluan yang lebih getir kerana harus menumpaskan Itali di tempat lawan untuk layak secara otomatik. Croatia pula perlu menang di Malta sambil mengharapkan Norway tercicir mata di Itali.

Kumpulan I

Portugal telah layak ke Euro 2016 sebagai juara kumpulan. Selain daripada dikejutkan Albania 0-1 di hadapan penyokong sendiri, Portugal cemerlang dalam perlawanan yang lain.

Siapa lagi hero Portugal kalau bukan Cristiano Ronaldo
Albania perlu menang di Armenia untuk layak ke Euro 2016 secara otomatik manakala Denmark yang telah tamat pusingan kumpulan terpaksa mengharapkan Albania tercicir mata di Armenia supaya Denmark layak ke Euro 2016 secara otomatik.


Hanya pasukan di tempat ke-3 yang terbaik sahaja akan layak ke Euro 2016 secara otomatik dan 8 pasukan yang lain akan berentap dalam perlawanan play off secara timbal balik.

Greece dan Serbia adalah antara 2 pasukan besar yang paling mengecewakan dan sama sekali tidak akan beraksi pada Euro 2016 tahun hadapan. Satu lagi pasukan besar yang berhadapan risiko untuk tidak layak ialah Belanda.




Friday, October 9, 2015

Sejarah Pasukan Dan Kelab Dari Malaysia Dalam Saingan Piala Antara Pemenang Piala Asia



Pernah dengar kejohanan Piala Antara Pemenang Piala Asia??? Tapi kalau diterjemahkan kepada Asian Cup Winners' Cup mesti biasa dengar kan? Kejohanan ini pun dah takde apabila telah digabungkan dengan Liga Juara Asia atau Liga Juara AFC pada musim 2002/2003.

Seperti biasa, kejohanan seperti ini didominasi oleh pasukan dari Arab Saudi dan Jepun. Edisi kali terakhir kejohanan ini diadakan pada musim 2001/2002 sebelum diserapkan dalam Liga Juara Asia musim 2002/2003. Dan setahun selepas itu, barulah ada Piala AFC 2004 edisi yang pertama.

Baca : Sejarah Pasukan Dari Malaysia Dalam Liga Juara Asia

Baca : Sejarah Pasukan Dari Malaysia Dalam Piala AFC


Berikut ialah sejarah penglibatan pasukan dari Malaysia dalam kejohanan Piala Antara Pemenang Piala Asia dari musim 1990/1991 hingga musim 2001/2002

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1990/1991

Tiada wakil dari Malaysia

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1991/1992

Tiada wakil dari Malaysia

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1992/1993

Tiada wakil dari Malaysia

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1993/1994

Pasukan Sarawak telah menarik diri pada pusingan pertama menyebabkan kemenangan percuma diberikan kepada Cang Sai Gon (Vietnam)

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1994/1995

Malaysia diwakili oleh pasukan Kuala Lumpur yang mara sehingga ke suku akhir Zon Asia Timur. Pada pusingan pertama, Kuala Lumpur menewaskan ABDB (Brunei) dengan agregat 7-1. Pada pusingan kedua, Kuala Lumpur mendapat kemenangan percuma ke atas Gelora Dewata (Indonesia) yang telah menurunkan pemain yang tak sah semasa perlawanan.

Azrul Amri Burhan mula mencipta nama bersama pasukan Kuala Lumpur

Walaubagaimanapun, pada suku akhir Zon Asia Timur, Kuala Lumpur tewas kepada Telephone Org Thailand (Thailand) dengan agregat 3-5 setelah masa tambahan.

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1995/1996

Malaysia diwakili oleh pasukan Sarawak yang telah menewaskan An Giang (Vietnam) dengan agregat 3-1 pada pusingan pertama Zon Asia Timur.

Namun, pada pusingan kedua Zon Asia Timur, Sarawak tewas kepada Bellmare Hiratsuka (Jepun) dengan agregat 1-7

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1996/1997

Malaysia diwakili oleh Pahang, namun tumpas kepada Mastrans Bandung Raya (Indonesia) dengan agregat 1-5 pada pusingan pertama Zon Asia Timur.

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1997/1998

Malaysia diwakili oleh Telekom Melaka, namun tumpas kepada Royal Thai Air Force (Thailand) dengan agregat 1-2 pada pusingan pertama Zon Asia Timur

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1998/1999

Sekali lagi Malaysia diwakili oleh Sarawak yang cemerlang sehingga ke peringkat suku akhir Zon Asia Timur. Pada pusingan pertama Sarawak menewaskan Ho Chi Minh City Customs (Vietnam) dengan agregat 2-5.

Alistair Edwards mengetuai jentera serangan Sarawak

Pada pusingan kedua pula, Sarawak menewaskan Yangon City Development (Burma) dengan agregat 4-0 (termasuk satu kemenangan percuma 3-0), Namun, Sarawak telah dibelasah Kashima Antlers (Jepun) dengan agregat 2-14 pada suku akhir.

Piala Antara Pemenang Piala Asia 1999/2000

Tiada wakil dari Malaysia

Piala Antara Pemenang Piala Asia 2000/2001

Tiada wakil dari Malaysia

Piala Antara Pemenang Piala Asia 2001/2002

Tiada wakil dari Malaysia


Pencapaian terbaik pasukan dari Malaysia ialah ke peringkat suku akhir Zon Asia Timur seperti yang telah dilakukan oleh Kuala Lumpur dan Sarawak. Namun kemampuan pasukan dari Malaysia masih tidak dapat menandingi kehebatan pasukan dari Jepun khususnya.

Dengan bergabungnya kejohanan Piala Antara Pemenang Piala Asia ini dengan Kejuaraan Kelab Asia menjadi Liga Juara Asia telah meningkatkan lagi keprestijan kejohanan Liga Juara Asia dengan syarat-syarat dan kuota yang jelas.


Thursday, October 8, 2015

"Spring Forward" Dan "Fall Back" - Fenomena 2 Tahun Sekali



Masa nak pergi Melbourne, Australia pertengahan tahun 2014 dulu... ada tanya member yang tinggal kat sana perbezaan masa antara Malaysia dan Melbourne. Yelah... walaupun dah boleh google dan ada teknologi, tapi masih lagi nak confirmation dengan kawan kat sana... alang-alang dah memang dia tinggal kat sana pun.

Baca : Motorhome Trip, Autumn In Melbourne - Part 1

Baca : Motorhome Trip, Autumn In Melbourne - Part 2

Baca : Motorhome Trip, Autumn In Melbourne - Part 3


Dia pun slumber jawab kalau musim panas beza 2 jam... kalau musim sejuk beza 3 jam. Masa tu macam pening-pening lalat lah nak cuba fahamkan. Tapi takpelah masih boleh agak-agak. Masa pergi hari tu ialah musim luruh dan nak masuk musim sejuk, so maksudnya beza 3 jam. Cuma kita yang sekali sekala pergi luar negara ni mungkin tak faham macam mana benda ni berfungsi. Lain lah kalau kita betul-betul tinggal kat luar negara.



Baru-baru ni terbaca plak artikel berkaitan "Daylight Saving Time". Jadi barulah ku faham, macam mana "Daylight Saving Time" ni berfungsi. Dan lebih penting lagi kenapa di sesetengah negara... perbezaan masa mereka jadi lain pada musim sejuk dan musim panas.

"Daylight Saving Time" ni atau DST adalah satu amalan untuk mempercepatkan masa sebanyak 1 jam pada musim panas dan memperbetulkan masa kembali pada musim sejuk. Secara praktikalnya, mereka mempercepatkan masa sebanyak 1 jam pada permulaan musim bunga dan memperbetulkan semula masa pada permulaan musim luruh. Namun begitu, bukan semua negara yang mengamalkan DST ni.

Mempercepatkan masa pada awal musim bunga juga dikenali sebagai "Spring Forward" manakala memperbetulkan semula masa pada awal musim luruh dikenali sebagai "Fall Back". Contohnya di bandar Milan, Itali "Spring Forward" pada tahun 2015 ialah pada 29.3.2015 pukul 2 petang akan menjadi pukul 3 petang manakala "Fall Back" pada tahun 2015 ialah pada 25.10.2015 pukul 3 petang akan jadi pukul 2 petang.

Milan, Itali
Sebab tu perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan Milan ialah 6 jam pada musim panas dan 7 jam pasa musim sejuk.

Ini bermakna "Spring Forward" dan "Fall Back" setiap negara yang mengamalkannya adalah tidak sama. Masing-masing kena rujuk jadual yang telah disediakan oleh 'ahli falak' diorang. Tak sama sini maksudnya tak sama tarikh dan tak sama masa.... dan juga setiap tahun akan berbeza masa dan tarikh untuk "Spring Forward" dan "Fall Back"

London, England
Perbezaan masa antara Kuala Lumpur dan London ialah 7 jam pada musim panas dan 8 jam pada musim sejuk.


Melbourne, Australia

Lepas tu tanya orang rumah yang ada "short stint" tinggal di Adelaide, Australia pada hujung tahun 1980-an dahulu, mana tahu dia ada experience sendiri DST ni.... Seingat dia... "Spring Forward" dan "Fall Back" ni akan diadakan pada hari Ahad. Arwah Ayah dia akan bawak jalan-jalan kat mana-mana tempat di luar yang ada 'big clock' dan diorang ramai-ramai saksikan fenomena ini.

Jangan tak tau... Malaysia yang takde musim panas dan musim sejuk pun ada amalkan DST suatu masa dahulu iaitu dari tahun 1933 hingga 1981. Tapi, tak tahu plak macam mana DST kat Malaysia ni boleh berfungsi. Maybe, ada orang lama yang boleh bagi pencerahan pasal isu ni.

Maybe suatu hari nanti nak saksikan sendiri depan mata macam mana "Spring Forward" dan "Fall Back" ni berlaku depan mata kat mana-mana negara yang mengamalkan DST. Yelah, bukan selalu pun.... setahun 2 kali jer....





Tuesday, October 6, 2015

Makanan Hebat Untuk Kesihatan Paru-Paru Anda



Kesihatan Paru-Paru atau Kesihatan Sistem Pernafasan adalah perkara yang perlu diambil berat oleh semua orang. Selain daripada merujuk kepada doktor dan pakar perubatan sekiranya berlaku apa-apa masalah kepada Sistem Pernafasan, sewajarnya kita juga perlu tahu cara-cara untuk elak daripada berlaku sekali lagi masalah Sistem Pernafasan.

Masalah yang kerap berlaku kepada Sistem Pernafasan ialah serangan asma. Dalam keadaan jerebu dan indeks pencemaran udara yang tidak sihat, kebarangkalian untuk diserang asma khususnya kanak-kanak dan orang tua amat tinggi. Penjagaan dari segi pemakanan juga penting untuk mengurangkan risiko diserang asma.


Makanan Hebat Untuk Kesihatan Paru-Paru


Bawang Putih 

Kajian tahun 2009 telah membuktikan bahawa Allicin yang ada pada bawang putih ialah sejenis antioksida yang sangat kuat dan mampu menghancurkan radikal bebas. Allicin berfungsi menghasilkan asid untuk menentang radikal bebas yang biasanya menyebabkan asma

Baca : Garlic Complex mempunyai kandungan Allicin semulajadi di dalamnya

Manfaat kesihatan lain - Bawang Putih ialah sejenis antibiotik semulajadi

Bawang Putih Organik

Epal

Kajian di Britain menunjukkan bahawa mereka yang makan 2 hingga 5 biji epal seminggu mempunyai 32% kurang risiko diserang penyakit asma. Ini disebabkan kandungan flavanoids yang terkandung dalam epal.

Baca : 25% bioflavanoid Vitamin C diekstrak daripada kulit buah

Tembikai Susu 

Vitamin C ialah antioksida yang kuat untuk menentang radikal bebas. Walaupun semua buah ada Vitamin C, namun buah-buahan sitrus mempunyai Vitamin C yang lebih banyak dari buah-buahan bukan sitrus. 

Kajian prasekolah di Jepun membuktikan kanak-kanak yang mengambil Vitamin C lebih banyak daripada kanak-kanak lain akan kurang diserang asma

Lobak Merah 

Lobak Merah mempunyai antioksida lain yang dikenali sebagai beta karotena. Beta Karotena akan ditukarkan menjadi Vitamin A dalam tubuh badan dan membantu mengurangkan aktiviti asma.

Baca : 1 hidangan Carotomax bersamaan dengan beta karotena dalam 102 hidangan pisang

Beta Karotena juga membantu mengekalkan tahap kesihatan mata, kekuatan sistem imun serta mengurangkan risiko penyakit jantung, barah dan juga Alzheimer.

Biji flax 


Namun begitu, Omega 3 yang didapati daripada ikan masih lagi kekal sebagai minyak ikan terbaik bagi membersihkan saluran pernafasan yang diserang asma

Biji Flax

Magnesium pula membantu untuk melegakan dan menenangkan otot-otot bronki yang telah diserang asma

Baca : Ostematrix mengandungi Magnesium dan Vitamin D

Avokado 

Kaya dengan antioksida dipanggil glutathione yang membantu menentang radikal bebas.

Avokado juga kaya dengan "monounsaturated facts" (lemak tak tepu) yang bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam darah

Baca : Kenali Lemak Sihat Dan Lemak Tidak Sihat


Minuman Yang Boleh Dipertimbangkan Untuk Kesihatan Paru-Paru


Kopi

Walaupun terlalu kerap minum kopi tidak bagus untuk kesihatan, namun kopi mampu membantu membersihkan saluran paru-paru yang tersumbat akibat serangan asma. Itupun, minum kopi hanya akan memberikan kesan baik 4 jam selepas meminumnya



Susu

Vitamin D dalam susu mampu melegakan asma, tapi pada masa yang sama unsur lain dalam susu boleh membuatkan asma menjadi semakin teruk


Makanan Penyebab Alahan Yang Perlu Dielak


Kacang tanah - Alahan pada kacang tanah adakalanya boleh membawa maut

Kacang tanah dari ladang

Garam - boleh menyebabkan "fluid retention" dalam paru-paru iaitu pengekalan cecair dalam saluran penafasan yang akan memburukkan lagi asma

Kerang - antara penyebab alahan paling teruk selepas alahan kacang tanah dan alahan kepada susu

Telur - Elak semua jenis telur dan produk yang mengandungi telur


Sumber : www.health.com


Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Monday, October 5, 2015

Jerebu : Kenali Jerebu Dengan Lebih Dekat Lagi, Kesannya Kepada Kesihatan Manusia Serta Pencegahan Yang Berkesan



Dah lama sangat jerebu menyelubungi negara kita. Zaman dulu-dulu rasanya dalam 2 minggu dah bersih tahap udara kat negara kita.... sekarang ni dah nak dekat sebulan tak setel setel lagi. Di mana silapnya? Walaupun bukan semua tempat di Malaysia kena jerebu teruk, tapi kesan dan kebimbangan terhadap kesihatan manusia... semua orang akan risau dan runsing.

Pada tahun 2013, kawasan Muar Johor pernah mencatat bacaan IPU tertinggi menghampiri 800

Isu jerebu ni telah bermula sejak awal tahun 1990-an lagi sehinggalah sekarang. Kebanyakan jerebu berpunca daripada pembakaran terbuka yang berskala besar di beberapa ladang pertanian yang biasanya dari negara jiran. Apa yang menyedihkan ialah pembakaran berskala besar ini kadang kala tidak terkawal dan sukar dipadamkan. Kesan pada kesihatan manusia bukan jer dalam masa jangka masa pendek, tapi dalam jangka masa panjang juga.


Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Terdapat jugak kekeliruan samada tepat ke tidak tahap bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di negara kita. Masa jerebu teruk kat JB haritu.... timbul isu indeks bacaan pencemaran udara (IPU) yang tak sama antara Malaysia dan Singapura. Bukan beza sikit.... tapi beza banyak....

Perbezaan ketara bacaan IPU Malaysia dan Singapura

Akhirnya kekeliruan terlerai... rupa-rupanya Malaysia mengambil pendekatan berbeza bila baca IPU ni iaitu Malaysia ukur particulate matter (zarah) yang berukuran kurang 10mm (micrometres) ataupun PM10, manakala Singapura pulak ukur particulate matter ataupun zarah ni yang berukuran lebih kecil iaitu kurang dari 2.5mm (micrometres) dan dikenali dengan simbol PM2.5

Jika unit PM10 saje yang diambil kira... kita hanya dapat mengukur kewujudan zarah terapung (suspended particulate matter) sahaja. Tapi kalau unit PM2.5 yang digunakan, kita boleh mengukur zarah halus (fine particles) jugak....

Walaupun beza jenis bacaan tapi yang penting kita kena tahu bahaya ke tidak jerebu ni pada kesihatan kita. 


Apa Ada Dalam Jerebu?

Apa sebenarnya yang ada dalam jerebu ni??? Sampai jarak penglihatan pun boleh terhad disebabkan jerebu. Antara kandungan dalam jerebu yang dikenalpasti ialah zarah halus dan zarah terapung, sulfur dioksida, ozon, nitrogen dioksida  dan karbon monoksida.

Bahan-bahan asing yang terdapat dalam udara kita

Kesemua kandungan ini memang wujud dalam udara dan persekitaran kita, namun apabila kandungannya semakin banyak dan menjadi tebal akibat asap dari pembakaran terbuka berskala besar serta bermacam-macam jenis pencemaran yang lain, maka pemandangan persekitaran menajdi tidak jelas dan menghadkan pemandngan kita.


Kesan Jerebu Kepada Kesihatan Manusia

Mengikut IARC (Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa) dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), zarah bawaan udara adalah pencemaran udara yang sangat bahaya dan boleh menyusup masuk dalam paru-paru dan juga salur darah kita tanpa disedari. Ini boleh sebabkan mutasi DNA (perubahan genetik) yang kekal, serangan jantung dan kematian awal.

Kajian pada tahun 2013 mendedahkan bahawa tiada zarah udara yang selamat kepada kita dimana setiap pertambahan 10mm3 dalam PM10, barah paru-paru akan meningkat sebanyak 22%. Zarah yang lebih halus adalah lebih berbahaya dan menakutkan dimana penyakit barah paru-paru boleh meningkat sebanyak 36%

Sumber : thelancet.com


Penyakit-Penyakit Disebabkan Jerebu

Jerebu boleh menjejaskan kesihatan kita samada dalam jangka masa pendek ataupun dalam jangka masa panjang. Apabila kita kerap berada diluar ataupun terlibat dengan aktiviti luar, mata dan kulit kita akan mengalami gatal-gatal dan rengsa serta rasa tidak selesa. Kita juga akan mengalami ketidakselesaan serta jangkitan di hidung dan tekak.

Baca : Masalah Sistem Pernafasan Manusia

Selain itu, kesan jangka pendek yang lain ialah masalah pernafasan serta kegagalan jantung. Ia memerlukan 1 hingga 3 hari sebelum gejala-gejala masalah pernafasan dan jantung akan timbul. Kesan ini akan menjadi teruk kepada mereka yang sudah memang ada sejarah penyakit berkaitan paru-paru dan jantung

Baca : Serangan Jantung Adalah Disebabkan Masalah Peredaran Darah Manusia

Bagi mereka yang sihat, mereka berkemungkinan akan mengalami masalah paru-paru dan jantung dalam jangka masa yang panjang sekiranya mereka berterusan menghadapi masalah jerebu.


Pencegahan Penyakit Yang Disebabkan Oleh Jerebu

Mereka yang mudah diserang penyakit akibat Jerebu ialah kanak-kanak, orang tua dan mereka yang ada sejarah penyakit paru-paru dan sakit jantung. Pencegahan yang diperlukan oleh mereka adalah berbeza berbanding orang yang sihat.

Antara cara pencegahan yang dicadangkan

Selain itu, sistem imunisasi ahli keluarga kita perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sistem Imunisasi boleh dipertingkatkan dengan berubah kepada gaya hidup yang sihat. Kita mungkin mampu untuk mengamalkan makanan yang sihat dengan banyak makan makanan yang mengandungi Vitamin C. Akan tetapi dalam keadaan jerebu yang tidak sihat.... kita perlukan Vitamin C lebih banyak daripada biasa

Anak saya diberikan dengan Vitamin C boleh kunyah
supaya kurang risiko sakit akibat jerebu.... Alhamdulillah berkesan....

Selain itu, dengan merangsang penghasilan Interferon semulajadi dalam tubuh juga akan membantu menguatkan sistem imun kita dalam melawan pelbagai jenis penyakit. Interferon ni ialah sejenis sistem pertahanan dalam diri kita sepertimana sel darah putih dan lain-lain lagi

Dalam setiap peket ni, ada serbuk campuran Biji Labu, Biji Plantago Asiatica, Honeysuckle Jepun
dan Bunga Safflower yang merangsang penghasilan semulajadi Interferon dalam badan kita. 

Interferon ni telah ditemui oleh Dr Yasuhiko Kojima MD pada tahun 1954 yang telah memajukan lagi pengetahuan kita berkaitan Sistem Imunisasi Manusia.

Dr Yasuhiko Kojima

Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan selamat menjaga dan melindungi ahli keluarga kita dengan sebaik-baiknya. Betul tu.... mencegah lebih baik daripada merawat....



Semoga bermanfaat kepada semua!
==================
Lin Chalo & Mohd Alizal,
Health Consultant &
Business Mentor
014.338.6810 - Lin
012.401.6683 - Alizal
==================



Menarik Untuk Dibaca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...